02 September 2013

Pengalaman Menyusukan Amrsyar

Sepatutnya dah lama saya tulis entry pasal ni. Tapi adik Amrsyar dah nak keluar baru terdetik nak menulis. Bukan apa sejak kandungan dah masuk 8 bulan ni, saya tengah re-call back tips-tips yang saya gunakan untuk memaksimumkan pengeluaran susu badan. En. Amri awal-awal lagi dah pesan sebolehnya dia nak si adik pun fully BF sekurang-kurangnya sampai 6 bulan pertama. 

Pengalaman saya menyusukan Ali Amrsyar amat menyeronokkan. Walaupun mama saya desak supaya saya campur dengan susu formula sebab takut tak cukup susu, tapi saya selalu tak ambil pusing. Bagi saya, kalau tiba saat susu badan saya dah berkurang, baru saya akan campur dengan susu formula. Selagi susu saya mencukupi, biar la saya fully BF Ali Amrsyar. Alhamdulillah saya berjaya fully BF Ali Amrsyar untuk 6 bulan pertama (seperti yang disyorkan). Kemudian saya teruskan penyusuan sampai dia 7 bulan. Bila Ali Amrsyar masuk 8 bulan, susu mula berkurangan dan saya campurkan dengan susu formula. Masa dia 9 bulan, baru saya berhenti BF dan bagi susu formula sepenuhnya (waktu ni dah preggy si adik 5 bulan). Sesekali terasa menyesal jugak sebab tak berusaha untuk terus susukan dia. 

Sepanjang menyusukan Ali Amrsyar saya tak ambil sebarang supplement (saya cuma housewife, mana mampu nak beli supplement beratus-ratus sebulan yang belum tentu berjaya meningkatkan pengeluaran susu badan). Saya cuma amalkan beberapa tips dan petua. 

  1. Masa dalam pantang, MIL suruh saya minum HORLICKS sebagai milk booster. Saya ikut je...sebab bukan dia suruh makan peria pun. Horlicks tu kan sedap. 
  2. Kemudian, mama pulak selalu suruh saya makan LOBAK PUTIH as milk booster. Ini pun saya ikut jugak sebab saya memang suka lobak putih. 
  3. Saya amalkan MAKAN NASI 2 kali sehari. Masa baru lepas delivered Ali Amrsyar, badan memang berisi sikit. Tapi slowly badan makin susut bila baby menyusu dengan kerap dan banyak..
  4. Dan tips yang saya rasa paling berkesan ialah DOUBLE PUMPING. Masa tengah preggy lagi, saya ada terbaca yang double pumping boleh menggalakkan kilang susu jadi lebih produktif dan hasilkan lebih banyak susu. Tapi, bila tengok harga double pumping breast pump...terkeluar biji mata saya. Mana la housewife macam saya mampu. So apa yang saya buat...saya cuma beli manual breast pump. Saya beli jenama Unimom Mezzo dengan harga RM99. Bila Ali Amrsyar baru lahir, dia tak minum susu banyak sangat. So, setiap kali lepas susukan dia dengan sebelah breast, saya akan pump yang sebelah lagi. Lepas pump, saya akan minum air masak banyak-banyak. Tapi tips ni saya berjaya guna selama 3 bulan saja sebab bila budak kecik ni dah masuk 3 bulan dia kuat menyusu. Sekali seisi penyusuan, dia akan isap dua belah breast sampai kering. So bila nak pump, memang susu dah kering kontang. Mula-mula tu frust jugak..tapi biar la asal dia puas dan kenyang. Since that, Ali Amrsyar cuma direct feeding saja sampai dia 7 bulan.
Breast Pump Unimom Mezzo yang banyak berjasa
Itu saja tips yang saya praktikkan selama menyusukan Ali Amrsyar. Owh ya..pasal breast pump Unimom Mezzo. Bagi mummy yang low budget macam saya, daripada habis duit beli pump Pureen or Anakku yang menyakitkan tu, better up sikit budget anda dan beli pump ni. Hasil tak mengecewakan. Ini review saya pasal Breast Pump UniMom Mezzo :

Kadar Sedutan
Disebabkan breast pump ni jenis manual so kita yang tentukan kadar sedutan. First time pump, memang rasa sakit sikit (kalau guna pump jenis mahal pun akan sakit jugak). Tapi bila dah biasa, kadar sedutan tu terasa sama macam mimic baby. 

Mudah Dicuci
Bahagian breast pump ni pun tak ada lah banyak sangat. Senang nak dibasuh dan dikeringkan. 

Saiz 
Saiz pump ni tak terlalu besar..muat masuk dalam handbag (tanpa botol). Senang nak pump bila bawa Ali Amrsyar keluar. Sometime dalam kereta pun saya sempat pump lagi.

Tapi pump ni dah masuk muzium. Untuk adik, babah dia dah belikan pump baru dari jenama Tommee Tippee. Masih jenis manual sebab harga murah. Waktu beli tu cuma RM 99. Ok ke tak....nanti saya tulis. Hehehe..kalau tak ok..terpaksa bukak muzium dan guna balik pump Unimom Mezzo ni.

13 comments:

  1. Tomi tipi tu oke gak. Tapi kalo breast jenis tecit x efisyen kot. Unimom better

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke...x pakai lg pun tomi tipi.nasib x buang lg pump unimom

      Delete
  2. salam kenal..


    mind if i share my tip.. akak dulu masa hampir kering air susu, akak minum/makan quakerr oats. buat pekat2 macam bubur nasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u kak azian bg tips tambahan.baby 2 nd ni memang saya berazam nk susukan selama mungkin.nanti bleh guna tips kak azian

      Delete
  3. saya dulu full bf kembar hingga 2 thn lebih..masa tu pakai pump pureen je, yg pakai beteri tu...tak mampu nak beli yg mahal2...tapi dah nama pun kembar kan, tak sempat nya nk pump, asik melekat je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan jana pakai pump pureen.sekarang ni byk breast pump yg murah2. bg housewife mcm saya, beli yg mrh2 je la sebab pakai pun kejap je.kalo ank sorang pun asyk melekat jugak jana

      Delete
  4. assalam, salam kenal...

    ReplyDelete
  5. thanks kongsi tips..
    doakan saya pulak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai giliran awak nanti.jgn pernah putus asa dan berdoa.ada doa yg Allah lambat makbulkan supaya bila kita dh dpt apa yg kita nak,kita akan lebih hargai pemberiaNya

      Delete
  6. assalamualaikum, sy nk tnya tommee tippee manual pump ok x mcm unimom mezzo pump? sbb sy tgah berkira2 nk beli antara avent manual atau TT manual. almaklum yg avent jauh lbeh mahal. tpi klu yg TT manual dh ok sy nak grab yg TT ajer.
    sy xde blog, so pls apply kt email pls dalamakuadadia@yahoo.com
    tqvm =)

    ReplyDelete
  7. saya pun ingat nak beli unimom mezzo ni.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  8. sharing yang menarik :-)

    ReplyDelete