12 March 2014

Kisah Adik : 5 Bulan

Sekejap je si manja Mama ni dah 5 bulan. Petang tadi bawa Adik pegi KK. Alhamdulillah berat naik 1kg walaupun Adik kerap poo poo lately. Berat Adik 6kg dan panjang 49 cm. Setakat ni Adik masih fully BF. Tapi Adik dah mula menyusu dengan kerap. Kalau sebelum ni, time saya keje Adik cuma minum 10oz susu saja. Tapi sejak seminggu yang lepas dah jadi 15oz. Saya dah mula risau stok EBM tak cukup. Dekat office, saya cuba pump dengan lebih kerap tapi sometime bila public ramai, saya cuma dapat pump 9 oz saja. Kalau boleh saya tak nak tinggal kaunter kerap sangat. Risau officemates tak puas hati pulak. Huhuhu.. Semoga Allah hantarkan bantuan untuk saya. 

5 bulan Addeena Safiyya :

  1. Adik dah boleh angkat badan dengan kaki dan tangan....means manja Mama ni dah nak MERANGKAK. Buat masa ni Adik cuma boleh merangkak ke belakang. Actually most babies memang macam ni ( Abang Ali pun sama ). Babies akan merangkak ke belakang..guna gear R dulu sebelum guna gear D. Untuk ajar Adik merangkak ke depan, saya cuba letakkan HP saya di depan Adik. Adik memang dari dulu berminat dengan HP. Hasilnya...Adik mula belajar merangkak ke hadapan. Kaki dah boleh tolak badan ke depan..cuma tangan dia belum cukup kuat lagi. So everytime Adik cuba merangkak ke depan, dia akan jatuh. Tak apa sayang....kita usaha lagi yer.
  2. Adik dah tunjuk tanda-tanda awal nak DUDUK. Tapi everytime dia cuba duduk, dia akan jatuh terlentang. Risau kepala dia terhantuk ke lantai. Huhuhu...saya dah letak 1 layer comforter atas tikar baby so that kepala Adik tak terhantuk kuat bila dia jatuh.
  3. Adik suka KETUK dengan tangan. Tangan Adik sangat aktif bergerak. Kalau dudukkan dia atas riba, tangan Adik mula nak ketuk/pukul tangan Mama. Kalau menerap...tangan dia akan ketuk lantai.
  4. Adik sangat suka BERCAKAP. Mulut dia memang bising. Suara sangat nyaring. Huhuhu... seronok bila tengok Abang Ali dan Adik becakap. Memang tak faham...tapi bunyi budak bedua ni bersembang memang quite funny.
Itu saja perkembangan Adik untuk sepanjang 4 bulan. Bulan ni Adik dah 5 bulan. Next month dah 6 bulan...dah boleh start solid food. Tapi, kalau perkembangan Adik cepat, ada kemungkinan saya akan start bagi Adik solid food earlier than that. Ali dulu, saya start bagi solid food waktu dia 5 bulan 2 minggu sebab dia dah merangkak dan duduk masa 5 bulan. Adik ni...kita wait and see dulu. Harap-harap cepat macam Abang Ali jugak. Jadi Mama tak perlu risau stok EBM tak cukup. Huhuhu.. Sayang Addeena Safiyya banyak-banyak ...membesar dengan sehat yer nak. Jadi wanita yang lemah-lembut ( Safiyya ) dan solehah. Aminnnn...

8 comments:

  1. Comelnyaaa..dduk terjatuh ke belakang tu memang dah biase tengok..sebab die xleh imbang badan lagi..tu belum dapat kaki berjalan lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..risau kepala dia terhentak kuat.kena tengok dia selalu supaya tak ke simen

      Delete
  2. owh.. comelnyee diee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. all babies are cute...tq

      Delete
  3. klu dh mula duduk mmg kena kepung ngan bantal kt sekeliling..takut tak jatuh terlentang tp jatuh ke depan

    bab mkn tu, mama cuba sbr lg sebulan ek.better kasi ms 6bulan ;)
    bukan sbb susu cukup @ x, tp tggu organ dalaman adik cukup sedia terima mknn..

    apapun, pilihan di tgn mama..

    ReplyDelete
  4. sukanya baby umur bawah setahun ... sedap untuk dipeluk dan digomol... semoga Allah permudahkan usaha ibu2 yang ingin memberikan susu badan sepenuhnya..

    ReplyDelete
  5. comelllnya adik.... tak sedar kan dah 5 bulan..Alhamdulillah masih full BF..:)

    ReplyDelete