17 February 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Melawat Aquaria KLCC

Sambungan dari entry yang lepas. Dari KL Central kami naik LRT ke stesen KLCC. Dengan 2 orang anak kecik (Ali dalam stroller dan Adik dalam baby carier), kami memang jadi perhatian orang. Ada yang offer kami seat. Baik kakak tu..sapa cakap orang KL sombong-sombong. Hilang lenguh kaki kejar LRT (next time jangan pakai heels lagi yer mama). 

Sampai KLCC, kami terus ke destinasi sebenar kami which is AQUARIA KLCC. Dari stesen LRT KLCC nak ke AQUARIA kena masuk ground flour KLCC. Bila nampak Swatch, Zara, Saphora....terus saya terlupa pada destinasi sebenar. Tapi baru je nak make a quick.stop, En Amri dah menjeling. Hihihihi...actually kami kejar masa sebab kami balik hari. Tiket train balik ke Kampar pukul 6 petang. Jadi terpaksa la saya pejam mata dan terus tolak stroller Ali. 


After almost setengah jam menapak, akhirnya sampai jugak kami ke Aquaria KLCC. En Amri terus beli tiket masuk. Enterence fee is RM 38. Sebelum masuk ke Aquaria, ada adik tangkap gambar untuk enterance picture. Kalau nak beli gambar ni beli masa keluar nanti dekat sourvenier shop. Nanti akan ada staff Aquaria tanya kita nak beli entrance pic ke tak. Harga RM 30. Masuk je dalam Aquaria, Ali asyik peluk kaki saya. Ali jadi takut sebab environment kat Aquaria ni agak gelap. Jenuh saya suruh dia jalan tapi Ali tetap peluk kaki minta dukung. Penakut sungguh hero mama ni.



Lepas lalu tempat-tempat yang memboringkan..at last kami sampai ke main attraction Aquaria iaitu Aquarium tunnel. Panjang jugak la tunnel ni. Banyak ikan-ikan dok lalu lalang. Macam ada kat highway dalam laut pulak. Paling best bila ikan pari besar dan sharks lalu. Tapi kan.....sepanjang lalu kat dalam tunnel ni, Ali tak excited pun. Saya tertanya-tanya jugak..kenapa budak ni macam tak seronok. Reaksi dia tak sama macam time kami bawa dia ke Zoo Taiping. Adik lagi la...baru 3 bulan. Ikan pun dia tak kenai. So dari awal masuk sampai ke hujung tunnel, Mama dengan Babah je yang enjoy tengok ikan. Waktu kat dalam tunnel ni ada adik-adik yang offer untuk tangkap gambar (bebayor ye kome). Sekali dengan printing  frame magnet = RM 100. Mahal la jugak. Tapi sebab memang tangan saya dan En Amri full (Babah dukung Ali, Mama dukung Adik), kami pun dengan berat hati terima offer dari adik tadi.



Lepas habis tunnel tu tak ada apa yang menarik pun. Kami lepak-lepak kat luar tunnel sambil saya cari port yang sesuai untuk susukan Adik. Baby rooms tak disediakan dalam Aquaria. Baby room yang terdekat kat pintu exit. Nasib ada satu port yang gelap dan disediakan kerusi. Saya tak tau apa tujuan port tu..tapi agak selesa untuk susukan Adik cuma kena pandai sorok-sorok sikit. Pukul 5 petang tajam, kami dah siap sedia nak bertolak balik. Pukul 9 malam baru sampai ke Kampar. Penat jugak lah kami anak beranak. Saya tak tahu samada Ali suka ke tak pegi Aquaria. Dari reaksi muka dia...dia agak kureeeeeng suka. Ali jenis outdoor toddler, so I guess place yang tertutup macam Aquaria agak kureeeeng seswai untuk Ali.. Sorry ya hero Mama...next time Mama dengan Babah bawa Ali pegi tempat yang Ali suke. So readers, any idea tempat outdoor yang sesuai untuk bawa toddler umur 18 bulan?!!!!!

Sebelum menamatkan entry, ini tips yang mungkin berguna bagi mummy yang bercadang nak bawa anak-anak ke  Aquaria :
1. Bawa kamera DSLR sendiri. Kat dalam Aquaria ni gelap, camera biasa agak kureeeng cantik sikit.
2. Bawa stroller supaya anak anda tak hilang.
3. Baby room yang kat luar exit Aquaria tu sangaaaaaaaaaaaaaaaat teruk. Cuma ada sinki untuk mandikan anak, toilet dan tempat untuk tukar diaper (tak ada tilam, cuma batu marmar keras je). Baby rooms kat shopping complex area Ipoh dan KK jauh 5x lagi selesa dari baby room kat Aquaria. Teruk jugak KL nihhh... Jadi to mummy...bawa la apa yang patut.
4. To mummy : Dari stesen LRT KLCC nak ke Aquaria ni kena menapak jauh...jadi pakai lah kasut yang sesuai. Jangan jadi saya pakai heels. Hasilnya...malam tu menangis lenguh kaki. Untuk anak yang dah dapat kaki pulak, better dimasukkan dalam stroller...risau nanti tak boleh handle especially waktu ramai orang.

Itu saja kisah perjalanan kami. Next destination.....insyaAllah bulan 3 nanti. En Amri nak balik Kampar seminggu. Pada readers yang ada cadangan untuk destination seterusnya, sila tinggalkan cadangan anda dibahagian komen (hihihi..dah macam laman web kerajaan pulak).


6 comments:

  1. Niesa xpernah lagi masuk dlm aquarium ni kak..tgk dr lua je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk kata best tu x de la best sangat
      tk rugi kot kalo niesa x masuk

      Delete
  2. sy pon x pernah masuk aquaria tu.hihi.
    klu ali kureng bmint sy lg la.
    knpa pakai heels yang?

    pergi htaman tema pon best.sunway ke, gambang ke, nk jauh sikit legoland. msti ali ska. bndar hello kotty pon ok. tp adik kecik lg kn.

    byk tmpt sy snraikn.bawa ank jln jlm best kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki balik, ingat nk la begaya sikit..tapi..huhuhu..nex time bw anak jalan2 x mo dah ber high heels
      johor tu jauh sangat.riso plak budak2 ni meragam dalam perjalanan
      ingat nk bawa g taman tema dkat area perak je..bukit merah or lost world tambun..

      Delete
  3. kebetulan..anak Jantan awok no 2 pun nama dia ada Amsyar jugakkkk....... sekaghang udah 5 tahun....
    awok pun tak prnah sampei aquaria jugakkk....... Insyallah ade rezeki sampei lee nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same le nama anak kita..
      moga dua2 amsyar ni cergas hendaknya
      bawak la anak2 g aquaria..kita yg seronok bila tengok bebudak excited

      Delete