26 February 2014

Aqiqah Bersama EZ Qurban


Alhamdulillah..selesai sudah aqiqah Abang Ali dan Adik Safiyya.  Lega rasanya.. Untuk aqiqah kali ni saya pilih E Z Qurban. Memang EZ sesangat. Just bank in ke akaun syarikat then pihak EZ Qurban akan hantar resit diikuti dengan sijil aqiqah. Untuk.aqiqah, pihak EZ Qurban hanya laksanakan kambing sahaja. Seekor kambing RM 550 (termasuk kos kenduri-kendara).  Saya buat 2 ekor, sekor ntuk Ali dan sekor lagi untuk Adik. Actually aqiqah untuk Ali saya dah buat sekor kambing masa dia 3 bulan. Masa tu buat sekali dengan kenduri kesyukuran kat Kampar. Tapi nak menghabiskan hidangan kambing masak kurma tu amat lah payah. Rata-rata yang datang kenduri tak makan daging kambing. Usai kenduri, kami pek lauk kurma kambing dan hantar pada jiran-jiran dan sedara-mara yang makan daging kambing. Punya la payah nak menghabiskan lauk tu. Itupun hanya separuh daripada sekor kambing yang dijadikan lauk kenduri. Separuh lagi, caterer hantar ke rumah anak yatim.

So based from previous experience, saya serik nak buat kenduri aqiqah anak lagi. Sebab tu saya pilih untuk gunakan khidmat EZ Qurban. Tak payah nak fikir banyak. Lagipun EZ Qurban laksanakan aqiqah dan korban di tempat yang rata-rata umat Islam yang hidupnya sempit. Daging kambing ke daging lembu ke...asalkan halal..they all makan tanpa banyak komen. Aqiqah 2 orang buah hati saya dah selamat dilaksanakan di Kemboja. Thank u kepada pihak EZ Qurban yang jalankan amanah saya. Walaupun agak lama menunggu resit dan sijil aqiqah, tapi saya puas jati dengan service EZ Qurban. E-mail bejawab..call pun dilayan dengan baik. Tak caya...cuba call tanya pasal proses aqiqah or korban.

Ok...sebelum tutup entry, saya sertakan sedikit info pasal aqiqah yang ada antara kita yang masih lagi keliru tentang hukumnya

1. Aqiqah untuk anak lelaki sebaik-baiknya 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Tapi kalau tak mampu, sekor pun memadai. Kalau niat 2 ekor tak semestinya kena buat serentak. Untuk anak perempuan memadai la seekor kambing atau satu bahagian lembu.

2. Aqiqah hukum adalah sunat muakad. Tapi aqiqah seperti kita bayar hutang pada Allah kerana kurniakan kita dengan anak. Jadi saya rasa sebagai ibubapa jangan lah pandang ringan ibadah aqiqah ni. Tak perlu tunggu kaya baru nak laksanakan aqiqah. Rata-rata kita..laki-bini bekerja. Apa salahnya share duit sorang sikit untuk laksanakan aqiqah. Bagi penjawat awam pulak, bonus akhir tahun yang selalu anda dapat tu daripada dibazirkan pada kereta, lebih baik sempurnakan aqiqah untuk anak. Kalau tak mampu nak buat kenduri-kendara, guna saja khidmat EZ Qurban macam saya. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa perkembangan anak kita agak slow berbanding anak orang lain or kenapa anak kita degil or tak ceria macam budak lain. Maybe salah satu sebabnya kita terlupa nak laksanakan ibadah aqiqah untuk dia. Macam saya cakap tadi aqiqah ni macam kita bayar hutang dengan Allah. Jadi lebih cepat, lebih baik.

3. Daging aqiqah tak haram sekiranya dimakan oleh non muslim. Ramai yang agak keliru dengan hukum ni. Dari pembacaan saya, tiada sebarang fatwa yang mengatakan non muslim haram makan daging aqiqah. Masa saya buat kenduri aqiqah Ali dulu, saya jemput jiran india dan cina (dah rumah sebelah-menyebelah). Jiran india saya yang memang suka daging kambing, makan daging aqiqah yang disediakan. So, isu tersebut jadi agak panas di taman kami. Biar lah orang nak mengata. Yang penting kita tau apa kita buat.

4. Tiada had umur untuk aqiqah. Tapi ada yang cakap aqiqah merupakan tuntutan kepada ibu bapa sehingga anaknya baligh. Sekiranya ibu bapa tak mampu, anak terseut boleh laksanakan aqiqah untuk dirinya setelah dia dewasa dan berkemampuan.

Itu saja ilmu yang saya ada untuk dikongsikan. Sekiranya ada yang salah, sila betulkan. 

16 comments:

  1. thanx share this info.mmg tgh cri info psl aqiqah pn hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U welcam dear.semoga info ni dapat membantu

      Delete
  2. perkongsian yang bagus..alhamdulillah, anak pertama diaqiqahkan ketika usianya 3 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      semoga Allah permudahkan rezeki dan pertumbuhan anak2 kita sentisa baik

      Delete
  3. salam ziarah darei bunda...info menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bunda
      semoga perkongsian ini dapat membantu

      Delete
  4. putri nak details alamat dan cara nak hubungi EZ KORBAN ni, boleh.

    buat entry khas pon xpa.. plisss dear :D
    jasa mu amat dihargai
    tenkiu

    ReplyDelete
  5. Anonymous14/5/14 19:32

    Senang buat ibadah aqiqah di Kemboja ni, pakai bank in duit je. Lagipun ramai orang Islam yang hidup susah kat sana.

    ReplyDelete
  6. Mmg setiap tahun buat qurban dgn ez qhrban ni.

    ReplyDelete
  7. Salam.. terima kasih atas info ini. Insyallah tahun ni nak buat qurban dengan ez qurban..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Saya pernah buat korban dengan Ez Qurban. Alhamdulillah, siap dengan resit dan sijil pengesahan. Boleh dipercayai dan boleh buat lagi di masa depan. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Saya pernah buat korban dengan Ez Qurban. Alhamdulillah, siap dengan resit dan sijil pengesahan. Boleh dipercayai dan boleh buat lagi di masa depan. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Berdasarkan pertanyaan sy dgn Ustaz Mazad (Ustaz di Soal Jawab Agama JAKIM), aqiqah merupakan ibadah. Menurut Mazhab Syafie, daging aqiqah (ibadah) tidak boleh diberikan kepada non Muslim. Dicadangkan kita membeli daging lain di pasar dan diniatkan untuk menjamu org non muslim makan dan dicampurkan dengan daging aqiqah td semasa masak.

    ReplyDelete
  11. Macamana pemprosessan nya ? adakah keluarga di jemput makan bersama?

    ReplyDelete
  12. Macamana pemprosessan nya ? adakah keluarga di jemput makan bersama?

    ReplyDelete