22 July 2013

Diabetis @ Kencing Manis Semasa Hamil

Entry kali ni saya nak share sikit pasal Diabetis atau dalam bahasa orang lama : KENCING MANIS. Selalu kita dengar orang yang dah berumur yang ulang-alik hospital disebabkan penyakit ni. Tapi, kali ni saya nak share pasal diabetis sewaktu pregnant. Masa pregnantkan Ali Amrsyar saya ada diabetis dan pregnant kali ni...pun sama juga.



Apa itu diabetis sewaktu hamil?

Dua kali pregnant, dua kali dapat sticker kuning disebabkan diabetis
Diabetis akan berlaku sekiranya badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya. Insulin digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih banyak insulin untuk keperluan kita dan baby. Tapi sekiranya badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang lebih, ini akan menyebabkan diabetis semasa hamil.

Bagaimana untuk mengesan diabetis semasa hamil?

Untuk golongan yang berisiko (kalau keturunan memang ada sejarah diabetis) biasanya ibu hamil akan diberi minum air gula (ujian MGTT) sewaktu 24 ke 28 minggu. Masa preggy kan Ali Amrsyar saya kena minum air gula dua kali. Yang kali pertama sebab berat badan berlebihan dari sepatutnnya dan yang kali ke-2 semasa 28 weeks sebab family ibu saya memang ada sejarah diabetis yang kuat. Hasil ujian minum air gula kali ke-2, doktor dapat detect yang saya ada diabetis. Untuk kandungan kali ni, saya kena minum air gula seawal 22 weeks sebab kandungan pertama dah ada diabetis. Dari situ, dah tau yang pregnant kali ni pun saya ada diabetis juga.

Apakah kesan diabetis pada ibu dan anak?

Dari pengalaman saya, diabetis tak ada kesan sangat pun pada si ibu. Saya tak rasa sakit pun. Cuma sekali-sekala, saya akan rasa sesak nafas dan cepat penat. Tapi untuk si anak dalam perut, diabetis sangat bahaya. Selalu kita dengar kes baby lemas dalam perut ibu. Diabetis salah satu puncanya. Info yang saya dapat dari doktor di KK, sekiranya paras gula dalam darah ibu tidak dapat dikawal, gula tersebut akan block oksigen yang dibawa dalam darah untuk baby. Sebab tu terjadinya kes baby lemas dalam perut ibu.

Kesan lain yang maybe baby akan alami ialah baby terlebih besar. Selalunya baby diabetis around 3 kg keatas. Waktu scan 38 week (1 week before deliver Ali Amrsyar), hasil dari scan, berat Ali Amrsyar 3.2 kg. Masa tu saya dah susah hati. Macamana nak meneran baby sebesar 3.2 kg memandangkan badan saya ni kecik saja. Tapi Alhamdulillah, masa saya lahirkan dia (normal delivery), berat Ali Amrsyar cuma 2.4 kg. Nasib baik dia tak besar sangat walaupun saya ada diabetis. Harap-harap adik pun berat around 2.5 kg saja.

Saya ada juga terbaca baby yang ibunya ada diabetis semasa pregnant lebih cenderung terkena jaudis selepas kelahiran. Maybe ada betulnya coz Ali Amrsyar memang ada jaudis 2 hari lepas lahir. Cuma jaudis dia tak berapa tinggi sangat. Tapi around 5 hari jugak, kami terpaksa ulang-alik hospital untuk ambik darah dia. Meleleh air mata saya tengok kaki kecik tu kena cucuk. Tak tahan...

Bagaimana diabetis semasa hamil dirawat?

BSP test

Keputusan BSP test setakat ini

Biasanya ada dua cara. Bagi bacaan gula yang masih boleh dikawal, doktor akan nasihatkan untuk control diet harian kita. Kalau di klinik kerajaan, setiap 2 minggu doktor akan arahkan pesakit diabetis untuk buat BSP (blod sugar profile) test. BSP test ni simple je. Just cucuk hujung jari sikit untuk ambik darah dan dari situ kita boleh tahu bacaan paras gula dalam badan kita. Cuma...bagi saya merenyah sikit sebab kena buat 4 kali sehari : Pukul 8 pagi, 12 tengah hari, 5 petang dan 10 malam. Untuk bacaan pukul 8 pagi, saya akan start berpuasa pada pukul 10 malam sehari sebelum. Dan untuk bacaan yang lain, saya akan berpuasa 2 jam sebelum waktu bacaan diambil. Merenyahkan?!!!! Sebab tu saya tak suka setiap kali doktor suruh buat BSP test. Daripada pengalaman semasa pregnantkan Ali Amrsyar, saya tak boleh minum milo 3 in 1 or ambil minuman yang ada susu pekat. Kalau minum, memang bacaan BSP akan naik mendadak sampai kena admit 2 hari di Hospital Ipoh untuk diet control. So pregnant kali ni, memang tak sentuh langsung 2 benda tu. Alhamdulillah setakat ni bacaan masih normal. Dah serik asyik kena leter dengan pakar diet hospital.

Untuk pesakit yang bacaan gula yang tinggi (rasanya around 8.0 keatas), biasanya doktor akan bagi insulin dan suruh suntik sendiri. Yang ini, saya tak berapa tau sangat sebab diabetis saya masih belum sampai ke tahap ini. Bila tau ada diabetis semasa hamil, saya memang akan start control diet sebab saya risau baby akan lemas dalam perut.

Kesan diabetis semasa proses kelahiran?

Masa nak dekat-dekat bersalinkan Ali Amrsyar memang sangat mendebarkan. Kalau di hospital kerajaan biasanya doktor tak akan benarkan ibu yang ada diabetis mengandung lebih daripada due date. Bagi patient yang dah kena inject insulin sendiri, biasanya doktor akan keluarkan baby around 38 weeks samada melalui induce ataupun czer. Bagi patient yang masih dalam diet control (macam saya), biasanya dokotr akan tunggu sampai due date, baru decide untuk keluarkan baby melalui induce atau czer. 

But in my case, Alhamdulillah..Ali Amrsyar keluar awal. Masa 39 minggu 1 hari, dia dah tak sabar nak lihat dunia. Jadi merasa lah saya lahirkan dia dengan cara yang normal. Lepas lahirkan dia, kami kena tahan 1 hari di wad sebab doktor nak pantau paras gula saya melalui BSP. Alhamdulillah semuanya ok..cuma masa tu tak sabar nak balik rumah je.

Preggy kali ni, saya harap benda yang sama akan jadi lagi. Harap-harap adik nak keluar awal seminggu dari due date jugak. Jadi tak perlu lah saya di"induce" atau di"czer". Semoga Allah permudahkan.

Itu saja rasanya ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Bagi ibu-ibu yang senasib dengan saya, jangan risau. Yang penting anda kaji pemakanan dan belajar untuk kawal diet anda. Ada orang tak boleh makan nasi banyak sangat, ada yaang tak boleh makan buah banyak. Yang penting bila dah tau diri sendiri ada diabetis, jaga lah pemakanan demi anak yang kat dalam tu.

34 comments:

  1. wow ! nice entry , good sharing . ney baru tahu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ainil.saya menulis ased on my experience saja.sekadar berkongsi

      Delete
    2. wc akak :) Ainil suka bca entry yg berilmu neyh . tp belum kawin . xsalahkan nk ambil tahu ? hehe! ^^ jum komen entry sy :)

      Delete
  2. Teringat masa preggy dulu.kencing manis tinggi jugak, dah dekat due doc cakap nak kena induce. menangis takut kena induce..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun risau kena induce.ramai kawan ckp induce tu sakit.

      Delete
  3. Alhamdulilah setakat ni xde GDM/kencing manis ms preggy.. result MOGTT rendah adalah..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah..family belah mak saya memang ramai yg ada diabetis.boleh dikatakan most of my aunties termasuk mak saya ada GDM masa preggy. agaknya dah memang penyakit keturunan

      Delete
  4. dulu, masa pregnant saya pun diabetes..mmg bahaya klu x terkawal.

    http://hazinranamir@blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kita serupa.memang risau kan kalo kena diiabetis

      Delete
  5. Good sharing dear.. i doakan semoga dipermudahkan proses kelahiran baby u nanti.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq farah..doakan semoga semuanya selamat

      Delete
  6. yes..bahaya diabetes masa pregnant~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saaya kena jaga makan minum supaya paras gula tak leih dr sepatutnya.memang susah tp demi baby kat dalam..x apa lah

      Delete
  7. Gud info! memang tengah cari psal ni.. Kali ni pengalaman pertama saya hamil kena kencing manis.. Risau saya sebab tak pernah ada pengalaman. Nak kena cari lagi apa yang saya kena pantang selain milo + susu pekat peberet saya tu.. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut orang..rajin2 buat kajian setiap kali lepas test bsp

      Delete
  8. Thank's good info..my wife risau sngt...dokter bru bgitau dia de kncing mnis..agak2 klu baby besar kuar normal or kne operation?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo baby besar maybe operation.tp babies saya dua2 pun x besar.yg sulung 2.4kg dan yg no 2 cuma 2.9.kedua2nya saya lahirkan secara normal..no induce or czer...alhamdulillah

      Delete
  9. saya pun ade diabetes .. ni nak tunggu hari jerk .. lg 2 hari tarikh due date nyer .. lom ade tanda2 sakit lagi .. tp tande2 lain dah kuar ..risau tp kena cool jerk lah ,, dan berdoa pada Allah mohon dipermudahkan segalanyer .. aminn ...

    ReplyDelete
  10. Anonymous3/1/14 13:53

    bestnyer puan, bersalin awal sebelum EDD. semoga sihat selalu yer puan.

    ReplyDelete
  11. x sbr nk bersalin gak. now baru 36 week. i pun diabetes gak., huhu

    ReplyDelete
  12. x sbr nk bersalin gak. now baru 36 week. i pun diabetes gak., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar dulu...pujuk baby suruh kuar awal before due date.hihihi..seronok bersalin normal ni tau

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Nice sharing....info yg patut ibu2 pregnant ambil tahu...dulu saya xde GDM tapi berat naik banyak dan baby pun besar...harap2 kali kedua ni pun sama...1st minum air gula normal, esok 2nd time...hope normal jugak..memang dah baka baby besar dan berat naik banyak kot...hehe

    ReplyDelete
  15. Slam dear.
    Best sharing ni. Kecik jek baby pon cume 2.5 kilo. Tapi memang MGTT tu dah la x sedap langsung. Masa pregnant anak pertama memang saya x kene MGTT, tapi bila anak kedua kena la pulak.

    baru tau pasal baby booleh lemas kalau ibu ade kencing manis masa mengandung ni.

    Tapi hospital kerajaan mmg sgt bagus dan strict kan compare to swasta. Semua teliti. Terima kasih sharing ni. Saya kene stadi lebih pasal kencing manis sbb ade sejarah keluarga.

    Fuh fuh

    IbuCergas

    ReplyDelete
  16. Info yang berguna..saya pun ada GDM, baru 33 weeks...anak pertama xda GDM dan Alhamdulilah bersalin normal, tapi kena induced. .harap yang kedua ini normal jugak..

    Jemput lah ke blog saya ye..thanks
    http://vitaminuntuksihatcantik.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Anak pertama saya pun ada GDM diet control. Alhamdulillah keluar 39 minggu. Selamat dr ceaser 😊

    ReplyDelete
  18. Kandungan kali ni sangkut gdm lg. 1st baby dulu pun ada. Yg tu dlm urine pun mmg kantoi. Then adik dia ok je. Kna kali ni ada gak gdm. Tp kali ni dlm urine clear je. Dh masuk mggu ke34-35 ni ada 2 kali bacaan yg agak tinggi. Rasanya sbb minum milo ais. Huhuhu..

    Hopefully everything will be ok nanti ;)

    ReplyDelete
  19. seksanya kene diabetes time hamil ni..x larat nak kene p cucuk kt jari tu 4x sehari..trgt msa zmn preggy sulong dlu..sumpah serik..alhamdulillah anak 2,3,4 xde dah..keturunan ade kencing manis kene jaga2..

    ReplyDelete
  20. seksanya kene diabetes time hamil ni..x larat nak kene p cucuk kt jari tu 4x sehari..trgt msa zmn preggy sulong dlu..sumpah serik..alhamdulillah anak 2,3,4 xde dah..keturunan ade kencing manis kene jaga2..

    ReplyDelete
  21. saya pun ada kencing manis semasa mengandung. satu hari 4 kali kena cek paras gula. Dah muak rasanya asyik p klinik. Tapi, apapun, pemeriksaan sebegitu adalah bagus untuk ibu-ibu yang ada kencing manis agar mereka dapat monitor paras gula yang terkini.

    ReplyDelete
  22. Saya hamil 30 weeks...start insulin masa kandungan 20 weeks...bacaan normal aje..kantoi sekali masa bsp terus dr suh cucuk insulin...lagi 8 minggu nak kene bersalin..harap baby kuar la normal..tanpa perlu induce/czer.... amin

    ReplyDelete
  23. Saya dua kali mengandung, kena buat MGTT, sebab ada keturunan kencing manis. Mesti kena 2 kali, pertama kali minum , muntah, so kena repeat.. 😂

    ReplyDelete
  24. Terima kasih, suka baca pengalaman ni. Seriously kencing manis kena jaga pemakanan kan :)

    ReplyDelete