07 February 2013

Kisah Amrsyar dan Kisah Hati Mama Amrsyar

As-Salam

Lamanya mama Amrsyar menghilang diri dari blog ni. Actually tak ke mana pun. Cuma sejak akhir-akhir ni emosi saya kurang stabil sikit. Terlalu banyak sangat peristiwa pahit yang kena ditelan. Bila difikirkan semula, hidup ni memang sangat funny. How someone yang kita sangat-sangat sayang, boleh jadi insan yang banyak sakitkan hati kita. Ada masa, saya berdoa pada Allah agar Dia kurangkan rasa sayang dalam hati ini supaya hati saya tak dilukai lagi. Berdosa tak saya berdoa macam tu?!!! Entah la. Apa yang saya mahukan cuma dipujuk sekali sekala. Tapi, orang lelaki ni selalu anggap yang luka dihati perempuan boleh recover sendiri.

Ok la..tak mau cerita sedey-sedey dah. Pagi tadi saya dah nanges puas-puas. Lets story pasal my Ali Amrsyar (taip nama dia je pun dah buat saya tersenyum sorang-sorang). Pagi tadi saya bawa Amrsyar ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk cucuk 6 bulan. Actually, sepatutnya dia kena cucuk 1 week ago. But, since vaksin measles belum sampai lagi di RSAT masa tu, so terpaksa la tangguh. A few weeks ago, doctor dari RSAT confirmkan yang vaksin dah sampai, itupun untuk 10 baby pertama sahaja. So, saya terus bawa dia ke RSAT hari ni. Alhamdulillah..dah settle pagi tadi. Amrsyar kena cucuk 2 jarum, measles dan hepatitis B. Satu di peha, satiu lagi di bahu. Kesian juga tengok dia meraung kena cucuk tadi (mama dia  pun menanges skali). 

Sampai rumah, dia terus tertidor sambil menangis. Lepas bangun tido, aktif balik. Senang hati saya tengok dia tersenyum riang dan gelak mengekek. But, masa nak mandikan tadi, saya perasan badan dia dah mulai panas. So, this nite saya prepare termometer dan tuala basah bersama baldi. Risau kalau-kalau dia demam. Hari ni pulak, En Amri ada kerja luar di Papar. Rasanya esok baru balik. Elok juga kami berjauhan buat masa ni. Hati masing-masing masih panas lagi.

Apa perkembangan Amrsyar sekarang? Masa umur dia 5 bulan 4 minggu, Amrsyar dah mula duduk. 2 days after that, dia dah boleh merangkak properly. Kalau dulu cuma sondol-sondol orang but now, dah boleh merangkak. Depan TV dekat ruang tamu ni, saya cantumkan tilam queen dan single as his plauground. Tapi, pantang saya toleh tempat lain sikit, dia dah sampai hujung tilam. Setakat ni dah 3 or 4 kali dia gedebukkk jatuh ke lantai. Risau juga saya. But, Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi dia muntah or meragam. Bila tengok dia dah boleh duduk dan merangkak, hati saya jadi sayu. Cepatnya dia membesar. Lepas ni berdiri, berjalan berlari, makan sendiri, boleh poo n pee sendiri .... Waktu tu maybe dia dah kurang bergantung pada saya lagi. Terasa berat pulak hati saya. Tapi itu lah tugas seorang ibu, besar dan didik anak and one day kita terpaksa lepaskan mereka berdikari sendiri. Setakat ni saya bersyukur sangat-sangat sebab saya diberi peluang utk besarkan dia dengan tangan sendiri. Saya dapat tengok 1st time dia menerap, duduk, merangkak. InsyaAllah, lepas ni saya nak tengok his 1st step.

Dah panjang lebar kot saya memebebel kali ni. OK as usual, here are some pic of my little boy yang sudah 7.1 kg :

Finally can sit properly


Ali Amrsyar first time pegi beach @ Tanjung Aru Beach, KK

Anak askorrr..apa lagi nak dikatoo



5 comments:

  1. assalam dear..mama punya seorg anak..skrg mama terpaksa melepaskan dia pergi..terlalu cepat masa berlalu tak sedar dia dah jadi milik org..apapun dear hidup ini memang banyak onak & durinya..mama pun pernah mengalaminya percaya tak mama berkahwin pada usia 20 & dpt ank usia 21..suami mama usia 31 tahun..bila dapat ank mama blur sgt2 sbb tak pandai buat itu ini..waktu tu kami ada masalah..keluarga mama tak berapa suka dgn suami mama..kini keluarga dah ok & menerimanya..skrg ni mama adalah penghidap overlap SLE dan terpaksa berhenti kerja..umur mama skrg 40+..syukur mama tidak salah membuat pilihan..hb adalah teman mama menangis & ketawa waktu mama sedih & gembira..dia tak pernah berkira utk mengeluarkan wang utk merawat penyakit mama..dia juga yg setia menemankan mama utk rawatan di PPUM ..sabar ya dear..dlm rumah tangga memang ada asam garamnya..percaya tak mama hidap penyakit waktu mama berusia 27 thn?..mula2 mama sering menangis..sekarang mama pasrah & redha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mama..
      Semoga mama sembuh dan dapat nikmati hidup dengan penuh kebahagiaan

      Delete
  2. ehem terlupa,semuga amrsyar cepat membesar & menjadi ank yg solih & membahagiakan putri..

    ReplyDelete
  3. sedih baca part yang atas tu..sabar ye kak..

    comel la amsyar ni..geram tengok,,sy suka budak nama amsyar sebab dah berangan nak letak nama ni utk anak saya nanti..hehe..tapi kawennya belum..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kawin mcm tu la zara
      Amrsyar ertinya yg cergas...mostly mummy yg anaknya nama amrsyar ni slim sebab anaknya aktif

      Delete