09 July 2013

11 Bulan Ali Amrsyar : Dah Dapat Kaki

Salam All

Sedar tak sedar Ali Amrsyar dah 11 bulan. Lama saya tak up date cerita pasal budak comey ni. So far perkembangan dia sangat positif + aktif. Waktu Ali Amrsyar 10 bulan, dia dah mula melangkah setapak dua. Waktu 11 bulan dia dah mula jalan laju.... dan sekarang, dah pandai nak kejar orang. Kalau dulu, dia perlukan sokongan untuk berdiri dan mula berjalan. But now, dia dah boleh bangun dan berdiri sendiri. Tiap petang, mesti nak ajak keluar. Kadang-kadang Ali Amrsyar siap ambik kasut bagi kat saya suruh pakaikan. Bila dah pakai kasut apa lagi..dia akan tuju ke pintu dan merengek-rengek mintak nak keluar. Jalan pun tak nak orang pegang tangan. Penat mulut saya menjerit risaukan dia terjatuh atas jalan tar. 



Since dah dapat kaki ni, cukup payah nak suruh Ali Amrsyar duduk diam walaupun untuk 3 minit. Ada jer aktiviti dia. Kalau bukan berjalan keliling ruang tamu, dia akan punggah kabinet TV. Paling dia suka kalau dapat terlepas ke dapur. Mesti nak kacau makanan kucing (nasib baik dia tak makan). Tapi budak comey ni jenis yang aktif siang je. Bila malam around pukul 8, dia dah hanyut dibuai mimpi until pukul 8 pagi esok. Antara tu ada lah dia bangun 2 or 3 kali untuk mintak susu. Lepas dapat susu sebotol, dia lena balik. So, waktu malam memang saya dapat berehat.



Bila difikirkan balik terasa cepat sangat dia membesar. Sayangnya En Amri jarang ada dengan kami. Dalam hati saya berharap sangat, if one day, En Amri dapat lihat tumbesaran anak-anak kami setiap hari.

6 comments:

  1. Baby Farah pun sama dah tak boleh berhenti berjalan walau seminit...jenuh berligan ngn dia dalam rumah..habis semua benda dia nak sepahkan..huhuhu..mmg mencabar kan tugas seorang ibu nie.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar tp best kan.tiap hari ada je benda baru deorg buat

      Delete
  2. lg sonok bila anak dpt kaki
    byk benda lg boleh kita lihat perkembangan ank :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok tp kdg2 penat mengejar.tambah lg yg dlm perut ni ada sorang lg

      Delete
  3. wahh..cepatnye amrsyar dapat jalan..hehe..pasni mama ngan papa dapat main kejar2 lah ngan amrsyar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat berjalan sebab dah nak beradik bulan 10 ni. mama ngan babah amrsyar mengah mengejar kalau lepas dia kat padang

      Delete