Entry kali ni saya nak share sikit pasal Diabetis atau dalam bahasa orang lama : KENCING MANIS. Selalu kita dengar orang yang dah berumur yang ulang-alik hospital disebabkan penyakit ni. Tapi, kali ni saya nak share pasal diabetis sewaktu pregnant. Masa pregnantkan Ali Amrsyar saya ada diabetis dan pregnant kali ni...pun sama juga.
Apa itu diabetis sewaktu hamil?
 |
Dua kali pregnant, dua kali dapat sticker kuning disebabkan diabetis |
Diabetis akan berlaku sekiranya badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya. Insulin digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih banyak insulin untuk keperluan kita dan baby. Tapi sekiranya badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang lebih, ini akan menyebabkan diabetis semasa hamil.
Bagaimana untuk mengesan diabetis semasa hamil?
Untuk golongan yang berisiko (kalau keturunan memang ada sejarah diabetis) biasanya ibu hamil akan diberi minum air gula (ujian MGTT) sewaktu 24 ke 28 minggu. Masa preggy kan Ali Amrsyar saya kena minum air gula dua kali. Yang kali pertama sebab berat badan berlebihan dari sepatutnnya dan yang kali ke-2 semasa 28 weeks sebab family ibu saya memang ada sejarah diabetis yang kuat. Hasil ujian minum air gula kali ke-2, doktor dapat detect yang saya ada diabetis. Untuk kandungan kali ni, saya kena minum air gula seawal 22 weeks sebab kandungan pertama dah ada diabetis. Dari situ, dah tau yang pregnant kali ni pun saya ada diabetis juga.
Apakah kesan diabetis pada ibu dan anak?
Dari pengalaman saya, diabetis tak ada kesan sangat pun pada si ibu. Saya tak rasa sakit pun. Cuma sekali-sekala, saya akan rasa sesak nafas dan cepat penat. Tapi untuk si anak dalam perut, diabetis sangat bahaya. Selalu kita dengar kes baby lemas dalam perut ibu. Diabetis salah satu puncanya. Info yang saya dapat dari doktor di KK, sekiranya paras gula dalam darah ibu tidak dapat dikawal, gula tersebut akan block oksigen yang dibawa dalam darah untuk baby. Sebab tu terjadinya kes baby lemas dalam perut ibu.
Kesan lain yang maybe baby akan alami ialah baby terlebih besar. Selalunya baby diabetis around 3 kg keatas. Waktu scan 38 week (1 week before deliver Ali Amrsyar), hasil dari scan, berat Ali Amrsyar 3.2 kg. Masa tu saya dah susah hati. Macamana nak meneran baby sebesar 3.2 kg memandangkan badan saya ni kecik saja. Tapi Alhamdulillah, masa saya lahirkan dia (normal delivery), berat Ali Amrsyar cuma 2.4 kg. Nasib baik dia tak besar sangat walaupun saya ada diabetis. Harap-harap adik pun berat around 2.5 kg saja.
Saya ada juga terbaca baby yang ibunya ada diabetis semasa pregnant lebih cenderung terkena jaudis selepas kelahiran. Maybe ada betulnya coz Ali Amrsyar memang ada jaudis 2 hari lepas lahir. Cuma jaudis dia tak berapa tinggi sangat. Tapi around 5 hari jugak, kami terpaksa ulang-alik hospital untuk ambik darah dia. Meleleh air mata saya tengok kaki kecik tu kena cucuk. Tak tahan...
Bagaimana diabetis semasa hamil dirawat?
 |
BSP test |
 |
Keputusan BSP test setakat ini |
Biasanya ada dua cara. Bagi bacaan gula yang masih boleh dikawal, doktor akan nasihatkan untuk control diet harian kita. Kalau di klinik kerajaan, setiap 2 minggu doktor akan arahkan pesakit diabetis untuk buat BSP (blod sugar profile) test. BSP test ni simple je. Just cucuk hujung jari sikit untuk ambik darah dan dari situ kita boleh tahu bacaan paras gula dalam badan kita. Cuma...bagi saya merenyah sikit sebab kena buat 4 kali sehari : Pukul 8 pagi, 12 tengah hari, 5 petang dan 10 malam. Untuk bacaan pukul 8 pagi, saya akan start berpuasa pada pukul 10 malam sehari sebelum. Dan untuk bacaan yang lain, saya akan berpuasa 2 jam sebelum waktu bacaan diambil. Merenyahkan?!!!! Sebab tu saya tak suka setiap kali doktor suruh buat BSP test. Daripada pengalaman semasa pregnantkan Ali Amrsyar, saya tak boleh minum milo 3 in 1 or ambil minuman yang ada susu pekat. Kalau minum, memang bacaan BSP akan naik mendadak sampai kena admit 2 hari di Hospital Ipoh untuk diet control. So pregnant kali ni, memang tak sentuh langsung 2 benda tu. Alhamdulillah setakat ni bacaan masih normal. Dah serik asyik kena leter dengan pakar diet hospital.
Untuk pesakit yang bacaan gula yang tinggi (rasanya around 8.0 keatas), biasanya doktor akan bagi insulin dan suruh suntik sendiri. Yang ini, saya tak berapa tau sangat sebab diabetis saya masih belum sampai ke tahap ini. Bila tau ada diabetis semasa hamil, saya memang akan start control diet sebab saya risau baby akan lemas dalam perut.
Kesan diabetis semasa proses kelahiran?
Masa nak dekat-dekat bersalinkan Ali Amrsyar memang sangat mendebarkan. Kalau di hospital kerajaan biasanya doktor tak akan benarkan ibu yang ada diabetis mengandung lebih daripada due date. Bagi patient yang dah kena inject insulin sendiri, biasanya doktor akan keluarkan baby around 38 weeks samada melalui induce ataupun czer. Bagi patient yang masih dalam diet control (macam saya), biasanya dokotr akan tunggu sampai due date, baru decide untuk keluarkan baby melalui induce atau czer.
But in my case, Alhamdulillah..Ali Amrsyar keluar awal. Masa 39 minggu 1 hari, dia dah tak sabar nak lihat dunia. Jadi merasa lah saya lahirkan dia dengan cara yang normal. Lepas lahirkan dia, kami kena tahan 1 hari di wad sebab doktor nak pantau paras gula saya melalui BSP. Alhamdulillah semuanya ok..cuma masa tu tak sabar nak balik rumah je.
Preggy kali ni, saya harap benda yang sama akan jadi lagi. Harap-harap adik nak keluar awal seminggu dari due date jugak. Jadi tak perlu lah saya di"induce" atau di"czer". Semoga Allah permudahkan.
Itu saja rasanya ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Bagi ibu-ibu yang senasib dengan saya, jangan risau. Yang penting anda kaji pemakanan dan belajar untuk kawal diet anda. Ada orang tak boleh makan nasi banyak sangat, ada yaang tak boleh makan buah banyak. Yang penting bila dah tau diri sendiri ada diabetis, jaga lah pemakanan demi anak yang kat dalam tu.