11 January 2017

Kisah Mama : Peringatan Dari Allah

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2017. Sunyi sepi je blog ni kan. Bulan December langsung tak ada entry. Busy sungguh Mama Ali dan Adik ni ye. Tapi tak dinafikan pun..bulan December aritu memang saya super busy...macam-macam hal...buat persiapan sekolah Ali dan Adik..shopping baju harian anak-anak.. Seminggu lepas buka sekolah..baru dapat tarik nafas sikit. Pasal cerita persekolahan anak-anak...saya buat entry lain. InsyaAllah...doakan kerajinan Mama ye.

Dalam ke'busy'an minggu lepas...Allah hantarkan peringatan untuk saya dalam bentuk ujian kesihatan. Start dari pukul 12 malam Khamis...saya non stop muntah. Dari malam sampai ke pagi....asyik muntah sampai perut kosong. Makan...minum...semua keluar balik. Pagi Khamis...lepas hantar Ali dan Adik ke PASTI...saya ke Klinik Kesihatan. Lepas buat ujian air kencing dan ambik tekanan darah..doktor suruh masuk 2 botol air. Menunggu lah 2 jam lebih kat laluan belakang bilik doktor. Lepas habis botol drip air yang ke-2...saya diminta buat test air kencing kali yang ke-2. Hasil test...badan saya masih kekurangan air yang banyak. Doktor minta saya ke Hospital Kampar. Sebelum naik ambulans ke hospital...nurse masukan ubat tahan muntah melalui branula yang dah terpasang kat tangan. Ingatkan lepas nurse masukan ubat tahan muntah...nurse nak bukakan branula tu..tapi..harammm...so ke Hospital Kampar lah saya dengan branula masih di tangan.

Sampai di Hospital Kampar around pukul 1 tengahari...dah ramai patient lain yang menunggu. Actually dari Klinik Kesihatan Kampar lagi saya dah kira..ada 8 orang yang senasib dengan saya. Ada yang lagi teruk..bukan setakat muntah-muntah..siap cirit birit lagi. Ada yang dok usung botol drip sambil tunggu giliran. Nasib baik saya dah habiskan 2 botol drip air kat KK tadi..kalau tak..hurmmmm...terpaksa usung beg tangan yang ke-2 aka botol drip air. Agak lama jugak saya menunggu...sampai satu masa tu rasa nak lari balik. Tapi cepat-cepat tukar fikiran bila terpandangkan branula kat tangan. Agak-agak sapa la nak membuka branula tu kalau saya lari balik. Lagipun MC tak dapat lagi. Tak kan nak hadap bos dengan tangan kosong kot esok...comfirm kena sembur. So..bertabah lah sekejap demi nak buka branula dan MC.

Akhirnya..nama saya dipanggil. Untuk kali ke-3, saya disuruh buat test air kencing untuk tentukan air dalam badan saya cukup ke tak. Hasil test..hurmmm..air dalam badan saya masih berkurang. Doktor cadangkan supaya saya duduk di wad untuk masukkan lagi air. Tapi dengan penuh perasaan, saya yakinkan doktor yang saya dah OK padahal waktu tu kaki tengah mengeletar lagi. Siap janji dengan doktor lagi...balik rumah nanti saya minum air banyak-banyak. Nasib doktor pun boleh terima..dia just minta saya sign borang dan nasihatkan saya supaya minum air banyak-banyak. Fuhhhhhh...lega. Lepas pembantu perubatan bukakan branula..saya terus keluar dari wad emergency tu. Alhamdulillah.....laju je saya jalan pergi farmasi untuk ambik ubat. Biar la berpura-pura sehat sekejap..walaupun realitinya..kaki rasa dah tak kuat nak tanggung badan. Dalam otak cuma fikir...kalau nak tumbang pun..bukan kat sini. Lepas ambil ubat di farmasi...saya terus ke kantin...cari sirap.

Around pukul 3 petang..baru saya sampai rumah. Bila tengok Ali dan Adik...rasa lega sangat. Nasib tak kena warded...kalau kena warded...ketiak sapa lah Adik nak tido malam nanti. Petang tu saya dah tak muntah tapi sendi kaki dan pinggang rasa mencucuk-cucuk. Allahu...tak tahan rasa sakitnya. Minta En Amri dan Opah urutkan..tapi sakitnya masih tak hilang. Akhirnya...saya mengalah...terpaksa telan panadol. Tak apalah..

Bila sakit macam ni..terasa Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah..disaat saya sibuk dengan tanggungjawab dunia..ada masa saya ambil mudah dalam urusan ibadah. Buat sekadar nak tunaikan tanggungjawab. Dah Allah ingatkan macam ni...baru la sedar. Terima kasih Allah kerana sering hantarkan peringatan untuk hamba Mu ini.

Minggu ni...alhamdulillah...badan dan terasa segar kembali. Uruskan Ali dan Adik pun laju je. Syukur sangat...

 Ada masanya bila kita sakit..kita tanya kenapa Allah duga kita. Tapi kita lupa...sakit itu bukan dugaan...tapi peringatan kerana Allah rindu kita. Bersyukur lah kerana Allah masih sayangkan kita.



3 comments:

  1. selamat tahun baru. jaga kesihatan ye sis

    ReplyDelete
  2. kan..
    so, macm mna skrg.. dah sihat ke sis ?
    sy ni tgh sakit kepala, nk selsema. telan ubat selsema j lah sjak sjak stof bf ni.. kna gagah juga telan ubat. lau tak sape nk melayan anak ni. huhuhu

    ooo. branula namanya. hiks. saya pon x suka lah pakai tu.sakit.

    apa puncanya sis muntah muntah tu ?

    ReplyDelete
  3. Salah makan ke Putri?
    Yelah....bertabah ajelah dengan dugaan tuhan.
    Aduhhh mmg kalau boleh tak mau duduk kat ward tu kan. Apatah lagi anak anak suami semua kat rumah menunggu

    ReplyDelete