Assalamualaikum
Baru 2 minguu sekolah buka, saya dah bawa Ali dan Adik jalan-jalan. Actually saya dah janji nak bawa anak-anak ke Cameron Highland masa cuti sekolah hari tu lagi. Tapi time cuti sekolah biasanya Cameron memang sesak. Pernah sekali (rasanya tahun 2014), tak sampai Tanah Rata lagi saya dah patah balik ke Simpang Pulai sebab jalan jem. Hasil perbincangan...saya dan En Amri decide nak bawa anak-anak time sekolah dah buka. Lagipun Cameron-Kampar bukan jauh sangat pun. Alhamdulilllah..hari Sabtu yang lepas kami dapat penuhkan janji pada anak-anak.
Pukul 9 pagi, kami dah bertolak dari Kampar. Sepanjang perjalanan, Ali lebih banyak tido tapi se kecik...tu dah sampai Brinchang baru lena. Tempat pertama yang kami pergi : Cameron Valley Tea. Tempat ni jauh sikit sebab kena lalu Tanah Rata dan Brinchang dulu...rasanya kalau kami terus lagi..maybe boleh tembus ke Tapah. Actually ada je ladang teh lain..tapi kan..sebab saya teringin sangat nak rasa suasana minum teh di ladang teh yang nyaman..so saya pilih tempat ni. Kat sini suhu masih boleh dikatakan sejuk sikit compare dengan ladang teh yang lain. Maybe sebab tempat ni jauh dari town yang dah membangun so suasana kehijauan masih dapat dikekalkan. Tapi harga F&B kat sini..ya Ampun...harganya sangat lah overprice. 1 teapot tea (boleh minum untuk 2 orang) + set scones (2 ketoi scones bersama butter, krim dan jem) = RM 22++. Ko rasa.... Disebabkan dah teringin...saya pejam mata..bayar je la. Harap-harap next time datang Cameron..dah tak ada rasa teringin tu lagi.
Tempat ke-2 yang kami pergi : Taman Agro Teknologi MARDI Tanah Rata. Tiket masuk untuk dewasa RM3 per person. Kanak-kanak baya Ali dan Adik free. Taman kat sini cantik jugak. Kawasan kat dalam sangat luas. Yang paling best ada kandang arnab. Comey-comey...seronok Ali danAdik bagi arnab makan. Saya cari sign board dilarang bagi arnab makan..tapi tak ada. So saya pun benarkan Ali dan Adik bagi arnab-arnab tu makan. Harap-harap la arnab-arnab tu tak sakit. Huhuhuhuhu... (MARDI tolong jangan cari saya kalau arnab-arnab tu sakit ye)
Keluar dari MARDI, kami ke banggunan Nova Hotel untuk lunch. Niat dihati nak makan nasi arab. Tapi tengok rega kat banner luar kedai tu...rasa nak berpeluh-peluh. Mak aiiiiii...mahaiii....RM75 untuk set 2 orang makan. Tak apalah...kita makan nasi arab kat Ipoh je la. So kami makan kat Teh Tarik Place yang terletak dalam banggunan yang sama. Harga makanan kat sini pun boleh tahan..RM 20 ++ untuk Nasi Lemak Ayam Goreng dan Beef KoewTeow. Kat Cameron apa yang murah kan.. Lepas makan Ali nak main kat taman tema mini yang ada kat sebelah Nova Hotel. Kami ikutkan saja permintaan dia. Mainan kat sini agak mahal juga..setiap mainan RM5.30 per person. Habis RM15.90 kat situ. Hurmmm....tapi mainnya kejap je pun. Sabar je la.. Tak lama kami kat situ..lagi lama..lagi banyak duit habis.
Lepas perut dah penuh...kami ke destinasi terakhir : Ladang Lavender. Time ni hujan turun..tapi nasib baik ladang lavender tu berbumbung. Entrance fee RM 8 per person. Ali dan Adik free. Kat sini memang sesuai kalau nak bergambar sebab banyak port yang cantik. Nasib baik kat sini ada tempat untuk self plucking strawberry..kalau tak...mesti Ali tuntut janji saya. Bayaran untuk self plucking strawberry ialah RM 10 untuk setiap 200g. Saya tanya staff yang jaga..dia cakap 200g tu around 10 biji..so saya pun arahkan Ali dan Adik untuk petik 10 biji strawberry sahaja..tak boleh lebih. Gigih budak berdua tu mencari strawberry paling gemok dan paling merah. Lepas petik strawberry, kami ke kaunter untuk timbang dan bayar. Time nak bayar tu..alamak..RM10.90. Itu lah pilih lagi strawberry yang gemok-gemok. Kami tak lama pun dekat sini sebab dah petang ditambah pulak dengan hujan lebat, so En Amri ajak balik. Masa nak keluar saya sempat beli pucuk labu goreng..sepaket RM 5. Sedap jugak...selalu orang datang Cameron makan cendawan goreng..kali ni kita makan pucuk labu goreng pulak.
Tamat lah sudah weekend gateaway kami Cameron Highland kali ni. Mesti ramai yang pelik kan..apasal saya tak tido hotel kat Cameron. Actually bukan tak nak tido..tapi bila fikir..hurmm jarak Cameron-Kampar bukan jauh mana pun. Lagi baik kami balik hari sebab mana ada tempat tido yang lebih best daripada katil sendiri kan?!!!!
Saya kerap ke situ.
ReplyDeleteTido di strawberry park.
Siti dah tak sejuk macam dulu.
memang dah tak sejuk pun adam..jauh bezanya masa saya pergi time sekolah dulu..waktu tu cameron highland time siang pun still sejuk dan nyaman je
DeleteSaya kerap ke situ.
ReplyDeleteTido di strawberry park.
Siti dah tak sejuk macam dulu.
bestnya pergi CH ! sy da lama teringin mau kesana :)
ReplyDeletedatang la cik itah..bila2 ke semenanjung boleh datang ke sini..berbeza sikit dengan kundasang
Deletedalam planning nk bawa rania ke ch juga. nak ajar petik strawberi. last year pergi yg dkt genting tu skali salah musim daa. xda stobeli.
ReplyDeleteso xda feel tu.. kena repeat ke ch juga..
skrg musim stobeli kan kak?
hi, saya datang singgah sini :)
ReplyDeleteTak dapat pergi pasar malamlah ye Putri. Hakak pun lama tak pergi CH. Teringin jugak nak pergi lagi. Nak cari jemput jemput keledek kat Pasar Malam...
ReplyDeleteBiasalah Putri tempat tempat gitu mmg cekik darahlah...
Wahhhh bestnya bercuti....pernah pergi jaman study jer...hihi
ReplyDelete