09 October 2016

Kisah Amrsyar : Promosi Personal Pizza Domino's

Tau tak Domino's Pizza ada buat promosi sekarang ni. Kalau rajin tengok TV mesti pernah nampak iklan promosi ni. Sekarang ni untuk personal pizza harganya cuma RM 5.90. Rasa macam murah je kan.

Mula-mula tu rasa tak caya. Sebab kat iklan TV tu ada tanda *. Biasanya iklan yang bertanda * ni ada syarat-syarat tersembunyi. Untuk kesahihan iklan tu Mama pun ke Domino's terdekat. Kebetulan Abang Ali memang perut western. Kalau bagi pizza or spaghetti...laju jer. Tapi kalau bagi nasi...aduhai buka mulut macam mulut ikan...kecik je. Masa pergi tu..saya order chicken peperoni pizza. Cashier cuma tanya nak tambah cheese ke tak. Tak da tanya nak pizza jenis apa...so tak yah la nak ngada-ngada nak pizza nipis ikut tekak korang. Huhuhu...RM 5.90 je kot...tak payah demand lebih-lebih. Lepas order...memang saya cuma perlu bayar RM 5.90 sahaja. So memang betul lah iklan tu.


Balik rumah...makan...ok lah. Rasa pizza masih sama..tak ada jadi kurang sedap sebab harga dah jadi lagi murah. Topping pun OK... Tapi personal pizza ni saiznya memang kecik....cukup lah untuk dinner Ali dan Adik. Kalau Mama dan Babah nak tumpang sama maybe kena order lagi 2 pizza....baru kenyang.

So bagi yang berminat nak order...boleh lah ke Domino's yang terdekat. Saya pun ingat esok time lunch nak ke Domino's lagi. Sekali sekala ubah selera...tengahari kita makan pizza pulak.

5 comments:

  1. Aa. Domino mmg skang heavy advertising. Jimat n brbaloi la klau terjah time promo gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi sangat ayunie.sedap n kenyang

      Delete
  2. dah lama tak makan pizza..sedap ni

    ReplyDelete
  3. aik.. husband jijah baru2 ni beli regular rm10. beli 2 rm20 pula.. ke dia xtau ada promosi ni

    ReplyDelete
  4. Reen selalu akan order promo RM30 untuk 2 regular pizza. Dan wajib order Classified Chicken. Sedap!

    ReplyDelete