01 January 2015

Kisah Mama : Azam Tahun 2015

Salam 2015

Hari ni new year..so saya cuti. Hahaha....statement yang semua orang pun tau. Pagi tadi Opah dan Atok dah bawa 2 orang buah hati saya pergi kenduri. Jadi lepas settle mendobi baju dan kemas rumah....ada sikit masa untuk update blog yang dah macam chipsmore ni. Kejap tenggelam dan kejap timbul.

Semua orang dah ada azam ke? Actually saya bukan jenis yang buat azam tiap tahun. Time sekolah dulu selalu la buat azam bila tiba tahun baru. But bila dah kerja dan jadi ibu....saya dah jarang nak buat azam. Rasa semua dah tercapai....so...nak apa lagi. Tapi sempena tahun 2015 ni saya dah ada azam baru. Kalau tahun 2014 saya kuat shopping baju, beg dan kasut secara online dan offline...tahun 2015 ni saya nak slow down sikit (actually banyak) my shopping habit. Start hari ni no more First Lady, no more Groupon, no more Tesco setiap hari. 

Untuk tahun 2015 saya berazam untuk lebih banyakkan saving dan beli barang emas. Sebagai permulaan bulan lepas saya dah tambah loan ASB dan start main kutu emas dengan orang yang boleh dipercayai. Dah masuk 3 series ni kena la lebih menghargai duit. Daripada dilaburkan untuk something yang tak perlu...lebih baik kita simpan dan beli something yang beharga rite.

Semoga saya cukup kuat untuk capai azam saya tahun ni. Tak sabar nak tunggu akhir tahun..nak tengok hasil investment saya. 

6 comments:

  1. InsyaAllah..niat dan istiqhomah dalam melunaskan niat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak...harap2 azam berjaya kali ni

      Delete
  2. aamiin
    smga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Anonymous4/1/15 17:01

    Semoga Berjaya. Salam ukhuwah jemput singgah blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete