19 April 2014

Kisah Adik : Adik Dah Start Solid Food

 Adik dah 6 bulan. So far adik membesar dengan sehat. Adik dah boleh merangkak dengan laju. A few weeks ago, Adik mula nak duduk. Tapi pinggangnya tak cukup kuat lagi. Usaha lagi ye sayang. Dah duduk nanti Adik boleh makan dalam baby chair. 



Minggu lepas saya dah mula bagi Adik makan solid food. Untuk mudahkan kerja saya sediakan solid food Adik, saya beli food processor jenama Little Bean. Harga agak berpatutan..tak sampai RM 200. Food processor ni ada 2 funtion untuk steam dan blend. 1st day saya buat puree apple. Then saya buat puree carrot, puree pear, puree sweet potato dan puree manggo. Semuanya saya steam dulu kemudian blend. Tapi untuk carrot dan manggo, lepas blend saya akan guna penapis kopi untuk hasilkan puree yang lebih halus. Memang ambik masa sikit untuk sediakan puree Adik. Biasanya dekat sejam jugak saya kat dapur. So every morning, saya kena bangun seawal pukul 5.30 pagi. Sediakan puree untuk Adik, pump susu and then baru besiap nak g keje. Alhamdulillah setakat ni punch card belom pernah merah lagi. 



Penerimaan Adik terhadap solid food : Adik suka semua puree yang saya buat kecuali puree apple. Puree apple + honey pun dia tak nak...+ susu badan pun dia reject jugak. Next week saya nak ajar Adik makan bubur nasi pulak. Dah anak orang melayu tak kan asyik nak makan buah ngan vagie je. Kena la belajar makan nasi. 

Ok..dah sampai lunch time. Semoga Adik membesar dengan sehat dan Allah sentiasa lindungi Adik dan Abang Ali.

3 comments:

  1. salam. satu perkembangan yang bagus :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    myb puree apple tak kena dgn tekak adik la tu kan..
    xpa cba yg lain.

    ReplyDelete
  3. hi, salam kenal. nampaknya anak kita sebaya la!hehe..
    jemput ke blog sy
    Nutrien Penting Untuk Lahirkan Anak Pintar

    ReplyDelete