Assalamualaikum
Dah habis demam raya ke? Saya dan family belum habis lagi semangat beraya kami. Last weekend kami ke majlis sambutan raya PASTI anak-anak..weekend ni kami ke open house rumah saudara..dan insyaAllah next weekend ke majlis sambutan raya ofis saya pulak. Raya kan sebulan...
Tapi entry kali ni saya tak nak cerita pasal raya. Kita kumpul dulu cerita pasal raya dan buat satu entry..baru best. Entry kali ni nak cerita pasal kedai Yubiso. Sebelum ni saya memang suka pergi kedai DAISO. Masa study di Jepun dulu saya memang suka beli barang di sini sebab murah. Bila dah balik Malaysia pun terbawa-bawa. Sampai sekarang...walaupun barang-barang kat DAISO dah naik harga jadi RM5.90 pun..saya masih setia ke DAISO. Tapi baru-baru ni hati saya dah mula jatuh cinta dengan YUBISO. Actually ni kali ke-2 saya ke YUBISO. First time pergi time kat AEON Klebang, Ipoh. Second time di AEON Manjung. Kedai YUBISO ni banyak jual produk kosmetik macam make up, sabun dan shampoo. Harga boleh tahan...around RM 5 ke RM20. Kebanyakan produk dari Korea dan Jepun. Saya teringin nak try produk BB Cream Bio Aqua...tapi sebab bedak dan foundation belum habis..tak jadi beli lagi. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gaduh dengan En Amr.
Hasil habiskan masa hampir 1 jam dalam kedai YUBISO..akhirnya saya membeli OIL BLOTTING PAPER-RM 5. Muka saya jenis yang berminyak walaupun kerja dalam aircond. Kalau nak beli yang jenama Clean & Clear tu memang koyak sikit la poket. Selama ni saya cuma beli di DAISO. Tapi barang-barang kat DAISO dah naik rega...rasa ralat sikit. Itu yang bila nampak kat YUBISO cuma jual RM 5..saya terus rembat..padahal yang beli di DAISO pun tak habis pakai lagi. Tak apalah..kertas je pun..tak ada expired date.
Apa yang best oil blotting paper YUBISO ni...dia datang siap dengan mirror case yang comel. Kalau masuk dalam handbag senang nak cari...dan tak payah cari cermin sebab dekat case tu dah ada lekat cermin. So lepas lap minyak kat muka..boleh terus touch up. Kualiti kertas sama macam yang DAISO punya..kertas warna coklat..so tak boleh nak compare la dengan yang brand Clean & Clear yang warna biru tu. Anyway..bagi saya dengan harga cuma RM 5 dah good enough.
Ok..bagi sesiapa yang suka make up dan kosmetik murah-murah boleh la try ke YUBISO. Biasanya kedai ni ada di AEON saja. Tapi bagi yang kulit jenis sensitif tu..hati-hati lah. Kalau naik jerawat or kulit mengelupas..jangan cari saya (Mama lari dulu).
Nasib baik kat sini tak de daiso..tapi mr diy pun dah cukyp buat hati ini goyah tau...hihi
ReplyDeletePernah masuk sekali je kedai YUBISO. Memanh rambang mata di buatnya :)
ReplyDeletehahahaha~ sep !! kite pun suka menyinggah kat yubiso.. dah kalau menyinggah kena la beli kan..
ReplyDeletedulu kat sabah suka g DAISO. skrg MR DIY n kedai rm2 je.. sbb Daiso jauhh
ReplyDeleteBolehlah mama Cuba Cari bila ke aeon nanti
ReplyDeleteShampoo yubiso halal ke?sebab saya beli saya takjumpa tanda halal huhu
ReplyDelete