08 April 2014

Kisah Amrsyar : 20 Bulan

Lama tak bercerita perkembangan Ali. Alhamdulillah hero Mama membesar dengan sihat. Gigi depan dah penuh. Cantik bila dia senyum. Baru-baru ni Ali demam sebab nak tumbuh gigi garham. Kecoh rumah 96 ni melayan kerenah dia.

Berat Ali saya tak pasti berapa. Tapi comfirm 10 kg+++ sebab nak patah jugak pinggang dukung budak ni. InsyaAllah akhir bulan ni baru Ali pegi KK untuk timbang dan ukur tinggi. Buat masa ni Ali dah habis belajar anggota badan. Dari kepala, ketiak, punggong sampai ke kaki semua dia.dah boleh ingat. Cuma tangan kiri dan kanan selalu salah. Sama macam Mama dia masa kecik-kecik dulu ada masalah nak bezakan kiri dan kanan. Sampai darjah 4 baru saya lulus bab kiri kanan. Ok tutup kisah Mama ...sambung kisah Amrsyar. Menconteng pun Ali dah lulus. Habis segala dinding, lantai, buku resipi, surat...dia kerjakan. Sabar je la dengan anak teruna ni. Tak apa lah Ali sayang....Mama tak marah pun. Mama nak Ali enjoy zaman kanak-kanak Ali selagi boleh. Tapi pegi rumah orang jangan buat macam tu tau.


Sekarang ni Ali dalam proses nak kenai warna. Saya ajar Ali kenai 3 warna dulu : merah, biru dan kuning. Actually saya agak pening sikit nak guna kaedah apa? Beli bola warna warni, bola pun hilang. Beli bekas warna warni, Ali letak atas kepala Adik. Macam-macam gelagat hero comey Mama ni. So, pada mummy-munmy yang ada pengalaman, mintak tolong share cara anda ajar anak kenai warna.

Hubungan Ali dan Adik amat rapat. Ali sayangkan Adik. Kalo Adik nangis, dia yang kecoh. Tapi kalo Ali nangis, Adik sengeh je. Sayang pun ada masa. Bila datang bad mood dia...Adik pun dia pukul. Nasib baik Adik jenis tahan lasak. Setakat sekali kena pelepuk dengan Abang dia tak kesah. Dia tunggu Abang tido or minum susu. Time tu dia balas balik. Seronok tengok gelagat  2 buah hati ni. Comey!!!!

Ok terpaksa menamatkan entry kali ni. Si Adik dah mula pandai rebut HP Mama.
Semoga Ali Amrsyar membesar dengan sehat dan aktif. Jadi muslim yang beriman pada Allah ya sayang......

2 comments:

  1. sekejap je kan dah besar ali.
    smga hubungan dorang adik beradik bertambah sayang amin

    ReplyDelete
  2. memang terasa sekejap sangat.tak puas tengok budak berdua ni membesar.
    insyaAllah hubungan adik bradik ni akan bertambah erat.gaduh sikit2 tu biasalah

    ReplyDelete