Baru kejap tadi saya buka FB, ternampak satu post dari junior saya yang mintak sumbangan ikhlas. Saya kenal dia masa di Okayama, Jepun. Kami sama-sama belajar disana cuma universiti berbeza. Junior saya ni tajaan MARA dan saya tajaan JPA. Tapi kami memang selalu bertembung sebab pekan Okayama tu kecik.
Al-kisah..after grad dan balik ke Malaysia, junior saya alami accident motor yang agak teruk 4 tahun yang lepas. Saya ikuti perkembangan beliau melalui FB. Sebelah kaki beliau cedera teruk..sampai sekarang masih memerlukan rawatan. Beliau minta bantuan untuk settlekan loan yang dibuat untuk menaggung kos rawatan beliau sebelum ini yang berjumlah RM44000+++. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan, sila ke link Bantu Atif . Bagi kawan-kawan blogger yang baik hati, mintak tolong sharekn berita ini. Semoga ada yang sudi membantu beliau.
besarnya jumlah RM44k tu. Marilah sama2 menderma semampunya.
ReplyDeletesama2 lah kita membantu semampu yg boleh
ReplyDeletethanks putri kongsi