21 February 2014

Kisah Mama & Babah : 147 Bulan - Dia Di Hati Saya

21 Nov 2001 - 21 Feb 2014 : Alhamdulillah...147 bulan hanya Babah dihati Mama. Tengok jumlah bulan terasa macam lama je kan kami dah couple..tapi sebenarnya baru 12 tahun 3 bulan. Huhuhu...lama la jugak tu. Kalo kami kawin awal..rasanya anak dah darjah  5. Tapi masa tu awal sangat la kalau nak kawin pun...baru 17 tahun. 
Waktu awal-awal couple dulu, saya dan En Amri masih budak behingus lagi.Jadi tiap bulan kami akan celebrate anniversary. Tapi idok la sampai beli kek or dating bagai. Cukup setakat wish HAPPY MONTHLY ANNIVERSARY by phone. Tapi sejak dah jadi laki bini ni, amalan wish-meng'wish' antara saya dan En Amri dah makin dilupakan. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan hidup. Teruk kan... But lately, saya dan En Amri mula berbincang tentang hubungan kami yang dah mula tawar. Dah la duduk jauh-jauh...kalau tak dijaga hubungan antara kami mungkin akan setakat jadi mama-babah untuk Ali dan Adik. Huhuhuhu..tak mo la macam tu.
So, kami decide untuk toleh ke belakang dan jadi sweet couple macam waktu awal-awal dulu. Alhamdulillah...saya mula rasa disayangi kembali. Kalau anak-anak dah tido, tangan ni mula la gatai nak ber"wassap" dengan En Amri. Siap tukar-tukar gambar lagi. Sometime tu rasa geli-geleman jugak bila En Amri hantar ayat jiwang-jiwang puji bini sendiri. Tapi....bila difikir balik...kenapa nak geli....laki sendiri. Semoga lepas ni hubungan kami bukan sahaja terus kekal tapi sentiasa penuh dengan kasih sayang supaya Ali dan Adik dapat dibesarkan dalam suasana yang harmoni.



Untuk By : Dah 147 bulan hanya By di hati Lin. Thank u for always be by my side and thank u sebab hadiahkan Lin 2 anugerah yang paling indah.

5 comments:

  1. lamanya bercintan cintun lin..
    semoga cinta kalian kekal hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  2. sweetnye..semoga bercinta hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  3. lamnya.
    sya doakan hubungan kalian kekal bahagia till jannah.aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga bahgia..

    ReplyDelete
  5. Semoga bahgia..

    ReplyDelete