Selalu kita dengar "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia". Entry kali ni tak ada kena mengena pun dengan pepatah tu. Cuma saya nak berkongsi tips bagi mummy-mummy yang memilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Ali Amrsyar dah setahun sebulan. Alhamdulillah setakat ni (mungkin juga sampai bila-bila) dia belum pernah dimasukkan dalam buaian. Sejak dari lahir sampai sekarang, saya tekad tak nak guna buaian. Masa dalam pantang, saya tidurkan dia disebelah saya supaya senang nak menyusu. Bila masuk 3 bulan, saya tidurkan dia dalam playpen. Tapi tak bertahan lama, sebab malam-malam lepas susukan dia, saya malas nak masukkan dia dalam playpen balik. Sampai sekarang, dia tidur dengan saya atas katil. Kalau Babah dia ada, terpaksa lah kami share 1/2 katil berdua..sebab lagi 1/2 katil dah di"conquer" oleh budak kecik ni. Derita jugak lah.. Sekarang ni saya tengah kumpul duit nak beli katil king size (sila beri sumbangan anda dengan klik pada churp churp dan nuff saya).
Kenapa saya besarkan dia tanpa buaian?
Saya bukan doktor dan tak pandai nak cakap pasal gegaran otak bla bla bla. Actually itu bukan main reason kenapa saya besarkan dia tanpa buaian. Saya tekad tak nak guna buaian sebab saya seorang yang cuai. Sepanjang hidup saya, saya tak pernah ada pengalaman buaikan baby. Jadi bagi saya cara paling selamat untuk tidurkan dia ialah dengan letak dia kat sebelah saya. Puas hati...dapat cium dia banyak kali waktu tidur. Lagipun, hidup saya banyak travel antara Kota Kinabalu - Perak. Bila dalam flight atau dalam bas, Ali Amrsyar tak banyak ragam untuk tidur.
 |
2 bulan - tidur atas tilam |
 |
3 bulan - tidur dalam playpen |
 |
1 tahun - tidur kat mana-mana dia nak |
Cara untuk tidurkan anak tanpa buaian
Cara saya tidurkan Ali Amrsyar berubah ikut umur dan perkembangan dia.Waktu awal-awal lahir, memang payah sikit. Ada hari berjam-jam jugak la Opah dia menyanyi untuk tidurkan dia. Tapi bila masuk umur 2 bulan, saya cuma perlu dukung dia dibahu sambil goyangkan badan dan nyanyi sikit. Dalam 15 ke 20 minit dia akan tidur. Masuk 4 bulan, lagi senang nak tidurkan dia. Letak je atas tilam...biar dia bergolek-golek (waktu ni Ali Amrsyar dah boleh menerap dan mengesot). Bila dah penat dia tidur sendiri. Sekarang ni (dah setahun sebulan dan boleh jalan), saya bawa dia atas katil....main-main sekejap. Bila dia mengantuk, dia akan baring celah ketiak saya dan saya nyanyi sikit sambil usap kepala dia...then around 15 minit dia akan tertidur. Actually tak susah pun nak tidurkan anak tanpa buaian (kecuali waktu awal-awal lahir). Yang paling penting kita kena faham pola tidur anak kita.
Cabaran besarkan anak tanpa buaian
Banyak jugak la cabaran. Yang paling hebat, cabaran daripada orang sekeliling. Sakit telinga ni dengar orang memerli. Ada yang kata saya nak suruh anak jadi angkasawan la, nak bagi anak genius la, dan yanng paling teruk..ada yang cakap nanti suami saya cari isteri baru sebab saya tak ada masa nak masak dan layan suami (tolong la jangan doakan yang bukan-bukan). Haiiihhh... payah !!!! Saya diam je. Tapi dalam hati menjawab jugak "Anak aku, laki aku..suka hati aku". Pernah jugak saya bertegas dengan mak cik saya bila dia nak masukkan Ali Amrsyar dalam buaian. Bagi saya, bila dah jadi mak orang, ada masanya kita kena berani lawan cakap orang tua (sorry bukan nak jadi derhaka).
Cabaran lain...hurmmmm penat lebih sikit. Yang saya dengar, baby kalau ditidurkan dalam buaian, dia akan tidur cepat dan lebih lama. So, mummy-mummy akan ada lebih masa untuk berehat atau buat kerja lain. Tapi, saya tak macam tu. Ali Amrsyar tidur siang sekejap je. Dalam sejam atau dua jam. Yang selebihnya, dia nak bermain. Penat jugak saya melayan kerenah dia. Tapi bila masuk pukul 8 malam, dia akan tidur sampai esok pagi (antara tu dia cuma bangun 2 kali mintak susu).
Itu saja ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Samada kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian atau dengan buaian, itu terletak pada cara kehidupan kita. Bagi mummy-mummy yang housewife macam saya, banyak masa yang terluang dengan anak-anak. Jadi boleh la kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Tapi bagi mummy-mummy yang bekerja, keadaan mungkin berbeza dan buaian merupakan satu alternatif terbaik. Tak kesah cara apa pun kita pilih, asalkan anak kita dapat tidur dan membesar dengan sihat.