27 August 2013

Kisah Amrsyar : Cerita Botol Susu Amrsyar

Actually dah lama nak tulis entry pasal botol-botol susu yang saya pernah gunakan dalam tempoh masa setahun membesarkan Ali Amrsyar. Tapi selalu terbantut. Akhirnya datang jugak ilham untuk menulis. Harap-harap entry ni dapat membantu ramai first time mother dalam memburu botol susu untuk si kecil anda. 

Botol susu pertama Ali Amrsyar was Dr. Brown. Saya belikan masa dia dalam perut lagi. Itu pun setelah men"google" berhari-hari. Alasan saya beli botol ni sebab anti colic (untuk elakkan baby tersedak susu) dan untuk elakkan baby kempung perut (sebab ada satu tiub dalam botol). Saya beli 1 set - 120 ml dan 240 ml dengan harga almost RM 60. TAPI !!!!!!!! Saya rasa saya guna dalam 2 bulan je (itu pun yang botol 120 ml, yang botol 240 ml tu sampai sekarang tak bersentuh).

Gambar ihsan dari Mr Google

Alasan tak nak guna :
1. Payah nak cuci. Banyak sangat bahagian. Yang paling saya benci nak cuci tiub kat dalam yang warna biru
2. Leaking. Bila letak dalam beg dan tertogeng sikit, leaking jugak. Habis basah handbag. Not recommended for travel.
3. Reduce burping and gas ????!!! I don't think so. Ada masa perut Ali Amrsyar tetap kembung bila saya tak dapat tahan cobaan-termakan makanan yang berangin especially durian. Hehehehe...

Gambar ihsan dari Mr Google
After kecewa dengan Dr Brown, saya cuba botol susu Philips Avent (design lama). Yang ini memang saya puas hati sangat-sangat. No leaking..sangat selamat untuk travelling. Tapi saya guna sekejap je botol ni sebab bila Ali Amrsyar 3 bulan sampai lah ke 7 bulan, dia cuma nak DIRECT FEEDING sahaja (sangat demand). Masa dia 6 bulan, ada jugak lah saya cuba susukan dia guna botol, tapi dia menjerit macam kena dera. So, akhirnya botol Philips Avent ni pun masuk muzium jugak. 

When Ali Amrsyar turn 8 months, susu saya mula berkurang. Maybe sebab stress (waktu ni En Amri hantar kami balik Perak sebab kes pencerobahan di Lahad Datu. So dia risaukan keadaan kami kalau dia terpaksa ke sana. "Anything can happend" kata dia). Saya cuba perkenalkan Ali Amrsyar dengan botol dan susu formula. Bermacam-macam jenis botol jugak yang saya dah cuba (Pureen, Anakku), tapi semuanya dia reject. Akhirnya saya tukar jenama susu dari Dumex ke Snow. Alhamdulillah, dia boleh terima. Bila dia dah nak minum susu guna botol, saya belikan dia botol Tommee Tippee. Design puting botol ni macam breast so memang sesuai untuk baby yang nak bertukar dari direct feeding ke bottle feeding. Tapi, puting botol Tommee Tippee ni lembut. Bila Ali Amrsyar dah ada gigi, dia suka gigit puting botol. Kopak jugak duit saya sebab kena kerap tukar puting. Akhirnya, babah dia belikan botol MAM. Puting botol ni keras sikit...bila dia gigit pun tak bocor. Sejak Ali Amrsyar dah minum susu formula sepenuhnya, saya dijangkiti penyakit MALAS CUCI BOTOL. Jadi, tanpa pengetahuan babah dia saya belikan dia botol susu jenama Disney yang ada gambar kartun Pooh (saya kedekut sikit). So far dia selesa sangat dengan 3 jenis botol ni (Tommee Tippee, MAM dan Disney). Tapi saya bagi warning awal-awal, ketiga-tiga botol ni bukan anti-colic. Kalau letak dalam beg kena tutup rapat-rapat supaya tak leaking. 

Botol Susu Ali Amrsyar
Itu sahaja cerita botol susu Ali Amrsyar. Dalam memilih botol susu untuk anak, kita kena bijak. First - mesti la nak cari yang BPA free. Second - kalau untuk newborn, saya nasihatkan supaya mummy-mummy buat sedikit research. Cari lah botol yang anti colic. Tak salah laburkan sedikit wang untuk botol yang mahal asalkan baby kita selamat. Kalau untuk baby yang 6 bulan ke atas, botol yang bukan anti colic pun ok rasanya. Third - yang paling penting, TAK KIRA BETAPA MAHAL BOTOL YANG ANDA BELI OR ANTI COLIC HEBAT MANA SEKALIPUN, PLEASE JANGAN BUAT TINDAKKAN BODOH DENGAN TINGGALKAN ANAK ANDA SAMBIL ISAP BOTOL SENDIRIAN. Honestly sampai sekarang saya tak pernah tinggalkan Ali Amrsyar menyusu sorang diri. Walaupun dia dah setahun, saya risau kalau dia tersedak. Bukan senang nak dapat anak. Bila dah dapat, jaga lah mereka sebaik mungkin.  

8 comments:

  1. Farah setia dgn Avent.. tpi dlm masa yg sama berkenan jugak dgn design Tommee Tippee tue.. hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tommee tippee tu botol dia comey sgt esprcially yg 5 oz

      Delete
  2. salam puan.. saya ada nak letgo puting botol susu philips avent yg classic. begini, anak saya guna botol susu philips avent tapi yg NATURAL punya. saya dah silap beli teat nya yg CLASSIC pulak. ingatkan teat yg classic boleh install pada botol natural. rupanya tak boleh. packaging saya dah buka. tapi teat TAK PERNAH guna lagi. teat tu vari flow ada 2 holes. kalau puan berminat nak beli, saya jual RM 25 including postage. jual murah sbb packaging saya dah buka.. teat still elok dan belum guna. kalau puan berminat boleh sms/call/ whatsup saya 013-775 2320 atau email ke katie.jamaludin2@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 pack ada 2pcs. kalau berminat contact saya dan saya akan bagitahu details. thanks ya..

      Delete
  3. betul tu..jgn tinggalkan ank..sy pakai brand pigeon..

    ReplyDelete
  4. betul tu..jgn tinggalkan ank..sy pakai brand pigeon..

    ReplyDelete
  5. Tengah survey botol susu utk baby..tq for info 😊

    Jemput keblog sy

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  6. Momies Ada masalah macam saya tak?
    .
    Bintk-bintik puteh pada puting susu.. Susah sangat nak tanggal..
    Rupanya ada cara nak cegahnya tanpa perlu kos tambahan..
    .
    Best sangat. Saya baca di blog ni:
    .
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    .

    ReplyDelete