07 August 2013

Kisah Amrsyar : Apa Ada Pada Nama????

Lagi 2 hari nak raya. Dah complete ke persiapan raya? Dalam orang lain sibuk men"google" resipi kuih raya, saya dok sebok men"google" maksud nama anak. Hahahaha... dah nak masuk 8 bulan, baru teringat nak mencari nama untuk adik. Sorry la ye adik... Tapi masa si Ali Amrsyar dulu pun sama juga. Dah 9 bulan lebih baru kami dapat bincang nama untuk Ali Amrsyar. Itu pun nasib baik En Amri dibenarkan keluar dari Ops Pasir dan temankan saya sampai bersalin. Kalau dia tak dapat balik, memang saya nekad untuk nama kan Ali Amrsyar dengan nama "Ali". Hanya 3 huruf, 1 perkataan tapi penuh bermakna. Saya namakan dia sempena Saidina Ali. Harapan saya semoga kalau tak dapat jadi 100% macam Saidina Ali, dapat jadi 70% pun jadi lah. 

Tapi bila babahnya balik, babah nak letak nama Amrsyar. Amrsyar maksudnya yang cergas (tapi saya tak confirmm dalam bahasa apa). Kemudian, belah mentua mintak letak nama Muhammad. So masa nak daftar jadi lah : Muhammad Ali Amrsyar - Yang terpuji, Yang Tinggi, Yang Cergas. Alhamdulillah...dah setahun pun budak ni. Memang sangat cergas dan aktif.


Dalam mencari nama anak, mesti ramai antara kita yang jadikan buku dan internet sebagai panduan. Tapi, boleh ke kita pastikan yang nama-nama tersebut ada maknanya dalam bahasa arab? Dari pembacaan saya, banyak nama-nama yang jadi pilihan ibubapa zaman sekarang ni tak ada makna jika di'translate'kan dalam bahasa arab. Kebanyakkannya ada makna dalam bahasa sanskrit atau parsi ataupun dalam bahasa arab perbualan. Untuk jalan selamat, sebelum namakan anak kita, lebih baik kita rujuk dulu pada ustaz atau ustazah yang arif dalam bahasa arab. Sapa tau kalau nama yang kita pilih tu sedap disebut dibibir tapi maksudnya dalam bahasa arab ialah alas tempat tidur ataupun tiang katil. Kalau tak ada siapa untuk dijadikan rujukkan, pilih saja nama-nama old skool yang memang kita pasti maksudnya dalam bahasa arab. Nama macam Maryam, Ayesha, Khadija, Abdul Jabbar, Umar, Hamzah...pun sedap jugak. Senang...tak payah nak pening kepala. Kata orang tua, "Jangan bagi nama anak yang susah-susah nak nyebutnya. Nanti kat akhirat susah malaikat nak sebut". Tapi zaman sekarang ni, tak perlu tunggu malaikat nak sebut kat akhirat...opah dengan tok pun belum tentu dapat sebut nama cucu sendiri dengan betul.  

Untuk adik, sebaris nama sudah saya siapkan. Nama yang agak comel dan yang pasti ada maksudnya dalam bahasa arab. Bagi saya nama adalah hadiah pertama dan terbesar untuk seorang anak sebab nama adalah satu doa yang akan dibawa sepanjang hayat. Semoga nama yang saya pilih merupakan pilihan yang terbaik untuk anak-anak saya.

6 comments:

  1. nama budak zaman sekarang canggih2., tbelit2 lidah nak sebut haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..cikgu pun kadang2 pening kepala nak sebut.ada yg eja lain..sebutnya lain

      Delete
  2. Salam idilfitri.. Moga sihat dan bertambah bahagia menanti kehadiran baby baru. Insha allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil ftri..doakan kami ya mama wana

      Delete
  3. in shaa ALLAH
    bila duenya?

    ReplyDelete