01 January 2013

Gud Bye 2012 ... Welcome 2013

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru !!!!! That means usia kita akan menginjak 1 angka lagi. Cuma tinggal 2 tahun saja before saya memasuki alam 30-an. Alhamdulillah impian saya untuk bergelar mama telah tercapai pada 29 Julai 2012. Terima Kasih Allah kerana telah menghadirkan Ali Amrsyar dalam hidup kami. Menyorot kembali tahun 2012. Hurmmmm ... tahun 2012 saya boleh classified kan sebagai TAHUN PENUH DUGAAN SEBAGAI ISTERI SI BAJU HIJAU

2012 banyak menyaksikan air mata saya tertumpah. Pengalaman hamilkan anak pertama tanpa suami disisi bukan lah suatu yang menyeronokkan. Sewaktu usia kandungan saya 4 bulan, En.Amri terpaksa bertugas di sempadan Sabah. Bayangkan perasaan saya tak dapat jumpa dengan suami selama 5 bulan. Perit rasanya. Saya selalu cemburu setiap kali tengok isteri ditemani suami sewaktu check up diklinik. Lagi perit bila kaki cramp malam-malam. Terpaksa urut sendiri sambil menangis. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi peluang untuk bermanja dengan En Amri sewaktu hamil. Akhirnya doa saya dimakbulkan. Sewaktu kandungan saya 36 minggu, En Amri diberi cuti sehingga saya bersalin coz saya menghidap kencing manis. Saya bersyukur sangat coz dia ada dalam labour room saat saya delivered Ali Amrsyar. 

April 2012 - 6 months pregnant 

29 July 2012 - Delivered my 1st baby Muhammad Ali Amrsyar 

2012 jugak tahun penuh dugaan untuk rumahtangga kami. Bila hubby and wife duduk berjauhan, banyak isu yang timbul. Soal nafkah, soal perhatian, soal perasaan, soal ego lelaki. Masalah demi masalah timbul. Lagi parah bila En Amri merajuk dan ditempatkan dikawasan yang tak ada coverage. Terpaksa saya menunggu sehingga dia cool dan berusaha untuk hubungi saya. Ada masanya saya rasa macam nak give up dengan rumahtangga kami. Pernah juga saya bayangkan yang kami tak bersama lagi pada 2013. Namun dengan sokongan dari mama saya dan mak mentua, saya berjaya bertahan (its true hanya wanita yang memahami wanita). Alhamdulillah kini..walaupun our marriage still dalam process recover, namun kami masih kekal bersama. 

2013 - saya harap tahun ni hidup saya akan lebih ceria. Semoga tahun ni saya lebih banyak tersenyum daripada mengalirkan air mata. Bak kata iklan shampoo Johnson Baby : NO MORE TEARS. Cukup la tahun 2012 yang penuh dugaan. My wish list for 2013 :

1. SAYA NAK START BEKERJA. Disebabkan masalah kesuburan, akhir 2011 saya berhenti kerja untuk mulakan rawatan. Alhamdulillah impian saya telah tercapai  pada 2012. So tahun 2013, saya berharap dapat back to work. Rasanya cukup-cukup la saya hanya bergantung pada En Amri saja. Dah tiba masa saya bantu dia bina future kami yang lebih kukuh. So for anyone yang ada info pasal kerja kosong, please contact me. 

2. Semoga rumahtangga saya lebih bahagia pada tahun ni. Dengan kehadiran Ali Amrsyar, saya harap saya dan En Amri akan fikir 10x before buat sesuatu. No more hiding things or lies. And I also hope I can be more tolerate dengan En Amri. Penat la .... 11 tahun asyik gaduh-baik, gaduh-baik.

3. Berita gembira dari Jabatan Arah. Owh En Amri !!! Cepat la posting Semenanjung. Saya dah penat jadi bini askar di Sabah. Jauh dari family, asyik kena tinggal bila suami masuk operasi, sambut raya tanpa suami. Bukan mengeluh..tapi saya harap saya dapat besarkan Ali Amrsyar dengan suasana kekeluargaan yang rapat. Bagi chance dekat orang lain pulak merasa Elaun Malaysia Timur + makan hati berulamkan jantung.

Rasanya itu saja wish list saya untuk 2013. What ?!!! Bila nak berempat pulak?!!!! Hurmmmm..itu InsyaAllah dalam wish list tahun 2015. Tapi itu semua kerja Allah kan. Kalau dah rezeki ... jangan ditolak.

8 comments:

  1. semoga bahagia selalu ok..

    selamat menyambut tahun baru. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u dear..semoga kebahagian menjadi milik kita thn ni

      Delete
  2. Anonymous3/1/13 12:47

    wahh wahh! congrats kak.
    moga bahagia till jannah! aminnnn ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u arina
      insyaAllah bahagia till ke jannah

      Delete
  3. assalam..semuga kehadiran tahun baru 2013..membawa seribu kegembiraan & kebahagian buat putri..memang byk yg perlu dikorbankan bila berkahwin dgn org yg beruniform..mama dulu pun memakai uniform..skrg ni terpaksa berhenti kerja atas sbb kesihatan..mama harap putri tabah & semuga kebahagian akan jadi milik putri selama2nya..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u mama aini
      memang perit jadi isteri askar..byk dugaan,ada masa kena rela, ada masa saya redha
      insyaAllah semoga thn 2013 membawa kebahagiaan utk kita semua

      Delete
  4. kesiannya kat sis, moga hidup sentiasa dirahmati ALLAH and jaga baby elok2 okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u dear
      semoga kita semua bahagia dan gembira

      Delete