01 July 2018

Anugerah Terindah yang ke-3 : 👶 Cerita Kelahiran Anak ke -3 Kami👶

Assalamualaikum
Setiap kelahiran anak berbeza jalan ceritanya. Macam tu jugak yang saya hadapi. Kelahiran Ali dan Adik sebelum ni secara normal...saya dapat rasakan sakit kontraksi dan meneran. Bagi saya, kontraksi memang proses yang menyakitkan tapi...nikmatnya bila baby dah keluar. Rasa semua sakit kontraksi yang kita tanggung tu hilang bila nurse/doktor letak baby kat dada kita. Perasaan waktu tu....sukar sangat nak digambarkan dengan kata-kata. Yang pasti time tu mesti hati saya jadi sayu dan mata berair.

Tapi kali ni...jalan cerita kelahiran anak ke-3 ni agak berbeza sikit sebab proses kelahirannya secara Czer. Mula-mula bila dapat tau, saya rasa sedih..tertanya-tanya dimana silap saya kali ni sampai kena Czer. Tapi atas sokongan family dan kawan-kawan...Alhamdulillah...saya boleh terima. Jika ini yang Allah takdirkan...saya redha. Sentiasa bersangka baik dengan Allah...perancangan Allah adalah sebaik-sebaiknya.

Kenapa saya tak boleh lahirkan anak secara normal? Masalah pregnancy kali ni dapat detect sejak kandungan 35W lagi.

35W
Macam biasa saya buat routine check up kat KK Kampar. Masa ukur tinggi rahim, nurse sedar ukuran tak berubah dengan ukuran check up yang lepas. So nurse refer pada doktor untuk scan. Hasil scan, doktor cakap baby kecik daripada saiz yang sepatutnya. Kalau ikut saiz perkembangan fetus scanner, usia baby cuma 31w 1d dengan berat 1.93 kg. Kedudukan baby : breech. So doktor KK setkan appoiment untuk saya dengan doktor pakar di HRPB.

35W 5D
Appoiment di HRPB. Anggaran berat baby 2.153kg. Kedudukan baby tranverse or oblique sebab baby asyik bergerak ubah posisi. Doktor cakap tak perlu risau pasal berat baby sebab saya ada sejarah lahirkan anak below 2.5kg (Ali was 2.4kg at 39w1d). Tapi yang menjadi kerisauan doktor sekarang is kedudukan kepala baby yang tak nak turun bawah. Doktor suruh datang lagi seminggu untuk repeat scan. Kalau baby masih belum turun...Czer is the best solution.

36W 3D
Kami ke Klinik Pakar Permata Raoofah untuk second opinion. Kedudukan baby breech. Amboi dik.....suka benor ko berubah posisi yer...tranverse la oblique la breech la...seronok berenang-renang dalam perut Mama yer. Doktor Raoofah tak suggestkan kami untuk pusingkan kedudukan baby sebab tali pusat dekat dengan leher baby. The best solution is Czer. Masa ni saya dah down..rasa nak menangis depan doktor. Babah dan doktor cuba bagi kata-kata semangat..tapi entah lah....masa ni memang tak boleh nak hadam.

37W 
Appoiment di HRPB tapi kali ni di bahagian Day Care. Masa nak ke Day Care, Mama dengan Babah kena lalu bahagian luar Labour Room. Berdebar jugak jantung Mama. Hasil scan, kedudukan baby masih lagi breech. Doktor bagi 2 pilihan.

Pilihan 1: Doktor cuba pusingkan baby (ECB).
Kalau baby berjaya dipusingkan ke bawah, so boleh la saya lahirkan baby secara normal. Tapi...air ketuban tak berapa banyak...cuma cukup-cukup jer. So ada kemungkinan kaedah ni gagal and saya kena emergency Czer.

Pilihan 2: Elektif Czer.
Saya akan dibedah pada 38 week +++. Dalam tempoh seminggu sebelum Czer saya kena ambik injection Dexa untuk matangkan paru-paru baby since baby akan dikeluarkan secara paksa.

Doktor bagi saya dan En Amr bincang dulu. Kami bincang pun tak lama sebab both of us jenis yang tak suka high risk. So kami pilih pilihan ke-2 which is Elektif Czer.
Actually before appoiment ni says dah gali ilmu pasal Czer. Risiko komplikasi emergency Czer lagi tinggi dari elektif. Lagipun bila fikir apa yang Doc Raoofah kata dan keadaan air ketuban yang tak berapa nak banyak....kami sepakat untuk go for 2nd choice. Yang paling penting pada kami sekarang cara paling selamat untuk lahirkan baby. Mama sakit ker..Mama kena potong ker...Mama tak boleh kurus ker (Babah dah janji untuk teman Mama kurus balik lepas pantang)..itu kita letak tepi dulu.
Doc bagi tarikh 25 Jun untuk tarikh czer. Time ni kandungan dah 38w 5d.

38W
Saya ambik injection Dexa untuk matangkan paru-paru baby. Injection ni kena ambik 2x dalam tempoh 24jam. Saya ambik 1st injection pukul 3 petang so 2nd injection pun kena ambik 3 petang esoknya. 
Injection ni....huhuhuhu...MEMANG SAKIT. Serius..tak tipu punya sakit. Rasa 5 or 6 kali ganda sakit dari injection Depo. Maybe sebab ubat ni pekat tu yang sakit. Injection di punggung. Time injection saya peluk bantal untuk tahan sakit. Tapi sakit tu cuma 35minit jer. Lepas tu dah boleh jalan macam biasa. Kalo ikut kata nurse, ubat ni tak de effect tapi saya rasa bafan jadi berangin sikit. Perut kerap kembung. Saya pun tak pasti kesan ubat or memang badan saya tu masuk angin.

38W 4D
Saya dengan rela hati serah diri di wad bersalin HRPB pada pukul 10 pagi. Macam biasa...doc ambik darah untuk comfirm blood type, pasang branula, terangkan risiko komplikasi operation....bla bla bla.. Time ni saya dah redha jer....apa pun nak jadi jadi lah...yang penting baby selamat. Duduk hospital ni..saya jadi berselera pulak. Menu hospital yang simple pun rasa sedap. En Amr pulak tak habis-habis bawak makanan untuk saya. Sudahnya makanan hospital pun saya makan..bekal yang En Amr bawak pun saya makan jugak. Pukul 12 malam saya dah start puasa. Air pun tak boleh minum kecuali untuk makan ubat pukul 6 pagi. 


38W 5D( Isnin 25 Jun 2018 )


Alhamdulilah....pukul 7.45 pagi saya di tolak ke OT. Around 8.40 pagi baby selamat dilahirkan. Pukul 9 lebih baru saya ditolak keluar dan dapat jumpa En Amr. Cerita details nanti kita buat entry lain. 

Walaupun cara kelahiran anak yang ke-3  ni tak seperti yang saya dan En Amr rancangkan tapi saya bersyukur sangat...semuanya berjalan lancar. Saya dan baby pun selamat. Cuma En Amr jer tak dapat nak tengok baby keluar. Tak apa lah ye Babah...tak ada rezki. Tak dapat nak tengok pun tak apalah..yang penting Babah dah bagi layanan yang terbaik kat Mama dan anak-anak sepanjang tempoh pregnant kali ni. Sungguh Mama tak rasa sikit kurang pun. Thank you. 



11 comments:

  1. alhamdulillah both mommy n baby sihat dan selamat. syukur dengan rezeki baby baru. atototot kaki tuuuu eee baby ni wangiiiii je cium banyak kali pun waaaangi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq siti...alhamdulillah..semuanya selamat.sekarang cuma nk jg luka operation jer n baby quite suka meragam..biasala newborn

      Delete
  2. Selamat berpntang akak, itu la pengorbanan seorg ibu kan, itu pun org len bleh buat swenang wenangnya dkat anak kita, takut tgk kes sekrng ni, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fatimah.akak pun risau jugak keselamatan ank2.tp setiap kali tetingat ank2 time kerja.akak selalu dos moga Allah lindungi ank2

      Delete
  3. alolo comelnya kaki baby.. tahniah ye putri dan selamat berpantang

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Yang penting semuanya selamat...

    ReplyDelete
  5. Hakak tiga org tiga orang tu czer Putri. Tak tau pun sakit bersalin tu mcm mana. Betullah tu dah allah tetapkan jalan tu mcm tu nak kata apa lagi kan Redho dan syukur ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat akak 3kali czer.bg saya czer ker normal ker...dua2 pun ad bahagian sakit masing2.

      Delete
    2. Acik dulu pertama czer..kedua forcep..yang ke 3 baru normal.tapi kann rasanya lebih baik czer dari forcep puteri

      Delete