Cepatnya cuti habis...tup tap tup tap dah hari Khamis. Tahun ni best sikit sebab cuti raya Haji dan cuti Hari Malaysia jatuh dalam minggu yang sama. Budak sekolah yang paling seronok sebab cuti seminggu. Untuk gov servant yang biasa macam kami ni..Selasa, Rabu dan Khamis still kena kerja macam biasa...malahan extra sikit..sebab public ramai dan ada ofismate yang ambik cuti rehat. Cuti raya Haji kami balik Manjung...cuti Hari Malaysia ingatkan nak bawa Ali dan Adik ke Penang tapi apa kan daya...cermin depan keretaku retak terkena batu. Terbang RM 500 untuk ganti yang baru. So...dah tak ada bajet untuk pergi Penang. Tapi budak-budak tetap ke Penang dengan AtokOpah dan Achu. Saya dengan En Amr je yang tinggal kat Kampar .
Sebab dah tak tau nak buat apa kat rumah...so kami pun jadi kelawar...merayap malam-malam. Kebetulan Aeon Falim baru buka...so kami pun ke sana Khamis malam yang lepas (). Kalau ikutkan ini Aeon yang ke-6 di Perak dan yang ke-4 di Ipoh. Banyak kan Aeon kat Ipoh ni. Penang yang ada emmbassy Jepun pun tak ada banyak Aeon macam kat sini. Tak kesah lah... Dari segi lokasi...tak susah sangat nak cari, cuma belum banyak kedai yang dibuka. Seingat saya cuma ada Aeon, Aeon Big, Daiso, Mr DIY, MarryBrown...ada lagi kot kedai lain..tapi my favourite shops macam Aunty Annie, Starbucks, Chicken Rice Shop, Secret Recipe, Baskin Robbins belum ada lagi. Huaaaaaa......nasib tak bawa budak berdua tu. So kami just jalan-jalan sekejap je tapi sempat jugak buat kad Aeon Big. Setakat ni tak berpeluang lagi nak baca kertas yang dia bagi tapi info daripada staff Aeon Big...antara benefit kad ahli ni boleh collect pointer dan setiap 28hb dapat discount 5%. Ok lah tu...free je pun..so buat je la...
Tak sampai 2 jam kat sini...kami cabut balik. Sempat lah sambar T shirt jogging selai. Dalam kereta saya dan En Amr bincang...pasni kami tunggu akhir tahun baru datang sini balik....tunggu banyak sikit kedai buka. Sementara tu kalau nak lepak...kita pergi Kinta City saja. Kinta City sentiasa dihati...
dh buka semua ni yui x p lg.. aritu yg aeon big aje
ReplyDeleteMasa akak pegi punbyk kedai belum buka.kedai makan pun x byk..tunggu akhir tahun ni baru meriah sikit kot
DeleteBaru tahu ni, ada Aeon baru kat Falim. Aeon Manjung mula-mula ramai, tapi sekarang dah makin kurang tenant nya. Anak-anak pun suka benor ajak pi Aeon Station 18, walau pun kami dok Manjung.
ReplyDeleteKalo balik rumah mentua saya slalu jugak ke aeon manjung.jarang shopping kat situ sekadar bawa ank2 jln2.budak2 ni selesa jln kat aeon sebab byk facilities
Delete