09 August 2015

Happy Birthday Ali !!!! Happy Birthday Mama !!!!

Sejak minggu lepas peti sejuk rumah kami penuh dengan kek birthday je. 29 Julai..kami sambut birtday Ali yang ke-3. Seminggu lepas tu 5 Ogos, sambut birthday saya yang ke......(erkkkk....perlu ke tulis). Dah sambut birthday, kena lah ada kek. 

Untuk birthday Ali tahun ni saya buat sambutan biasa-biasa saja. No hadiah, no party....just kek dan pizza domino. Cukup lah....sambut besar-besar nanti kesian pulak Opah nak kemas. Tak ada jemput orang luar pun....cuma Atok, Opah, Acu, Adik dan Mama. Babah pun tak dapat balik. Tak apa lah.....birthday Ali yang sebelum ni pun Babah tak pernah ada. So....its okay. Anak Mama kuat. Perkembangan Ali....nanti kita cerita dalam entry lain (if Mama rajin). Rasa kejap je Ali dah besar. Lahir dulu Ali cuma 2.4 kg saja...sekarang ni Mama pun tak pasti berat Ali. Tapi yang pasti hero Mama ni makin tinggi. Seluar 3 tahun dah senteng....terpaksa Mama belikan seluar saiz 4 tahun. Tahun depan insyaAllah Ali akan masuk sekolah. Mama tengah servay sekolah yang terbaik untuk Ali. Walaupun ada yang suggest tadika yang berasaskan English education....tapi saya rasa macam nak hantar Ali ke tadika yang lebihkan Islamic education. Saya harap Ali belajar solat dan Al-quran sebelum dia belajar benda-benda lain sebab solat dan Al-quran dia akan amalkan sampai ke akhir hayat. Besar kan harapan Mama. InsyaAllah Ali akan jadi muslim sejati yang mampu jadi imam. Baru la Mama tak malu nak minang anak dara orang untuk Ali (jauh sungguh pemikiran saya). 


Untuk birthday saya pun sama....just small celebration among family saja. Beli kek dan mee bandung kat kedai. Kesian nak minta tolong Opah masak mee. Nak masak sendiri memang tak sempat sebab balik kerja terus sambut birthday. Sambut lambat nanti...Ali dan Adik dah Zzzzzzz. Bila tengok umur kat kek tu...hurmmmmm rasa dah tua dah saya. Penyakit pun dah mula banyak yang singgah. Agak-agak sempat tak saya tengok anak-anak saya berkeluarga dan hidup bahagia?!!!! Sedih pulak bila terfikirkan kematian. Tapi itulah....mati itu pasti. Apa yang kita ada hari ini hanya pinjaman dari Allah. Oklah....tak nak sedey-sedey..... En Amri macam biasa....tak ada bersama kami. Cuma call dan wish kat wassap saja. Jadi lah.....kurang-kurang dia ingat. Hadiah birthday?!!!! Opah belikan saya perfume. En Amri ?!!!! Dia suruh tunggu dia balik baru nak bagi hadiah birthday saya. Apa-apa lah....yang pasti saya tak mengharap pun. 

Untuk rakan-rakan blogger...doakan semoga saya dan Ali panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Sekiranya Allah panjangkan umur..ada lagi entry birthday kami di tahun hadapan. InsyaAllah....

11 comments:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran ye Ali dan mama...

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun ! smg sentiasa dimurahkan rezeki...best tu dapat perfume =)

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari lahir . semoga dipanjangkan usia , diberi kesihatan yg baik , dilimpahkan rezeki dan hidup dalam barakah Nya ...

    ReplyDelete
  4. xpela..sebaiknya sambut sederhana dgn family aje.. itu dh memadai..

    happy belated birth for both of u,, smoga trs dikurniakan ksihatan y baik2 hendaknya..amin

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ummi tengok kek jadilah...:P
    ANUGERAH

    ReplyDelete
  7. happy belated besday buat ali and mama
    aamiin

    ReplyDelete
  8. At least ada juga sambutan..ehh tak sangka kita sebaya.hehe btw happy belated besday ali n mama

    ReplyDelete