23 August 2013

32 Weeks: Persiapan Berpantang

This week adik baru nak masuk 32 weeks tapi mamanya dah sebok buat persiapan untuk berpantang. Bukan apa, tak mau jadi macam masa bersalinkan Ali Amrsyar dulu. Persiapan berpantang lansung tak ada. Masa tu saya naif sangat..cuma ikut cakap orang tua. Berpantang tahun lepas saya guna set bersalin Air Mancur untuk luaran dan untuk dalaman my MIL belikan set bersalin Salindah (my MIL supports BF). Tapi, dua-dua pun saya tak habis pakai. Kebanyakkan barang (param, pilis, tepel) dalam set bersalin Air Mancur tu berasaskan serbuk so bila kering, semuanya jadi debu. Risau kalau debu-debu tu masuk dalam hidung Ali Amrsyar. Yang set bersalin Salindah tu pulak, banyak sangat pil yang nak kena telan. Sometimes pening kepala. So at the end..jadi malas. Huhuhuhu..banyak sangatkan alasan saya. Tapi dari pengalam tahun lepas, saya dah tau apa yang saya patut sediakan untuk berpantang kali ni.

So far persiapan barang untuk berpantang dah 90% siap. Cuma tempat nak berpantang tu, saya masih belum tetapkan. MIL mintak saya berpantang kat rumah dia di Manjung. Tapi saya tak sanggup nak tinggalkan Ali Amrsyar pada my mama lama-lama (mana boleh tidur tanpa peluk teddy bear chubby saya). Untuk pantang kali ni, saya dah prepare beberapa barang. Kebanyakkan barang saya beli secara loose items. Rasanya lebih jimat sebab ada barang yang memang saya tak payah beli. Pakai yang baki tahun lepas punya.

Jamu Mak Dara Gold (dah beli sebelum tau preggy, tapi tak pernah terbuka hati nak makan lagi)
Krim Herbanika Barut NR (baki masa berpantangkan Ali Amrsyar tahun lepas)
Pilis Air Mancur (RM 1 sepeket)
Bedak Sejuk Air Mancur (ini pun baki masa berpantangkan Ali Amrsyar. Tapi confirm pakai sekali dua)
Bengkung (beli online dari Kak Ina di Mama Anggun Enterprise. Harga RM 50)
Herbal Bath Tanamera (14 sachets - RM 26.50)
Feminine Herbal Wash Tanamera (14 sachets - RM 26.50) 
Param Sari Ayu (RM 17 sebotol)

Gambar senget benget..budak baru belajar guna camera tab

Untuk barang-barang Tanamera dan Sari Ayu saya beli secara online di Keperluan Ibu Berpantang. Yang ini baru luaran. Yang untuk dalaman, saya ingat nak guna Shaklee. Masih lagi tercari-cari harga yang termurah. Tapi bila fikir balik, kalau ambil supplement yang hospital bekalkan pun rasanya ok saja kot. Harap-harap habis berpantang kali ni, badan akan kembali cergas. Hidup saya lepas ni, maybe akan berubah 270 darjah sebab dah ada 2 orang anak kecil. Yang si abang suka berlari dan yang si adik confirm nak menyusu dengan kerap. Semoga Allah bagi saya ketabahan dan tubuh badan yang sihat untuk saya pelihara dua anugerah dari-Nya.

10 comments:

  1. Wah, bestnya dah prepare macam2, goodluck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi takut gak ni walaupun anak ke 2

      Delete
    2. semoga selamat semasa bersalin .
      http://iklan-1m.com/

      Delete
  2. alhamdulillah, bakal terima seorang lagi cahaya mata... selamat berpantang.. pantang betol2 k.. jgn macam diyana, pantang main2 je dulu..., hehe..

    **jemput singgah/follow blog: www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq diyana...harap2 bleh la bpantang btl2 kali ni.bpantang yg sulung mak byk tolong..yg ke 2 ni mybe ddk dgn mak sampai 2 minggu pertama je

      Delete
  3. Jijah luaran amik air mancur utk dlmn ingt nk guna shaklee..shaklee tgh survey yg murah ni.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bepantang jijah.saya pun tgh cari shaklee yg murah..jumpa jugak sorang dua dealer yg offer rm 99 je

      Delete
  4. Sy pon t pantang nk bli loose item je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 beli loose item lg murah

      Delete