28 November 2012

Kisah Amrsyar : Amrsyar Sudah 4 Bulan

Salam
Esok Ali  Amrsyar going to be 4 months. Sekejap je kan. Masih terngiang-ngiang lagi suara nurse-nurse, 2 orang doktor pelatih + my lovely En. Amri bagi semangat sewaktu dalam labour room. Terasa indah sangat saat pertama kali nurse letak Amrsyar atas dada saya walaupun masa tu tengah menahan ngeri sebab doktor tengah jahit kat bawah. Masa lahir berat Amrsyar cuma 2.4 kilo..but now rasanya dah 6 kilo (esok baru nak timbang kat RSAT). Waktu lahir dulu Amrsyar kerap tido. Jenuh Babahnya kejut nak ajak main (biasala orang baru dapat anak), but sekarang..huhuhu... Amrsyar suka main. Sometime tak terlayan kami.

Sewaktu usia Amrsyar 3 bulan setengah, Amrsyar dah boleh menerap. Berbaloi Tok dengan Opah dia mengajar. Orang tua pesan jangan ajar baby menerap. Biar dia menerap sendiri. But pendapat Abah saya lain sikit. Budak kalau tak diajar macam mana dia nak belajar (biasalah..Abah saya cikgu pencen. Agaknya Abah rindu nak mengajar..tu yang dia ajar cucu dia menerap). So, after setengah bulan mengajar dan Amrsyar pun asyik mengereng, akhirnya dia berjaya menerap jugak. Sejak dah boleh menerap ni, Amrsyar cepat penat dan tertidur. Tak sampai 2 jam jaga..then dia akan tertidur balik. Lately saya perasan dia dah mula angkat punggung. Hurrrmmmm..agak-agak bila anak mama ni nak pandai merangkak ye?

Alhamdulillah..sepanjang 4 bulan, Amrsyar masih fully BF. Saya bersyukur sangat kerana Allah murahkan rezeki anak saya. Memandangkan saya tak bekerja, seboleh-bolehnya saya tak nak bebankan En. Amri. Harga susu formula pula...Ya Allah !!! Rasa nak terkeluar bijik mata ni. Paling murah pun RM 20. Itu pun belum tentu sesuai dengan baby. So, saya decide untuk jaga kesihatan diri supaya saya boleh terus menyusukan Amrsyar. Lagipun disetiap tin susu formula ada tulis SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA.

Ok la.. Sampai kat sini je entry kali ni ye. Sila jamu mata dengan gelagat budak comel ni :


Menerap sambil isap jari

Rehat kejap

dan terus ZZZZZZZZZ...

3 comments:

  1. assalam putri..comilnya amrsyar..semuga jadi ank yg soleh..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama aini
      thank u
      insyaAllah semoga amrsyar jadi anak yg soleh

      Delete
  2. alolo..cutenya dia ;D

    dua2 aktif ingat satu je..hihi
    salam kenal sempena maulidul rasul :D

    ReplyDelete