Assalamualaikum. Dah lama Mama Ali dan Adik tak bersiaran kat blog ni. Sejak akhir-akhir ni memang terasa kemalasan nak menaip. InsyaAllah slow2 kita up kan balik semangat berbloging tu...tapi tak pasti lah bila nyer. Hahaha....
Entry kali ni nak story morry pasal sambutan birthday Adik yang ke 4 tahun. Alhamdulillah....syukur Allah masih panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar..antara nikmat Allah yang paling indah saya rasakan. Jika direnung balik...kehidupan selepas kehadiran anak-anak memang terasa lebih indah dari kehidupan sewaktu tiada anak. Tak ada sesaat pun saya pernah rasa hidup ini kosong. Ada masanya bila saya rasa penat dan lemah dengan masalah hidup, saya peluk Ali dan Adik...pinjam sedikit kekuatan daripada mereka. TQ ya anak-anak Mama.
Melalut dah Mama kali ni. Sambung cerita birthday Adik yer. Tahun ni kami sambut birthday Adik 2 kali..sekali di rumah dan kali ke 2 di PASTI. Sambutan di rumah..saya buat secara kecil-kecilan jer..sebiji kek dan satay. Itu pun dah buat Adik happy. Alhamdulillah anak-anak Mama tak pernah demand nak sambutan yang besar-besaran. Sambutan yang ke-2 di PASTI kami buat untuk Adik raikan dengan kawan-kawan. Saya just hantar kek dan goodies bag. Biar Adik enjoy potong kek dengan kawan-kawan. Kalau saya tunggu nanti...Adik asyik melekat dengan Mama jer.
Dari awal tahun ari tu Adik dah mulakan seisi persekelohan di PASTI. Ikut jejak Abang Ali, umur 3 tahun lebih dah kena hantar ke sekolah. Sekadar nak bagi berkawan dan belajar benda asas macam solat dan hafazan sikit-sikit. Sejak start sekolah nama Adik pun dah bertukar. Kalau dulu kami panggil dia Adik atau Safiyya tapi sekarang dah tukar Adeena sebab kat PASTI dah ada budak nama Safiyya jugak. Tak apa lah....Adeena pun Adeena lah..janji maksud panggilannya baik-baik.
Apa yang Mama dapat lihat...Adik ni lain sikit dari Abang Ali. Kalo Abang Ali lebih cenderung kepada mekanikal (main lego dan build up something) tapi Adik lebih cenderung pada interaksi dengan manusia dan binatang. Walaupun percakapan Adik masih pelat kanak-kanak lagi tapi dia ni jenis mudah berkawan. Kalau tengok anak binatang...sentiasa cakap "omeynyerrr anak dia". Sampai anak kerbau pun dia cakap comel. Huhuhuhu....comel jer perangai anak solehah Mama ni.
Untuk birthday Adik kali ni...Mama doakan Adik sentiasa dalam perlindungan Allah dari srgala keburukan dan mala petaka. Semoga hidup Adik sentiasa bahagia dan Adik akan sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang baik-baik disepanjang kehidupan Adik. Mama, Babah dan Abang Ali sentiasa sayangkan Adik tanpa syarat. No matter how old are you, you always be our adorable little girl. HAPPY 4TH YEARS OLD ADEENA SAFIYYA.
Happy birthday adik semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah. Seronok sambutan Di sekolah
ReplyDelete