23 February 2015

Makan-Makan di Mat Periuk

Last weekend Mak Su Nana ajak kami dinner di Restoran Mat Periuk di Bercham Ipoh. Kalau ikutkan kat Ipoh ni banyak je restoran baru yang sedap-sedap tapi saya ni jenis pemalas mencari. Tapi kali ni Mak Su Nana desak kami cari Restoran Mat Periuk ni sampai jumpa. Actually nak cari restoran ni tak susah sangat. Kalau nak cari bleh google.


Dengar cerita restoran ni kepunyaan Chef Kamarul yang popular dalam rancangan Babas..tapi sejauh mana kebenaran tak dapat dikenalpasti sebab time kami pergi Chef Kamarul tak ada. Kami sampai awal around pukul 4 petang...restoran pun baru nak buka. Sementara menunggu pekerja restoran ambil order saya makan pavlova dulu. Ini first time saya makan pavlova, sebelum ni baca kat blog orang je. Rasa dia boleh la...cuma banyak sangat whipping cream. Dekat sini menu yang ducadangkan ialah western food. Harga pun  standard..around RM 20++. Menu lain macam nasi goreng dan mee pun ada. Jadi seperti yang dicadangkan oleh adik manis yang ambil order, saya pun pilih lah Sirloin (betoiii ka ejaan). Tak lama menunggu..order cepat sampai. Portion set sirloin ni agak sikit jadi sesuai dengan orang perut kecik macam saya. Walaupun  saya mintak well-done tapi dagingnya tak keras dan tak liat. Untuk orang yang ada problem gigi macam saya senang sangat nak kunyah. Gravy pun banyak..dia bagi dalam bowl kecil ( tak kena charge pun macam kat Kenny Rogers). Puas makan.... Mak Su Nana order Set Salmon dan Along order Mix Platter. Untuk saya...semua menu yang kami order petang tu tak mengecewakan. Sedap dan berbaloi dengan harga.


Cuma as usual la....bila bawa Ali dan Adik, saya kurang boleh menikmati makanan. Budak berdua ni dah kenyang dengan nasi ayam kat Kinta City. Jadi bila sampai di Mat Periuk budak berdua ni lebih banyak nak bermain. Lebih parah lagi kami pilih meja kat luar berdekatan dengan jalan sebab ahli majlis makan-makan yang ramai. Meja kat dalam restoran lebih kepada 4 atau 2 orang sahaja. Bila meja makan dekat jalan ni faham-faham saja lah....kecut perut setiap kali Ali dan Adik main kejar-kejar. Risau terlepas ke jalan. At last kami terpaksa bergilir-gilir jaga dua buah hati ni.

Jadi bagi yang suka makan western food...anda boleh cuba makan di Mat Periuk. Makan sehebat seperti yang blogger-blogger lain canangkan. 

3 comments:

  1. Nanti kalau ke sana boleh singgah try..menu dia mmg nampak menarik... =D

    ReplyDelete
  2. salam kenal..thanks sudi singgah blog akak..akak follow sini..

    ReplyDelete
  3. Rasanya betul kut yang restoran ni Chef kamarul yang punya. Macam pernah masuk tv. Rugi hari tu Sha turun Ipoh tak singgah sini T_T

    ReplyDelete