17 August 2013

Adik Bagi Peringatan di Hari Raya

Raya baru masuk minggu ke-2, tapi mood raya saya dah kian pudar. Dengan keadaan perut yang makin membesar, pergerakkan saya amat terbatas. Jalan sikit dah semput. Kalau ada tenaga pun, saya akan simpan untuk beli barang baby yang still tak complete. Tambahan pulak En Amri dah balik Sabah masa raya ke -5. Lagi lah mood raya saya dah hilang (Actually bukan setakat mood raya, segala-gala mood positif pun dah terbang bersama). Tak sabar rasanya nak tunggu adik keluar dan balik rumah kami sama-sama. 

Tahun ni kami beraya di rumah family En Amri di Manjung. Actually tak ada cerita best pun raya  tahun ni. Cuma masa raya ke-2, perut saya memulas dan saya alami contraction yang kerap. Kecoh jugak kami sekeluarga. Dengan beg untuk ke hospital pun saya tak sediakan dan GL yang belum siap. Akhirnya, En Amri terpaksa balik ke rumah family saya di Kampar. Ambik barang-barang yang perlu. Tapi Alhamdulillah, apa yang saya alami cuma sakit perut biasa sebab saya makan banyak sangat lemang dan rendang masa raya pertama. Nasib tak terberanak lagi. Agaknya adik kat dalam ni sengaja nak bagi peringatan pada mama dengan babah. 

So rite now, saya tengah sibuk menlengkapkan barang-barang baby untuk adik dan barang berpantang untuk saya. Cuma ada sikit je lagi barang yang tak complete macam set toiletries adik, napkin, stoking ... (eh..macam banyak la pulak). Actually agak memenatkan jugak sebab badan ni dah rasa makin berat. Jalan pun dah mula terkangkang-kangkang especially bila rahim mengeras. Fuh !!!! Tapi..itu lah nikmat mengandung. Lepas delivered, I know I'm going to miss this all.

Need to go now coz Adik dah mula kicking perut saya. Maybe nak suruh saya baring. Before that, agaknya belum terlambat untuk saya dan family mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN sekiranya ada entry saya yang menguris jiwa.  

Gambar family di 1 Syawal

3 comments:

  1. selamat hari raya buat putri ;)

    thanks tau sbb bagi advise dekat saya.
    saya mmg bergaul dgn budak2 skrg.
    harapan saya semoga saya cepat2 lekat la.

    kebetulan pulak awal tahun saya akan jadi guru ganti utk tempoh 6bulan.ganti cikgu bersalin ;)

    doakan saya ye.mudah2an ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome dear..
      insyaAllah rezeki ada nanti..
      pengalaman saya..2 kali jaadi guru ganti 2x jugak saya lekat..mungkin sebab masa gantikan cikgu bersalin, cikgu2 lain mendoakan..

      Delete