07 April 2013

Babah Balikkkkkkkkkkkkkk !!!!!!

Salam all

Baca tajuk pun dah tau yang hati mama Amrsyar tengah berbunga riang. Yes !!!! Akhirnya Babah balik ke Semenanjung. Dah lama Amrsyar tak jumpa dengan Babah dia. Almost 2 bulan jugak. This time En. Amri balik sebab berkhursus di PD. Walaupun 3 bulan saja, tapi hati saya tenang sikit. Tak perlu lagi fikir tentang keselamatan dia sewaktu operasi kat Sabah. Cuma sesekali risau jugak bila En Amri ulang alik PD-Kampar. 
So rite now bermula lah kehidupan saya sebagai weekend wife. 2 bulan bercuti dari kerja mendobi uniform, mengiron baju dan segala tugas seoarang isteri...bila kena jalankan balik...huaaaaaaaah penatnya (walaupun on weekend sahaja). But, I'm happy doing all that. Puas hati bila tengok baju En Amri tersusun bersih dalam beg dan uniform loreng dan no 3 dah di"iron" rapi.

Hubungan Amrsyar dengan Babah dia agak kureeeeeeeng skit. First time En. Amri dukung dia, dia terus menangis. Maybe 2  bulan tu terlalu lama sampai Amrsyar dah lupakan Babah. As a father, of course lah En Amri terasa...tapi tak ada apa yang kami boleh buat. Itu lah rutin anak askar...selalu ditinggalkan. Sometime saya risau kalau Amrsyar akan terkesan dari semua ni. Risau bila dia besar nanti, dia anggap Babah dia sebagai orang luar. Saya mahukan hubungan Amrsyar dan Babah dia rapat. Buat masa ni, saya masih cuba rapatkan Amrsyar dengan Babah dia. Alhamdulillah..dia dah nak menyusu dan dimandikan oleh En. Amri. Next time saya nak suruh En. Amri tidurkan dia pulak. 

Multitasking Babah

Mama's Boy



Need to go now. Mata pun dah kuyu. Gud Nite all...

2 comments:

  1. alala...siannya amsyar lagi2 babah amsyar.. hope dorang cepat2 rapat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan..
      tp insyaAllah kami tengah berusaha nak rapatkan amrsyar dgn babah dia balik

      Delete