11 May 2018

❌❌❌❌ PRU Ke 14 ❌❌❌❌

Alhamdulillah...PRU14 baru saja berakhir. Keputusan dan PM baru pun dah tahu. PRU kali ni sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ni. Setakat saya masih bernafas ni, kalau ikutkan...ini PRU yang ke3 saya layak mengundi...tapi baru merasa mengundi 2 kali. Yang first tu...tak dapat sebab time tu masih di Jepun. Kesedaran diri tak timbul lagi nak ambik kesah pasal mengundi...tak terfikir pun nak undi pos. 2nd time, saya mengundi di Sabah sebagai isteri tentera. Alhamdulullah.....3rd time ni merasa jugak buang undi di tempat sendiri. Saya undi apa?!!!! Itu rahsia lah....saya pun bukan suka politik sangat..tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Cuma saja nak mengingatkan, dalam kita dok seronok meraikan kemenangan parti pilihan kita...jaga tutur kata...jangan sampai ada hati yang terluka...terutamanya hati orang tua kita. Kebanyakkan parents kita ni penyokong BN....jadi berhati-hati lah. Tak guna keruhkan hubungan bapak-anak or adik-beradik hanya sebab perbezaan pandangan politik. Sometime saya ada dengar golongan muda ni bercakap tak boleh nak brain kenapa parents dia still sokong BN. Ko tak boleh nak brain tak pa lah dik...cukup kalau ko boleh brain yang mak bapak ko yang besarkan ko..cukupkan segala keperluan ko...bagi ko kasih sayang dan pendidikan sampai ko bijak membuat pilihan. Bila fikir yang itu..insyaAllah ko boleh brain kenapa ko perlu jaga hati mak bapak ko. 

Ok cukup-cukup story pasal PRU. Cuti extra 2 hari yang kerajaan baru bagi ni...saya guna untuk buat persiapan nak sambut baby baru. Banyak barang keperluan baby yang masih dalam stor. Setakat ni baby carrier, baby bean bag dan play mat dan settle dibasuh. Cuma play pen dan stroller jer belum tau lagi kondisinya. Harap-harap masih elok...kalau tak terbang lah 💸 Babah kena beli baru. Yalah...kebanyakkan barang-barang ni beli time Ali lahir dulu. Kalau boleh saya nak settle kan semua persiapan sebelum puasa. Bulan puasa ni...rasa tak mampu nak bergerak aktif sangat sebab dah 8 bulan. 

So itu saja cerita PRU kali ni. Hari Isnin ni kita kembali bekerja tapi dengan kerajaan baru. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja.

P/s : Masih ternanti-nanti bos baru kami. Agaknya mana satu yang jadi pilihan Tun untuk pegang KDN.

18 April 2018

Kisah Ali : 👄👄👄 Cabut Gigi 👄👄👄

Assalamualaikum
Kali ni tiba giliran Abang Ali pulak kena cabut gigi. Al-kisahnya....bulan lepas dia cakap gigi dia sakit. 1 malam jugak budak ni tak boleh tidur...jenuh Mama ngan Babah teman. Bagi makan paracetamol syrup pun tak jalan..dia still ngadu sakit. Then saya suruh dia kumur air garam...banyak kali jugak teman dia ke bilik air untuk kumur. At last..dekat-dekat pukul 4 pagi baru dia tertidur. Tak pasti tidur sebab penat ulang-alik bilik air or rasa sakit dah hilang. 
Esok paginya, saya terus bawa Ali ke klinik gigi. Doktor cakap lubang dah besar..so doktor korek untuk bersihkan gigi Ali and then tampal. Ali tak macam Adik..bila duduk atas kerusi panjang kat klinik gigi ni..memang macam-macam ragam dia. Sebab tu saya lebih suka saya sendiri yang bawa dia ke klinik gigi..bukan En Amr. Time tampal gigi ni...terpaksa janji belikan 2 ekor dinosor kat Ali.
Lepas tampal gigi yang berlubang tu, Ali dah boleh tidur macam biasa. Tak ada dia merungut sakit gigi lagi. But 2 weeks after that, time nak gosokan gigi, dia tak bagi saya gosok kat bahagian tampalan tu. Bila saya check, rupanya gusi dah bengkak dan ada nanah. Saya bawa Ali ke klinik yang sama. Kali ni doktor lain yang attend. Doktor cakap maybe waktu tampal dulu, gigi tak bersih habis..so kuman terperangkap kat dalam. Itu yang gusi dia bengkak dan bernanah. Sebab Ali pun tak nak bagi kerjasama, doktor tak galakan cabut ari tu. Doktor just bagi ubat paracetamol syrup dan suruh bersihkan gigi betul-betul supaya gusi tak bengkak lagi. Kalau bengkak, baru doktor suruh datang untuk cabut. Hurmmmmm......rasa macam tak setuju pulak dengan pendapat doktor. 
So, balik rumah bincang dengan En Amr...kami decide untuk bawa Ali ke klinik Wong di Manjung. Kali ni, doktor yang attend kami agak berusia. So banyak jugak info tentang penjagaan gigi anak yang dia ajar pada kami. Antaranya...dia suggestkan parents patut hadir bersama bila pihak KKM buat seisi taklimat penjagaan gigi di tadika/sekolah. Setakat bagi penerangan pada anak-anak...bukannya budak ni faham sangat pun. Betul jugak apa yang doktor ni cakap.n Untuk gigi Ali, doktor bagi antibiotik dulu untuk 5 hari. Next week datang cabut. No more filling. Rasanya itu yang terbaik. Bukan tak sayang gigi anak...tapi daripada dia derita sakit...biar lah cabut terus. 


So next weeknya kami datang ke klinik Wong lagi. Kali ni dapat doktor yang sama cabut gigi Adik dulu. Macam biasa doktor cucuk ubat bius sikit-sikit. Tapi.....Ali ni penakut daripada Adik. Dia boleh meraung dan menangis....siap tak nak buka mulut lagi. Adoi la....hero Mama ni. Babah dah mula buat muka geram. Disebabkan Mama risau doktor give up tak nak cabut gigi Ali...so Mama pun terpaksa tabur janji macam calon pilihanraya. Mama janji belikan Ali dinosor besar kalau Ali cabut gigi. Baru la dia nak buka mulut. Lepas 2 jam...baru selesai cabut gigi dia. Itupun penuh drama raungan dan air mata. 
Petang tu jugak, Ali ajak kami ke pasar malam Manjung belikan dinosor dia. Actually dia pilih dragon. Tapi reganya....ya ampun...Mama rasa berat tangan nak bayar. Sekor dragon ni jer dah RM 30. Ralat jugak sebenarnya. Tapi dah janji kan....terpaksa lah beli jugak. 
Tak apa lah...untuk kali ni jer. Next time kalau kena lagi...kita umpan cara lain pulak. 

29 March 2018

Kisah Mama : 💜💜💜 Anugerah Terindah Yang Ke-3 💜💜💜

Assalamualaikum..
Lama dah nak up entry ni kat blog. Tapi nak mengarang tu...serba tak kena....taip padam taip padam. Huhuhu....nampak sangat BM karangan tak berapa nak hebat. Anyways.....saya just nak share cerita. InsyaAllah....awal Julai nanti saya dan En Amr bakal direzkikan lagi dengan ANUGERAH TERINDAH yang ke-3 @ adik baru untuk Ali dan Adik. Buat masa ni..Alhamdulillah kandungan saya dah nak masuk 7 bulan.


Actually kami rancang untuk tambah anak tahun 2019 or 2020 sebab tahun ni komitmen kami lebih kepada projek bina rumah. Tapi perancangan Allah lagi hebat... Jadi kami tak menolak atau bersedih. Kehadiran baby ni kami terima dengan penuh kesyukuran. Saya tak risau sangat pasal tak cukup duit....sebab saya tahu setiap anak dah tertulis rezeki masing-masing. Lagipun sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. Time dapat tahu preggykan Adik dulu pun saya dalam keadaan tak bersedia nak jadi ibu lagi sebab Ali time tu belum cukup 1 tahun. Tapi Alhamdulillah....sekarang ni Ali dan Adik kebahagian saya dan En Amr. Huhuhuhu....tak boleh bayang kalau salah seorang tak ada.

Kepada kawan-kawan bloger, doakan semoga kandungan kali ni dalam keadaan yang baik-baik dan sempurna. Kepada yang masih menanti, teruskan berdoa dan sentiasa ingat Allah tak pernah silap. Allah akan hadirkan Anugerah tersebut bila tepat pada masanya.

18 March 2018

Kisah Adik : First Time Cabut Gigi

Assalamualaikum
Agak lama jugak saya tak update blog ni. Badan jadi cepat lemah sejak akhir-ahir ni. Urusan anak-anak pun banyak mengharap pada En Amr. Sebab apa jadi cenggitu...nanti kita cerita dalam next entry. Entry kali ni...kita story moery pasal Adik yang baru jer kehilangan gigi yang pertama.

Huhuhu...kisahnya budak kecik comey kecayangan Mama ni memang ada masalah dengan gigi. Kalau ramai yang perasan gigi depan Adik, 2 batang dah terhakis. Kalau tanya dia...dia akan cakap "Tikush ambik gigi Adik tak pulang balik". Lepas tu ramai-ramai kami pakat gelak dengar jawapan dia. Adik ni...memang lawak sikit...
Kalau tanya saya tang mana silapnya sampai gigi Adik boleh jadi macam sekarang.....saya memang tak ada jawapan. Cara saya jaga gigi Adik dan Ali memang tak ada beza. Mungkin ini bahagian untuk Adik...tak apa lah...kita terima seadanya.....yer Adik.

So early March ari tu saya dan En Amr decide untuk cabut 1 batang gigi Adik yang betul-betul bermasalah. Itupun after kami refer pada 3 klinik gigi. Memang lah...kalo nak senang kami....cabut jer semua gigi Adik. Then tunggu gigi kekal tumbuh. Tapi kesian pulak kat budak kecik ni nak makan benda keras kalo tak de gigi. Lagipun kami tak nak Adik trauma dengan doktor gigi. So lepas berbincang dengan doktor gigi...kami nak cabut mana yang tak boleh diselamatkan lagi which means ada 3 batang jer. Dan doktor mintak buat 1 by 1.


Kami pilih Klinik Gigi Wong di Manjung atas saranan Opah Tipah. Walaupun jauh dari Kampar...tapi Mama dan Babah tak kesah...asalkan dapat doktor yang penyabar dan layan Adik dengan lembut supaya Adik tak trauma. 1st visit, doktor tak nak cabut lagi. Doktor bagi ubat antibiotik dan cuba bina bonding dengan Adik. Seminggu lepas 1st visit, baru doktor cabut. Sebelum cabut, doktor terpaksa cucuk bius dulu kat gusi Adik. Dalam 5 or 6 kali jugak doktor cucuk bius. Maybe doktor tak nak Adik rasa sakit sangat...tu yang cucuk sikit-sikit. Setiap kali lepas cucuk...doktor akan urut gusi Adik. Nurse pulak pegang dan usap kepala Adik dan Babah pegang kaki. Adik nampak relaks jer...sekali dua ada jugak dia berbunyi time cucuk bius. Maybe sakit. Tapi apapun Mama puji Adik. Badan jer kecik tapi alhamdulillah hati besar macam Mama. Cuma kali ni hati Mama tak berapa kuat. Berair jugak mata Mama bila tengok gusi Adik kena cucuk. Tak tahan....sebab dapat rasa kesakitan Adik.

After 1/2 jam...akhirnya gigi Adik dapat dicabut. Tak sukar mana pun...sebab gigi susu. Alhamdulillah.... Syukur sangat...settlle satu gigi. Next appoiment akhir Mac...kita cabut gigi depan yang dah terhakis tu ye sayang.
Sebagai penutup entry saya bagi tips persediaan untuk cabut gigi anak.

Mana yang rasa berguna boleh lah ikut.
1. Sebelum nak cabut gigi anak, biasakan anak dengan suasana di klinik gigi. Means....kena la kerap bawa anak berkunjung jumpa doktor gigi. Kalau dapat pergi klinik yang sama dan doktor yang sama...lagi bagus so that ada bonding antara doktor dengan anak. Nanti senang anak nak bagi kerjasama.
2. A few days before nak cabut gigi..cuba tunjuk video orang cabut gigi. Cari lah kat Youtube. Tapi jangan tunjuk video orang yang meraung or melalak sebab cabut gigi. Trauma pulak anak kita. Video ni sebagai persediaan supaya anak kita tahu apa yang akan dia hadapi. 
3. Jangan tipu anak kata cabut gigi tak sakit atau sakit macam kena gigit semut jer. Sapa yang cakap lagu tu...mai sini kita suruh doktor gigi cabut gigi dia hari-hari. Amboi !!!! Nipu jer yer.... Cuba terus terang dengan anak. Saya cakap dengan Adik...dia akan rasa sakit dan rasa kebas sikit. Then bila gigi dah cabut...akan keluar darah. Alhamdulillah....dia tak tetkejut pun bila tengok darah.
4. Sebelum cabut, janji lah nak bagi anak apa-apa hadiah atas keberanian dia. Well actually tips ni pun parents kita dah pakai berkurun lama. Saya masih ingat lagi masa kecik dulu, tiap kali saya or abang or adik kena cabut gigi, lepas tu mesti Abah belanja KFC (yang kena cabut gigi tu dapat makan mashed potato jer la. Yang tak cabut tu yang makan lebih).
5. Lepas cabut gigi, belanja lah anak makan ais krim. Ni nasihat dari doktor sendiri. Ais krim dan air sejuk akan bantu untuk hentikan darah. 
6. Layan lah anak..ikut apa yang dia nak. Time ni lah dia nak extra manja pun. Kita yang dewasa ni pun kalo cabut gigi memang tak selesa, inikan pulak anak kita yang kecik. Pengalaman saya dengan Adik.....dia minta tukar kapas every 10 minutes. Oh my my......so kena gilir-gilir dengan Babah dia layan kerenah Adik.

Itu jer kot tips yang boleh diberi. Kalo ada lagi boeh tambah kat komen.

16 January 2018

Kisah Ali & Adik : Persekolahan 2018

Assalamualaikum. Dah petengahan Januari 2018 baru saya ada masa menjengok blog ni. Akhir tahun 2017, macam-macam berlaku dalam hidup kami. Alhamdulillah....setiap yang berlaku tu Allah akan bagi kebaikan.
Kali ni kita cerita pasal seisi persekolahan budak berdua ni. Ali dah mulakan persekolahan di prasekolah....while Adik masih di PASTI. So terpisah sekejap budak berdua ni. Ali...ok saja dengan perubahan ni...dia jenis yang tak banyak kerenah..budak yang senang nak tolerate. Alhamdulillah....Allah kurniakan kami dengan anak yang macam ni. Tapi untuk Adik.....hurmmmm....susah sikit dia nak terima terpaksa berlainan sekolah dengan abang. Since Abang Ali start sekolah pukul 7.30 pagi...saya akan hantar Ali ke sekolah dulu kemudian baru Adik. So setiap pagi lepas hantar Ali, yang si kecik ni akan buat perangai tak nak ke PASTI. Minggu pertama dulu, saya umpan dia dengan donut. Tiap pagi singgah kantin sekolah beli donut. Tapi dis week...nampak gayanya dia dah start boring makan donut....so terpaksa ikut jer apa kerenah dia. Paling tak tahan ada satu pagi, dia minta nugget McD....aiyoooo sayang very high taste Adik punya breakfast. Jenuh pujuk....Alhamdulillah...jalan jugak lah.


Ramai yang tanya saya kenapa Ali tak teruskan 6 tahun di PASTI. PASTI tak ok ker? Oh.....jawapannya TIDAK...PASTI SANGAT OK. Di PASTI, Ali banyak belajar ilmu akhirat dan dunia. Bacaan dalam solat, ayat-ayat lazim, hadis-hadis...malahan di akhir 5 tahun Ali dan boleh baca banyak perkataan yang simple dan boleh selesaikan penambahan dan penolakan. So memang saya puas hati sangat dengan didikan di PASTI. Saya masukan Ali ke Prasekolah...supaya dia tak kekok dengan alam persekolahan darjah 1 nanti. Dari segi kewangan...memang saya dan En Amr akan pilih untuk hantar anak-anak ke sekolah kerajaan. Kami belum mampu nak hantar anak-anak ke international school atau sekolah agama swasta. So sebagai persediaan.....kami masukan Ali ke prasekolah. 
As for Adik, kami decide untuk kekalkan dia di PASTI. Biar ilmu agama kukuh sikit dalam jiwa solehah Mama ni. InsyaAllah next year bila Adik dah 6 tahun, Adik pun akak ikut macam Abang masuk Prasekolah. So untuk tempoh setahun ni...Mama pun kena bertabah lah sebab tiap pagi kena hantar anak-anak di 2 sekolah yang berbeza....dengan nak kejar punch card pukul 8 lagi.....semput weiiii... Tapi demi pembelajaran anak-anak....bertabah saja lah yer.


Sebagai penutup entry, saya sertakan kelebihan Prasekolah yang saya dapat lihat. Ini kat tempat yang saya hantar Ali lah...tempat lain saya tak pasti.
1. Baju sekolah beli sendiri. Anak-anak pakai T-shirt putih berkolar dan seluar track bottom biru gelap. T-shirt putih berkolar ni payah sikit nak cari yang saiz kecik. At last jumpa kat Pasarayaku. Since baju seluar dan kasut semua parents yang beli sendiri...so boleh la beli ikut kemampuan diri.
2. Tiada yuran tahunan atau bulanan. Yang ini saya pun terkejut. Saya siap tanya cikgu lagi..habis tu anak saya makan kena bawa bekal ke? Cikgu pun pelik dengan soalan saya kot. Huhuhuhu.....semua makan minum bahan pembelajaran ditanggung oleh kerajaan. Ternganga jugak mulut saya. See....hantar anak gi Prasekolah..free je pun. So no more reason untuk parents tak mampu nak hantar anak-anak umur 5 dan 6 tahun ke prasekolah.
3. Dekat Prasekolah, anak-anak diberi makan 2x sepanjang waktu persekolahan. 1st time-breakfast...makan yang simple-simple. 2nd time...baru heavy food. Bestkan...cuma terserah pada anak-anak kita jer nak makan ke tak.
4. Keselamatan anak-anak memang terjaga. Since Prasekolah ni dalam kawasan sekolah yang besar, dulu saya cukup risau kalau Ali tersesat or kena buli dengan student yang besar. Tapi bila dengar cara cikgu-cikgu uruskan murid.....saya boleh tarik nafas lega. Untuk Prasekolah memang ada kawasan khas..siap pagar lagi. Then time balik sekolah cikgu akan bawa anak-anak tunggu parents di kawasan yang dekat dengan pintu pagar supaya mudah parents nak ambik. Cikgu akan tunggu sampai parents ambik. Kalo ambik lambat sangat tu pandai-pandai la call cikgu sendiri.

So itu jer la kot....kalo ada kebaikan lain..sila tambah. So jumpa lagi next story (if Mama rajin update ye)

28 November 2017

Kisah Ali & Adik : Hari Last Sekolah

Alhamdulillah 24 November tamat sudah seisi persekolahan bagi tahun 2017. Tahun depan insyaAllah Ali akan mulakan persekolah di Prasekolah..Adik pulak akan stay di PASTI. So tahun depan...pagi-pagi Mama akan jadi super busy sebab nak kena bekejar ke 2 sekolah then nak masuk kerja lagi.
Masa decide nak mohon untuk masukan Ali ke Prasekolah, Mama agak berbelah bahagi. Actually Mama dah puas hati sangat dengan proses pendidikan di PASTI. 2 tahun imam kecik Mama di PASTI, banyak sangat perubahan positif dari segi akademik dan akhlak yang Mama dapat lihat dalam diri Ali. Suka Mama tengok... Tapi sebab nak biasakan Ali dengan alam persekolah, so Mama ikut cakap Babah untuk hantar Ali ke Prasekolah pulak. Alhamdulillkah...permohonan kami berjaya.

Untuk Adik pulak...tahun depan Adik masih di PASTI. Sorry ye sayang...Mama terpaksa pisahkan Adik dengan Abang Ali. Tahun 2017, Adik dah mulakan seisi persekolahan di PASTI, so rasanya dalam masa setahun ni..Adik dah dapat biasakan diri. Ramai kawan-kawan yang Adik dah kenal...cuma mungkin tahun depan best friend Adik, Sophie dah bertukar sekolah lain. Tapi insyaAllah Mama yakin Adik akan OK kat sana.


Untuk kenangan, hari last sekolah ari tu..Mama tangkap gambar Ali dan Adik dalam seragam PASTI. Dalam tempoh setahun ni langsung tak teringat nak tangkap gambar kan....huhuhu ni pun nasib baik teringat. Lepas ni...rindu lah Mama nak tengok Ali pakai kopiah. Huhuhu....sejuk je hati ni bila tengok dia... Semoga anak-anak Mama akan terus berjaya walau di mana saja Ali dan Adik menuntut ilmu.

28 October 2017

Kisah Adik : Happy Birthday Adikkkk

Assalamualaikum. Dah lama Mama Ali dan Adik tak bersiaran kat blog ni. Sejak akhir-akhir ni memang terasa kemalasan nak menaip. InsyaAllah slow2 kita up kan balik semangat berbloging tu...tapi tak pasti lah bila nyer. Hahaha....

Entry kali ni nak story morry pasal sambutan birthday Adik yang ke 4 tahun. Alhamdulillah....syukur Allah masih panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar..antara nikmat Allah yang paling indah saya rasakan. Jika direnung balik...kehidupan selepas kehadiran anak-anak memang terasa lebih indah dari kehidupan sewaktu tiada anak. Tak ada sesaat pun saya pernah rasa hidup ini kosong. Ada masanya bila saya rasa penat dan lemah dengan masalah hidup, saya peluk Ali dan Adik...pinjam sedikit kekuatan daripada mereka. TQ ya anak-anak Mama.

Melalut dah Mama kali ni. Sambung cerita birthday Adik yer. Tahun ni kami sambut birthday Adik 2 kali..sekali di rumah dan kali ke 2 di PASTI. Sambutan di rumah..saya buat secara kecil-kecilan jer..sebiji kek dan satay. Itu pun dah buat Adik happy. Alhamdulillah anak-anak Mama tak pernah demand nak sambutan yang besar-besaran. Sambutan yang ke-2 di PASTI kami buat untuk Adik raikan dengan kawan-kawan. Saya just hantar kek dan goodies bag. Biar Adik enjoy potong kek dengan kawan-kawan. Kalau saya tunggu nanti...Adik asyik melekat dengan Mama jer.

Dari awal tahun ari tu Adik dah mulakan seisi persekelohan di PASTI. Ikut jejak Abang Ali, umur 3 tahun lebih dah kena hantar ke sekolah. Sekadar nak bagi berkawan dan belajar benda asas macam solat dan hafazan sikit-sikit. Sejak start sekolah nama Adik pun dah bertukar. Kalau dulu kami panggil dia Adik atau Safiyya tapi sekarang dah tukar Adeena sebab kat PASTI dah ada budak nama Safiyya jugak. Tak apa lah....Adeena pun Adeena lah..janji maksud panggilannya baik-baik.

Apa yang Mama dapat lihat...Adik ni lain sikit dari Abang Ali. Kalo Abang Ali lebih cenderung kepada mekanikal (main lego dan build up something) tapi Adik lebih cenderung pada interaksi dengan manusia dan binatang. Walaupun percakapan Adik masih pelat kanak-kanak lagi tapi dia ni jenis mudah berkawan. Kalau tengok anak binatang...sentiasa cakap "omeynyerrr anak dia". Sampai anak kerbau pun dia cakap comel. Huhuhuhu....comel jer perangai anak solehah Mama ni.

Untuk birthday Adik kali ni...Mama doakan Adik sentiasa dalam perlindungan Allah dari srgala keburukan dan mala petaka. Semoga hidup Adik sentiasa bahagia dan Adik akan sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang baik-baik  disepanjang kehidupan Adik. Mama, Babah dan Abang Ali sentiasa sayangkan Adik tanpa syarat. No matter how old are you, you always be our adorable little girl. HAPPY 4TH YEARS OLD ADEENA SAFIYYA.