15 November 2016

Kisah Amrsyar : Abam Bomba Kesayangan Mama

Tahun ni banyak tadika yang buat lawatan ke Balai Bomba. PASTI tempat Ali sekolah pun turut sama buat lawatan ke balai bomba last weekend. Lawatan start pukul 9 pagi tapi MamaBabah hantar Ali ke balai bomba pukul 8.30 pagi sebab dah tau hero Mama ni suka moody di pagi weekend. Masa mula-mula sampai Ali tak ada mood so terpaksa MamaBabah tunggu. Lepas breakfast, start seisi tukar uniform abam Bomba. Masa ni baru nampak Ali excited sikit. Uniform Bomba ni balai yang bagi pinjam sepanjang lawatan. Seronok budak-budak ni dapat merasa jadi Bomba sekejap. Lepas pakaikan Ali uniform Bomba...baru Ali cakap dia "OK. Mama ngan Babah boleh balik". Lawatan kali ni parents tak dibenarkan ikut. Elok pun macam tu sebab budak -budak ni kalau ada MamaBabah..lain perangai nyer....asyik nak melekat dengan kita je. Muallimah kata..tak pe ramai abam-abam bomba boleh jagakan budak-budak ni.


Isi lawatan Mama tak berapa tau sangat. Tapi dari gambar yang Muallimah hantar dalam group wassap..budak-budak ni masuk dalam lori bomba dan ada demo pancut air ( time ni Ali kena tarik jadi tukar pegang paip). Pukul 12 baru saya ambik Ali. Nampak dia happy. Dalam kereta banyak jugak dia bercerita. Siap cakap esok nak pergi lagi. Alahai Abam Bomba Mama yang comel ni....seronok sangat la tu. Huhuhuhu....


Seronok kan budak-budak zaman sekarang. Zaman kita sekolah dulu..mana ada lawatan pergi balai bomba. Selalu bomba yang akan datang sekolah buat latihan kebakaran. Itu pun dapat tengok dari jauh. Budak-budak sekarang siap dapat pakai uniform bomba lagi. Terima Kasih abam-abam bomba sebab bagi peluang pada anak-anak kami untuk rasai pengalaman jadi bomba. 

01 November 2016

Happy Birthday Adik !!!! Happy Birthday Babah !!!

Ini entry terperam lagi. Dah nak dekat sebulan. Actually 2 minggu yang lepas satu family kami...dari Atok sampai lah ke cucu..semua kena jangkitan demam selsema. Yang terselamat dari jangkitan demam ni cuma En Amri saja. Yang lain semua tumbang. Agaknya antibody kami ni tak sekuat En Amri. Tu yang senang sangat dapat jangkitan. Tak apalah..lepas ni kena cari supplement nak bagi up sikit antibody. Tapi la ni Alhamdulillah..kami semua dah sehat..cuma tinggal batuk berkahak sikit. InsyaAllah..tak lama lagi 100% sehat kembali.



Seminggu sebelum sakit hari tu, kami sempat celebrate Birthday Adik dan Babah. Bagi yang tak tahu..Adik dan Babah ni kongsi tarikh birthday yang sama. So jimat duit Mama sebab celebrate birthday 2 insan tersayang dengan sebiji kek saja. Tahun ni Adik genap 3 tahun dan Babah genap 30 +++ tahun (30 berapa tu biar lah rahsia ye).


Setakat ni banyak dah perkembangan Adik yang Mama lupa nak update. Adik dah 100% diapers free since 2 tahun 2 bulan lagi. So tahun depan dah tak ada masalah nak hantar Adik ke PASTI. Mengira no 1 till 10...alhamdulilah dah khatam. Tapi Al-Fatihah masih liat lagi nak hafaz. Mama dan Opah dah banyak kali ajar..rasanya almost everyday..tapi yang kami dengar Adik cuma sebut yang hujung-hujung ayat saja. Huruf abjad ABC..hurmmm saya tak mula ajar pada si kecik ni lagi. Tunggu dulu kot. Aktif pulak...usah cakap... sometime saya rasa macam saya ada 2 orang anak lelaki pulak..sebab si kecik ni memang suka ajak Abang Ali bertumbuk. Sekali-sekala saya dengar si Adik akan cakap "Abang..jom lawan". Adoiiii la gegirl Mama ni... Hubungan dengan Abang Ali...hurmmm saya dapat lihat Abang Ali banyak pengaruh Adik. Adik lebih banyak ikut Abang. Apa yang Abang Ali buat..Adik akan ikut. InsyaAllah..semoga Abang Ali dapat lead Adik jadi yang insan yang lebih baik.

Cuma yang jadi kerisauan saya dan En Amri buat masa ni..dari segi pertuturan..Adik belum boleh cakap dengan lancar. Adik masih lagi pelat dan sometime she still using baby language. Risau jugak sebab awal tahun depan Adik bakal start tadika. Harap-harap mualimah boleh faham apa yang Adik cakap. Satu lagi character Adik yang buat kami satu rumah terhibur is...Adik cepat merajuk. Yang ini Babah cakap 100% ikut perangai Mama. Hahaha...yer la kot. Masa preggy kan Adik dulu memang Mama kuat merajuk. Tapi nak pujuk si kecik ni tak de susah mana. Cium-cium..gomoi-gomoi pipi dia..nanti dia OK lah tu. Manja sangat Adik ni. Lately, saya dan En Amri suka tanya Adik..."Adik nak baby tak?" and every time we asking..her answers always the same "Adik na nak" (Adik tak nak). Ok fine...Mama dengan Babah faham Adik tak ready lagi nak jadi kakak walaupun Abang Ali dah desak nak adik baru. Sabar ye Abang Ali..kita tunggu Adik dah sedia dulu.

Sempena birthday Adik yang ke -3 tahun..Mama sentiasa doakan Adik jadi hamba Allah yang solehah, punyai hati yang lembut dan terang. Semoga anak manja Mama ni bila besar nanti dapat berbakti pada agama. InsyaAllah ye sayang. Untuk Babah...malu nak cakap kat sini. Kita bisik kat telinga Babah je la ye. Hahaha...

  

09 October 2016

Kisah Amrsyar : Promosi Personal Pizza Domino's

Tau tak Domino's Pizza ada buat promosi sekarang ni. Kalau rajin tengok TV mesti pernah nampak iklan promosi ni. Sekarang ni untuk personal pizza harganya cuma RM 5.90. Rasa macam murah je kan.

Mula-mula tu rasa tak caya. Sebab kat iklan TV tu ada tanda *. Biasanya iklan yang bertanda * ni ada syarat-syarat tersembunyi. Untuk kesahihan iklan tu Mama pun ke Domino's terdekat. Kebetulan Abang Ali memang perut western. Kalau bagi pizza or spaghetti...laju jer. Tapi kalau bagi nasi...aduhai buka mulut macam mulut ikan...kecik je. Masa pergi tu..saya order chicken peperoni pizza. Cashier cuma tanya nak tambah cheese ke tak. Tak da tanya nak pizza jenis apa...so tak yah la nak ngada-ngada nak pizza nipis ikut tekak korang. Huhuhu...RM 5.90 je kot...tak payah demand lebih-lebih. Lepas order...memang saya cuma perlu bayar RM 5.90 sahaja. So memang betul lah iklan tu.


Balik rumah...makan...ok lah. Rasa pizza masih sama..tak ada jadi kurang sedap sebab harga dah jadi lagi murah. Topping pun OK... Tapi personal pizza ni saiznya memang kecik....cukup lah untuk dinner Ali dan Adik. Kalau Mama dan Babah nak tumpang sama maybe kena order lagi 2 pizza....baru kenyang.

So bagi yang berminat nak order...boleh lah ke Domino's yang terdekat. Saya pun ingat esok time lunch nak ke Domino's lagi. Sekali sekala ubah selera...tengahari kita makan pizza pulak.

29 September 2016

Kisah Mama : Produk Review - Garnier Micellar Cleansing Water

Kisah Mama lagi. Lately angin nak mengupdate pasal anak-anak dah berkurang. Banyak citer pasal Mama je kan. Entry kali ni nak share pengalaman saya guna produk pulak. Saja je dah tak tau nak update apa kat blog.

Kalau cerita pasal make up remover, saya dah pernah guna macam-macam jenis. Dari yang wet tisu, oil, lotion sampai yang tengah hot sekarang ni...water base. Actually saya bukan jenis yang heavy make up..cuma tempek lotion, compact powder, eye brow dan lipstick. Kalau rajin sikit...letak la blusher. Orang kata make up sekadar yang perlu saja sebab saya kerja hadap public jadi kureng seswai kalau muka nampak pucat sangat. Biasanya saya guna wet tisu brand Daiso untuk cuci make up. Tapi baru-baru ni saya tersambar make up remover water base jenama Garnier (mintak ampun suamiku...saya tak sengaja).

Setakat yang saya guna ni....ok saya suka dan saya syorkan. Saya tuang make up remover pada kapas dan lap kat muka. Tak payah nak tonyoh bagai... Make up senang je tanggal. Lepas cuci kulit rasa tak berminyak atau kering. Rasa macam baru lepas cuci muka dengan air. Hebat betul teknologi sekarang..make up remover pun dah berinovasi.

Actually ada jugak brand lain yang keluarkan make up remover jenis macam ni. Tapi setakat ni..ini lah yang paling murah. Kalau beli time offer 1 botol kecik (125 ml) ni RM 9.90. Time saya beli RM 14++..beli kat Watson. Minggu seterusnya saya pegi Watson lagi...dah turun harga jadi RM 9.90. Aiyaaaaa !!!! Manyak rugi lorrrr...

26 September 2016

Kisah Mama : Classix 253 Cafe


Classix 253...pernah try makan kat sini tak? Cafe ni salah satu cafe hipster yang agak popular kat Ipoh. Saya dan En Amr dah lama tau pasal cafe ni tapi tak jumpa lokasinya. Ahad lepas kebutulan lalu depan Stadium Hoki...tiba-tiba ternampak cafe ni. Laaaaa......senang je pun nak cari. Rasanya cafe ni ada cawangan yang lain. Tapi yang paling senang nak cari kat sini lah...berdekatan stadium hoki..shop lot kat sebelah Petronas.

Deko dalam cafe memang ala hipster...ada mesin jahit, tv, almari lama.. Tapi saya dan En Amr pilih untuk makan kat luar kedai....saja nak makan sambil ambik angin luar. Masa dapat menu tu..baru lah saya tau kenapa Classix 253 ni special berbanding cafe hipster yang lain. Sebabnya kat sini ada Happy Hour. Happy Hour start dari pukul 5 pm hingga 7 pm setiap hari. Time happy hour ni ada set kombo yang harganya boleh tahan. Antara set yang saya ingat burger bakar -RM 5.50, Chicken Chop - RM 5.50, Spaghetti Bolognese - RM  5.50 dan nasi ayam - RM 5.50. Murahkan....banyak pilihan pulak tu. En Amr order set burger bakar dan saya order set mix platter (ada lamb + fish + chicken ) -RM 15.00 ++. Air boleh refill. So..memang berbaloi sangat.

Kedua-dua set yang kami order tu not bad. Patty burger memang home made...tak terlalu kering..saiz pun sedang-sedang je. Rasa pun tak de liat or keras sangat. Kalau nak compare dengan harga RM 5.50 tu...rasanya memang berbaloi sangat. Mix platter pun ok..saya makan lamb dan fish yang ayam nya big boss makan. Daging lamb tak liat..gravy sos pun pekat. Cuma ikan tu saya rasa masin sikit. Huhuhuhu....but small matter.

Overall kami puas hati dengan harga dan rasa makanan di Classix 253 dan comfirm datang lagi. Bagi yang tengah poket bocor tapi teringin nak makan menu yang sedap-sedap...saya syorkan anda ke sini time happy hour. Rasa sedap...poket selamat.

22 September 2016

Kisah Mama : Aeon Midtown Falim

Cepatnya cuti habis...tup tap tup tap dah hari Khamis. Tahun ni best sikit sebab cuti raya Haji dan cuti Hari Malaysia jatuh dalam minggu yang sama. Budak sekolah yang paling seronok sebab cuti seminggu. Untuk gov servant yang biasa macam kami ni..Selasa, Rabu dan Khamis still kena kerja macam biasa...malahan extra sikit..sebab public ramai dan ada ofismate yang ambik cuti rehat. Cuti raya Haji kami balik Manjung...cuti Hari Malaysia ingatkan nak bawa Ali dan Adik ke Penang tapi apa kan daya...cermin depan keretaku retak terkena batu. Terbang RM 500 untuk ganti yang baru. So...dah tak ada bajet untuk pergi Penang. Tapi budak-budak tetap ke Penang dengan AtokOpah dan Achu. Saya dengan En Amr je yang tinggal kat Kampar .
Sebab dah tak tau nak buat apa kat rumah...so kami pun jadi kelawar...merayap malam-malam. Kebetulan Aeon Falim baru buka...so kami pun ke sana Khamis malam yang lepas (). Kalau ikutkan ini Aeon yang ke-6 di Perak dan yang ke-4 di Ipoh. Banyak kan Aeon kat Ipoh ni. Penang yang ada emmbassy Jepun pun tak ada banyak Aeon macam kat sini. Tak kesah lah... Dari segi lokasi...tak susah sangat nak cari, cuma belum banyak kedai yang dibuka. Seingat saya cuma ada Aeon, Aeon Big, Daiso, Mr DIY, MarryBrown...ada lagi kot kedai lain..tapi my favourite shops macam Aunty Annie, Starbucks, Chicken Rice Shop, Secret Recipe, Baskin Robbins belum ada lagi. Huaaaaaa......nasib tak bawa budak berdua tu. So kami just jalan-jalan sekejap je tapi sempat jugak buat kad Aeon Big. Setakat ni tak berpeluang lagi nak baca kertas yang dia bagi tapi info daripada staff Aeon Big...antara benefit kad ahli ni boleh collect pointer dan setiap 28hb dapat discount 5%. Ok lah tu...free je pun..so buat je la...


Tak sampai 2 jam kat sini...kami cabut balik. Sempat lah sambar T shirt jogging selai. Dalam kereta saya dan En Amr bincang...pasni kami tunggu akhir tahun baru datang sini balik....tunggu banyak sikit kedai buka. Sementara tu kalau nak lepak...kita pergi Kinta City saja. Kinta City sentiasa dihati...

09 September 2016

Kisah Amrsyar : Hari Sukan

Entry kali ni entry yang terperam. Tapi tak de la lama sangat terperamnya. Hari Merdeka yang lepas, PASTI Ali adakan Hari Sukan. Hari sukan kali ni 4 PASTI bergabung. So memang happening sangat. Ada pertandingan perbarisan lagi. Untuk pakaian seragam perbarisan Mak Limah awal-awal lagi dah bagi bendera Malaysia sorang selai. Mak Limah dah pesan pada parents melalui wassap group supaya bendera tu dibuat tenggolok dan selempang. Tapi agaknya Ali ni dapat salah info kot...balik sekolah Ali bagi bendera pada Atok suruh Atok gantung. Mama balik kerja...ingatkan nak start projek tenggolok dan selempang Ali...alih-alih tengok bendera yang Mak Limah bagi tengah berkibar megah depan rumah. Bertuah punya anak!!! Nasib bendera yang sama ada jual kat Mydin. Satu kerja pulak Atok kena pegi beli. 2 hari sebelum Hari Sukan baru Babah buatkan tenggolok dan selempang Ali. Babah follow betul-betul tutorial yang Mak Limah bagi. Alhamdulillah....tenggolok dan selempang Ali macam yang kawan-kawan punya. Actually waktu perbarisan tu ada jugak parents yang terlebih kreatif...ada yang pakai bendera jenis kain yang berat...ada yang buat macam tenggolok pengantin...so memang tak seragam lah. Sampaikan ada tenggolok yang asyik nak jatuh je..tah la berat sangat kot. Sometime kita ingat kanak-kanak je yang susah nak faham arahan...rupanya parents pun sama. Mesti pening kepala Mak Limah.



Lepas perbarisan baru acara sukan dimulakan. Memandangkan Ali baru 4 tahun...so dia cuma masuk 1 acara saja..acara aiskrim gergasi. Actually semua acara sukaneka..hari sukan tadika kot...tak kan nak buat acara belapan or lompat tinggi. Acara yang Ali masuk ni senang je pun..lari sambil pegang kon yang kat dalamnya ada bola. Satu pusingan ada 3 peserta so semua pelajar akan dapat hadiah. Disebabkan Ali ni terlalu teliti...dia lari dengan berhati-hati sambil pegang kon sebab takut bola jatuh. Tapi 2 peserta yang lain...lari laju sambil pegang kon dan bola. Mula-mula tu nampak gaya macam Ali dapat no 3...tapikan peserta yang patut dapat no 2 tu patah balik. Tak tahu lah kenapa. So dapat lah Ali Amrsyar ni piala perak. Hahaha.... Babah ada record...nanti dah besar MamaBabah nak tunjuk kat Ali. Mesti ketawa besar budak ni.


Around pukul 12.30 tengahari baru selesai Hari Sukan. Seronok jugak..walaupun most of time Mama cuma duduk bawah khemah je. Mama ni puteri lilin..tak tahan panas. Tapi duduk-duduk pun petang tu kena telan paint killer jugak sebab sakit kepala. Walaupun Hari Sukan PASTI ni sederhana tapi bagi saya meriah. Ibubapa pun senang bagi kerjasama. Cuma yang tak seronoknya ada jugak kaum bapa yang merokok dalam kawasan padang. Hurmmm....faham-faham lah...hari sukan tadika kot..mesti la ramai budak-budak. Asap rokok tu kan bahaya untuk budak-budak. Kalau rasa tak boleh tahan nak berasap tu...pegi la cari port yang tak ada budak-budak. Time tu kau nak berasap sampai 5 batang sekali harung pun tak ada sapa nak kesah. Geram betul kan...
End of story. Next year kalau ada rezeki insyaAllah kami join lagi. Next year lagi meriah...sebab Adik pun dah sekolah sekali .


28 August 2016

Padang Polo Ipoh Perak

Dah nak penghujung bulan 8 baru dapat update blog lagi. Azam saya nak update blog at least once a week...ke laut lagi. Tak ape...bulan 9 ni saya cuba lagi.

Sejak Babah Ali dan Adik dah balik ni, petang-petang, kami rajin bawa budak berdua ni ke playground. Kalau hari bekerja...kami cuma bawa Ali dan Adik main di playground kat area  Bandar Baru or pekan lama Kampar. Tapi kalau on weekend, selalunya kami ke Taman Polo Ipoh.

Apa yang bestnya Taman Polo ni?!!! Huhuhu....sebab kat sini banyak food stall. Sambil tengok Ali dan Adik main...sambil tu Mama dan Babah boleh isi perut. Actually, sejak dari awal kawin, time tak ada anak dulu pun..Mama dan Babah memang suka datang sini time petang-petang. Dulu kat sini cuma ada food stall jual laksa, cendol dan keropok lekor. Tapi sekarang ni makanan yang dijual dah pelbagai. Ada stall yang jual meat ball, spagetti, pisang goreng chesee....hurmmm tak larat nak buat list dah. Nak complete list....bleh datang sendiri. Tapi untuk saya dan En Amr....kat sini yang paling win..mesti lah laksa Kedah dan cendol. Tiap kali datang...itu menu wajib kami. Pernah jugak try menu lain...tapi hurmmm banyak yang mengecewakan. Ali dan Adik biasanya suka makan keropok lekor atau pisang goreng. Budak-budak bila dah dapat main...mana teringat nak makan. Layan la saja anak-anak oiii....


Itu saja entry penutup untuk bulan 8 ni. InsyaAllah bulan depan, saya rajin sikit update blog ni. Doakan ye....


11 August 2016

Happy Birthday Ali !! Happy Birthday Mama !!!

Lama tak update blog. Sebenarnya banyak cerita yang nak diceritakan..tapi aduhai....sejak bertukar HP ni..rasa malas nak menaip. Ini pun update guna HP lama. Jari-jari ni dah terbiasa sangat dengan keypad HP lama. Ok stop membebel pasal HP baru HP lama...tak ada kena mengena pun dengan entry ni.


Alhamdulillah bulan July yang lepas imam kecik saya Ali Amrsyar genap 4 tahun.  Besar dah anak mama ni. Setiap tahun pun bila tiba birthday Ali, Mama akan layan gambar Ali dari lahir sampai lah sekarang. Time tu kena siap tisu or kain kat sebelah sebab memang comfirm mata ni akan hujan. Siptom mak-mak. Untuk birthday Ali tahun ni, saya dan En Amr adakan sambutan di PASTI. Ali tak pernah mintak, cuma dia selalu dapat goodies bag time birthday kawan-kawan..so dia pernah tanya saya bila turn dia pulak bagi "bantuan" kat kawan-kawan. (Ali panggil goodies bag tu "bantuan"). Sambutan yang kami buat pun kecik saja memandangkan petang tu saya kena bertolak ke Penang atas urusan kerja.


 Malam sebelum birthday Ali, saya buatkan dia kek. Sepatutnya kek ni jadi Red Valvet Cake..tapi tah kat mana silapnya...walaupun dah letak red coloring..kek ni  still tak nak jadi merah..dia nak jadi coklat. Huhuhuhu....boleh lah...asalkan kek jadi kek. Kek ni saya bawa ke PASTI, laku jugak lah...budak-budak...bagi lah kek apapun...semuanya sedap. Untuk sambutan birthday Ali, opah Tipah sediakan "bantuan"/goodies bag...opah Dah pulak sediakan mee goreng. Jamuan kat PASTI memang meriah. Rasa macam makanan yang kami sediakan tak banyak dan budak-budak ramai...tapi entah lah...makanan cukup. Betul lah kata Muallimah...alhamdulillah rezeki anak-anak PASTI ni sentiasa cukup.


Seminggu lepas birthday Ali...birthday saya pulak. Birthday yang ke berapa tu....biarlah rahsia. Dah tua-tua gini...tak ada sambutan pun. Cukup lah dapat ucapan happy birthday dari Ali, suami, mentua, family dan kawan-kawan. Itupun dah buat saya rasa dihargai. Tapi bila En Amr belanja sekeping kek simbolik birthday saya....itu lagi lah buat hati berbunga-bunga. 

End of story. Sempena birthday Ali yang ke-4 ni Mama doakan Ali sentiasa dilindungi Allah...insyaAllah Ali akan jadi anak yang soleh dan paling penting hambaNya yang beriman. Mama dengan Babah bersyukur sangat dikurniakan anak sebaik dan sehebat Ali. InsyaAllah kami akan didik Ali untuk jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Aminnnn....

17 July 2016

Kisah Mama : Selamat Hari Raya 2016

SELAMAT HARI RAYA

Dah almost nak penghujung Syawal baru teringat nak update blog. Maklum la raya tahun ni lain sikit dari tahun sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah....a few days before raya, En Amri dapat balik. So, dapat lah kami beraya sefamily tahun ni.

Kalau ikutkan ini tahun ke-3 saya dapat beraya dengan suami walaupun usia rumahtangga kami dah nak masuk 6 tahun. Untuk Ali pulak, ini raya yang ke-2 dia dapat sambut dengan Babah dan yang paling special....ini raya yang pertama untuk Adik sambut dengan Babah. Kesian Adik....dah nak masuk 3 tahun baru dapat beraya dengan Babah. Every year pun Babah balik time raya, tapi selalunya selepas seminggu dua lepas 1 Syawal. Bila dapat buat persiapan raya dan cium tangan suami dipagi raya, memang berbeza sangat perasaannya. Selalunya saya dan En Amri hanya bermaafan dalam video. Alhamdulillah..syukur tahun ni, manisnya beraya sebagai seorang isteri tu saya dapat rasa lebih sikit dari tahun-tahun yang sebelum ni.

Bagi kawan-kawan blogger, sempena bulan Syawal yang dah nak penghujung ni...saya dengan ikhlas mohon kemaafan andai kata ada diantara hasil nukilan saya yang meninggalkan luka dihati anda. Yang buruk itu semua datang dari saya. Mohon diberi kemaafan. Semoga Ramadhan yang dah meninggalkan kita membawa impak yang positif dalam hidup kita. InsyaAllah andai diberi rezeki berjumpa lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA dari kami sekeluarga.


12 June 2016

Kisah Mama : Raya Preparation - Baju Raya Family

Dah seminggu puasa...baru saya ada masa nak jengok blog. Kepada kawan-kawan di alam maya, belum terlambat lagi rasanya untuk ucapakan SELAMAT BERPUASA. Semoga Ramadhan tahun ni jadi titik permulaan untuk kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Kalau tak mampu selangkah...sejengkal pun jadi lah. Untuk kami sefamily...insyaAllah...kami bakal mulakan sesuatu yang baru. Hal tu....nanti-nanti lah kita cerita...sebab entry kali ni saya nak story pasal baju raya kami sefamily. 

InsyaAllah tahun ni tema warna kami ialah PURPLE. Raya sebelum-sebelum ni tak pernah pun nak ada tema warna...tahun ni excited sikit. Setakat ni baru 90 siap. Baju Mama dan anak-anak dah settle. Cuma baju Babah je...belom beli lagi. Saya dah ushar baju melayu lelaki kat beberapa pasaraya..tapi tunggu tuan punya badan balik..baru beli. Risau tersalah saiz. Baju jalan anak-anak pun dah settle..cuma nak tambah sikit-sikit je lagi. Itupun biar Babah diaorang yang settlekan.


Actually persiapan untuk baju raya ni saya dah buat dari tahun lepas. Beli sikit-sikit. Jumpa baju atau seluar anak-anak murah..saya beli. Biasanya saya beli saiz besar sikit. Cuma huhuhuhu....time beli baju T-shirt dan kemeja Ali dulu...beli yang saiz 6 tahun. Ingatkan muatlah untuk pakai raya..semalam saya cuba pakaikan...alamak..dah terlebiz besar. Tak apa lah....baju-baju tu kita sorokdulu...jangan bagi Babah jumpa. Raya tahun depan baru bagi Ali pakai. Bila buat persiapan awal ni...tak ada lah rasa terbeban sangat. InsyaAllah bajet raya dan selepas raya akan cukup. 

13 May 2016

Kisah Mama : Raya Preparation - Jahit Baju Kurung Adik

Tengok tajuk entry macam gempak je kan. Hahaha...Yap...tahun ni saya decide nak jahit baju kurung untuk Adik pakai time raya. Actually tak plan pun....mula-mula ingat nak beli dekat Peace tapi bila tengok rega...ya ampunn..rega selai baju kurung kanak-kanak dah sama rega dengan baju kurung dewasa. Hurmmm...rasa membazir pulak. Bukan nak pakai sangat pun.

So..dengan semangat bekobar-kobarnya saya beli kain di Kamdar. Saya minta mak cik potongkan kain. Kalau saya yang potong agaknya baju Adik jadi lebar sebelah. Setakat ni saya baru cantumkan bahagian pesak dengan baju. Itupun dah salah..kena tetas balik. Huhuhu.... Nasib kat ofis ada kawan yang berilmu sikit bab jahit baju ni. So ada lah tempat merujuk.


Doakan semoga baju kurung Adik menjadi. Kalau tak jadi...nampak gayanyer Adik beraya pakai baju ready made jer lah. Huhuhu...InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan saya cadang nak belajar jahit baju. Setakat pandai jahit baju dan langsir untuk diri sendiri dan family pun dah cukup. Huhuhu...doakan yer...

04 May 2016

Kisah Mama : Cuti Oh Cuti

Minggu ni minggu yang best sebab dapat cuti extra sehari. Huhuhu...seronok macam saya sorang je dapat extra cuti (Hari Pekerja)..padahal....orang lain pun sama. Huhuhuhu...tapi pada yang kena bekerja hari ni...selamat bekerja.


Cuti kali ni saya cuma bawa Ali dan Adik jalan tempat yang dekat-dekat je. Selalunya kalau cuti lebih dari 2 hari, saya suka bawa Ali dan Adik balik rumah mentua ataupun pergi rumah saudara di Penang dan Kedah. Tapi kali ni lain sikit...hari Sabtu saya bawa Ali dan Adakan kenduri ofismate kawin di Gopeng. Kami pergi bertiga saja..no Opah no Atok sebab OpahAtok ada urusan di Serdang. Sebelum ni OpahAtok cuma berani lepaskan saya drive bertiga..hanya di area Kampar. Kalau sampai ke Gopeng..mesti Opah atau Atok nak ikut. Risau saya tak boleh handle Ali dan Adik time tengah drive. Tapi kali ni...terpaksa OpahAtok redha sebab tak dapat nak ikut. Lagipun AliAdik dah besar...insyaAllah selamat. Lepas makan kenduri di Gopeng, saya bawa AliAdik ke Kinta City Ipoh. Saja bawa dua beradik ni jalan-jalan...nak bawa ke taman...panas sangat. Kita makan angin kat dalam Jusco je lah...boleh Mama window shopping dan sambar barang murah untuk persiapan raya. Kalau nak tunggu bulan puasa baru nak beli semua...memang boleh pengsan Mama.



Sepanjang perjalanan pergi dan balik, ada lah jugak AliAdik bergaduh dan melawak..tapi dalam 45 minit ke 1 jam pertama je. Lepas tu...AliAdik senyap....then bila Mama toleh belakang...rupanya dah tido anak-anak Mama ni. Patut la senyap. Bagi saya Ok lah....tak adalah susah sangat nak drive dengan Ali Adik..cuma rasa menyesal sikit tak ajar anak-anak duduk dalam car seat sejak dari baby. Kalau tak...rasanya sekarang lagi mudah nak bawa AliAdik naik kereta. 

Hari Ahad....saya busy dengan laundry dan kemas rumah. Huhuhu...actually alasan je tu...alasan tak nak kuar rumah. Sebab Sabtu dah penat layan kerenah AliAdik kat Jusco. Penat sampai Opah call telefon rumah suruh buka pintu pun saya tak sedar dari tido. Memang tido mati Mama malam tu. Nasib OpahAtok ada alternatif lain masuk rumah. So hari Ahad kita just lepak-lepak rumah sambil recharge energy balik.


Hari Isnin..pagi-pagi lagi saya dah kejut AliAdik bangun tido. Hari ni kita pergi taman. Bagi AliAdik keluar peluh sementara tunggu Opah shopping kat market. Lepas tu bawa AliAdik ke Tesco..ingatkan nak beli baju melayu dan baju kurung untuk AliAdik dekat Peace. Dah lama saya dok tenung baju tu. Tapi sayang....time kami pergi...warna yang kami nak dah kena hantar ke Peace branch lain. Lorrrr....sabar je lah. Tak apalah..nanti kalau kita jumpa Peace kat mana-mana..kita beli lah. Harap-harap saiz budak-budak ni tak sold out lagi. Kalau tak...jadi macam tahun-tahun lepas lah...Mama kena marah dengan Babah sebab asyik tangguh beli baju melayu dan baju kurung AliAdik. Akhirnya bila nak dekat raya...Mama rembat je baju yang ada.

Huhuhu...end of story. Walaupun cuti kali ni kami tak ke mana...tapi rasa puas hati sebab dapat spend masa dengan AliAdik. Kalau berjalan ke rumah orang...memang seronok..tapi badan penat. Huhuhu...tapi tak boleh selalu sangat....nanti terasa mentua saya sebab tak bawa cucu kesayangan ni balik rumah mereka. Tak apa...next week ada lagi..

26 April 2016

Kisah Amrsyar : Moody Week

Al kisahnya minggu ni perangai Ali betul-betul mencabar kesabaran saya. Saya perasan since Rabu petang, lepas balik dari sekolah Ali kuat marah orang. Habis Mama, Opah dengan Adik, dia marah. Jenuh kami fikir kat mana silap kami. Dia terasa saya sayangkan Adik lebih ke...sebab Adik ni bila saya ada kat rumah memang dia suka ikut saya 24 jam. Mungkin ke Ali jealous.

So, hari Jumaat saya ambil Ali di sekolah. Since lunch hour hari Jumaat panjang, saya plan untuk buat 1 to 1 bonding hours dengan Ali. Saya bawa dia makan KFC kemudian bawa dia jalan-jalan ke Tesco. Dia nampak ok...dah hilang moody sikit. Saya ikut apa yang dia nak...nasib dia cuma mintak Lolipop je. Time nak hantar dia balik, saya tanya Ali kenapa dia suka marah-marah. Baru la Imam kecik ni nak bercerita...rupanya dia gaduh dengan sorang budak kat sekolah. Ada la adengan cubit-mencubit. Patut la balik sekolah hari tu saya perasan pipi Ali ada calar. Hurmmmm...sebelum ni budak yang sama pernah gigit belakang Ali. Daripada tenaga pengajar di sana, saya dapat tau budak tu memang suka kacau budak-budak lain. Ada budak yang redha saja...tapi Ali ni jenis yang tak suka kena kacau. So jawabnya...bergaduh lah. Hurmmm....mungkin dia tak puas hati kat sekolah...sampai terbawa-bawa ke rumah.


Hari Sabtu, saya bawa Ali dan Adik ke playground. Kami pergi time pagi-pagi...tak panas sangat. Seronok bila tengok Ali berlari kejar burung. Rasa macam..this is my Ali...Ali yang ceria dan cergas. Sebagai Mama Ali, saya kenal dia. Kalau dia duduk senyap diam je....saya tau...mesti ada yang tak kena dengan  Ali. Ingatkan kita jer stress dengan ofis..rupanya budak-budak pun boleh stress dengan sekolah. Sabar jela yer Ali...kita doakan budak yang suka kacau Ali tu jadi baik.

Itu saja story weekend ni. Harap-harap Ali dah tak moody lagi lepas ni dah ye...

21 April 2016

Kisah Mama : Chocolate Cupcake With Nutella Topping

Dah agak lama tak update entry. Nampak gaya macam sebulan sekali je saya update. Idea dah kering nak menulis. Anak-anak makin besar...rasa bersalah pulak kalau Mama nya asyik pegang HP saja. Bila anak-anak dah tido...saya pulak sibuk dengan baju dalam bakul. So at the end...perancangan nak update blog cuma dalam mimpi saje. Ni pun update di ofis..line Maxis bagi kerjasama hari ni...laju jer...walaupun tak macam The Flash..tapi boleh la...

Entry kali ni nak cerita pasal cupcake yang saya buat hari tu. Actually dah jadi perkasam pun dalam HP ni. Masa ni Ali tak sehat...batuk non stop. Mula-mula saya cuma bagi dia ubat batuk yang dibeli di farmasi. Tapi bila batuk dah berlarut almost 2 weeks dan sampai muntah-muntah, saya bawa dia ke KK Kampar. Risau Ali kena jangkitan kuman di paru-paru. Lepas habiskan antibiotik yang doktor bagi...Alhamdulillah....batuk dah hilang. So sebagai hadiah sebab Ali  senang makan ubat (walaupun ubat tu tak sedap...ok..saya memang ada habit rasa ubat anak-anak sebelum saya bagi pada anak-anak. So I know what it taste like)...saya buatkan Chocholate Cupcake untuk Ali. Actually saya pakai tepung instant je pun...cuma tambah telur, minyak dan susu (sepatutnya air..tapi rasa macam gantikan dengan susu sedap lagi kotttt). Bila cupcake dah siap...Ali tanya topping tak ade ke?!!!! Alamak....pandai Imam kecik Mama ni demand ye. Sebijik macam Babah. Kalau buavt kek nak kena bertoping. 

Disebabkan Mama tak ada masa nak buat topping...so Mama cuma sapu Nutella atas cupcake..then springkle dengan chocolate rice. Hasilnya macam kat bawah ni lah.


Sedap la pulak..cuma a little bit too sweet. Tak apa lepas ni kalau Mama buat cupcake lagi kita kurangkan gula sikit. Ali dan Adik suka sangat. Sorang 2 biji cupcake. Tapi malam tu jenuh Mama tonyoh baju Adik sebab dah bertempek dengan Nutella. Ali makan tak pakai baju...so Nutella melekat kat badan dia saja.Tak apa la...asalkan anak-anak happy...kotor sikit pun tak pe.

Doakan semoga saya bersemangat nak berbloging semula. 

30 March 2016

Kisah Amrsyar dan Adik : Tengok BoiBoiBoi


After almost 1 month BoiBoiBoi The Movie ditayangkan, baru saya bawa Ali dan Adik tengok. Actually bukan tak nak bawa masa awal-awal ditayangkan, tapi malas nak berebut.  Lagipun saya tak pernah bawa Ali dan Adik tengok wayang. Ini first time.. So memang comfirm akan banyak kerenah.

Saya pilih hari Ahad untuk bawa anak-anak. Alhamdulillah panggung tak berapa penuh. Kami masuk lewat sikit. Masa tu movie dah start. Mula-mula Ali dan Adik tak nak masuk..mungkin takut sebab gelap. Jenuh Mama pujuk..budak berdua ni tetap tak nak. Tapi bila saya buka pintu dan budak-budak ni dengar suara PapaZola dan Boiboiboi...pelan-pelan Ali dan Adik masuk. Dah masuk..terus duduk. Ali tengok penuh khusyuk..sampai popcorn pun Mama kena suapkan. Adik pulak excited sampai terjerit..especially bila tiba part yang mendebarkan. Ada sekali tu part yang Gopal terjatuh dari tempat tinggi, Adik jerit panggi "Palllllllll" . Alahai Adik....tengok dengan penuh perasaan. Bila tiba part yang Ochobot almost mati dan Boiboiboi dah nak kalah, Ali ajak saya balik. Huhuhu...tak boleh terima le tu superhero dia kalah. Saya suruh Ali tunggu sekejap. Then bila Boiboiboi dah jadi kuasa 5, sengaja saya ajak dia balik. Dia just geleng sambil mata tak lari dari skrin. Macam-macam gelagat anak-anak Mama.

Overall, movie Boiboiboi ni memang tak boring. Ada part sedih yang boleh buat kita sebak and bila tiba part lawan tu...memang syok tengok. Dari awal sampai habis memang best...dijamin tak kan tertido. Tapi sebab saya kena suap popcorn ke mulut Ali dan Adik...so saya cuma dapat bagi 80% jer perhatian. Ok lah tu...

So misi kali ini berjaya. Next time Mama bawa Ali dan Adik tengok movie Ironman v/s Captain America ( tah apa nama movie dia ). 

27 February 2016

Kisah Mama : Hasil Setia Bersama Drypers

Di entry yang lepas-lepas, saya ada share pasal Drypers Club. Actually saya pun baru join Drypers Club tu akhir tahun lepas...baru tau kisahnya. Dari Ali lahir lagi memang saya gunadiapers brand Drypers. Tapi tak pernah tau pun boleh collect points. So bila dah tau....gigih la saya korek balik stor cari plastik Drypers yang lama untuk cari kod. Saya memang suka simpan plastik Drypers sebab plastik ni jenis kuat...sesuai sangat buat plastik sampah. Hasil korek stor...terjumpa 4 lai plastik Drypers. So...terus key in di Drypers Club. Tambah pulak dengan yang baru beli....hasilnya...after 3 months dah boleh redeem points. Alhamdulillah..... Banyak jugak pilihan gift untuk redeem points. Mula-mula ingat nak redeem toys tapi....Ali dan Adik dah besar. Akhirnya...saya pilih yang ini :


Saya redeem diapers paket kecik...ada dalam 12 pcs. Boleh lah buat tambah stok diapers Adik. Jimat jugak duit belanja. Since Ali dah diapers free..so saya ambil diapers size Adik. Lama jugak menungg....tapi tak sampai sebulan. Barang free memang kena sabar sikit.

Bagi mummy-mummy yang guna Drypers untuk anak dan belum join Drypers Club..cepat join sebelum terlambat. Memang berbaloi-baloiii..

18 February 2016

Kisah Amrsyar Dan Adik : Short Escape Kota Kinabalu

Dah lama terperam je entry ni. Nak publish tapi rasa serba tak kena. After almost 1 month return from Kota Kinabalu baru ada idea nak menulis. Actually saya tak bawa Ali dan Adik jalan-jalan sangat pun. Niat sebenar ke KK ni pun sekadar nak beristirehat dan spend some quality times dengan anak-anak. Sepanjang 4 hari, MamaBabah cuma bawa Ali dan Adik jalan-jalan sekitar KK saja. Budak berdua ni bukan kesah sangat pun...happy sokmo.

Perdana Park, Tanjung Aru



Since Ali dan Adik sangat suka playground, jadi MamaBabah bawa budak berdua ni ke Perdana Park di Tanjung Aru. Sebelum jadi MamaBabah, kami pernah ke sini sekali. Masa tu tak ada feel pun dengan tempat ni (since kami berdua bukan kaki jogging..kami lagi suka buat taik mata kat rumah). Tapi time tu dah pasang angan-angan, one day bila ada anak..insyaAllah tempat ni akan jadi tempat pilihan untuk bagi anak kami main time petang. Alhamdulillah...dapat jugak realisasikan angan-angan tu. Ali dan Adik pun suka sangat....boleh lari bebas.

Lok Kawi Wild Life Park


Lok Kawi Wild Life Park ni macam zoo sebenarnya. Nak masuk kena bayaran.. Rm 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Zoo ni agak luas tapi jangan risau sebab perkhidmatan tren disediakan. Jadi kalau rasa malas nak berjalan boleh ambik tren..cuma kena bayar. Kami pilih untuk jalan kaki saja sebab nak bagi Ali dan Adik betul-betul enjoy tengok binatang kat sini. Banyakjuga binatang yang ada macam bear, harimau, gajah, monyet pelbagai spesis, rusa dan of course lah...orang hutan. Tempat yang bagus untuk anak-anak belajar kenal binatang

Aquarium & Marine Museum, UMS


Tempat ni kat dalam UMS, jadi kalau nak pergi kena tinggalkan lesen memandu di pintu masuk UMS. Nanti polis bantuan kat sana akan bagi pas masuk. Kawasan dalam UMS ni luas, jadi kena drive slow-slow supaya boleh tengok sign board. Since MamaBabah cuma pernah ke sini sekali saja, jadi MamaBabah pun ingat-ingat lupa. Masa kami pergi parking tak ada masalah..cuma kena jalan jauh sikit. Entry fee cuma RM 5 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Keadaan kat dalam agak gelap dan hurmmmm....kecik. Tak banyak sangat aquarium yang ada. Kami tak ambik masa lama pun untuk explore tempat ni..tak sampai setengah jam..dah habis jalan. Ali dan Adik excited tengok ikan besar dan penyu. Barang pameran yang lain tu budak bedua ni tak hirau sangat. Budak-budak....

Itu saja tempat yang MamaBabah bawak Ali dan Adik jalan sepanjang 4 hari 3 malam di KK. InsyaAllah next time kalau ada rezeki kita datang Sabah lagi MamaBabah bawa Ali dan Adik jalan jauh sikit. Apapun saya dan hubbie puas hati dengan holiday kami kali ni. Matlamat kami nak spend quality times dengan anak-anak tercapai jugak. Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah untuk moment-moment indah ni.

31 January 2016

Kisah Amrsyar Dan Adik : Tips Bawa Anak-Anak Naik Flight

Sekolah baru buka Mama dah bawa dua orang budak ni cuti-cuti. Teruk sungguh Mama ni kan... Tapi nak buat macamana ini saja masa yang ada. Kebetulan Perak bercuti Isnin yang lepas sempena Thaipusam, so saya bawa Ali dan Adik ke Sabah untuk cuti bersama Babah. Dapat lah spend 5 hari 4 malam dekat rumah Babah. Walaupun sekejap...tapi memang seronok. Since Ali dan Adik dah lebih 2 tahun, so Mama terpaksa beli tiket untuk budak berdua ni..no more add on. Bocor bonus tahun ni.


Untuk ke Sabah, saya naik flight dengan anak-anak. En Amri tak dapat ambik. Lagipun Ali dan Adik dah besar dan well behave..so memang tak banyak masalah untuk saya travel bertiga dengan anak-anak. Cuma sometime dalam flight budak berdua ni suka buat bising..risau jugak kalau bising tu ganggu penumpang lain. Tapi...nak suruh diam pun...rasa macam tak logik pulak. So at the end, tebalkan muka dan saya senyum setiap kali ada penumpang yang pandang saya dengan muka kelat. Minta maaf la ye..budak-budak memang macam ni.

Mula-mula saya plan nak bawa Adik saja. Rasa tak mampu nak handle dua orang anak dalam flight. Tapi bila tengok Ali, kesian la pulak. Tak apa lah....penat sikit asalkan Ali dan Adik happy. Perjalanan dari KLIA2 ke KK ambik masa 2 jam 30 min. Memang agak challenging. Kalau saya travel sorang...memang saya jenis yang suka tido..sedar-sedar dah nak touch down. Sometime cabin crew yang kejut suruh saya betulkan seat. Dah jadi habbit suka tido dalam flight. Tapi bila travel dengan anak-anak....hurmmmmm...nak lelap mata seminit pun tak dapat. Kalau dua beradik ni tido pun saya tak boleh lelap. Takut orang curi anak. Terbayang cerita Flight Plan. Huhuhuhu...haru sungguh la Mama korang ni.

Sampai KK, Babah dah tunggu kami di airport terminal 1. Lega rasanya bila dah jumpa Babah. Malam tu memang saya tido tak sedar diri. Tugas buat susu Ali dan Adik saya serah bulat-bulat pada En Amri. Mama nak kena recharge balik tenaga.

Sebagai penutup entry, saya share tips untuk bawa anak-anak peringkat toddler travel by flight.

1. Bawa air/gula-gula or anything yang anak-anak boleh hisap time flight nak take off dan touch down. Since Ali dan Adik tak suka lollipop dan segala jenis gula-gula yang lain, so Mama bagi budak bedua ni minum Ribena dan Milo kotak. Time ni jer boleh minum...itu pun sebab Mama desperate nak suruh Ali dan Adik minum untuk hilangkan degung kat dalam telinga. Tapi saya lebih tumpukan pada Adik...since ini first time Adik naik flight. Ali dah pandai telan air liur sendiri bila rasa telinga dia berdengung.

2. Bawa anak-anak pergi toilet sebelum masuk flight. Suruh anak-anak buang apa yang mereka nak buang sebab toilet dalam flight agak sempit. Sebelum naik flight dari KKIA ke KLIA2, Ali dah "membuang" di toilet airport. Tapi tak tau la kenapa bila dalam flight, perut dia memulas lagi. So, saya pun terpaksa bawa Ali dan Adik masuk toilet sekali. Bayangkan la dalam toilet yang sempit dengan kami 3 beranak. Adik peluk kaki saya while tangan saya pegang Ali. Tunggu punya tunggu...Ali tak nak jugak membuang. Saya ignore ketukkan dari penumpang lain yang nak guna toilet. Terpaksa jadi selfish sekejap. At last, Ali tak nak membuang..mungkin toilet flight sangat tak selesa. Masa keluar dari toilet, cabin crew tegur sepatutnya dalam toilet maksimum boleh masuk cuma 2 orang saja sebab incase jadi emergency..cuma ada 2 oxygen mask dalam toilet tu. Ok lah...Mama take note. But next time kalau travel bertiga saja..memang tak kan pergi toilet.

3. Bawa toys atau apa-apa bahan entertainment untuk anak-anak. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang rasa boring..bayangkan anak-anak kita yang masih kecik. So, bawa la apa saja bahan entertainment. Since saya tak berapa expose Ali dan Adik pada any gadget, so saya lebih suka bawa play-doh, buku cerita, buku warna dan pensil warna.

4. Pakaikan anak-anak dengan baju yang paling selesa. Biar tak berapa nak bergaya asalkan anak-anak kita tak terseksa. Keadaan dalam flight memang tak selesa..kerusi agak sempit dan kawasan pergerakkan agak terhad. Jadi pastikan anak-anak berada dalam keadaan seselesa yang mungkin.

5. Sebelum travel, timba sikit ilmu pasal kapal terbang. Budak seusia Ali memang sangat suka bertanya. Bila kapal terbang nak take off banyak soalan dia. Nasib baik Mama ada belajar ilmu fizik sikit-sikit...boleh la jugak Mama terangkan. Bila dia tanya lebih-lebih, saya suruh tanya pada Babah dia sebab Babah dia lagi expert bab fizik.

Itu saja tips yang saya boleh kongsikan. Lain orang, lain pengalaman. Anyways paling penting kita kena alert keadaan anak-anak. 

21 January 2016

Kisah Amrsyar : Masuk Sekolah

Tahun  2016, Ali will turn 4 YO. Selaras dengan saranan kerajaan, saya start hantar Ali ke tadika. Walaupun ada suara garau dok mengata kat belakang...kata saya hantar Ali terlalu awal tapi saya buat bodoh saja. Ramai yang salah faham pasal konsep hantar anak ke tadika. Bila kita hantar anak awal-awal ke tadika ramai yang anggap kita nak anak jadi pandai, boleh baca dan mengira cepat. Tapi untuk saya, niat saya hantar Ali ke tadika supaya dia dapat bergaul dengan rakan sebaya dan belajar ilmu agama yang asas macam solat dan mengaji. ABC dan 123 tu saya tolak ketepi dulu. Perkara pertama yang saya nak Ali belajar dulu ialah kenal agama Islam. Memang dekat rumah saya dah mulakan ajar tentang Islam secara tak formal...tapi rasanya lebih baik kalau ada orang lain yang ajar anak kita juga. Budak-budak ni biasa lah..kalau dengan Ibu sendiri...memang banyak alasan. Baru ajar huruf alif sampai tsa...nak masuk huruf jim..dah menguap..ajak kita tidur. Huhuhu..anak oh anak...macam-macam ragam.

Saya pilih untuk hantar Ali ke tadika PASTI Al - Badar. Before buat keputusan untuk hantar Ali ke sana, saya buat survay dulu...almost 1 year jugak. Saya banyak bertanya pada orang...sometime public yang datang nak berurusan dengan saya pun..saya tanya. Akhirnya....saya buat keputusan untuk hantar Ali ke PASTI. Saya cuma hantar Ali ke PASTI till tengahari saja. Itupun Opah dia yang request. Huhuhu...biasalah cucu manja Opah...mana bleh lama-lama berjauhan dengan Opah

So start 4hb Jan 2016, Ali dah bergelar anak PASTI. First day hantar Ali ke PASTI, saya ambil cuti. Dah tau mesti budak ni meragam. Saya cuba tinggal dia di PASTI bersama muallimah-muallimah. Tapi tak berjaya. Ali tak mau langsung berenggang dengan saya. Sudahnya saya tipu dia cakap nak pergi ambil buku dia tertinggal di office. Dia termakan la jugak...saya tinggal dia dalam 45 minit sebab ada urusan di bank. Bila saya return ke PASTI, saya tengok Ali menangis di pintu. Siap pegang beg lagi. Saya keraskan hati suruh dia tunggu sampai waktu balik baru saya datang ambik.


2nd day - saya hantar Ali...lagi teruk dia buat perangai. Dari rumah dia cakap tak nak pergi PASTI. Pujuk punya pujuk...alhamdulillah...dia nak jugak ke PASTI. Sampai di sana, Ali menangis sambil peluk saya. 2 orang muallimah terpaksa tarik dia. Muallimah tarik tangan..Ali peluk saya dengan kaki. Dramatik sungguh. Macam hari pertama, saya keraskan hati tinggalkan dia disitu. Dari gambar-gambar yang muallimah hantar digroup wassap, saya nampak Ali duduk di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Muallimah cakap pada Opah yang Ali siap minta kerusi sebab kaki dia dah lengguh berdiri tunggu Mama ditingkap. Huhuhuhu...adoi la hero Mama ni....banyak sungguh kerenah dia.

3rd day - sama macam 2nd day Ali still menangis. Berlaku jugak drama muallimah kena tarik dia dari saya. Dan dia still tunggu saya di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Ali masih lagi menangis especially bila tiba time nak balik.

Hari ke-4 dan ke-5 - Ali still menangis bila saya hantar ke PASTI.. tapi muallimah cakap dia nangis sekejap saja. Bila dah lama, dia stop nangis. Tapi Ali still duduk di tingkap tunggu saya. Masih belum berminat untuk belajar atau bergaul dengan kawan.

Masuk minggu ke-2, Ali dah OK bila saya hantar dia ke PASTI. Dia dah tak menangis. Cuma lepas masuk dalam sekolah, dia minta pada muallimah nak tengok kereta Mama keluar. Time sekolah pun dia dah stop menangis. Ali dah mula nak bergaul dengan budak lain especially gegirl. Tapi dia masih belum minat nak belajar. Tak apalah...En Amri nasihatkan saya supaya jangan paksa dia dan bagi dia masa. InsyaAllah lama-lama dia akan berminat nak belajar.

Minggu ni ialah munggu ke-3 Ali ke PASTI. Walaupun Ali tak menunjukkam minat nak belajar, tapi sebenarnya dia belajar. Saya sedar bila Ali ajak Adik main solat. Terkejut saya bila dia dah mula pandai angkat takbir, rukuk dan sujud. Hurmmmm...sebelum ni dia ada jugak ikut saya solat...tapi selalunya tak betul. Hari ni time nak mandikan dia, saya ternampak dia berwudhu'. SubhanAllah....sejuk sungguh hati saya. Alhamdulillah...

Bila saya cerita pada ofismate pasal kesukaran nak hantar Ali ke PASTI, ada yang suruh saya minta Atok yang hantarkan Ali. Well hurmmmmm....saya kurang setuju. Bagi saya Ali anak saya. Ini saat-saat sukar untuk Ali dan saya nak berada disisi dia. Saya nak dia ingat memori ni. Saya nak dia ingat yang saya ada dengan dia masa 1st day dia ke sekolah. Honestly saya sendiri ingat sampai sekarang memori hari pertama saya di sekolah.Huhuhuhu...saya ingat saya selalu tengok tingkap takut Atok tinggalkan saya.

Dan ada jugak ofismate yang suggest saya paksa dan berkeras dengan Ali. Adoi la....memang suara saya selalu lantang dengan anak-anak..tapi saya tak suka paksa dan berkeras dengan Ali. Bagi saya, budak-budak ni lagi kita berkeras..lagi keras dia jadi. Selagi boleh pujuk Ali, saya akan pujuk biarpun air liur dah kering.Setakat ni Alhamdulillah..Ali nak dengar cakap saya bila dipujuk.

Dah panjang saya menaip..next entry kita cerita pasal tips untuk first time hantar anak ke sekolah. Alhamdulillah...after 3 weeks amalkan tips-tips tersebut, saya nampak perubahan Ali. Ali lebih berminat nak ke sekolah. Doakan semoga imam kecik Mama ni akan terang hatimya untuk terima ilmu. InsyaAllah bila besar nanti dapat tolong ramai makhluk-makhluk Allah....Aminnnnn...

Sebagai penutup entry, saya belanja gambar Ali menangis dekat tingkap dan gambar Ali tunggu Mama di tingkap. Bila Ali besar nanti, mesti dia ketawa besar tengok gambar ni kan...


01 January 2016

Selamat Datang 2016


Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita untuk bertemu dengan tahun 2016. Terasa bersyukur sangat kerana Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk harungi 2015 yang penuh cabaran dan dugaan. Rasanya sepanjang kehidupan ini, tahun 2015 saya diduga dengan begitu berat, baik dari segi kesihatan mahupun kekeluargaan. Sungguh...ada masa saya rasa macam dah tak mampu nak teruskan hidup...tapi saya tetap bersyukur kerana Allah amanahkan saya 2 anugerah yang jadi sumber kekuatan saya. Bila tengok muka Ali dan Adik....dugaan besar mana pun...insyaAllah saya akan hadapi. Walaupun sedih, saya cuba fikir positif...Allah Maha Mengtahui. Saya yakin perancangan Allah itu yang terbaik dan insyaAllah ada Nur dihujung dugaan ini. 

Tahun 2016 saya hadapi dengan lebih bersemangat, walaupun ada beberapa hal tahun 2015 yang terpaksa dibawa kehadapan (macam buat account pulak). Azam saya tahun ni tak berapa banyak supaya saya lebih berdedikasi. Antaranya saya mahu lebih rapat dengan Allah. Alhamdulillah En Amri banyak membantu ingatkan saya bila saya terleka. Terima kasih imamku. Then, saya nak jaga 3 amanah Allah  (En Amri, Ali dan Adik) dengan lebih baik. Kalau diberi peluang untuk tinggal bersama En Amri....saya tak nak lepaskan dan akan lakukan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Tahun ni jugak saya harap dapat lakukan peningkatan dalam kerjaya saya. Alhamdulillah last year saya dah sah jawatan after 2 years service. So insyaAllah tahun ni saya cadang nak mula 1 step foward walaupun ada suara yang cakap masih terlalu awal. 

Itu saja kot azam tahun ni. Saya harap tahun 2016 akan bawa cahaya baru dalam hidup kami sekeluarga. Dan semoga Allah ehsankan saya dan makbulkan doa yang tak pernah putus saya pohon : supaya kami sekeluarga dapat hidup bersama macam keluarga lain. InsyaAllah.....