Showing posts with label Kisah Ali. Show all posts
Showing posts with label Kisah Ali. Show all posts

07 August 2018

Kisah Mama & Ali : πŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽˆπŸŽHappy BirthdayπŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽˆπŸŽ

πŸŽ‚πŸŽ‚ Happy Birthday to Ali dan Mama πŸŽ‚πŸŽ‚
Alhamdulillah...2 minggu yang lepas kami sambut birtday Ali yang ke-6 dan minggu lepas pulak...celebrate birthday saya yang ke-3* (biarlah rahsia). Actually birthday saya dan Ali selang seminggu je. Boleh je kalau nak sambut sekali. Tapi since Ali dah pandai kenai hari...so terpaksa celebrate separately. Tak apalah...dapat makan kek tiap minggu.


Birthday Ali tahun ni kami sambut di rumah mentua. Tak ada party apa pun. Cuma kek sebiji dan hadiah birthday. Itu pun Ali dan Adik dah excited. Tahun ni Ali dapat 3 ekor robot hadiah daripadaMama, Opah Tipah dan Tok Nani. Tapi macam biasalah...tak sampai seminggu robotnya dah tercabut kaki tangan. Sabar jer...kalau bukan birthday..memang Mama tak belikan robot tu.
Di usia 6 tahun, Ali dah ada tanggungjawab besar untuk jaga 2 orang adik perempuan. Saya selalu pesan pada dia...kalau Mama ngan Babah tak ada nanti...Ali kena jaga adik-adik. Walaupun adik-adik dah kawin dah ada family sendiri...sekali-sekala Ali kena ambil berat jugak pasai adik-adik. Jauh sungguh nasihat Mama ni kan.


Tahun ni tahun ke-4 saya join club 3 series. Elok lah tu...diusia 30-an...dah jadi Mama to 3 kids. Memang terasa diri ni bertuah sangat. Setiap hari hidup saya agak miserable dengan 3 orang anak but surrounded by lot of love. Everyday dapat tengok anak-anak, hubby and mak ayah sendiri....hurmmmm....bukan semua orang Allah bagi nikmat yang macam ni kan. So selagi Allah pinjamkan nikmat ni...insyaAllah saya akan hargai.

Ok lah..untuk satu-satunya anak teruna Mama : Muhammad Ali Amrsyar...Mama doakan Ali membesar menjadi seorang muslim yang sejati. Waktu Ali nak lahir dulu, Mama yang bagi nama Ali supaya anak lelaki Mama ni berani kuat dan teguh iman nya seperti Saidina Ali. Itu doa Mama setiap hari untuk anak Mama. Moga bila tiba masa MamaBabah pergi, Ali boleh imamkan solat jenazah kami dan bahu Ali yang akan angkat jenazah kami dan Ali yang akan turunkan jenazah kami dalam liang lahad. Amin.....

18 April 2018

Kisah Ali : πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„ Cabut Gigi πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„

Assalamualaikum
Kali ni tiba giliran Abang Ali pulak kena cabut gigi. Al-kisahnya....bulan lepas dia cakap gigi dia sakit. 1 malam jugak budak ni tak boleh tidur...jenuh Mama ngan Babah teman. Bagi makan paracetamol syrup pun tak jalan..dia still ngadu sakit. Then saya suruh dia kumur air garam...banyak kali jugak teman dia ke bilik air untuk kumur. At last..dekat-dekat pukul 4 pagi baru dia tertidur. Tak pasti tidur sebab penat ulang-alik bilik air or rasa sakit dah hilang. 
Esok paginya, saya terus bawa Ali ke klinik gigi. Doktor cakap lubang dah besar..so doktor korek untuk bersihkan gigi Ali and then tampal. Ali tak macam Adik..bila duduk atas kerusi panjang kat klinik gigi ni..memang macam-macam ragam dia. Sebab tu saya lebih suka saya sendiri yang bawa dia ke klinik gigi..bukan En Amr. Time tampal gigi ni...terpaksa janji belikan 2 ekor dinosor kat Ali.
Lepas tampal gigi yang berlubang tu, Ali dah boleh tidur macam biasa. Tak ada dia merungut sakit gigi lagi. But 2 weeks after that, time nak gosokan gigi, dia tak bagi saya gosok kat bahagian tampalan tu. Bila saya check, rupanya gusi dah bengkak dan ada nanah. Saya bawa Ali ke klinik yang sama. Kali ni doktor lain yang attend. Doktor cakap maybe waktu tampal dulu, gigi tak bersih habis..so kuman terperangkap kat dalam. Itu yang gusi dia bengkak dan bernanah. Sebab Ali pun tak nak bagi kerjasama, doktor tak galakan cabut ari tu. Doktor just bagi ubat paracetamol syrup dan suruh bersihkan gigi betul-betul supaya gusi tak bengkak lagi. Kalau bengkak, baru doktor suruh datang untuk cabut. Hurmmmmm......rasa macam tak setuju pulak dengan pendapat doktor. 
So, balik rumah bincang dengan En Amr...kami decide untuk bawa Ali ke klinik Wong di Manjung. Kali ni, doktor yang attend kami agak berusia. So banyak jugak info tentang penjagaan gigi anak yang dia ajar pada kami. Antaranya...dia suggestkan parents patut hadir bersama bila pihak KKM buat seisi taklimat penjagaan gigi di tadika/sekolah. Setakat bagi penerangan pada anak-anak...bukannya budak ni faham sangat pun. Betul jugak apa yang doktor ni cakap.n Untuk gigi Ali, doktor bagi antibiotik dulu untuk 5 hari. Next week datang cabut. No more filling. Rasanya itu yang terbaik. Bukan tak sayang gigi anak...tapi daripada dia derita sakit...biar lah cabut terus. 


So next weeknya kami datang ke klinik Wong lagi. Kali ni dapat doktor yang sama cabut gigi Adik dulu. Macam biasa doktor cucuk ubat bius sikit-sikit. Tapi.....Ali ni penakut daripada Adik. Dia boleh meraung dan menangis....siap tak nak buka mulut lagi. Adoi la....hero Mama ni. Babah dah mula buat muka geram. Disebabkan Mama risau doktor give up tak nak cabut gigi Ali...so Mama pun terpaksa tabur janji macam calon pilihanraya. Mama janji belikan Ali dinosor besar kalau Ali cabut gigi. Baru la dia nak buka mulut. Lepas 2 jam...baru selesai cabut gigi dia. Itupun penuh drama raungan dan air mata. 
Petang tu jugak, Ali ajak kami ke pasar malam Manjung belikan dinosor dia. Actually dia pilih dragon. Tapi reganya....ya ampun...Mama rasa berat tangan nak bayar. Sekor dragon ni jer dah RM 30. Ralat jugak sebenarnya. Tapi dah janji kan....terpaksa lah beli jugak. 
Tak apa lah...untuk kali ni jer. Next time kalau kena lagi...kita umpan cara lain pulak. 

16 January 2018

Kisah Ali & Adik : Persekolahan 2018

Assalamualaikum. Dah petengahan Januari 2018 baru saya ada masa menjengok blog ni. Akhir tahun 2017, macam-macam berlaku dalam hidup kami. Alhamdulillah....setiap yang berlaku tu Allah akan bagi kebaikan.
Kali ni kita cerita pasal seisi persekolahan budak berdua ni. Ali dah mulakan persekolahan di prasekolah....while Adik masih di PASTI. So terpisah sekejap budak berdua ni. Ali...ok saja dengan perubahan ni...dia jenis yang tak banyak kerenah..budak yang senang nak tolerate. Alhamdulillah....Allah kurniakan kami dengan anak yang macam ni. Tapi untuk Adik.....hurmmmm....susah sikit dia nak terima terpaksa berlainan sekolah dengan abang. Since Abang Ali start sekolah pukul 7.30 pagi...saya akan hantar Ali ke sekolah dulu kemudian baru Adik. So setiap pagi lepas hantar Ali, yang si kecik ni akan buat perangai tak nak ke PASTI. Minggu pertama dulu, saya umpan dia dengan donut. Tiap pagi singgah kantin sekolah beli donut. Tapi dis week...nampak gayanya dia dah start boring makan donut....so terpaksa ikut jer apa kerenah dia. Paling tak tahan ada satu pagi, dia minta nugget McD....aiyoooo sayang very high taste Adik punya breakfast. Jenuh pujuk....Alhamdulillah...jalan jugak lah.


Ramai yang tanya saya kenapa Ali tak teruskan 6 tahun di PASTI. PASTI tak ok ker? Oh.....jawapannya TIDAK...PASTI SANGAT OK. Di PASTI, Ali banyak belajar ilmu akhirat dan dunia. Bacaan dalam solat, ayat-ayat lazim, hadis-hadis...malahan di akhir 5 tahun Ali dan boleh baca banyak perkataan yang simple dan boleh selesaikan penambahan dan penolakan. So memang saya puas hati sangat dengan didikan di PASTI. Saya masukan Ali ke Prasekolah...supaya dia tak kekok dengan alam persekolahan darjah 1 nanti. Dari segi kewangan...memang saya dan En Amr akan pilih untuk hantar anak-anak ke sekolah kerajaan. Kami belum mampu nak hantar anak-anak ke international school atau sekolah agama swasta. So sebagai persediaan.....kami masukan Ali ke prasekolah. 
As for Adik, kami decide untuk kekalkan dia di PASTI. Biar ilmu agama kukuh sikit dalam jiwa solehah Mama ni. InsyaAllah next year bila Adik dah 6 tahun, Adik pun akak ikut macam Abang masuk Prasekolah. So untuk tempoh setahun ni...Mama pun kena bertabah lah sebab tiap pagi kena hantar anak-anak di 2 sekolah yang berbeza....dengan nak kejar punch card pukul 8 lagi.....semput weiiii... Tapi demi pembelajaran anak-anak....bertabah saja lah yer.


Sebagai penutup entry, saya sertakan kelebihan Prasekolah yang saya dapat lihat. Ini kat tempat yang saya hantar Ali lah...tempat lain saya tak pasti.
1. Baju sekolah beli sendiri. Anak-anak pakai T-shirt putih berkolar dan seluar track bottom biru gelap. T-shirt putih berkolar ni payah sikit nak cari yang saiz kecik. At last jumpa kat Pasarayaku. Since baju seluar dan kasut semua parents yang beli sendiri...so boleh la beli ikut kemampuan diri.
2. Tiada yuran tahunan atau bulanan. Yang ini saya pun terkejut. Saya siap tanya cikgu lagi..habis tu anak saya makan kena bawa bekal ke? Cikgu pun pelik dengan soalan saya kot. Huhuhuhu.....semua makan minum bahan pembelajaran ditanggung oleh kerajaan. Ternganga jugak mulut saya. See....hantar anak gi Prasekolah..free je pun. So no more reason untuk parents tak mampu nak hantar anak-anak umur 5 dan 6 tahun ke prasekolah.
3. Dekat Prasekolah, anak-anak diberi makan 2x sepanjang waktu persekolahan. 1st time-breakfast...makan yang simple-simple. 2nd time...baru heavy food. Bestkan...cuma terserah pada anak-anak kita jer nak makan ke tak.
4. Keselamatan anak-anak memang terjaga. Since Prasekolah ni dalam kawasan sekolah yang besar, dulu saya cukup risau kalau Ali tersesat or kena buli dengan student yang besar. Tapi bila dengar cara cikgu-cikgu uruskan murid.....saya boleh tarik nafas lega. Untuk Prasekolah memang ada kawasan khas..siap pagar lagi. Then time balik sekolah cikgu akan bawa anak-anak tunggu parents di kawasan yang dekat dengan pintu pagar supaya mudah parents nak ambik. Cikgu akan tunggu sampai parents ambik. Kalo ambik lambat sangat tu pandai-pandai la call cikgu sendiri.

So itu jer la kot....kalo ada kebaikan lain..sila tambah. So jumpa lagi next story (if Mama rajin update ye)

14 August 2017

Kisah Ali : Haapy Birthday

Happy Birthday yang ke 5 Imam junior kesayangan Mama dan Babah. Syukur Alhamdulillah....anak Mama dah 5 tahun. Perangai still manja..selalu nak jadi baby...tapi ciri-ciri abang masih ada. Dari segi akademik Alhamdulillah..Ali dalam kategori average student. Banyak perkembangan positif sejak hantar dia ke PASTI. Sekarang ni saya lebih tekankan untuk Ali mengeja dan membaca. Rata-rata orang nasihatkan saya supaya ajar anak membaca awal supaya dia tak ketinggalan bila masuk sekolah rendah nanti. Gerun dengan sistem pendidikan sekarang. Saya dulu time darjah 1 baru belajar membaca. Huhuhu....agaknya time cucu saya nanti..darjah 1 dah kena pandai baca formula kimia, math dan fizik.

Cerita pasal birthday celebration Ali, tahun ni Ali potong 3 biji kek. Semuanya sebab Mama kalut dengan kerja ofis yang datang bertubi-tubi sampai tak ada masa yang cukup untuk prepare sambutan birthday Ali properly.

Kek pertama, kami sambut birthday Ali di Penang sebab Mama ada urusan kerja. Kek ke-2, kami sambut birthday Ali di rumah..kek ni Atok yang beli. Kek ke-3 untuk sambutan birthday Ali di PASTI..kita bagi chance kat Ali sambut dengan kawan-kawan. Untuk goodies bag, Opah Tipah sponsor...so tak adalah Mama dengan Babah rasa berat sangat. Sambutan di PASTI, saya sediakan 2 biji kek. Satu untuk Ali dan satu lagi untuk Adik. Saja buat 2 biji..sambutan birthday Ali last year, kami buat sebiji..tapi tak cukup. Rasa bersalah sangat pada anak-anak PASTI..saya siap kena marah dengan En Amr. Budak-budak...memang suka kek. Tahun ni saya bagi 2 biji...harap-harap cukup lah.


Walaupun ada banyak kekhilafan yang kami lakukan sewaktu membesar Ali, kami syukur sangat sebab Ali membesar dengan baik. Semoga Imam kecil Mama ni akan terus dilindungi Allah dan kehidupan Ali setiasa dirahmati Allah.

16 January 2017

Cuti - Cuti 2017 : Cameron Highland

Assalamualaikum

Baru 2 minguu sekolah buka, saya dah bawa Ali dan Adik jalan-jalan. Actually saya dah janji nak bawa anak-anak ke Cameron Highland masa cuti sekolah hari tu lagi. Tapi time cuti sekolah biasanya Cameron memang sesak. Pernah sekali (rasanya tahun 2014), tak sampai Tanah Rata lagi saya dah patah balik ke Simpang Pulai sebab jalan jem. Hasil perbincangan...saya dan En Amri decide nak bawa anak-anak time sekolah dah buka. Lagipun Cameron-Kampar bukan jauh sangat pun. Alhamdulilllah..hari Sabtu yang lepas kami dapat penuhkan janji pada anak-anak.

Pukul 9 pagi, kami dah bertolak dari Kampar. Sepanjang perjalanan, Ali lebih banyak tido tapi se kecik...tu dah sampai Brinchang baru lena. Tempat pertama yang kami pergi : Cameron Valley Tea. Tempat ni jauh sikit sebab kena lalu Tanah Rata dan Brinchang dulu...rasanya kalau kami terus lagi..maybe boleh tembus ke Tapah. Actually ada je ladang teh lain..tapi kan..sebab saya teringin sangat nak rasa suasana minum teh di ladang teh yang nyaman..so saya pilih tempat ni. Kat sini suhu masih boleh dikatakan sejuk sikit compare dengan ladang teh yang lain. Maybe sebab tempat ni jauh dari town yang dah membangun so suasana kehijauan masih dapat dikekalkan. Tapi harga F&B kat sini..ya Ampun...harganya sangat lah overprice. 1 teapot tea (boleh minum untuk 2 orang) + set scones (2 ketoi scones bersama butter, krim dan jem) = RM 22++. Ko rasa.... Disebabkan dah teringin...saya pejam mata..bayar je la. Harap-harap next time datang Cameron..dah tak ada rasa teringin tu lagi.


Tempat ke-2 yang kami pergi : Taman Agro Teknologi MARDI Tanah Rata. Tiket masuk untuk dewasa RM3 per person. Kanak-kanak baya Ali dan Adik free. Taman kat sini cantik jugak. Kawasan kat dalam sangat luas. Yang paling best ada kandang arnab. Comey-comey...seronok Ali danAdik bagi arnab makan. Saya cari sign board dilarang bagi arnab makan..tapi tak ada. So saya pun benarkan Ali dan Adik bagi arnab-arnab tu makan. Harap-harap la arnab-arnab tu tak sakit. Huhuhuhuhu... (MARDI tolong jangan cari saya kalau arnab-arnab tu sakit ye)



Keluar dari MARDI, kami ke banggunan Nova Hotel untuk lunch. Niat dihati nak makan nasi arab. Tapi tengok rega kat banner luar kedai tu...rasa nak berpeluh-peluh. Mak aiiiiii...mahaiii....RM75 untuk set 2 orang makan. Tak apalah...kita makan nasi arab kat Ipoh je la. So kami makan kat Teh Tarik Place yang terletak dalam banggunan yang sama. Harga makanan kat sini pun boleh tahan..RM 20 ++ untuk Nasi Lemak Ayam Goreng dan Beef KoewTeow. Kat Cameron apa yang murah kan.. Lepas makan Ali nak main kat taman tema mini yang ada kat sebelah Nova Hotel. Kami ikutkan saja permintaan dia. Mainan kat sini agak mahal juga..setiap mainan RM5.30 per person. Habis RM15.90 kat situ. Hurmmm....tapi mainnya kejap je pun. Sabar je la.. Tak lama kami kat situ..lagi lama..lagi banyak duit habis.


Lepas perut dah penuh...kami ke destinasi terakhir : Ladang Lavender. Time ni hujan turun..tapi nasib baik ladang lavender tu berbumbung. Entrance fee RM 8 per person. Ali dan Adik free. Kat sini memang sesuai kalau nak bergambar sebab banyak port yang cantik. Nasib baik kat sini ada tempat untuk self plucking strawberry..kalau tak...mesti Ali tuntut janji saya. Bayaran untuk self plucking strawberry ialah RM 10 untuk setiap 200g. Saya tanya staff yang jaga..dia cakap 200g tu around 10 biji..so saya pun arahkan Ali dan Adik untuk petik 10 biji strawberry sahaja..tak boleh lebih. Gigih budak berdua tu mencari strawberry paling gemok dan paling merah. Lepas petik strawberry, kami ke kaunter untuk timbang dan bayar. Time nak bayar tu..alamak..RM10.90. Itu lah pilih lagi strawberry yang gemok-gemok. Kami tak lama pun dekat sini sebab dah petang ditambah pulak dengan hujan lebat, so En Amri ajak balik. Masa nak keluar saya sempat beli pucuk labu goreng..sepaket RM 5. Sedap jugak...selalu orang datang Cameron makan cendawan goreng..kali ni kita makan pucuk labu goreng pulak.



Tamat lah sudah weekend gateaway kami Cameron Highland kali ni. Mesti ramai yang pelik kan..apasal saya tak tido hotel kat Cameron. Actually bukan tak nak tido..tapi bila fikir..hurmm jarak Cameron-Kampar bukan jauh mana pun. Lagi baik kami balik hari sebab mana ada tempat tido yang lebih best daripada katil sendiri kan?!!!!

28 August 2016

Padang Polo Ipoh Perak

Dah nak penghujung bulan 8 baru dapat update blog lagi. Azam saya nak update blog at least once a week...ke laut lagi. Tak ape...bulan 9 ni saya cuba lagi.

Sejak Babah Ali dan Adik dah balik ni, petang-petang, kami rajin bawa budak berdua ni ke playground. Kalau hari bekerja...kami cuma bawa Ali dan Adik main di playground kat area  Bandar Baru or pekan lama Kampar. Tapi kalau on weekend, selalunya kami ke Taman Polo Ipoh.

Apa yang bestnya Taman Polo ni?!!! Huhuhu....sebab kat sini banyak food stall. Sambil tengok Ali dan Adik main...sambil tu Mama dan Babah boleh isi perut. Actually, sejak dari awal kawin, time tak ada anak dulu pun..Mama dan Babah memang suka datang sini time petang-petang. Dulu kat sini cuma ada food stall jual laksa, cendol dan keropok lekor. Tapi sekarang ni makanan yang dijual dah pelbagai. Ada stall yang jual meat ball, spagetti, pisang goreng chesee....hurmmm tak larat nak buat list dah. Nak complete list....bleh datang sendiri. Tapi untuk saya dan En Amr....kat sini yang paling win..mesti lah laksa Kedah dan cendol. Tiap kali datang...itu menu wajib kami. Pernah jugak try menu lain...tapi hurmmm banyak yang mengecewakan. Ali dan Adik biasanya suka makan keropok lekor atau pisang goreng. Budak-budak bila dah dapat main...mana teringat nak makan. Layan la saja anak-anak oiii....


Itu saja entry penutup untuk bulan 8 ni. InsyaAllah bulan depan, saya rajin sikit update blog ni. Doakan ye....