30 December 2012

Shopping @ Nile.com.my

After terbaca entry Abang Nara @ Beutiful Nara beli bibs baby murah di Nile.com.my, saya pun teruja nak shopping disitu. Barang-barang di sini memang sangat-sangat murah. Selain barang baby, Nile.com.my ada jugak jual barang lelaki, wanita, barang rumah and etc (sila la menjamu mata sendiri). Selepas selak punya selak, at last saya beli:

* 5 helai bibs -RM 5.80 sehelai (as preparation untuk Ali Amrsyar start eating solid food)
* sehelai cloth diaper RM 8.50
* fork and spoon set yang comei RM 4.30 
* fat burning sleeping socks RM 10.90 (untuk cik Nana)


Total semua RM 58.30 (termasuk postage). Murah kan?!!!! Actually niat dihati nak beli handbag kat page ni..but terfikir jugak..takut-takut kalau kena tipu since this is my first time shopping disini. The next day (21 Dec 2012) saya jelaskan bayaran using ATM.

5 helai bibs yang cute

Tunggu punya tunggu, hari ni (29 December 2012), baru saya terima barang. Lama jugak saya menunggu. Dalam hati risau kalau-kalau kena tipu but, Alhamdulillah..barang-barang saya selamat sampai. Cuma ada 2 barang yang agak kurang memuaskan hati saya :


 1. Salah satu bib yang saya order ada gambar itik but they send me this bib




 2. Kualiti cloth diapers yang sangat-sangat tak memuaskan. Sepadan la dengan harga yang cuma RM 8.50 sehelai. But, saya agak kurang yakin nak pakaikan pada Amrsyar. Risau nanti dia kena nappy rash pulak.


So bagi yang berminat, sila la ke page Nile.com.my  untuk menjamu mata semasa cuti akhir tahun ni. Mana tau ada yang boleh dirembat memandangkan harga barang-barang disini tak berapa mahal. But nasihat saya cuma buat pertimbangan sebelum membeli coz dekat sini ada barang yang kualitinya elok dan ada yang tak. 

Happy Shopping 

01 December 2012

Keretapi Sabah : Trip To Beaufort

Salam

Masa Tok dengan Opah Amrsyar datang Sabah last Oktober, kami sempat bawa Tok dengan Opah naik train pergi Beaufort. Actually, tak ada apa-apa  hal pun dekat Beaufort. Sebab dah tak tahu nak buat apa, so saja nak merasa naik train di Sabah. Selalu tengok TV 1 promote perkhidmatan train di Sabah. So alang-alang dah ada kat sini, apa kata kita try sendiri. Kami naik di station Putatan. 

Bila naik train ni teringat kenangan lama masa tinggal di Jepun dulu. Train, bas dan basikal dah jadi transport utama saya. Sistem keretapi di Jepun sangat bagus. Kalau train terlewat 1 or 2 saat pun, akan ada pemberitahuan. Bagus kan?!!!! Normally train di Jepun jarang lambat. Petugas keretapi pun mesra but tegas belaka. If ada train nak berhenti or berlepas, petugas dia akan pastikan tiada siapa yang melebihi garisan kuning. Then dalam train pun bersih jer. If dalam shinkansen, siap ada pekerja sorong troli jual makanan (macam dalam flight Air Asia). Sewaktu tahun pertama di Jepun, saya pernah travel di Hiroshima dengan beberapa orang kawan. Oleh kerana kami semua masih belum familiar dengan train di Hiroshima, kami minta pekerja train bagitau kami bila sampai destinasi kami. Tanpa disangka, bila nak sampai tempat tersebut, driver train buat announcement dalam English yang agak berterabur. Apapun saya kagum dengan driver train tersebut yang cuba sedaya-upaya untuk tolong orang luar macam kami.One more thing, penumpang-penumpang di Jepun amat hormati privacy orang lain. If naik train, most of them akan senyap. Kalau nak bersembang pun perlahan-lahan. So, kita pun boleh lena dalam train.

Jepun - dalam train biasa 

Jepun - dalam shinkansen

But itu pengalaman saya naik train di Jepun. Meh kita review pengalaman saya naik train di Sabah. After 15 minit menunggu, train ke Beaufort pun sampai. Ok lah..lewat sikit..but still boleh kategorikan on time. Melangkah masuk ke dalam train...Oh myyyyyyyy...seat sebijik macam kat dalam bus lompat-lompat. Suasana dalam train amat panas. Walaupun train dilengkapi dengan kipas, but pekerja tak mau on. Bukan gerabak kami jer..semua gerabak pun sama. So confirm la kipas tak rosak. Ada jugak penumpang yang tegur, but pekerja train buat bau layan saja. Hurmmm...keadaan dalam train amat bising. Nasib Amrsyar jenis yang tak kesah. Sepanjang perjalanan, mata saya asyik mengira station-station yang dah kami berhenti. Tak sabar nak turun.

After 3 jam, kami tiba di Beaufort. Oleh sebab kami balik hari, so kami just makan KFC je kat sini. Tak sempat nak pegi mana-mana pun. Saya pun tak tahu apa yang special KFC kat sini (actually memang tak ada special pun). After pusing-pusing pekan Beaufort (jalan kaki yer), kami pun menapak balik ke station keretapi. Sewaktu melepasi gate untuk ke keretapi, saya terpandang mesin tiket yang ada kat sana. Sepi jer tak digunakan. Agak-agak berapa banyak duit yang goverment dah habiskan untuk perbaharui kemudahan ni semua. Sayang sungguh !!!!!

Sabah - train ke Beaufort



Perjalanan balik ke Putatan amat menyesakkan nafas saya. Kali ni seat saya berdekatan dengan toilet, so sepanjang perjalanan saya terpaksa menghidu haruman toilet yang tak bercuci. Yeakkkkk !!! Around pukul 6.30 petang, keadaan dah mula gelap. Hati saya tertanya-tanya, bila agaknya lampu akan di on. Pukul 6.45, keadaan dah memang gelap, lampu masih belum on lagi (kipas lagi la jangan harap. Panaih pijor kami kat dalam tu). Pukul 7.00, lampu masih belum on lagi (damn). Saya dah putus harapan. Hati saya cuma berdoa yang Amrsyar tak akan meragam. Waktu train lalu kawasan terowong...suasana dalam train penuh dengan jeritan manusia-manusia yang excited (luckily Amrsyar tak menagis time ni). Around 8.00 malam kami sampai ke station Putatan. Perasaan saya..lega yang teramat sangat.

Pengalaman saya naik train dari Putatan ke Beaufort macam NIGHTMARE. SERIKKKKK !!!!!!!!!!! TAK MAU NAIK LAGI DAH. Sorry ya for Sabahan. I'm just be honest. Dengan tambang yang dikenakan, saya tak harap servis train di Sabah sama taraf dengan Jepun. But, saya cuma harap kemudahan yang goverment dah sediakan (macam kipas, lampu dan mesin tiket) dapat digunakan dengan sebaik mungkin. 

Ok lah. Masa tido sudah sampai.
Gud Nite All 

28 November 2012

Kisah Amrsyar : Amrsyar Sudah 4 Bulan

Salam
Esok Ali  Amrsyar going to be 4 months. Sekejap je kan. Masih terngiang-ngiang lagi suara nurse-nurse, 2 orang doktor pelatih + my lovely En. Amri bagi semangat sewaktu dalam labour room. Terasa indah sangat saat pertama kali nurse letak Amrsyar atas dada saya walaupun masa tu tengah menahan ngeri sebab doktor tengah jahit kat bawah. Masa lahir berat Amrsyar cuma 2.4 kilo..but now rasanya dah 6 kilo (esok baru nak timbang kat RSAT). Waktu lahir dulu Amrsyar kerap tido. Jenuh Babahnya kejut nak ajak main (biasala orang baru dapat anak), but sekarang..huhuhu... Amrsyar suka main. Sometime tak terlayan kami.

Sewaktu usia Amrsyar 3 bulan setengah, Amrsyar dah boleh menerap. Berbaloi Tok dengan Opah dia mengajar. Orang tua pesan jangan ajar baby menerap. Biar dia menerap sendiri. But pendapat Abah saya lain sikit. Budak kalau tak diajar macam mana dia nak belajar (biasalah..Abah saya cikgu pencen. Agaknya Abah rindu nak mengajar..tu yang dia ajar cucu dia menerap). So, after setengah bulan mengajar dan Amrsyar pun asyik mengereng, akhirnya dia berjaya menerap jugak. Sejak dah boleh menerap ni, Amrsyar cepat penat dan tertidur. Tak sampai 2 jam jaga..then dia akan tertidur balik. Lately saya perasan dia dah mula angkat punggung. Hurrrmmmm..agak-agak bila anak mama ni nak pandai merangkak ye?

Alhamdulillah..sepanjang 4 bulan, Amrsyar masih fully BF. Saya bersyukur sangat kerana Allah murahkan rezeki anak saya. Memandangkan saya tak bekerja, seboleh-bolehnya saya tak nak bebankan En. Amri. Harga susu formula pula...Ya Allah !!! Rasa nak terkeluar bijik mata ni. Paling murah pun RM 20. Itu pun belum tentu sesuai dengan baby. So, saya decide untuk jaga kesihatan diri supaya saya boleh terus menyusukan Amrsyar. Lagipun disetiap tin susu formula ada tulis SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA.

Ok la.. Sampai kat sini je entry kali ni ye. Sila jamu mata dengan gelagat budak comel ni :


Menerap sambil isap jari

Rehat kejap

dan terus ZZZZZZZZZ...

25 November 2012

Jariku Bengkok

Salam All


Pernah tak ini terjadi kepada anda especially bagi mummy-mummy yang mem"BF"kan baby. Lately jari-jari saya kalau dibengkokkan, bila nak luruskan balik terasa sakit sangat. Rasa macam engsel tak cukup minyak. Selalunya jadi waktu bangun tidur. Ada masa tak boleh lurus balik. Terpaksa mintak tolong jari tangan sebelah lagi untuk luruskan balik. Saya tanyakan Mama, Mama cakap maybe kes kurang kalsium. Dulu jari Mama pun pernah jadi macam ni jugak..but itu pun sebab usia Mama dah masuk 50 +++. Tapi saya ni baru 18 (+ 10) tahun...masih muda tranggg tang tang lagi. But then I realize...owh yes... SAYA MEMNYUSUKAN SI COMEY AMRSYAR. Maybe dia dah serap most of my calcium. So lepas ni, saya pulun minum calcium yum susu Anlene banyak-banyak. Tapi kalau dah minum susu pun jari saya still macam ni jugak..hurrmmm terpaksa la pergi jumpa doktor.

For mummy-mummy yang mem"BF"kan baby anda, PERNAH TAK JARI ANDA JADI MACAM SAYA? Or its just jari saya yang pelik?!!!!!!

23 November 2012

11 Tahun Sudah




ALHAMDULILLAH

21.11.2001 - 21.11.2012

11 tahun sudah

Siapa sangka kami boleh pergi sejauh ini. Dari puppy love masa umur 17 tahun, untill now..dah jadi mama dan babah orang. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam En. Amri proposed saya untuk jadi girlfried dia . Saya still ingat, masa tu hari terakhir SPM (kertas kimia). En. Amri proposed saya dalam kelas kami. Bila diingat balik, bagaimana kami bermula..quite funny but sweet. Every week, saya akan kirimkan coklat untuk dia with a cute card...n ada masa dia akan kirimkan nasi lemak pada saya melalui junior dorm saya. Masa sekolah dulu, tak berani nak dating..so just sembang macam biasa bila jumpa dalam kelas. Nak jiwang-jiwang pun tak berani coz takut kantoi dengan classmate. Sekali-sekala nak terasa jiwang, bila masa minggu balik. En. Amri akan call saya everyday tepat pukul 9.30 malam. Masa tu la baru boleh nak cakap romantik sikit. But, bila balik ke sekolah..terpaksa buat macam biasa. 

Masa berlalu terlalu pantas. Kini kami dah almost 3 tahun disatukan. Banyak perkara yang dah berubah. Anak pun dah satu. Sometime terasa nak return back zaman sekolah dulu..masa cinta tengah berkembang mekar. But past is past. Kita tak punya kuasa untuk putar balik masa. Apa yang kita ada cuma masa kini dan masa depan untuk kita corakkan.

Ok la..rasanya cukup sampai disini dulu. Saya nak tidur sambil bermimpi saat-saat indah kami dulu.

To my dearie hubby : Terima kasih kerana sudi temankan saya dan pilih saya untuk temankan hidup anda. Walaupun ada masa relation kita fragile, but kita still mampu bertahan hingga ke saat ini. Semoga kesempatan untuk terus bersama yang Allah berikan ini, akan kita gunakan untuk membahagiakan antara satu sama lain dan our beloved Ali Amrsyar.

2008 - Zaman bertunang

2012 - Zaman nak jadi parents

2012 - Zaman dah jadi parents