06 September 2018

Kisah Mama : 🎉 Pengalaman Berpantang Kali Ke-3 🎉

Assalamualaikum
Alhamdulillah minggu ke-2 bulan Ogos hari tu saya dan Dinie dah habis berpantang 44 hari. Syukur dah boleh jalani hidup normal balik. Orang pun tak boleh pandang semacam bila saya keluar drive ambik Ali dan Addeena kat sekolah. Bukan apa..kadang-kadang mulut orang ni lagi bisa daripada kita langgar pantang.

Kat sini saya tak mau citer pasal cara saya berpantang sebab cara saya pun bukan betul sangat. Saya cuma nak cerita pasal a few barang yang saya rasa berbaloi guna time pantang.

1. Minyak Herbanika by NR


Minyak ni saya beli di Shopee. Sebelum bersalin lagi saya dah buka minyak ni...guna untuk urut kaki. Minyak ni bau dia boleh tahan (En Amr tak suka), agak berminyak dan panas. Time kat hospital..first nite lepas czer..hujan turun so memang sejuk. Nasib baik bawa minyak ni sekali. Sapu kat badan, kaki dan tangan...Alhamdulillah...rasa panas. Time berpantang kat rumah, saya suka sapu kat tangan dan kaki especially betis. Lepas sapu di betis, saya pakai compression sock untuk elak darah beku di kaki.
Alhamdulillah...dalam banyak-banyak produk berpantang NR yang saya beli...rasanya minyak herbanika ni yang paling saya puas hati. Walaupun busuk tapi banyak bantu saya dalam tempoh berpantang.

2. Milk collector


Yang ini pun memang penting sangat terutamanya time 1st and 2nd week berpantang. Sebab apa penting....sebab kalau tak ada benda ni...alamat bengkak susu la saya. Bila bengkak susu...mesti bentan (seram sejuk dan mengeletar). Time baru lahir, Dinie tak banyak menyusu (thats normal) tapi production susu saya sangat aktif. So memang kerap breast jadi keras sebab susu dah penuh. Untuk elakan bengkak susu (disamping buat stok susu),  saya guna milk collector ni untuk pump. Memang sangat convinence bila compare dengan breast pump manual or electric sebab tak payah basuh banyak benda.
Until now, saya still pakai milk collector ni untuk pump susu bila saya terpaksa keluar dan tinggalkan Dinie kat Opah. Senang jer nak bawa ke mana-mana sebab kecik dan senang nak pakai...tak perlu pasang-pasang kompenan...just letak kat breast dan picit sekali.
Cuma yang tak bestnya, ruang untuk collect susu agak kecik. Bila ruang dah hampir penuh saya kena tuang susu dalam bottle storage then pump kali ke-2. Baru benda ni dapat berfungsi dengan baik.
For time being, saya lebih selesa guna milk collector berbanding Spectra M1 yang saya beli masa Addeena masih menyusu. Sekarang ni hati tengah berbelah bagi either nak beli 1 lagi milk collector or breast pump bila dah masuk kerja nanti. Tak apa ada lagi 1 bulan untuk fikir.

3. Phytonatal by NR


Since hati saya pernah rosak pada tahun 2015 sebabkan consume jamu...so pantang kali ni saya sangat berhati-hati pilih jamu. Kalau boleh tak nak ambik jamu pun...tapi risau pulak kalau jadi apa-apa. So saya pun pilih Phytonatal. Tengok ramai yang consume cakap OK....tak ada lagi dengar jamu ni boleh rosakan hati. Jamu ni pun saya beli di Shopee. Yang best nya seller cuma jual 30 biji jer. Kira sesuai untuk orang macam saya..just nak consume jamu time pantang.
Makan Phytonatal ni..kesan yang paling best is membuang air besar memang lawas. Ini bukan saya sorang cakap...my ofismate dan cousin pun cakap benda yang sama.

4. Compression sock

Disebabkan kali ni saya kena Czer, so doc dan nurse selalu ingatkan pasal darah beku..biasanya darah beku ni akan mula terbentuk di betis. Bahaya ke darah beku ni? Dari penerangan doc, saya rasa bahaya jugak sebab boleh buat jantung terhenti dan membawa maut. So untuk elakan pembentukan darah beku, saya guna compresion sock disamping aktif bergerak. Kewujudan sock ni pun saya tau daripada sorang doc di HRPB. Sebab doc tu pun pernah kena czer, so dia nasihatkan saya untuk pakai compression sock.
Kalau beli yang brand School..harganya diluar kemampuan. So saya beli kat Shopee..no brand but much much cheaper. Nak pakai pun sekejap jer...so beli yang murah udah ler. Harga murah tapi shipping agak lama sebab dari China. Nasib saya beli awal..sempat sock ni sampai before bersalin.

5. Crispy garlic


Ini one of my favourite. Tak pernah sangka yang bawang putih pun boleh rasa sedap sangat. Before this saya antara pembenci bawang putih kat dunia ni. Asal nampak bawang putih mesti letak tepi. Tapi berbeza sangat dengan crispy garlic. Benda ni sangat membantu especially bila Opah jamu saya dengan makanan berpantang yang tak berapa nak berselera (one of them is sup ikan talang). Saya tabur crispy garlic ni kat nasi, terus rasa berselera nak makan. InsyaAllah lepas habis pantang ni pun..rasa macam nak repeat order lagi

So far 5 barang ni yang saya rasa berbaloi sangat guna time berpantang kali ni. Yang barang berpantang lain macam krim barut, pilis, uncang cuci dan mandian herba tu saya ada beli...tapi hurmmm.....efeknya biasa-biasa jer. Malahan ada benda yang saya rasa nyesal pulak beli sebab tak guna sangat pun. Ok lah...kalau nak share barang pantang yang korang rasa best...boleh share kat komen yer....mana tau dapat bantu ibu-ibu yang tengah buat persediaan untuk berpantang.

6 comments:

  1. selamat berpantang ye. perkongsian yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. Acik tak tau pun tentang darah beku tu putri..zaman acik czer anak sulong dulu tak de pengetahuan tentang tu.bagus sekarang ni boleh tau macam2 dah boleh bersedia.acik dulu pun 3 kali pantang..suami yang jaga sebab mak jauh masa tu.

    ReplyDelete
  3. Sy berpntng kli kedua mcm tak berpntng. Sbb ank kna kuning sebulan lbih. Best klau berpntng dpt amalkn jamu.

    ReplyDelete
  4. haluuu.. CT datang singgah jenguk2 =)

    ReplyDelete
  5. singgah sini.. apa khabar sis, sihat?

    ReplyDelete