06 May 2013

2nd HunnyMun dan PRU13

Salam all
Lamanya saya menghilang lagi. Nak BW pun tak ada masa apa lagi nak mengupdate entry. Actually life quite busy rite now. Nanti kita story mory pasal hal busy tu lain kali ye.

Entry kali ni nak story pasal PRU13. Akhirnya..saya balik mengundi jugak ke Sabah. Hehehe..tiket fully supported by ATM. So, nak tak nak..balik saja lah. Tapi saya dan En Amri decided tak nak bawa balik Amrsyar. Konon-konon nak honeymoon. Rasanya budak comey tu dah banyak sangat naik turun flight. Risau telinga dia asyik berdegung (macam yang kami tengah alami sekarang). 

Alhamdulillah sepanjang tinggalkan dia dengan Mama dan Abah, Amrsyar tak banyak ragam. Menangis pun jarang. Cuma setiap hari dia akan tertunggu-tunggu saya call. Bila saya call, dia akan cium telefon. Comey kan? Cuma saya je yang tak tahan rindu pada Amrsyar. Almost everyday menangis rindukan dia. Honeymoon pun terasa macam tercekit biji cempedak. Waaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! Bukan senang nak tinggalkan anak rupanya.

Balik Sabah kali ni kami cuma sempat pergi ke Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang dan Rumah Terbalik di Tamparuli. Tak ada semangat nak berjalan sangat sebab hari saya rasa tak sempurna tanpa Amrsyar. Lain kali janji tak mau tinggal Amrsyar lagi. 

Ok la..need to go now. Mengharap yang esok cuti.

Rumah Terbalik Tamparuli
Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Selamat menunaikan tanggungjawab pada 30 April 2013





07 April 2013

Babah Balikkkkkkkkkkkkkk !!!!!!

Salam all

Baca tajuk pun dah tau yang hati mama Amrsyar tengah berbunga riang. Yes !!!! Akhirnya Babah balik ke Semenanjung. Dah lama Amrsyar tak jumpa dengan Babah dia. Almost 2 bulan jugak. This time En. Amri balik sebab berkhursus di PD. Walaupun 3 bulan saja, tapi hati saya tenang sikit. Tak perlu lagi fikir tentang keselamatan dia sewaktu operasi kat Sabah. Cuma sesekali risau jugak bila En Amri ulang alik PD-Kampar. 
So rite now bermula lah kehidupan saya sebagai weekend wife. 2 bulan bercuti dari kerja mendobi uniform, mengiron baju dan segala tugas seoarang isteri...bila kena jalankan balik...huaaaaaaaah penatnya (walaupun on weekend sahaja). But, I'm happy doing all that. Puas hati bila tengok baju En Amri tersusun bersih dalam beg dan uniform loreng dan no 3 dah di"iron" rapi.

Hubungan Amrsyar dengan Babah dia agak kureeeeeeeng skit. First time En. Amri dukung dia, dia terus menangis. Maybe 2  bulan tu terlalu lama sampai Amrsyar dah lupakan Babah. As a father, of course lah En Amri terasa...tapi tak ada apa yang kami boleh buat. Itu lah rutin anak askar...selalu ditinggalkan. Sometime saya risau kalau Amrsyar akan terkesan dari semua ni. Risau bila dia besar nanti, dia anggap Babah dia sebagai orang luar. Saya mahukan hubungan Amrsyar dan Babah dia rapat. Buat masa ni, saya masih cuba rapatkan Amrsyar dengan Babah dia. Alhamdulillah..dia dah nak menyusu dan dimandikan oleh En. Amri. Next time saya nak suruh En. Amri tidurkan dia pulak. 

Multitasking Babah

Mama's Boy



Need to go now. Mata pun dah kuyu. Gud Nite all...

02 April 2013

Tips Membeli Kosmetik di Kedai

Lamanya  Mama Amrsyar ni menghilang. Almost 1 week saya tak berpeluang update blog. Bukan sebab sakit or bercuti, but saya kembali bekerja. Kerja apa? Kerjanya tak ada la besar sangat..cuma as a promoter di Elianto. But, masa kerja memang tersangat panjang. Dari 1 tengahari till 10.30 malam. So, last week my life memang busy tersangat-sangat. 

Tapi kan..baru je kerja tak sampai seminggu, saya terpaksa berhenti. Kenapa? Huhuhuhu..sebab tak sanggup tinggalkan Amrsyar lama sangat. Saya pergi kerja, dia baru nak lunch dan bila balik kerja, dia dah tidur. In average, everyday saya cuma dapat spend 3 or 4 hours sahaja dengan dia. After berbincang dengan En. Amri, saya decided untuk berhenti tanpa gaji (sebab tak bagi notis berhenti kerja). I know its not the right way, but..saya memang tak sanggup nak terus bekerja sebagai promoter lagi. Rasanya bila dah nak masuk 3 series ni, badan dan tak mampu nak berkerja macam orang muda. So lepas ni maybe kalau nak mintak kerja pun, saya akan guna degree yang dah berkulat dalam file. 

Since saya bekerja seminggu tanpa dibayar gaji, so saya rasa tak salah kalau saya sharekan sedikit tips-tips yang maybe pembeli patut tahu :



  1. Barang promosi (buy 1 free 1, discount 70% and etc) - mostly barang ni adalah stok lama. So if you want to buy, better check expired or manufactured date first. Check jugak warna bekas produk. Kalau dah lusuh, produk tu memang dah lama.
  2. Ambil barang dari belakang susunan - If beli produk macam lotion, cleanser or anything yang tersusun secara depan ke belakang, sila ambil yang di belakang sekali. Selalunya yang belakang itu yang baru. Same thing if nak membeli roti, cuba check roti yang kat barisan belakang. Selalunya expired date dia lewat dari roti yang dibarisan depan.
  3. Don't ever-ever try mascara tester - some of my customers yang datang selalu try mascara tester yang disediakan. Of course lah saya tak boleh nak halang. Tapi dalam hati nak jer saya menjerit yang mascara tester tu dah berkurun tak pernah tukar. Same goes to eyeliner and eyeshadow. Instead of try terus di mata, better cuma try ditangan saja.
  4. If tinggal 1 saja barang yang saya nak, tapi condition arang tu tak memuaskan hati, patut kah saya beli? - the answer is NO. Normally owner cuma nak barang tu dijual sebab tu dia biarkan barang tu 1 jer kat situ. Saya pernah hadapi situasi dimana customer nak beli sikat, tapi sikat tu ada rosak sikit. So dia mintak yang baru. Saya terus tanya pada owner kedai if sikat tu ada stok lain, dan owner kedai terus jawab "tak ada". Sedangkan dalam rak, stok sikat cukup banyak. Luckily, customer tu tak jadi beli. If not, saya akan rasa bersalah sangat-sangat.
  5. Don't trust apa yang promoter explain - Please jangan percaya 100%. Normally promoter akan cakap apa yang dia baca tentang produk tu or apa yang owner kedai terangkan. Most of them tak pernah cuba pun produk tu. So, after dengar penerangan promoter, better kita buat pertimbangan sendiri. Yang penting percaya pada diri sendiri.

Ok itu saja rasanya tips yang dapat saya bagi after 1 week bekerja sebagai promoter di Elianto. Maybe lain kedai lain cara pengurusannya, tapi sebagai pembeli, anda berhak memilih. Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda memilih.



15 March 2013

Amrsyar dan Push Car


Amrsyar dah ada kereta!!!! 

Kayanya anak mama ni. Mama pun dok pakai kereta babah lagi. Bila la nak merasa beli kereta sendiri. Masuk peraduan Senang Menang Pos Malaysia, tak menang menang pun. Habis duit setem je. Agaknya mama Amrsyar ni memang tak lucky.

Keta Amrsyar ni opah Tipah yang hadiahkan. Waktu Amrsyar kat KK lagi opah dah beli. Bila dah balik Perak, baru dapat merasa. Tapi cayang, kaki budak ni tak cukup panjang lagi. So terpaksa la mama ngan Mak Su tolong tolakkan. Terbakar jugak la kalori mama tanpa perlu ke gym. Babah balik nanti Amrsyar buli babah suruh tolakkan pulak ye. Mama ngan Mak Su nak berehat. Cepat lah April..kami tak sabar menanti.


10 March 2013

Mama Amrsyar kena Penyakit M & R

MALAS! MALAS! MALAS !
RUNSING ! RUNSING ! RUNSING !


Lately saya diserang penyakit M. Badan rasa sangat berat, otak lagi la jangan cakap. Ada masa saya rasa malas nak bangun. Kalau waktu ni Amrsyar tak ada lagi, dah lama saya memerap atas katil sehari suntuk tak mandi dan tak makan. Kronik kan? 
Entah lah.. Lately hidup ni terasa sangat berat. Sejak pengganas Sulu menyebok masuk Lahad Datu, hati saya tak tenteram. 4 hari selepas En Amri dapat tau tentang kehadiran pengganas Sulu, dia dah hantar saya dan Amrsyar ke Perak awal-awal. Waktu tu saya blur jugak..but, after kes tu dah kecoh baru dia bagitau niat sebenar dia hantar kami ke Perak. Dan sekarang tinggal lah saya dan Amrsyar di Perak with my parents. Selamat tu memang la selamat..tapi tiap hari hati asyik dup dap dup dap. Tambah pulak sekarang ni En Amri dah terlibat dalam Ops Daulat. Ya Allah ..jangan ditanya apa perasaan saya. Pantang HP or telefon rumah berbunyi, mula la hati risau kemain.
But, sejak 2 hari lepas, saya belajar untuk REDHA. Saya masih ingat lagi betapa besarnya kuasa doa seorang isteri sewaktu saya pregnantkan Amrsyar. Waktu tu En Amri terlibat dalam Ops Pasir di Lahad Datu. Saya ditinggalkan di Perak. Hubungan kami waktu tu ON and OFF. Setiap hari saya diburu kerisauan. Ada masa rasa seperti tak mampu nak teruskan kandungan. tapi demi Amrsyar dalam perut, saya terpaksa kuat. Makan sekadar untuk hidup, tersenyum sekadar untuk puaskan hati orang lain. Waktu tu saya serahkan hubby saya di dalam jagaan Allah. Semoga Allah lindungi dia setiap masa. Akhirnya sewaktu kandungan mencecah 36 minggu, En Amri dibenarkan keluar operasi dan temankan saya di Perak sehingga saya bersalin. Hebatkan kuasa Allah.
Dan kini sekali lagi saya serahkan suami saya di bawah jagaan Allah. Doa saya setiap hari semoga dia selamat kembali ke pangkuan kami sesegera yang mungkin. Ada masanya saya berharap yang saya erada di rumah kami..so that I can hug and kiss him before I let him go dan tunggu kepulangan dia. But, if I stay there, saya tau En. Amri tak akan boleh bekerja dengan senang hati. Sampai bila kami akan hidup macam ni, entah lah. Selepas Ops Daulat tamat, saya pasti kerajaan akan perketatkan lagi kawalan di sempadan Philippines - Malaysia...dan sudah pastinya En. Amri akan sibuk keluar masuk operasi. Semoga cepat-cepat lah dia dapat posting ke Semenanjung. Sebok macam mana pun, tak perlu tinggal anak bini berbulan-bulan. Rupanya berat jugak dugaan jadi isteri tentera ni. 
Ok lah..my little Ali Amrsyar pun dah lena. So, Mamanya pun kena la lena juga. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.