Showing posts with label wife tentera. Show all posts
Showing posts with label wife tentera. Show all posts

10 July 2014

Babah Balik !!!!!!!!

Surprised !!!!!!! BABAH BALIK !!!!!!
Mama pulak yang terlebih excited. Almost 4 bulan tak jumpa suami, kasi chan la kat Mama nak excited sikit. Alhamdulillah En Amri balik pada Sabtu yang lepas. En Amri dapat cuti seminggu. Lepas CO sign borang cuti, En Amri terus beli tiket flight and balik ke Kampar. Tq dear...

Reaksi Ali bila jumpa Babah : mula-mula dia renung Babah. After 2 minit baru dia jerit BABAH. Lepas salam dengan Babah, dia pegang tangan Babah sambil bye bye kat Mama. Amboiiiii...seronok ko ye nak..sampai Mama pun ko siap bye bye lagi. Sekarang ni...Ali asyik sebut BABAH BABAH BABAH je. Penat Babah asyik kena sahut.

Reaksi Adik : Awal-awal jumpa Babah Adik tak nak kat Babah. Bila Babah dukung, Adik menangis. Tapi lepas beberapa jam Babah asyik cium-cium Adik, dia dah mula suka pada Babah. Time bebuka pun dia asyik duduk kat kaki Babah mintak makanan. Sampaikan Babah nak pegi toilet pun payah.

Reaksi Mama : Suke la saya.....suami dah balik. Ada orang boleh tolong dukung anak. Bukan nak bersungut tapi dengan tinggi 140 cm dan berat 45kg....rasa sakit tulang belakang bila kena dukung Ali yang  dah 11 kg dan Adik yang dah 7kg. Tapi seminggu je pun boleh bermanja-manjaan. Ahad ni En Amri dah kena terbang ke KK semula. InsyaAllah bulan 8 baru kami dapat jumpa balik.


Doakan semoga family kami dapat tinggal bersama bila tiba masanya nanti. Semoga Allah perkukuhkan kasih sayang dalam hati kami biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan.

03 February 2014

Kisah Mama : Kembali Merindu

3 Feb 2014 - Tamat sudah cuti 2 minggu En Amri. Thats means, kehidupan kami kembali seperti sebelum ni. En Amri di Kota Kinabalu..saya dan anak-anak di Kampar, Perak. Huhuhuhu...Hari ni pegi kerja dengan rasa lemau. Rasa malas nak senyum..tapi dah kerja saya kena hadap public..terpaksa la saya senyum walaupun cuma senyuman palsu.


Adik dengan Abang Ali kat rumah meragam. Abang Ali bukak mata terus cari Babah. Bila dah tengahari baru dia dapat terima kenyataan Babah dah balik KK. Siang tadi Abang minta nak pakai baju yang Babah pakai malam tadi.Saja saya tak basuh sebab baju tu fresh dengan bau Babah. Adik pulak...tak berapa nak tidur siang. Jenuh Opah pujuk, Adik tetap tak mau tidur. Tidur kejap..then terjaga. Agaknya mencari Babah jugak. Masa saya balik kerja, Adik merengek-rengek. Saya susukan tapi Adik masih merengek. Akhirnya Adik tertidur sebelum Maghrib. Mungkin penat dia tunggu Babah nak minta dukung, tapi Babah tak muncul jugak. Saya selimutkan Adik dengan baju Babah. Harap-harap dia dapat tidur lena.

Minggu ni mungkin minggu yang lemau untuk saya dan anak-anak. Semoga Allah makbulkan doa saya supaya kami sekeluarga dapat tinggal sebumbung secepat yang boleh. Anak-anak hari-hari dapat jumpa dan rasa kasih sayang Babah. To all readers...doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Aminnnnn....

27 January 2014

Babah Balikkkkkkk !!!!!

After 3 bulan Abang Ali dan Adik Safiyya tak jumpa Babah....20 Jan 2014 - akhirnya Babah balik jugak.

Reaksi si Abang dan Adik bila jumpa Babah : Dua-dua berebut Babah.

Tiga Anugerah Allah Yang Tak Ternilai


Reaksi Ali : Abang Ali memang dah kenal Babah. Waktu Babah dekat ops, tiap-tiap hari dia mesti nak tengok gambar Babah. Tido malam pun, dia mintak Atok bukak gambar-gambar Babah dekat komputer. Punya la rindu dekat Babah dia. Tido pun nak tengok gambar Babah. Tapi nak buat macamana...Babah bukan boleh balik ikut suka hati time ops. Nasib hero Mama ni kuat dan penyabar. Reaksi Ali bila jumpa Babah : Mula-mula dia agak blurrr sikit ( sebab saya tak bagitau dia pun Babah dia nak balik ). Agaknya dia antara percaya dan tak..Babah dah ada depan mata. Lepas tu terus peluk kaki Babah. 

Reaksi Adik : Berbeza dengan Adik. Masa saya delivered Adik 11 Oktober 2013, En Amri balik selama 10 hari. Dari usia Adik 9 hari till sekarang ni dah masuk 3 bulan ( dah boleh menerap ), baru Adik dapat jumpa Babah dia balik. Sepatutnya Adik tak kenai pun Babah dia sebab last time dia jumpa Babah waktu dia still new born. Tapi yang menghairankan saya, elok je dia main dengan Babah dia. Tak nanges pun. Adik jenis yang tak suka orang lelaki dukung ( kecuali Atok dan Pak Long), tapi dengan Babah..dia suke. Agaknya itu la bonding Bapa-Anak yang kita tak nampak. Biar pun lama tak jumpa, Adik tahu itu Babah dia. 

Reaksi Mama : Lega....Bila En Amri balik, ada orang boleh tolong hantar dan ambik keje. Lepas ni baru orang tau status saya. Kalau tak, asyik kena kacau dengan adik-adik Tesco yang selalu lepak mamak time saya beli breakfast. Lega lagi sebab tugas mandikan Ali dahberpindah kepada En Amri. Ini salah satu cara supaya Ali tak lupakan Babah dia. Jealous sebab Ali dan Adik dah tak peduli kat saya. Asyikkkkk dengan Babah jeeeeee....

Babah balik kali ni bukan for good. Babah cuma dapat cuti 2 weeks. Lepas CNY nanti..Babah dah kena balik ke Kota Kinabalu. Harap-harap Abang Ali dan Adik Safiyya tak meragam bila kena tinggal lagi. Sabar ye anak-anak Mama. 

P/s : To all readers - Doakan semoga kami sekeluarga dapat duduk sebumbung secepat yang boleh. Kesian tengok Abang Ali dan Adik Safiyya rindu Babah ...

25 December 2013

25 Dec 2013 : 4 Tahun - Saya Isteri Dia

25 Dec 2009 - 25 Dec 2013 - Allhamdulillah..genap 4 tahun saya bergelar isteri kepada Amri Bin Abu Talib. Walaupun selalu berjauhan, Allah masih panjangkan jodoh kami. Syukur sangat-sangat. Baru 4 tahun bernikah, tapi rasanya macam dah terlalu panjang cerita cinta kami. Hingga kini, perasaan saya pada En Amri tak berubah..mungkin lebih sikit dari dulu sebab sejak ada Ali dan Adik, En Amri jadi lebih penyayang dan bertanggungjawab. Saya bersyukur kerana Allah jodohkan saya dengan dia. En Amri bukan suami yang sempurna tapi saya percaya dia sentiasa cuba untuk jadi suami yang terbaik. Bagi saya itu pun dah cukup (saya pun tak sesempurna mana). Semoga Allah terus kekalkan jodoh kami dan kebahagiaan yang kami nikmati ini hingga ke Jannah.


Untuk Amri Bin Abu Talib : Lin akan terus setia menunggu untuk kita sambut anniversary kita bersama. Lawakkan dah 4 tahun kawin, 2 orang anak..tapi sekalipun tak pernah sambut anniversary bersama. Huhuhuhu...dugaan isteri tentera. 

10 March 2013

Mama Amrsyar kena Penyakit M & R

MALAS! MALAS! MALAS !
RUNSING ! RUNSING ! RUNSING !


Lately saya diserang penyakit M. Badan rasa sangat berat, otak lagi la jangan cakap. Ada masa saya rasa malas nak bangun. Kalau waktu ni Amrsyar tak ada lagi, dah lama saya memerap atas katil sehari suntuk tak mandi dan tak makan. Kronik kan? 
Entah lah.. Lately hidup ni terasa sangat berat. Sejak pengganas Sulu menyebok masuk Lahad Datu, hati saya tak tenteram. 4 hari selepas En Amri dapat tau tentang kehadiran pengganas Sulu, dia dah hantar saya dan Amrsyar ke Perak awal-awal. Waktu tu saya blur jugak..but, after kes tu dah kecoh baru dia bagitau niat sebenar dia hantar kami ke Perak. Dan sekarang tinggal lah saya dan Amrsyar di Perak with my parents. Selamat tu memang la selamat..tapi tiap hari hati asyik dup dap dup dap. Tambah pulak sekarang ni En Amri dah terlibat dalam Ops Daulat. Ya Allah ..jangan ditanya apa perasaan saya. Pantang HP or telefon rumah berbunyi, mula la hati risau kemain.
But, sejak 2 hari lepas, saya belajar untuk REDHA. Saya masih ingat lagi betapa besarnya kuasa doa seorang isteri sewaktu saya pregnantkan Amrsyar. Waktu tu En Amri terlibat dalam Ops Pasir di Lahad Datu. Saya ditinggalkan di Perak. Hubungan kami waktu tu ON and OFF. Setiap hari saya diburu kerisauan. Ada masa rasa seperti tak mampu nak teruskan kandungan. tapi demi Amrsyar dalam perut, saya terpaksa kuat. Makan sekadar untuk hidup, tersenyum sekadar untuk puaskan hati orang lain. Waktu tu saya serahkan hubby saya di dalam jagaan Allah. Semoga Allah lindungi dia setiap masa. Akhirnya sewaktu kandungan mencecah 36 minggu, En Amri dibenarkan keluar operasi dan temankan saya di Perak sehingga saya bersalin. Hebatkan kuasa Allah.
Dan kini sekali lagi saya serahkan suami saya di bawah jagaan Allah. Doa saya setiap hari semoga dia selamat kembali ke pangkuan kami sesegera yang mungkin. Ada masanya saya berharap yang saya erada di rumah kami..so that I can hug and kiss him before I let him go dan tunggu kepulangan dia. But, if I stay there, saya tau En. Amri tak akan boleh bekerja dengan senang hati. Sampai bila kami akan hidup macam ni, entah lah. Selepas Ops Daulat tamat, saya pasti kerajaan akan perketatkan lagi kawalan di sempadan Philippines - Malaysia...dan sudah pastinya En. Amri akan sibuk keluar masuk operasi. Semoga cepat-cepat lah dia dapat posting ke Semenanjung. Sebok macam mana pun, tak perlu tinggal anak bini berbulan-bulan. Rupanya berat jugak dugaan jadi isteri tentera ni. 
Ok lah..my little Ali Amrsyar pun dah lena. So, Mamanya pun kena la lena juga. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

07 February 2013

Kisah Amrsyar dan Kisah Hati Mama Amrsyar

As-Salam

Lamanya mama Amrsyar menghilang diri dari blog ni. Actually tak ke mana pun. Cuma sejak akhir-akhir ni emosi saya kurang stabil sikit. Terlalu banyak sangat peristiwa pahit yang kena ditelan. Bila difikirkan semula, hidup ni memang sangat funny. How someone yang kita sangat-sangat sayang, boleh jadi insan yang banyak sakitkan hati kita. Ada masa, saya berdoa pada Allah agar Dia kurangkan rasa sayang dalam hati ini supaya hati saya tak dilukai lagi. Berdosa tak saya berdoa macam tu?!!! Entah la. Apa yang saya mahukan cuma dipujuk sekali sekala. Tapi, orang lelaki ni selalu anggap yang luka dihati perempuan boleh recover sendiri.

Ok la..tak mau cerita sedey-sedey dah. Pagi tadi saya dah nanges puas-puas. Lets story pasal my Ali Amrsyar (taip nama dia je pun dah buat saya tersenyum sorang-sorang). Pagi tadi saya bawa Amrsyar ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk cucuk 6 bulan. Actually, sepatutnya dia kena cucuk 1 week ago. But, since vaksin measles belum sampai lagi di RSAT masa tu, so terpaksa la tangguh. A few weeks ago, doctor dari RSAT confirmkan yang vaksin dah sampai, itupun untuk 10 baby pertama sahaja. So, saya terus bawa dia ke RSAT hari ni. Alhamdulillah..dah settle pagi tadi. Amrsyar kena cucuk 2 jarum, measles dan hepatitis B. Satu di peha, satiu lagi di bahu. Kesian juga tengok dia meraung kena cucuk tadi (mama dia  pun menanges skali). 

Sampai rumah, dia terus tertidor sambil menangis. Lepas bangun tido, aktif balik. Senang hati saya tengok dia tersenyum riang dan gelak mengekek. But, masa nak mandikan tadi, saya perasan badan dia dah mulai panas. So, this nite saya prepare termometer dan tuala basah bersama baldi. Risau kalau-kalau dia demam. Hari ni pulak, En Amri ada kerja luar di Papar. Rasanya esok baru balik. Elok juga kami berjauhan buat masa ni. Hati masing-masing masih panas lagi.

Apa perkembangan Amrsyar sekarang? Masa umur dia 5 bulan 4 minggu, Amrsyar dah mula duduk. 2 days after that, dia dah boleh merangkak properly. Kalau dulu cuma sondol-sondol orang but now, dah boleh merangkak. Depan TV dekat ruang tamu ni, saya cantumkan tilam queen dan single as his plauground. Tapi, pantang saya toleh tempat lain sikit, dia dah sampai hujung tilam. Setakat ni dah 3 or 4 kali dia gedebukkk jatuh ke lantai. Risau juga saya. But, Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi dia muntah or meragam. Bila tengok dia dah boleh duduk dan merangkak, hati saya jadi sayu. Cepatnya dia membesar. Lepas ni berdiri, berjalan berlari, makan sendiri, boleh poo n pee sendiri .... Waktu tu maybe dia dah kurang bergantung pada saya lagi. Terasa berat pulak hati saya. Tapi itu lah tugas seorang ibu, besar dan didik anak and one day kita terpaksa lepaskan mereka berdikari sendiri. Setakat ni saya bersyukur sangat-sangat sebab saya diberi peluang utk besarkan dia dengan tangan sendiri. Saya dapat tengok 1st time dia menerap, duduk, merangkak. InsyaAllah, lepas ni saya nak tengok his 1st step.

Dah panjang lebar kot saya memebebel kali ni. OK as usual, here are some pic of my little boy yang sudah 7.1 kg :

Finally can sit properly


Ali Amrsyar first time pegi beach @ Tanjung Aru Beach, KK

Anak askorrr..apa lagi nak dikatoo



01 January 2013

Gud Bye 2012 ... Welcome 2013

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru !!!!! That means usia kita akan menginjak 1 angka lagi. Cuma tinggal 2 tahun saja before saya memasuki alam 30-an. Alhamdulillah impian saya untuk bergelar mama telah tercapai pada 29 Julai 2012. Terima Kasih Allah kerana telah menghadirkan Ali Amrsyar dalam hidup kami. Menyorot kembali tahun 2012. Hurmmmm ... tahun 2012 saya boleh classified kan sebagai TAHUN PENUH DUGAAN SEBAGAI ISTERI SI BAJU HIJAU

2012 banyak menyaksikan air mata saya tertumpah. Pengalaman hamilkan anak pertama tanpa suami disisi bukan lah suatu yang menyeronokkan. Sewaktu usia kandungan saya 4 bulan, En.Amri terpaksa bertugas di sempadan Sabah. Bayangkan perasaan saya tak dapat jumpa dengan suami selama 5 bulan. Perit rasanya. Saya selalu cemburu setiap kali tengok isteri ditemani suami sewaktu check up diklinik. Lagi perit bila kaki cramp malam-malam. Terpaksa urut sendiri sambil menangis. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi peluang untuk bermanja dengan En Amri sewaktu hamil. Akhirnya doa saya dimakbulkan. Sewaktu kandungan saya 36 minggu, En Amri diberi cuti sehingga saya bersalin coz saya menghidap kencing manis. Saya bersyukur sangat coz dia ada dalam labour room saat saya delivered Ali Amrsyar. 

April 2012 - 6 months pregnant 

29 July 2012 - Delivered my 1st baby Muhammad Ali Amrsyar 

2012 jugak tahun penuh dugaan untuk rumahtangga kami. Bila hubby and wife duduk berjauhan, banyak isu yang timbul. Soal nafkah, soal perhatian, soal perasaan, soal ego lelaki. Masalah demi masalah timbul. Lagi parah bila En Amri merajuk dan ditempatkan dikawasan yang tak ada coverage. Terpaksa saya menunggu sehingga dia cool dan berusaha untuk hubungi saya. Ada masanya saya rasa macam nak give up dengan rumahtangga kami. Pernah juga saya bayangkan yang kami tak bersama lagi pada 2013. Namun dengan sokongan dari mama saya dan mak mentua, saya berjaya bertahan (its true hanya wanita yang memahami wanita). Alhamdulillah kini..walaupun our marriage still dalam process recover, namun kami masih kekal bersama. 

2013 - saya harap tahun ni hidup saya akan lebih ceria. Semoga tahun ni saya lebih banyak tersenyum daripada mengalirkan air mata. Bak kata iklan shampoo Johnson Baby : NO MORE TEARS. Cukup la tahun 2012 yang penuh dugaan. My wish list for 2013 :

1. SAYA NAK START BEKERJA. Disebabkan masalah kesuburan, akhir 2011 saya berhenti kerja untuk mulakan rawatan. Alhamdulillah impian saya telah tercapai  pada 2012. So tahun 2013, saya berharap dapat back to work. Rasanya cukup-cukup la saya hanya bergantung pada En Amri saja. Dah tiba masa saya bantu dia bina future kami yang lebih kukuh. So for anyone yang ada info pasal kerja kosong, please contact me. 

2. Semoga rumahtangga saya lebih bahagia pada tahun ni. Dengan kehadiran Ali Amrsyar, saya harap saya dan En Amri akan fikir 10x before buat sesuatu. No more hiding things or lies. And I also hope I can be more tolerate dengan En Amri. Penat la .... 11 tahun asyik gaduh-baik, gaduh-baik.

3. Berita gembira dari Jabatan Arah. Owh En Amri !!! Cepat la posting Semenanjung. Saya dah penat jadi bini askar di Sabah. Jauh dari family, asyik kena tinggal bila suami masuk operasi, sambut raya tanpa suami. Bukan mengeluh..tapi saya harap saya dapat besarkan Ali Amrsyar dengan suasana kekeluargaan yang rapat. Bagi chance dekat orang lain pulak merasa Elaun Malaysia Timur + makan hati berulamkan jantung.

Rasanya itu saja wish list saya untuk 2013. What ?!!! Bila nak berempat pulak?!!!! Hurmmmm..itu InsyaAllah dalam wish list tahun 2015. Tapi itu semua kerja Allah kan. Kalau dah rezeki ... jangan ditolak.