22 February 2013

Tips Bawa Baby Travelling by Plane

As-Salam

Sebelum saya start membebel, meh kita lap dulu habuk-habuk kat blog nih. Lama tak update. Actually dah seminggu saya dan Amrsyar balik ke Perak. Bercuti? Owhh no no no. Kami balik Perak coz parents saya pergi umrah dan En Amri ada exercise somewhere dalam hutan. So, daripada saya dan Amrsyar mati kutu di Kota Kinabalu, baik saya temankan my lil' sista di Perak. 

Actually ini adalah kali ke-4 saya bawa Amrsyar naik flight. First time saya bawa dia naik flight ke Sabah masa umur dia 3 bulan. 2nd time masa dia 4 bulan, 3 rd masa dia 5 bulan dan 4th masa dia 6 bulan (macam ni la hidup kami..asyik ulang alik Perak-Sabah. Babah cepat la posting Semenanjung). Bawa baby travelling dengan flight memang agak menakutkan especillay bila terpaksa travelling berdua sahaja dengan baby. But, kita tak boleh jadikan itu sebagai halangan. Macam saya, if nak harapkan En Amri cuti, alamatnya   bertahun-tahun la saya tak jengok my parents. So, as long as En Amri bagi permission, saya akan balik walaupun hanya berdua dengan Amrsyar.

After 4 kali ulang alik Kota Kinabalu- Kuala Lumpur, here are some tips that might be usefull yang saya boleh share:

  • bawa puting, botol susu or anything yang boleh baby isap. Masa plane berlepas dan landing, bagi baby isap something or minum air masak atau susu untuk hilangkan degung di telinga. Disebabkan Amrsyar kalis segala jenis puting dan botol susu, saya akan bagi dia isap jari saya or direct feeding dia. If flight tak penuh, minta seat yang tak ramai orang. Normally flight attendant akan faham. 
  • pakaikan baby dengan baju yang selesa. Tak perlu la nak pakaikan baby dengan baju yang bergaya tapi tak selesa. Dalam plane nanti dia akan hadapi situasi yang kurang selesa, so please jangan menambah ketidakselesaan baby anda.
  • Bawa toys yang baby suka. My hand luggage normally penuh dengan toys Amrsyar saja. Sekali-sekala, saya akan dukung Amrsyar dan bawa dia berjalan-jalan supaya dia tak menangis keboringan. Tapi bila plane start bumping, cepat-cepat lari cari seat kosong.
  • stroller yang sangat membantu. Disebabkan Babah Amrsyar ni super busy, so saya tak pernah naik flight ditemani En Amri. Ramai yang terkejut bila tahu saya cuma naik flight berdua sahaja dengan Amrsyar. Rata-rata mummy tak sanggup nak travelling by flight berdua saja dengan baby. But for me I've got no choice. Luckily saya ada stroller yang banyak membantu. So, tak ada la kelam kabut sangat nak dukung baby lagi, nak angkat hand luggage lagi.
  • Bawa beg galas belakang or sangkut bahu as your hand luggage. If naik flight Air Asia, kita kena naik tangga untuk ke pintu flight. Bayangkan if sebelah tangan dukung baby and sebelah tangan lagi nak angkat beg. Sangat kelam kabut.
  • Before masuk ke balai berlepas sila pergi toilet awal-awal, so that dalam flight tak perlu fikir nak letak baby kat mana while kita nak menunaikan hajat.
  • if perlukan bantuan (nak suruh ambil barang, nak pindah seat or etc) jangan segan silu mintak tolong pada flight attendant. Kita bayor tiket mahaiiii weh !!!
  • jangan risau. Rakyat Malaysia sangat baik hati. Normally if orang tengok hanya kita dengan baby saja, akan ada tangan yang membantu. Allah akan tolong umatNya yang dalam kesusahan.
Diharap tips diatas dapat membantu mummy-mummy yang bercadang nak travelling with baby by plane. If baby anda menagis dalam flight, that normal lah. Baby kerjanya memang menangis. So, tak perlu la nak tarik muka masam. Cuba senyum sambil pujuk baby anda. Most people faham situasi anda.

Sebagai pengakhir entry, saya sertakan gambar Amrsyar nak tangkap air hujan di tingkap bus. Very funny la anak mama nihhh.


BON VOYAGE 

07 February 2013

Kisah Amrsyar dan Kisah Hati Mama Amrsyar

As-Salam

Lamanya mama Amrsyar menghilang diri dari blog ni. Actually tak ke mana pun. Cuma sejak akhir-akhir ni emosi saya kurang stabil sikit. Terlalu banyak sangat peristiwa pahit yang kena ditelan. Bila difikirkan semula, hidup ni memang sangat funny. How someone yang kita sangat-sangat sayang, boleh jadi insan yang banyak sakitkan hati kita. Ada masa, saya berdoa pada Allah agar Dia kurangkan rasa sayang dalam hati ini supaya hati saya tak dilukai lagi. Berdosa tak saya berdoa macam tu?!!! Entah la. Apa yang saya mahukan cuma dipujuk sekali sekala. Tapi, orang lelaki ni selalu anggap yang luka dihati perempuan boleh recover sendiri.

Ok la..tak mau cerita sedey-sedey dah. Pagi tadi saya dah nanges puas-puas. Lets story pasal my Ali Amrsyar (taip nama dia je pun dah buat saya tersenyum sorang-sorang). Pagi tadi saya bawa Amrsyar ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk cucuk 6 bulan. Actually, sepatutnya dia kena cucuk 1 week ago. But, since vaksin measles belum sampai lagi di RSAT masa tu, so terpaksa la tangguh. A few weeks ago, doctor dari RSAT confirmkan yang vaksin dah sampai, itupun untuk 10 baby pertama sahaja. So, saya terus bawa dia ke RSAT hari ni. Alhamdulillah..dah settle pagi tadi. Amrsyar kena cucuk 2 jarum, measles dan hepatitis B. Satu di peha, satiu lagi di bahu. Kesian juga tengok dia meraung kena cucuk tadi (mama dia  pun menanges skali). 

Sampai rumah, dia terus tertidor sambil menangis. Lepas bangun tido, aktif balik. Senang hati saya tengok dia tersenyum riang dan gelak mengekek. But, masa nak mandikan tadi, saya perasan badan dia dah mulai panas. So, this nite saya prepare termometer dan tuala basah bersama baldi. Risau kalau-kalau dia demam. Hari ni pulak, En Amri ada kerja luar di Papar. Rasanya esok baru balik. Elok juga kami berjauhan buat masa ni. Hati masing-masing masih panas lagi.

Apa perkembangan Amrsyar sekarang? Masa umur dia 5 bulan 4 minggu, Amrsyar dah mula duduk. 2 days after that, dia dah boleh merangkak properly. Kalau dulu cuma sondol-sondol orang but now, dah boleh merangkak. Depan TV dekat ruang tamu ni, saya cantumkan tilam queen dan single as his plauground. Tapi, pantang saya toleh tempat lain sikit, dia dah sampai hujung tilam. Setakat ni dah 3 or 4 kali dia gedebukkk jatuh ke lantai. Risau juga saya. But, Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi dia muntah or meragam. Bila tengok dia dah boleh duduk dan merangkak, hati saya jadi sayu. Cepatnya dia membesar. Lepas ni berdiri, berjalan berlari, makan sendiri, boleh poo n pee sendiri .... Waktu tu maybe dia dah kurang bergantung pada saya lagi. Terasa berat pulak hati saya. Tapi itu lah tugas seorang ibu, besar dan didik anak and one day kita terpaksa lepaskan mereka berdikari sendiri. Setakat ni saya bersyukur sangat-sangat sebab saya diberi peluang utk besarkan dia dengan tangan sendiri. Saya dapat tengok 1st time dia menerap, duduk, merangkak. InsyaAllah, lepas ni saya nak tengok his 1st step.

Dah panjang lebar kot saya memebebel kali ni. OK as usual, here are some pic of my little boy yang sudah 7.1 kg :

Finally can sit properly


Ali Amrsyar first time pegi beach @ Tanjung Aru Beach, KK

Anak askorrr..apa lagi nak dikatoo



24 January 2013

Kisah Amrsyar : 5 Months Ali Amrsyar

As-Salam

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 6 bulan dah anak mama ni. Cepat sangat membesar. Berat pun dah 3x dari berat masa baru lahir. Makin besar anak mama ni, makin banyak ragam dia. Sometimes dia merengek-rengek sebab saja-saja nak suruh saya peluk dan cium dia. Bila saya terlelap masa temankan dia main, dia akan tarik rambut saya. Nakal kan budak kecik ni. But pagi tadi, dia kejutkan saya dengan ciuman. Habis mulut basah dengan air liur dia. 

Sejak ada Amrsyar hidup saya makin lebih bererti. Honestly between me and En Amri, Amrsyar lebih rapat dengan saya (sorry ya Babah). Maybe sebab saya lebih banyak besarkan Amrsyar. Hidup kami sekarang ni tak tentu sangat. Ada masa di KK tinggal dengan En Amri, ada masa di Perak tinggal dengan my parents. Setakat 5 bulan ni, Amrsyar dah 3 kali naik flight. Kalau ikut hati, saya lagi suka besarkan Amrsyar dengan En Amri, tapi En Amri rasa lebih selamat kalau saya tinggal dengan my parents bila dia ada tugas luar. Entah la sampai bila kami nak hidup macam ni. Harap-harap akan tiba masa dimana kami akan tinggal bersama as a happy family.

Ok enough merapu pasal my life. Jom cerita pasal perkembangan Amrsyar 5 bulan :

  • gusi Amrsyar dah keras. Semalam saya check dah nampak putih-putih kat gusi dia. Dah nak naik gigi ya anak mama ni. If DF kan dia memang sakit jugak my twins.
  • nak mula merangkak. Badan dah boleh  angkat, gaya nak merangkak tu dah ada. Tapi bila dia maju kehadapan...badan dia akan jatuh balik. Sekarang ni Amrsyar suka sangat sondol orang dengan kepala. Geram jugak bila saya tengah syok layan drama Setia ke Hujung Nyawa, dia golek-golek dan sondol badan saya.
  • dah boleh duduk dengan sokongan. Kalau tak ada sokongan dia akan duduk macam gaya ikan duyung. Hehehe..comey jer !!
  • mulut bising. Favorites word "ATE TE TE TE". Mentang-mentang la dia orang Perok, "ate" je yang disebutnya. Bila Amrsyar nak mula sebut "MAMA" ni
  • suka sangat main lappy mama. If mama on je lappy, mesti dia datang golek-golek dan tekan-tekan keyboard. Habis rongak keyboard mama dia kerjakan. Other things yang dia suka : remote control TV, HP pink mama dan botol maajun (sebab bila goncang ada bunyi).
Ok la..as penutup entry meh kita layan gambar aktiviti budak suka senyum nihhh :

Amrsyar "tolong" mama lipat baju

Currently favorite toy : lappy mama

Baru belajar nak isap puting

Speedy Amrsyar - Andale ! Andale ! Aribba ! Ariba !




19 January 2013

Kisah Amrsyar : Amrsyar's Solid Food

As-Salam

Amrsyar sudah start makan SOLID FOOD sejak 3 weeks ago. Saja je tak nak update cepat-cepat kat blog coz nak tengok perkembangan dia dulu. So far..Alhamdulillah tak ada problem. Cuma once in while dia reject food yang saya bagi. Maybe tak berapa sesuai dengan selera dia.

Saya cuma bagi Amrsyar makan solid food 2 kali sehari sahaja. Breakfast and dinner. For breakfast saya sediakan Cerelac Brown Rice or Wheat with Honey. Setakat ni dua-dua dia telan saja. Tak banyak soal pun. For dinner, I'll will prepare bubur nasi dengan ayam/daging/ikan bilis + sayur. Disebabkan Sabah sedang dilanda fenomena air merah, so kami dah stop beli seafood. Ikan bilis yang ada tu pun, stok 1 bulan yang lepas (sebelum air merah melanda Sabah). After masak semua bahan tu bersama, saya lenyek bubur nasi dengan penapis. Agak merenyah jugak. Maybe after this, nak bodek En. Amri belikan blender kecik untuk memudahkan kerja saya sediakan dinner Amrsyar. 

Bubur Nasi + ayam + bayam = Dinner Amrsyar
Actually tugas nak menyediakan dinner budak kecik ni lagi senang kalau nak dibandingkan dengan tugas nak bagi dia makan. Penat weiiiii...nak menyuap baby makan rupanya. Jenuh Mama dengan Babah memujuk..baru dia nak buka mulut makan. Selalunya saya kena buat macaam-macam aksi dan kena dukung dia dekat beranda rumah baru dia berminat nak makan. Fuhhhhh...dekat sejam jugak melayan dia makan. Anyway, setelah penat berusaha, selalunya Amrsyar dapat habiskan 1/2 or 3/4 mangkuk jugak. 

Since Amrsyar start makan solid food, dia dah tak berapa nak BF sangat. If dia demand pun, masa tengahari dan malam (masa dia tengah tidur). Jarak poo poo pun dah makin pendek. If masa fully BF, dia poo poo 8 hari sekali..but now around 3 or 4 days, dia akan poo poo. Color poo pun dah tak berapa kuning emas sangat dan bau pun semerbak satu hall rumah. Kalau dia poo poo terus kena buang kat tong sampah luar.

Ok la .. I think dah cukup saya membebel pasal solid food Amrsyar. Doakan semoga impian saya nak BF kan Amrsyar sampai umur dia 2 tahun tercapai dan saya jugak harap dia dapat membesar dengan hasil air tangan saya. 
InsyaAllah ....


13 January 2013

Kisah Amrsyar : Graco Ultima Travel System

As-Salam

Entry kali ni saya nak share cerita pasal stroller dan car seat Amrsyar. As a first time mother, stroller dan car seat memang sangat-sangat penting masa nak bawa Amrsyar keluar shopping or travelling. Lagi-lagi saya yang selalu kena naik flight Kota Kinabalu-KL berdua saja dengan Amrsyar. Dekat pasaran sekarang ni banyak jenis stroller dan car seat. Ada yang ringan, murah, mahal..pendek kata tepuk dada tanya selera.

Masa tengah pregnant dulu, saya plan nak beli stroller jenama McLarens. Siap dah saving duit nak beli. But, lepas Amrsyar lahir, saya terbeli stroller jenama Graco. Kenapa? Huhuhuhu..sebab bukan saya yang keluar duit. Actually, Abah yang belikan stroller dan car seat ni. Since Amrsyar baby boy, so Abah quit pening kepala nak hadiahkan cucu dia apa. Then waktu shopping kat Aeon Station 18, Abah decide nak belikan Amrsyar stroller coz senang nak bawa dia berjalan. But, kat Aeon tak jual stroller jenama McLarens, yang ada cuma Graco, Combi dan Sweet Cherry. Coz Abah tengok stroller Graco ni tough antara semua stroller yang ada, so he bought this stroller along with the car seat. Stroller dan car seat ni boleh attach sekali macam gambar kat bawah ni :


Alhamdulillah setakat ni dah 5 bulan lebih stroller dan car seat Graco ni dah berkhidmat untuk Amrsyar. If nak shopping dekat Semenanjung, saya cuma bawa car seat dan letakkan dalam trolley shopping complex saja. Amrsyar lagi selesa macam tu. Maybe sebab dia boleh duduk dalam car seat sambil tengok muka saya.   Untuk car seat Graco, saya puas hati sangat-sangat. Cuma car seat ni boleh pakai sampai Amrsyar 1 tahun lebih saja. But about the stroller, ada sikit kureeeng :
  • Masa first time bawa Amrsyar naik flight ke Kota Kinabalu, saya terhilangkan snack tray stroller. So, since that saya tak boleh "attach"kan car seat ke stroller lagi. Saya cuba contact distributor Graco di Malaysia through E mail, but tak ada balasan.
  • Stroller ni walaupun dah dilipat still tak kecik mana. Kalau kereta Savy tu, satu bonet kereta cuma boleh letak dia saja. Sangat tak practical bagi parents yang ada compact car. 
  • Heavy - yap..stroller Graco quite heavy for me sebab tu saya lebih suka usung Amrsyar dalam car seat if nak keluar shopping grocery. Tak larat nak angkat stroller masuk kereta.
But, above all weakness, saya suka stroller ni sebab saya boleh lipat dan buka cuma dengan sebelah tangan while sebelah tangan lagi saya dukung Amrsyar. Sangat-sangat practical masa nak naik dan turun flight Air Asia. Then, tyre stroller ni quite besar so rasa selamat nak letak Amrsyar kat dalam. 

And untuk menamatkan entry ni, here are the pics of my lil' boy bergaya dalam stroller dan car seat hadiah dari Atok Megat :


Nyenyak tido dalam car seat

Mama dan Amrsyar ber"window"shopping di Aeon Station 18




01 January 2013

Gud Bye 2012 ... Welcome 2013

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru !!!!! That means usia kita akan menginjak 1 angka lagi. Cuma tinggal 2 tahun saja before saya memasuki alam 30-an. Alhamdulillah impian saya untuk bergelar mama telah tercapai pada 29 Julai 2012. Terima Kasih Allah kerana telah menghadirkan Ali Amrsyar dalam hidup kami. Menyorot kembali tahun 2012. Hurmmmm ... tahun 2012 saya boleh classified kan sebagai TAHUN PENUH DUGAAN SEBAGAI ISTERI SI BAJU HIJAU. 

2012 banyak menyaksikan air mata saya tertumpah. Pengalaman hamilkan anak pertama tanpa suami disisi bukan lah suatu yang menyeronokkan. Sewaktu usia kandungan saya 4 bulan, En.Amri terpaksa bertugas di sempadan Sabah. Bayangkan perasaan saya tak dapat jumpa dengan suami selama 5 bulan. Perit rasanya. Saya selalu cemburu setiap kali tengok isteri ditemani suami sewaktu check up diklinik. Lagi perit bila kaki cramp malam-malam. Terpaksa urut sendiri sambil menangis. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi peluang untuk bermanja dengan En Amri sewaktu hamil. Akhirnya doa saya dimakbulkan. Sewaktu kandungan saya 36 minggu, En Amri diberi cuti sehingga saya bersalin coz saya menghidap kencing manis. Saya bersyukur sangat coz dia ada dalam labour room saat saya delivered Ali Amrsyar. 

April 2012 - 6 months pregnant 

29 July 2012 - Delivered my 1st baby Muhammad Ali Amrsyar 

2012 jugak tahun penuh dugaan untuk rumahtangga kami. Bila hubby and wife duduk berjauhan, banyak isu yang timbul. Soal nafkah, soal perhatian, soal perasaan, soal ego lelaki. Masalah demi masalah timbul. Lagi parah bila En Amri merajuk dan ditempatkan dikawasan yang tak ada coverage. Terpaksa saya menunggu sehingga dia cool dan berusaha untuk hubungi saya. Ada masanya saya rasa macam nak give up dengan rumahtangga kami. Pernah juga saya bayangkan yang kami tak bersama lagi pada 2013. Namun dengan sokongan dari mama saya dan mak mentua, saya berjaya bertahan (its true hanya wanita yang memahami wanita). Alhamdulillah kini..walaupun our marriage still dalam process recover, namun kami masih kekal bersama. 

2013 - saya harap tahun ni hidup saya akan lebih ceria. Semoga tahun ni saya lebih banyak tersenyum daripada mengalirkan air mata. Bak kata iklan shampoo Johnson Baby : NO MORE TEARS. Cukup la tahun 2012 yang penuh dugaan. My wish list for 2013 :

1. SAYA NAK START BEKERJA. Disebabkan masalah kesuburan, akhir 2011 saya berhenti kerja untuk mulakan rawatan. Alhamdulillah impian saya telah tercapai  pada 2012. So tahun 2013, saya berharap dapat back to work. Rasanya cukup-cukup la saya hanya bergantung pada En Amri saja. Dah tiba masa saya bantu dia bina future kami yang lebih kukuh. So for anyone yang ada info pasal kerja kosong, please contact me. 

2. Semoga rumahtangga saya lebih bahagia pada tahun ni. Dengan kehadiran Ali Amrsyar, saya harap saya dan En Amri akan fikir 10x before buat sesuatu. No more hiding things or lies. And I also hope I can be more tolerate dengan En Amri. Penat la .... 11 tahun asyik gaduh-baik, gaduh-baik.

3. Berita gembira dari Jabatan Arah. Owh En Amri !!! Cepat la posting Semenanjung. Saya dah penat jadi bini askar di Sabah. Jauh dari family, asyik kena tinggal bila suami masuk operasi, sambut raya tanpa suami. Bukan mengeluh..tapi saya harap saya dapat besarkan Ali Amrsyar dengan suasana kekeluargaan yang rapat. Bagi chance dekat orang lain pulak merasa Elaun Malaysia Timur + makan hati berulamkan jantung.

Rasanya itu saja wish list saya untuk 2013. What ?!!! Bila nak berempat pulak?!!!! Hurmmmm..itu InsyaAllah dalam wish list tahun 2015. Tapi itu semua kerja Allah kan. Kalau dah rezeki ... jangan ditolak.

Y.E.S - Saya Ditipu

WELCOME 2013

Saja nak share pengalaman saya shopping ketika Y.E.S supaya orang lain pun akan berhati-hati selepas ini.
Al-kisahnya
.
.
.
.
Di suatu petang, saya dan En Amri bawa si comey Amrsyar jalan-jalan di Suria Sabah. Dalam kelam-kabut kami mencari tempat untuk lunch, saya sempat rembat sehelai seluar pendek yang tag harganya macam kat bawah ni


Sekilas pandang saya nampak harga seluar tu cuma RM 5. Tapi bila En. Amri pergi bayar .... RM 15 !!!!!!! Terkedu sekejap. Saya yang duduk di tepi kaunter cuma diam..risau kalau-kalau kena marah. But, En Amri buat muka selamba. Lepas bayar..dia cakap nak buat macam mana. Next time tengok harga tu betul-betul.

Walaupun tak kena marah, but saya still rasa menyesal. Rasa macam kena tipu. Maybe ini cara terbaru untuk tipu customer. Kaburkan angka 1 dihadapan. Bagi customer yang mata tajam, maybe dia akan perasan. But, bagi customer yang pakai lens macam saya....huhuhuhu !!! Susah jugak nak perasan angka 1 yang kabur tu. 

So next time, before bayar..sila check harga betul-betul ya !!! 

SELAMAT TAHUN BARU