Showing posts with label pengalaman naik train ktm. Show all posts
Showing posts with label pengalaman naik train ktm. Show all posts

08 February 2014

Kisah Amrsyar dan Adik : Naik Train KTM

25 Jan 2014 - First time saya dan En Amri bawa Abang Ali dan Adik Safiyya jalan-jalan bersama. Sebelum ni kami cuma akan bawa salah seorang secara bergilir-gilir. Risau tak dapat nak handle kalau bawa berdua especially dalam kereta. Untuk percubaan pertama bawa 2 anak serentak, saya dan En Amri pilih untuk guna  public transport iaitu TRAIN KTM.


Destinasi kami ialah KL. Harga tiket Kampar-KL cuma RM 31/seorang. Pukul 11.20 pagi, kami naik train di Stesen KTM KAMPAR. Disebabkan risau keselamatan anak-anak, Abang Ali terpaksa duduk dalam stroller dan Adik masuk dalam baby carrier. Tapi bila dah masuk dalam train, stroller terpaksa ditinggalkan di seat paling hujung. Actually, kami tak tau pun mana nak parking stroller. Dah ruang kat seat paling hujung tu luas sikit, kami park je kat situ. Nasib tuan punya seat tak marah. 

Sepanjang perjalanan dari Kampar ke KL, Abang Ali dan Adik well behave tapi, Adik tak mau tido. Puas saya susu dan dodoikan, tapi mata Adik tetap terbuka luas. Berlainan dengan Abang, lepas sejam naik train...Abang tertido dalam pelukkan Babah. Seronok Babah sebab boleh tido sama. Jadi tinggal la Mama bersengkang mata melayan kerenah Adik. Nasib Adik tak menangis. Adik cuma bising ajak Mama sembang dan gelak-gelak saja.


Actually train ni dari Ipoh. Sementara nak sampai ke KL Central, train ni berhenti kat banyak stesen jugak. Yang saya ingat Tapah Road, Slim River, Tanjung Malim, Rawang....and etc (sorry..dah semakin tua). Nak kata laju....hurmm..boleh la jugak. Kampar ke KL cuma lebih kurang 2 jam saja. Seat pun selesa tapi sempit sikit. Dalam train ada kantin yang jual makanan macam bihun, minuman panas dan kuih (itu je yang sempat  saya intai). Toilet train : saya tak sempat menjengok pun. But secara keseluruhannya : NOT BAD. Perkhidmatan yang disediakan sepadan dengan harga tiket.

Around pukul 1.30 petang, train kami sampai di KL Central. Adik yang dari tadi tak mau tido, dah mula layu dalam baby carrier. Abang Ali pulak duduk senyap dalam stroller. Mungkin takut sebab tengok ramai sangat orang kat KL Central. Teringat zaman belajar kat UM..13 tahun yang lepas. Selalu naik LRT dari stesen Pasar Seni ke stesen Universiti. Waktu tu saya champion kalau bab LRT..selalu saya jadi pemandu arah En Amri (En Amri belajar kat UTM Skudai). Tapi sekarang ni, saya hanya ikut saja arahan En Amri sebab dia lagi arif (walaupun sometime tak betul jugak). Sampai kat mesin tiket LRT, En Amri uruskan. Kemudian dia bagi kat saya coin plastik. Ehhh apa ni?!!!! Rupanya LRT sekarang dah guna coin plastik sebagai tiket. 13 tahun yang lepas, deorang guna kad plastik nipis. Cepatnya masa berlalu..nampak sangat saya dah lama tak datang KL.

Ke mana kami seterusnya?!!!!!! Tungggggguuuu........