Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

18 February 2016

Kisah Amrsyar Dan Adik : Short Escape Kota Kinabalu

Dah lama terperam je entry ni. Nak publish tapi rasa serba tak kena. After almost 1 month return from Kota Kinabalu baru ada idea nak menulis. Actually saya tak bawa Ali dan Adik jalan-jalan sangat pun. Niat sebenar ke KK ni pun sekadar nak beristirehat dan spend some quality times dengan anak-anak. Sepanjang 4 hari, MamaBabah cuma bawa Ali dan Adik jalan-jalan sekitar KK saja. Budak berdua ni bukan kesah sangat pun...happy sokmo.

Perdana Park, Tanjung Aru



Since Ali dan Adik sangat suka playground, jadi MamaBabah bawa budak berdua ni ke Perdana Park di Tanjung Aru. Sebelum jadi MamaBabah, kami pernah ke sini sekali. Masa tu tak ada feel pun dengan tempat ni (since kami berdua bukan kaki jogging..kami lagi suka buat taik mata kat rumah). Tapi time tu dah pasang angan-angan, one day bila ada anak..insyaAllah tempat ni akan jadi tempat pilihan untuk bagi anak kami main time petang. Alhamdulillah...dapat jugak realisasikan angan-angan tu. Ali dan Adik pun suka sangat....boleh lari bebas.

Lok Kawi Wild Life Park


Lok Kawi Wild Life Park ni macam zoo sebenarnya. Nak masuk kena bayaran.. Rm 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Zoo ni agak luas tapi jangan risau sebab perkhidmatan tren disediakan. Jadi kalau rasa malas nak berjalan boleh ambik tren..cuma kena bayar. Kami pilih untuk jalan kaki saja sebab nak bagi Ali dan Adik betul-betul enjoy tengok binatang kat sini. Banyakjuga binatang yang ada macam bear, harimau, gajah, monyet pelbagai spesis, rusa dan of course lah...orang hutan. Tempat yang bagus untuk anak-anak belajar kenal binatang

Aquarium & Marine Museum, UMS


Tempat ni kat dalam UMS, jadi kalau nak pergi kena tinggalkan lesen memandu di pintu masuk UMS. Nanti polis bantuan kat sana akan bagi pas masuk. Kawasan dalam UMS ni luas, jadi kena drive slow-slow supaya boleh tengok sign board. Since MamaBabah cuma pernah ke sini sekali saja, jadi MamaBabah pun ingat-ingat lupa. Masa kami pergi parking tak ada masalah..cuma kena jalan jauh sikit. Entry fee cuma RM 5 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Keadaan kat dalam agak gelap dan hurmmmm....kecik. Tak banyak sangat aquarium yang ada. Kami tak ambik masa lama pun untuk explore tempat ni..tak sampai setengah jam..dah habis jalan. Ali dan Adik excited tengok ikan besar dan penyu. Barang pameran yang lain tu budak bedua ni tak hirau sangat. Budak-budak....

Itu saja tempat yang MamaBabah bawak Ali dan Adik jalan sepanjang 4 hari 3 malam di KK. InsyaAllah next time kalau ada rezeki kita datang Sabah lagi MamaBabah bawa Ali dan Adik jalan jauh sikit. Apapun saya dan hubbie puas hati dengan holiday kami kali ni. Matlamat kami nak spend quality times dengan anak-anak tercapai jugak. Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah untuk moment-moment indah ni.

06 November 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Jalan-Jalan Zoo Taiping

After berkali-kali tetangguh, akhirnya dapat jugak kami bawa Ali dan Adik ke Zoo Taiping. Last time kami ke sini.... tahun lepas. Masa tu Adik masih dalam perut lagi. Dah setahun lebih...zoo pun dah berubah. Last year ada bahagian zoo yang tengah renovate but this year...kami dah boleh lawat semua kawasan. 

Pukul 9.30 pagi kami dah bertolak ke Taiping. Breakfast pun dalam kereta jer. Tak berhenti kat RnR sebab kami harap dapat sampai before pukul 11 pagi. Tapi kita cuma merancang, kami sampai di zoo Taiping pukul 11 lebih dan hujan turun rintik-rintik. Mula-mula saya ingat nak tunggu hujan reda, tapi En Amri nak masuk jugak. Adik kami masuk dalam stroller dan Abang berpayung. Entrance fee cuma RM 16/person...Abang dan Adik free. Bagi yang tak larat nak jalan, pihak zoo ada sediakan train. Tak ada bayaran dikenakan. Tapi nasib kami tak baik...time tu ramai budak tadika yang buat lawatan tengah tunggu giliran nak naik train. Jadi kami anak beranak terpaksa ringankan kaki dan berjalan. Nasib baik hujan turun sekejap je. Kalau tak basah kuyup kami. Banyak jugak binatang kat zoo ni dan binatang pun tak de pasif sangat. Dapat la Ali dan Adik kenai monyet, cipanzi, harimau, singa, zirafah, badak sumbu ..... yang lain dah lupa (Mama sudah tua).







Pukul 12.30 kami dah habis pusing satu zoo. Dekat pintu keluar ada jual gambar yang diambil dekat pintu masuk tadi. Sekeping RM 30. En Amri suruh beli sebab dia memang suka collect gambar kami satu family. Sebab dalam gambar tu saya nampak lawa sikit (maybe dah kena edit), saya pun setuju. Masa datang sini tahun lepas pun kami beli jugak gambar dekat pintu masuk. Tapi time tu gambarnya tak berapa nak cantik. Tukang edit tak pandai edit gambar ler tu. Huhuhu..suka-suka je saya kutuk orang. Ok...sambung cerita. Lepas tamat melawat Zoo Taiping, kami mencari Jusco Taiping untuk mandikan dan tukar diapers dan baju Ali dan Adik. Cari-cari....rupanya Jusco Taiping belum siap lagi. Terpaksa ke Tesco. Macam biasa...baby room di Tesco agak kureng sikit. Rasanya semua Tesco pun sama...baby room jarang dijaga. Sebab tu saya lagi prefer Jusco.

After lunch dan bersihkan Ali dan Adik, En Amri nak cari Mee Udang Kuala Sepetang. Sepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang, Ali dan Adik tidur. Penat sangat berjalan pusing zoo tadi. Mula-mula ingat nak makan mee udang Mak Jah. Tapi bila sampai sana...kedai Mak Jah dah penuh dengan umat manusia. Comfirm order lambat sampai. Jadi kami terus ke pekan Kuala Sepetang. Dekat pekan ada kedai nama Salleh Stall. Mee udang dia not bad. Service pun tak lembab dan harga pun boleh tahan. Saya lupa nak kira berapa ekor udang dalam mee saya. Lepas isi perut, kami tappaw mee udang dan mee goreng udang untuk Opah dan Atok. Tertunai sudah hajat En Amri nak makan mee udang Kuala Sepetang. Lepas ni tah apa pulak dia teringin nak makan. Macam orang pregnant pulak.



Ok...dah tamat sudah cerita trip ke Zoo Taiping. Next trip maybe nak ke Lost World Tambun pulak.

05 September 2014

Kisah Mama Dan Babah : Honeymoon di Gold Coast Morib

Lamanya tuan tanah menghilang...ada tak yang merindui saya. Sorry..dah lama tak berblogging. Lately hidup tersangat busy sebab En Amri kerap balik. Bila suami ada disisi, saya memang liat sikit nak update blog. Kalau boleh 24 jam nak duduk celah ketiak suami. 

Entry kali ni "cerita baling belakang". Awal bulan Ogos hari tu, saya dan En Amri sempat ber"hunnymoon" selama 2 hari. Actually kami dah lama beli voucher 2D1N GOLD COAST MORIB di Groupon. Mula-mula ingat nak bawa anak-anak tapi disebabkan tak tahu jalan nak ke Morib (risau anak-anak meragam dalam kereta), kami decided untuk pergi berdua saja. Opah dan Mak Su bawa Ali dan Adik ke Penang. Excited jugak bila sekali sekala diberi peluang untuk bercuti berdua saja. Kami bukan macam pasangan lain yang bersua muka hari-hari. En Amri cuti baru dapat jumpa. Itu pun bukan dapat bagi 100% perhatian pada En Amri. Bila anak-anak dah tidur, baru dapat belai-belai dan manjakan En Amri. Kesian kan suami saya... 

Bagi yang tertanya-tanya apa ada di Morib....jawapannya MORIB TIADA APA-APA. Disebabkan itu kami suka sangat. Tak ada aktiviti nak dibuat selain spend masa berdua. Bilik yang kami dapat quite besar dan selesa cuma nampak lama sikit. Dekat luar bilik ada taman tema air...dari balkoni dah boleh nampak kolam dan papan gelungsur. Kalau bawa budak-budak..maybe nak terus terjun tapi untuk kami yang dah matang ni (tak mau mengaku tua)....tak terasa pun nak mandi-manda. Entrance fee ke taman tema air dah masuk sekali dalam bayaran hotel dan time check in dia bagi tiket.




After selesai urusan check in, kami jalan-jalan area Morib saja. Kiri kanan jalan banyak gerai-gerai kecil yang jual seafood segar. First stop kami ialah Pantai Morib. Dekat sini ada food court..tapi disebabkan time tu petang, banyak kedai yang baru nak buka. Saya sempat cuba SOTONG BAKAR. Rasa sedap...tapi bagi saya agak mahal-RM 10 untuk yang saiz kecik. On the way ke pekan Banting, kami berhenti isi perut dengan SOTONG GORENG dekat kedai tepi jalan. Nama kedai tak pasti tapi kedai warna hijau. Sos sedap dan sotong goreng ranggup..tapi yang tak best bau sekitar kedai tak berapa nak sedap (banyak benor komplen...orang Morib jangan marah naaa). Untuk yang macam saya..terus mati selera tapi En Amri tetap makan.


Bila tiba waktu malam, lagi sekali kami keluar ke Pantai Morib cari makan. Time ni food court dah penuh dengan manusia walaupun hari yang kami datang tu weekdays. Lepas makan terus balik hotel dan tido sebab dah mati kutu tak tau nak buat apa. Suasana di Gold Cost Morib time malam memang tersangat suram. Tapi rasanya kalau weekend maybe meriah kot. 

Hari ke-2, kami mulakan dengan menikmati breakfast yang termasuk sekali dalam package hotel. Rasa sangat puas hati sebab pihak hotel sediakan banyak pilihan menu. Memang kenyang perut. Tambah pulak pagi tu hujan....perut asyik minta diisi. Lepas perut kenyang, baru kami masuk taman tema air. Kalau ikut hati saya memang tak nak masuk, tapi En Amri beria. Tak nak bazir tiket. So, dalam hujan yang renyai-renyai both of us jadi kanak-kanak riang semula. Yang terlebih jadi kanak-kanak riang comfirm lah si bapak budak. Kalau boleh semua gelungsur dia nak cuba..tapi ada setengah gelungsur ikut berat badan. Rasanya kalau lebih 55kg tak boleh naik (opssss....En Amri jangan marah..terbocor rahsia).  


Around pukul 11 pagi kami dah check out sebab hati saya dah meronta-ronta nak jumpa Ali dan Adik. Jadi tamat la sudah kisah honeymoon saya dan En Amri kali ni. Seronok - yes. Puas hati denga hotel - yes. Tapi..dalam hati selalu teringat dekat anak-anak especially bila time mengepam susu. Huhuhu..naluri seorang ibu. 


So, for those yang masih ragu-ragu nak beli voucher Gold Coast Morib di Groupon, saya harap entry saya dapat membantu anda membuat keputusan. Saya dulu pun ragu-ragu jugak..takut kena tipu or diberi layanan buruk. Tapi...overall saya rasa puas hati. Harga tak mahal dan layanan pihak hotel pun baik. Cuma sekiranya anda mencari tempat bercuti yang happening..ini bukan untuk anda.