Showing posts with label 3 bulan. Show all posts
Showing posts with label 3 bulan. Show all posts

06 February 2014

Kisah Adik : Adik Dah Sunattttt


Alhamdulillah Adik dah disunatkan pada 23 Jan 2014. Pening jugak saya mencari doktor yang boleh sunatkan anak perempuan di Kampar. Tanya sana-sini..semua cakap baby sunat dengan bidan kampung waktu baru lahir. Akhirnya Mak Su Nana bagitau Hospital Ar Ridzuan ada sediakan khidmat bersunat baby girl. 

Sebelum ke hospital saya call dulu. Receptionist yang jawab call bagitau, hanya doktor perempuan yang bolrh sunatkan baby girl. Jadi sehari sebelum datang better call dulu untuk pastikan ada ke tak doktor perempuan yang betugas pada.hari yang kita nak sunatkan anak. Untuk bersunat, tak perlu appoiment..cuma walk in saja. Bayaran yang dikenakan cuma RM 29. Sebagai persediaan, anda cuma perlu bawa diapers baby sehelai untuk salin selepas baby selesai disunatkan.


Pukul 12 tengahari saya sampai di Ar Ridzuan. Lepas selesai urusan pendaftaran dan ambik no giiliran, kami tunggu kat luar bilik rawatan. Tak sampai sejam, no dah kena panggil. Masa ni berdebar hati saya. Saya pesan pada Adik supaya kuat sikit..nanges tak.apa tapi jangan demam. Doktor cakap seelok-eloknya baby girl disunatkan masa umur 7 or 8 bulan. Tapi kalau baby 3 bulan pun, dah nampak kulit yang nak dipotong tu...doktor akan teruskan saja. Alhamdulillah..lepas periksa Adik, doktor cakap boleh sunatkan Adik. Doktor letak ubat dan suruh tunggu 5 minit. Lepas 5 minit, saya letakkan Adik atas katil. Waktu ni 2 orang nurse pegang Adik. Saya berdiri di belakang tirai...rasa ngeri nak tengok. Saya nampak doktor guna gunting untuk sunatkan Adik. Kemudian dengar Adik nanges...tapi lepas nurse pujuk...Adik berenti nanges. Siap gelak-gelak.lagi anak Mama ni. Lega hati Mama. Lepas selesai sunat, nurse tukar diapers.Adik. Kemudian baru serahkan Adik pada saya. Sebelum balik Doktor bagi kulit Adik yang dipotong. Doktor pesan supaya tanamkan kulit Adik. 

Alhamdulillah..Adik tak banyak ragam. Saya tak tahu la dia sakit ke tak...tapi so far, dia macam normal saja. Happy-happy...senyum-senyum macam biasa. Bertuah Mama dapat anak tak banyak ragam macam Adik. Sebagai hadiah untuk Adik sebab berani, Mama belikan Adik toys musical mobile yang boleh gantung di playpen.


Doa Mama semoga Adik membesar jadi perempuan solehah yang taat pada Allah. Aminnnnn....

17 January 2014

Kisah Adik : Adik dapat Baby Carrier

Masa Abang Ali masih baby dulu, saya tak rasa kami perlukan baby carrier. Saya lebih selesa usung Ali gunakan stroller atau car seat hadiah dari Atok. Bila Ali dah masuk 7 bulan, Ali lagi suka duduk dalam troli sebab lagi luas dan lagi bebas berbanding stroller. Jadi stroller yang Atok bagi tu cuma jadi pengumpul habuk kat store. Untill, a few months ago, saya kembali gunakan stroller untuk bawa Adik jalan-jalan. Si Abang mula jealous dan nak duduk dalam stroller balik. Disebabkan tak nak Abang kecik hati, saya letak Abang dalam stroller dan kami (saya, Opah dan Mak Su) gilir-gilir dukung Adik. Tapi sejak berat Adik dah 5 kg ni...lenguh jugak tangan kami.

Solutionnya Sabtu lepas saya ke Aeon Kinta City dan terus grab baby carrier untuk Adik. Asalnya tak ada perancangan pun nak beli...saja je cuba-cuba. Tapi tiba-tiba rasa Adik sangat comfortable duduk dalam tu. Sebab harga pun tak ada mahal sangat, jadi saya pun terus bayar. Saya pilih baby carrier brand Tollyjoy. Ada jugak brand lain macam Sweet Cherry dan Kiko, tapi saya dan adik tetap berkenan dengan Tollyjoy.



Waktu tangkap gambar ni, saya tak bayar lagi baby carrier. Nasib tak ada staff Aeon yang marah. Mula-mula Adik tak berapa selesa duduk dalam carrier ni. Tapi lepas saya peluk..ok je dia...sampai tertido. Kalau Adik tido saya lebih suka bawa dia muka menghadap saya. Kalau mata tengah bulat terbuka, Adik lagi suka didukung muka hadap ke depan. Puas hati dapat tengok dunia.

Bagi saya kalau nak beli baby carrier ni tak perlu beli yang mahal-mahal. Cukup sekadar yang anda rasa selamat dan selesa untuk letak baby kat dalam tu. Sebab baby carrier ni kita tak akan guna lama. Walaupun dekat kotak ada tulis boleh guna sampai berat baby 10kg, tapi rasaya paling lama saya akan guna sampai Adik 5 bulan 

13 January 2014

Kisah Adik : Adik dah 3 Bulan !!!!

11.1.2014 - Adik dah 3 bulan. Perkembangan adik sangat aktif. Adik sekarang ni tengah blajar angkat punggung. Adik suka naikkan punggung dia dengan menolak kaki. Kalau.dari pengalaman besarkan Abang Ali dulu, itu tanda-tanda awal baby nak merangkak. Tapi..kita just wait n see saja la. Kalau adik nak merangkak awal pun tak apa, lambat pun tak apa sayang. Tiada tekanan dari mama.



Waktu jalan-jalan di Aeon jusco semalam, saya sempat timbang adik. Berat adik dah 5.4 kg. Dah separuh dari berat si abang. Adik dah mula pandai gunakan jari-jari dia. Saya memang dah tak pakaikan dia mittens sejak dia berumur 2 bulan supaya dia boleh belajar gunakan jari jemari dia. Tapi kalau terassa tangan dia sejuk, saya pakaikan jugak. Sama jugak dengan stoking, kalau waktu siang..saya tanggalkan supaya dia boleh gunakan kaki dia untuk menolak badan. Adik hanya pakai stoking masa nak tido malam sahaja.

Alhamdulillah..setakat ni Adik masih fully BF. Stok EBM Adik masih mencukupi. Walaupun saya bekerja, saya akan pastikan saya pump susu sekurang-kurangnya 300ml sehari. Saya akui sewaktu awal bekerja dulu, susu saya agak kurang. Tapi sejak consume ESP Shaklee, susu badan saya mula bertambah. Kisah pengalaman saya menyusukan Adik nanti saya story dalam entry lain ya.

Setakat ni, saya dan Opah masih dapat tidurkan Adik tanpa bantuan buaian. Walaupun ada hari kami terpaksa ambil masa yang agak panjang untuk lenakan dia, tapi kami masih belum rasa perlukan buaian. Waktu siang, Adik tidur dalam playpen dan waktu malam dia tidur dengan saya atas katil. Sejak Adik dah mula menerap, dia akan berguling atau mengesot supaya dapat tidur dekat celah ketiak saya. Ada masa saya rasa macam nak jatuh katil sebab Adik suka sondol badan saya. Actually, waktu Abang Ali mula menerap pun, saya dah alami pengalaman ni. Baby memang suka tidur dekat orang dewasa. 

Ok la setakat ni saja perkembangan Adik yang boleh di"share"kan. Doakan semoga Adik dan Abang Ali sentiasa sehat-sehat dan ceria selalu. Aminnnn....