Showing posts with label 2 bulan. Show all posts
Showing posts with label 2 bulan. Show all posts

30 December 2013

Kisah Adik : Adik Dah Menerap

Surprise !!!!! Adik dah boleh menerap !!!!! 

Rabu lepas, Opah bagitau Adik dah berjaya menerap dengan sendiri. Terkejut saya. Owhhhh....cepatnya Adik menerap. Saya memang sedar sejak dia nak masuk 2 bulan, dia dah mula mengiring. Tido pun asyik nak mengiring. Tapi saya tak sangka dia akan menerap secepat ini. Weekend lepas, baru saya dapat tengok sendiri Adik menerap untuk pertama kali. Punya la riuh mulut anak dara ni marahkan punggung dia yang tak lepas-lepas. Akhirnya selepas 10 minit baru Adik berjaya menerap. Berbaloi saya jadi cheerleader untuk naikkan semangat Adik supaya terus berusaha menerap.

Sejak jadi working mummy, saya rasa sedih sikit sebab tak dapat jadi orang pertama yang dapat lihat setiap perkembangan anak. Masa Ali dulu, saya sentiasa jadi orang pertama yang dapat lihat dia menerap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Tapi tak apa lah..demi masa depan kami sekeluarga...saya redha kan saja. Semoga Adik sentiasa sehat-sehat dan aktif macam Abang Ali.

18 December 2013

Kisah Adik :Adik Sudah 2 Bulan

11.12.13 - Adik genap 2 bulan. Cepat je anak dara mama ni besar. Ragam Adik pun dah banyak berubah. Kalau waktu lahir dulu Adik kuat nangis, tapi sekarang Alhamdulillah...Adik menangis time lapar or sakit saja. Menguruskan adik makin mudah sebab Adik tak banyak ragam. Asal perut penuh, Adik jarang buat hal. Yang selalu merap nak bermanja adalah si Abang Ali. Sejak beradik ni, Ali lebih suka dilayan macam baby. Kami jpanggil dia si baby tua. Ada masa dia nak didukung dan didodoi macam baby. Bila tak ada sapa tengok, dia ambil botol susu Adik dan minum. Opsssssssssss....terkeluar tajuk sudah. Kisah ragam si abang nanti saya ceritakan dalam next entry ya.

Alhamdulillah..Adik masih fully BF walaupun saya dah mula bekerja. Allah masih murahkan rezeki Adik. Saya diberi kelonggaran oleh Ketua Pejabat untuk pam susu bila keadaan mengizinkan. Lately, saya mula perasan yang Adik dah mengiring. Huhuhu...Adik dah nak mula belajar menerap. Badan Adik pun dah makin keras dan dia dah pandai control kepala sendiri. Bab bersembang Adik no 1. Pantang ada orang kat depan..mesti Adik ajak sembang...sampai muncung-muncung mulut Adik. Yang rajin melayan Adik sembang..mesti la si Mak Su Nana. Macam-macam nama gelaran Mak Su bagi kat adik..Chipmunk la..cekodok pisang la (sebab pipi Adik chubby sangat). 

Bab penyakit kuning...Adik dah bebas sepenuhnya. Cuma a few weeks ago, Adik merisaukan Opah dan Atok sebab Adik tak berak selama 15 hari. Saya tak risau pun sebab Ali dulu pun pernah jadi macam ni juga. Bukan sekali..tapi berkali-kali. Saya dan En Amri bawa Ali jumpa paed. Paed cakap..kes baby tak berak berhari-hari tu memang selalu berlaku pada baby yang fully BF sebab baby akan serap hampir semua yang terkandung dalam susu ibu. Cuma sikit je kandungan susu ibu yang akan ditukar menjadi najis. Sebab tu usus baby lambat penuh dan baby pun tak berak berhari-hari. As long as perut dia tak keras..tak ada apa yang nk dirisaukan.

16.12.13 - saya bawa adik untuk check up dan ambil imunisasi untuk 2 bulan. Alhamdulillah berat Adik dah naik dari 4 kg (waktu 1 bulan) ke 4.9 kg. BMI pun stabil. So nothing to worry. Cepatt besar ye anak mama. Nanti boleh main dengan Abang Ali. Mama sayang dua buah hati mama.

Two Months Addeena Safiyya