Showing posts with label 15 bulan. Show all posts
Showing posts with label 15 bulan. Show all posts

01 February 2014

Kisah Amrsyar : Gigi Cantikkkkk


CANTIK TAK GIGI ALI AMRSYAR?!!!!
Selalunya kalau dia sengeh macam ni ramai aunty-aunty yang puji gigi dia. Ali ni kulit tak brapa nak cerah. Jadi bila dia tesengeh memang gigi tu menonjol sangat. Setakat ni Ali dah ada 12 batang gigi termasuk 4 batang gigi garham. Gigi kat depan yang sebelah atas dah almost penuh. Cuma yang dekat bawah tu...baru ada 5 batang gigi. Gigi 2 batang kat atas yang besar-besar tu adalah gigi pertama yang tumbuh. Pertumbuhan gigi Ali agak lambat sikit. Tak silap saya waktu Ali 8 or 9 bulan baru gigi pertama kuar.

Alhamdulillah setakat ni tak susah nak jaga gigi Ali. Ali jenis senang nak gosok gigi. Wakt gigi Ali baru ada 4 batang, saya cuma guna napkin untuk gosok gigi Ali. Tapi bila gigi dia makin banyak, saya guna berus gigi plastik yang boleh sarung ke jari telunjuk saya. Tak mahal pun..cuma RM 6.90. Kalau guna berus gigi plastik ni, dia gigit pun tak sakit. A few days ago, saya baru introduce Ali pada berus gigi biasa. Bab ubat gigi, saya start guna masa umur dia setahun. Sebelum tu saya cuma berus gigi dia dengan air biasa. Risau perut dia tak boleh terima kesan ubat gigi sebab ubat gigi kan alkali. So far saya cuma guna ubat gigi jenama colgate untuk kanak-kanak. Info yang saya dapat dari opah, Ali tak mau guna ubat gigi dewasa. Rasa tak sedap kottttt. Demand jugak anak mama ni.

Selain gosok gigi Ali  2 kali sehari, saya tak bagi Ali isap puting kosong. Sejak dari kecik, Alimemang tak isap puting. Pernah saya cuba bagi, tapi dia tak reti nak isap. Bila suap ke dalam mulut dia, dia tak isap..jadi puting tu pun jatuh. Kalau nak bagi dia isap, saya kena peganggkan untuk dia. Tak larat nak pegang selalu...akhirnya saya give up. Sejak dari tu Ali tak isap puting. Kalau dia rasa nak isap something, especially waktu nak tidur, dia akan isap kolar baju atau lengan dia. Saya biar kan saja... 

Bab botol susu pun saya ajar dia supaya jangan gonggong botol. Ali bukan jenis budak yang akan terlena bila minum susu. Biasanya dia akan habiskan susu, baru dia akan tidur. Dari kecik lagi, saya akan tarik botol susu dari mulut dia bila susu dah habis. Jadi bila dah besar ni, dia sendiri akan bagi botol susu pada saya bila dah habis minum. Alhamdulillah...Ali tak ada habit gonggong botol. Waktu umur Ali setahun, saya bawa Ali jumpa dentist. So far gigi dia ok cuma dentist gelakkan2 batang gigi depan dia yang kat atas tu. Besar sangat!!!!!

Bab makan saya tak sekat dia. Kalau dia nak makan coklat, saya bagi. Nak maruku, pun saya bagi. Nak kek coklat atau ais krim pun saya bagi jugak. Tapi gula-gula, saya tak.pernah bagi lagi. Rasanya belum sampai masa saya ajar dia makan gula-gula. Saya tak halang dia nak makan apa saja dia nak selagi dia nak berus gigi dan minum susu.

Walaupun gigi Ali yang ada sekarang ni cuma gigi susu, tapi lebih baik saya mula ajar dia jaga gigi dari kecil. Harap-harap bila besar nanti, gigi Ali akan tetap tersusun cantik. Baru la ohhh manisnya senyuman mu...

22 January 2014

Kisah Amrsyar : Sepetang Di Rumah Oyang

Lama tak ada cerita pasal Ali Amrsyar. Sebenarnya banyak jer cerita yang saya nak tulis pasal budak aktif ni, tapi sekarang ni payah sangat nak snap pic Ali yang OK OK. Kebanyakkan pic Ali mesti gegar sebab budak ni suka gerak-gerak. Biasa la..budak aktif memang cenggitu. 

Last weekend, saya bawa Ali balik rumah oyang (opah saya belah Abah) di Changkat Tin. Dah lama tak bawa Ali balik sini. Jarak rumah kami tak ada jauh sangat cuma kadang-kadang opah saya ni suka ke KL (rumah anak-anak). Saya pergi rumah opah kali ni pun sebab nak bawa Adik jumpa oyang dia. Sejak Adik lahir sampai Adik dah 3 bulan, ini kali pertama opah tengok dia. Hehehehe...kena jugak sound dengan opah sebab lama tak datang jengok dia. Tapi nak buat macam mana kan..sebab setiap kali kami datang..opah selalu ke KL.

Setiap kali saya bawa Ali jumpa opah, opah mesti tanya umur Ali. Nak tahu kenapa?!! Sebab lepas 3 hari Ali lahir, arwah  Tok Akob tinggalkan kami. Jadi bila tengok Ali, opah mesti teringat kat arwah. Sedih jugak tengok opah macam tu. Opah dan arwah memang loving couple hingga ke akhir hayat. Walaupun selalu bergaduh (biasa la laki bini), tapi opah tak pernah tinggalkan arwah. Saya masih ingat masa arwah tengah nazak di HUKL. Walaupun opah tak larat tapi opah tetap setia temankan arwah di wad. Saya kagum dengan kasih sayang opah pada arwah tok. Semoga kisah cinta saya dan En Amri pun akan jadi macam mereka...setia hingga ke hujung nyawa.

Ok stop entry pasal kisah cinta opah dan arwah tok. Ni kisah Ali..so jom tengok aksi-aksi Ali dekat rumah oyang dia. Comey je anak mama ni kutip bunga.




Ini bunga pertama yang dia bagi pada mama. Seumur hidup saya..ini kali ke-2 saya terima bunga dari seorang lelaki. Lelaki pertama yang bagi saya bunga mesti la babah Ali..3 kuntum bunga rose untuk birthday saya yang ke-19 tahun. Walaupun bunga yang Ali bagi cuma bunga lalang...tapi ia tetap kenangan yang terindah untuk saya. Semoga anak mama membesar jadi insan yang penyayang. Love Ali Amrsyar.

30 November 2013

Kisah Amrsyar : Takut Rambutan

Pernah jumpa tak orang takut rambutan?

Pagi semalam, waktu nak turun tangga, saya terdengar Ali menjerit-jerit kat dapur. Saya terus bergegas ke sana. Risau something bad jadi pada.dia. Sampai di dapur....


Hahaha !!! Lawak sungguh anak mama ni. Rupa-rupanya Ali menjerit sebab atok letak rambutan kat depan dia. Jadi dia tak boleh kemana-mana. Sebab tu dia menjerit minta tolong saya alihkan rambutan tu. Ada jugak orang takut dengan rambutan. 

Tapi sehari je dia takut dengan rambutan. Bila atok suap rambutan kat dia...terus tak takut dah. Siap ambik rambutan busuk dan baling pada mama lagi. Macam-macam gelagat anak teruna mama ni. Ali Amrsyar memang penghibur kami sekeluarga. Membesar dengan cergas dan cerdas ya nak. Mama sayang Ali banyak-banyak.

28 November 2013

Kisah Amrsyar : Obses Dengan Selipar Rumah

Tak tau kenapa tapi anak teruna saya sangat suka main selipar rumah. Dalam rumah ni memang semua orang ada selipar masing-masing kecuali Ali. Tapi sejak Ali boleh jalan, selalu selipar kami hilang sebelah. Mula-mula ingatkan kucing yang sorokkan. Dah lama baru kami sedar..ini semua kerja si budak kecik ni. Disebabkan dia suka hilangkan selipar kami, jadi saya pun beli sepasang untuk dia. Selipar katak warna hijau. Tak mahal pun cuma RM 5 kat Daiso. Tapi kan....walaupun dia pakai selipar katak dia, dia tetap suka ambil selipar orang lain. Kadang-kadang dia kumpul selipar semua orang atas karpet..dan kadang-kadang dia sorokkan selipar kami kat bawah kerusi  (tempat yang dia sorang je senang nak nampak sebab dia pendek). Sangat nakai kan Ali Amrsyar ni. Walaupun nakai + aktif, mama tetap sayangkan Ali Amrsyar dunia akhirat. Ali Amrsyar..anugerah terindah dari Allah yang jadikan mama seorang ibu. Thank u Allah .....

Ali tengah sorok selipar Mama

19 November 2013

Kisah Amrsyar : 15 Bulan

Lama tak buat entry pasal perkembangan abang Ali. Ali dah besar sekarang ni. Berat pun dah cecah 10 kg. Bila dukung dia memang terasa sangat. Gigi kat depan dah ada 6 batang (4 atas 2 bawah). Baru-baru ni saya perasan ada 2 batang gigi (gigi taring) nak tumbuh lagi...dan yang buat saya pelik sikit bila ada 2 gigi garham nak tumbuh. Saya dah rujuk doktor hal ni. Doktor jawab "Biarkan je. Kejadian Allah." So, nothing to worry la kot. Kalo bleh saya nak gigi Ali tersusun cantik. Tak mau ada yang bertindih.


Sejak nak tumbuh gigi garham ni, macam-macam ragam dia buat. Paling teruk bila dia nak berdukung setiap masa. Bila letak dia kat lantai, dia akan buat kaki lembik. Sabar je la.. Terpaksa mama dengan opah bergilir dukung budak debab ni. Ada masa tidur pun nak berpeluk. Sebab memikirkan dia sakit, kami ikutkan saja kehendak dia. Kesian anak teruna mama ni..nak tumbuh 4 batang gigi serentak. 

Bab makan pun dah makin susah. Setiap kali nak suap nasi..ada je ragam dia. Paling kelakar bila dia lari sambil tutup mulut. Terpaksa la kami kejar dia satu rumah. Lepas saya penat kejar, opah dia pulak akan ambil alih kejar dia untuk suap nasi. Punya la mencabar. Hari-hari macam ni boleh kurus mama dengan opah. Tapi Ali ni jenis yang tak reti luah makanan dari dalam mulut. Bila nasi dah masuk dalam mulut, dia akan kunyah dan telan.  

So far, Ali dah boleh sebut banyak words macam "Atuk", "Pah"(opah), "Nana"(mak su), "nak", "butak"(bukak), "totop"(tutup). Arahan mudah macam buang sampah dalam tong sampah or suruh ambil barang, pun dia dah boleh follow. Sekarang ni, opah dia dah mula toilet training. Setakat ni, dah berjaya ajar dia poo poo kat toilet. Dia pun dah tak nak poo poo dalam diapers lagi dah. Geli kot... Cuma nak ajar kencing kat toilet tu payah sikit. Tapi, insyaAllah lama-lama nanti pandai la Ali ni. Lepas tu, duit diapers Ali boleh masuk poket mama. Hehehehe....

Ok la..Doakan Ali terus membesar dengan sihat dan cerdas ya. Semoga bila besar nanti Ali akan jadi macam Saidina Ali (itu la harapan saya masa namakan dia Ali).

16 November 2013

Kisah Amrsyar : Mari Menabung



Rajin betul abang Ali menabung. Actually si Ali ni bukan menabung tapi main duit syiling. Sekarang ni Ali suka ambik duit syiling masuk dalam tabung. Kalo orang tua-tua tengok mesti marahkan..sebab takut anak tercekik syiling. Tapi disebabkan Ali dah biasa main so buat masa ni belum pernah lagi dia buat hal nak telan duit ni. Cuma jangan mention ayat "JANGAN MAKAN SYILING TU" sebab Ali ada sydrom dengan perkataan JANGAN. Apa yang kita kata jangan, itu yang dia akan buat. So..instead of using word JANGAN, saya akan suruh buat benda lain or not mention about it at all.

Kalo tengok gambar kat atas betul-betul, si Ali cuma pakai stoking sebelah kaki je. Konon-konon dia pun nak ikut pakai stoking macam saya (saya kan tengah berpantang. Memang pakai stoking selalu..sejuk tapak kaki bila pijak lantai).Huhuhuhu.... Makin besar, makin banyak akai Ali. Hari-hari dia buat seisi rumah 96 ni ketawa dengan gelagat dia. Membesar dengan sehat dan cerdas ya nak. Mama sayang Ali sangat-sangat.

12 November 2013

Kisah Amrsyar : Ali Amrsyar dan Durian

Oh kome deghoyan dah bebunge
Moh kite minang anok dare

Hihihi..sukenya saya sekarang ni sebab di Perak dah start musim buah. Tapi memandangkan saya masih dalam pantang dan BF kan adik, terpaksa saya batalkan hasrat nak ber"pesta durian" tahun  ni. Jamah pun sekadar seulas dua. jadilah..sekadar untuk menghilangkan kempunan. 

Pagi tadi anak teruna saya temankan atoknya pergi rumah Opah Alang untuk ambik buah deghoyan yang dah mula luruh. Sampai sana, atok pun kopek la sebiji durian. Tapi Ali pulak lari-lari sambil tutup hidung. Hahahaha...rupanya anak teruna saya ni TAK SUKA DURIAN. Jenuh atoknya kejar nak suapkan dia durian. Bila dapat bagi dia makan secalit isi durian...dia muntah (bukan luah). Lawak tengok gelagat atok dengan cucu ni. Lepas adengan kejar-mengejar, si Ali kacau atok makan durian. Tapi bila disua isi durian, cepat-cepat dia tutup mulut. Nakai sungguh budak ni sekarang.


Ali Amrsyar kaco atok makan durian
Bila tengok gelagat Ali yang fobia dengan durian, teringat pada abang saya..yang kecik-kecik dulu pun memang tak suka durian. Agaknya Ali ikut perangai Pak Long dia. Oh anak teruna mama !!!! Buat malu orang perok je yoep kalo kamu terus fobia dengan deghoyan cenggini.