Showing posts with label 1 bulan. Show all posts
Showing posts with label 1 bulan. Show all posts

02 December 2013

Kisah Adik : Si Chubby Mama

Adik makin TEMBAMMMMMM !! Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat gomoi pipi adik. Sometime adik rimas dengan saya sebab suka kacau dia tido. Tapi serius....tak boleh tahan tengok pipi dia. Ini semua hasil dari minum susu mama. Terasa berbaloi bersengkang mata bangun malam-malam semata-mata untuk susukan adik.





Alhamdulillah rezeki adik pun murah macam rezeki Abang Ali dulu. Susu badan saya memang banyak sejak adik lahir. Ada masa saya terpaksa pam sebab breast dah membengkak dan adik tak mau minum. Jadi, sekarang stok EBM memang sedia ada di rumah dan saya pun boleh kembali bekerja tanpa perlu risau pasal susu adik. Paling best...JIMAT DUIT SUSU. Duit babah bagi boleh masuk poket mama.

Disebabkan pipi adik dah labuh, Mak Su bagi nama baru untuk adik. Mak Su panggil adik "Theodore" watak chipmunk yang paling chubby dalam movie "Alvin and The Chipmunk". Huhuhu..suke-suke je Mak Su panggil adik chipmunk ye. Apapun adik tetap comey. Mama cayang-cayang si pipi tembam ni. Bagi yang tak pernah tengok movie Alvin and The Chipmunk, ini la si chubby Theodore :


15 November 2013

Kisah Adik : Adik Demam !!!!!!!

Dua hari lepas saya bawa adik ke KK untuk check up 1 month. Berat adik dah 4.0kg. BMI stabil..so tak ada apa nak dirisaukan. Masa nak buka baju untuk timbang, adik membuang poo poo. Terpaksa mama cuci
 montot adik dulu sebelum letak atas penimbang. Waktu.angkat adik dari penimbang, adik membuang yang kecil pulak. Habis penimbang basah. Nurse yang check adik gelak sambil cakap "Cukup syarat anak kamu Putri"

Sebelum cucuk, nurse suruh bawa adik jumpa doktor dulu. Doktor suruh saya bawa adik esok untuk test blood jaudis sebab walaupun adik dah sebulan tapi muka dan mata adik masih kuning. Masa cucuk, menjerit jugak anak dara mama ni. Nasib waktu tu dah dekat pukul 12 tengahari. Orang dah tak ramai sangat.

Esoknya (13 Nov), saya bawa adik ke KK untuk ambik darah. Keputusan untuk blood test jaudis adik 10.8. Huhuhuhu...mak aiiiii naik balik. Result sebelum ni 8.9. Doktor Norlina mintak saya bawa adik jumpa pakar kanak-kanak pada 19 Nov ni. Ini kali ke 2 adik kena rujuk jumpa pakar. First time rujuk ke sini pada 4 Nov tapi doktor pakar discharge adik sebab kuning adik sangat-sangat rendah. Nampak gayanya kena ulang-alik hospital lagi la lepas ni. Jangan sampai masuk wad sudah la.


Adik with her funny face
 Semalam, badan adik masih panas sikit. Pelik jugak..tak kan kesan cucuk hari tu belum habis lagi. Rupa-rupanya...BCG adik dah nak timbul. Baru perasan...patut la budak ni kuat teriak lately.Sabar je la mama dan opah. Malam-malam kami bergilir jadi burung hantu memandangkan adik nak tidur atas riba saja. Tapikan..dah nama pun anak..tentu la apapun kita sanggup buat. Setakat jadi burung hantu tu apa la sangat. Nasib si abang Ali jenis tido nyenyak waktu malam. Ok la..adik pun dah lena. Masa untuk saya cover tido balik sebelum si abang jaga.

11 November 2013

Kisah Adik : Adik Dah Sebulan

Hari ni 11 November 2013 (Isnin), Addeena Safiyya genap sebulan. Congratulation for mama, abang Ali, opah dan seisi rumah 96 sebab berjaya menebalkan telinga dengan tagisan adik. Al-kisah...anak ke-2 saya ni suka sangat menangis. Asal letak dalam play pen..bertahan la 30 minit..lepas tu..huaaaaaaa. Kalau boleh nak melekat kat badan 24 jam. Huhuhu...geram jugak sebab banyak kerja bertangguh dan tak dapat nak berehat secukupnya. Paling parah...bila pukul 10 sampai pukul 2 pagi..mata adik celik seluas-luasnya (opah panggil mata tikus sebab mata hitam adik besar). Kadang-kadang disebabkan stress..saya pun menangis sekali dengan adik. Tapi orang tua-tua cakap newborn baby memang kuat menangis sampai habis pantang. Betul ke?!!! Itu saya pun tak pasti sebab abang Ali jenis yang tak kuat menangis masa baru lahir. Asal perut kenyang..tepuk-tepuk sikit...lepas tu boleh biarkan dia tido atas tilam. Lagi nyenyak kalau saya bagi dia tido atas badan. Maybe adik gegurl kan..sebab tu manja sikit. Lain anak, lain ragamnya. 

Apapun saya sangat bertuah sebab tinggal dengan famly. Walaupun keadaan rumah no 96 ni masih tunggang langgang (seperti no 96), tapi kami berjaya harungi setiap hari dengan jayanya. Thanks to my famly members yang banyak support dan bantu saya dalam menjaga 2 orang anak yang sangat-sangat perlukan perhatian ni. En Amri pegi mana?!!!! Macam biasa la..bapak budak-budak ni sedang menjalankan tanggungjawab pada negara. En Amri masih dalam ops di sempadan negara untuk tempoh yang belum pasti. Masa berpantangkan Ali tahun lepas, kami ditinggalkan sebab En Amri terlibat dalam ops Pasir di Semporna. Dan waktu berpantangkan adik kali ni pun...En Amri terlibat dalam ops lagi. Sabar saja lah...dah nama pun isteri si baju hijau. Untuk anak ke-3..saya nak tunggu bila En Amri dah pencen. Boleh dia jaga saya dalam pantang sepenuhnya.

Sebagai penutup entry, enjoy la gambar adik yang dah genap sebulan :