02 March 2015

Babah Balikkkkkk !!!!!!

Alhamdulillah Babah balik cuti CNY yang lepas. Actually dah sebulan lebih Babah tak balik sebab susah nak ambik cuti. Babah dapat balik kali ni pun sebab ada tugas di KL 2 hari. Dah settle tugas baru Babah balik jumpa kami anak-beranak di Kampar. Dapat la Ali dan Adik bermanja dengan Babah selama 5 hari. Jadi lah kan....


Cuti CNY kali ni kami tak ke mana-mana. Serik terperangkap atas highway berjam-jam pada CNY tahun lepas. Tahun ni kami cuma bawa Ali dan Adik jalan-jalan sekitar Ipoh. Bawa pergi main playground dekat Kinta City dan Taman Polo. Itupun dah cukup buat dua buah hati ni seronok. Ali sekarang ni suka sangat main papan gelunsur. Adik pulak lebih banyak lari-lari sambil main chak-chak dengan saya atau En Amri. Penat jugak kami nak jaga 2 budak ni bila playground ramai dengan budak-budak lain. Kalau tak budak lain tolak anak-anak kita..anak-anak kita tolak budak-budak lain. Budak-budak....biasa lah..


After CNY, kami balik Manjung untuk raikan adik En Amri bertunang. Seronok tengok orang bertunang...teringat kenangan silam. Masa saya bertunang dulu tak ada pelamin (yang ada cuma bantal petak besar kain baldu warna merah) dan En Amri pun tak datang..sebab orang tua-tua tak bagi. Zaman sekarang..mungkin dah berbeza sikit. Apapun semoga Mak Lang dan pasangan selamat diijabkabulkan insyaAllah tahun ni jugak.


Itu saja rasanya yang boleh dishare kali ni. Babah pun dah balik ke Sabah Selasa lepas. Dan as usual saya terpaksa menjawab soalan yang sama dari anak teruna saya setiap pagi : "BABAH MANA?". Sabar lah wahai hati.....Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya.

23 February 2015

Makan-Makan di Mat Periuk

Last weekend Mak Su Nana ajak kami dinner di Restoran Mat Periuk di Bercham Ipoh. Kalau ikutkan kat Ipoh ni banyak je restoran baru yang sedap-sedap tapi saya ni jenis pemalas mencari. Tapi kali ni Mak Su Nana desak kami cari Restoran Mat Periuk ni sampai jumpa. Actually nak cari restoran ni tak susah sangat. Kalau nak cari bleh google.


Dengar cerita restoran ni kepunyaan Chef Kamarul yang popular dalam rancangan Babas..tapi sejauh mana kebenaran tak dapat dikenalpasti sebab time kami pergi Chef Kamarul tak ada. Kami sampai awal around pukul 4 petang...restoran pun baru nak buka. Sementara menunggu pekerja restoran ambil order saya makan pavlova dulu. Ini first time saya makan pavlova, sebelum ni baca kat blog orang je. Rasa dia boleh la...cuma banyak sangat whipping cream. Dekat sini menu yang ducadangkan ialah western food. Harga pun  standard..around RM 20++. Menu lain macam nasi goreng dan mee pun ada. Jadi seperti yang dicadangkan oleh adik manis yang ambil order, saya pun pilih lah Sirloin (betoiii ka ejaan). Tak lama menunggu..order cepat sampai. Portion set sirloin ni agak sikit jadi sesuai dengan orang perut kecik macam saya. Walaupun  saya mintak well-done tapi dagingnya tak keras dan tak liat. Untuk orang yang ada problem gigi macam saya senang sangat nak kunyah. Gravy pun banyak..dia bagi dalam bowl kecil ( tak kena charge pun macam kat Kenny Rogers). Puas makan.... Mak Su Nana order Set Salmon dan Along order Mix Platter. Untuk saya...semua menu yang kami order petang tu tak mengecewakan. Sedap dan berbaloi dengan harga.


Cuma as usual la....bila bawa Ali dan Adik, saya kurang boleh menikmati makanan. Budak berdua ni dah kenyang dengan nasi ayam kat Kinta City. Jadi bila sampai di Mat Periuk budak berdua ni lebih banyak nak bermain. Lebih parah lagi kami pilih meja kat luar berdekatan dengan jalan sebab ahli majlis makan-makan yang ramai. Meja kat dalam restoran lebih kepada 4 atau 2 orang sahaja. Bila meja makan dekat jalan ni faham-faham saja lah....kecut perut setiap kali Ali dan Adik main kejar-kejar. Risau terlepas ke jalan. At last kami terpaksa bergilir-gilir jaga dua buah hati ni.

Jadi bagi yang suka makan western food...anda boleh cuba makan di Mat Periuk. Makan sehebat seperti yang blogger-blogger lain canangkan. 

09 February 2015

Kisah Amrsyar : Toilet Training

Alhamdulillah Ali dah 2 tahun 5 bulan. Tahun ni sepatutnya Ali kena masuk taska, tapi sayadan En Amri nak hold dulu setahun. Kami nak Ali duduk rumah main dengan Adik puas-puas supaya dua beradik ni ada bond yang kuat. InsyaAllah next year kami akan hantar Ali masuk taska.

Masa umur Ali 2 tahun 3 bulan, saya dah start toilet training Ali. At first saya ingat nak startbila Ali dah masuk 2 tahun 6 bulan..but since Ali dah tak selesa pakai diapers...jadi saya start train awal sikit. Alhamdulillah...after 2 months...Ali dah 95% diapers free (yang lagi 5% tu nanti saya ceritakan ). Masa hari pertama tak pakaikan Ali diapers, 2 kali dia melepas dekat lantai. Yang kali pertama masa dia tengah ralit main dan kali ke-2 masa dia tengah tengok BoiBoiBoi. Hari ke-2...dia dah pandai. Tapi masuk hari ke-3, dia terlepas sekali ( as usual time tengok Boiboiboi lagi ). Hari ke-4 dan seterusnya...Alhamdulillah..Ali dah OK.

Bagi saya tak susah nak ajar anak toilet training bila anak kita dah sedia. Macam Ali dia sendiri yang dah tak selesa pakai diapers. Jadi dia sendiri yang akan cakap bila dia nak kencing. Cuma bila sesekali dia terlepas tu...sebab dia leka. Saya tak marahkan dia...just cakap baik-baik. Kita pun kena faham anak kita bukan robot...sekali tekan button dah boleh tukar setting.

Sekarang ni, Ali dah tak pakai diapers time siang. Saya cuma pakaikan dia diapers time tido malam dan time dalam kereta ( thats why saya kata Ali dah 95% diapers free ). Itu pun tak guna jugak..sebab bila dia tak nak kencing pun dalam diapers lagi. Setiap kali nak kencing dia akan cakap walaupun tengah tido.

Jadi bagi ibu-ibu yang nak mula toilet training anak anda, ini tips yang mungkin dapat membantu anda.
1) Mula toilet training waktu anak anda dah ready. Kita sebagai ibu hanya boleh encourage anak. Dari pengalaman saya, untuk setiap anak..akan tiba masanya dimana anak tu sendiritak nak pakai diapers. Rimas kot....

2) Tak semestinya anda perlu anak dah pandai cakap baru nak mula toilet training. Ali dan Adik start poo dekat toilet sejak umur 8 bulan lagi. Sebab setiap kali Ali dan Adik buat muka meneran,  saya akan cepat-cepat bawa pergi toilet. Cuma untuk start latihan kencing tu...saya terpaksa tunggu Ali dah ready.

3) Pastikan anda betul-betul ready. Bila anak dah start toilet training, anda perlu lebih tenaga dan banyak bersabar sebab anda la yang nak kena mop lantai tanpa perasaan marah bila anak terlepas kencing ( itu kalau kat lantai..kalo kat sofa or tilam or carpet...lagi banyak tenaga nak guna ). Then bila anak dah mula rasa seronok pergi toilet ( biasanya sebab nak main air ), anak mula akan rajin nak kencing. Ali pernah mintak nak kencing selang 30 minit setiap hari. Memang penat dan kena tahan marah.

4) Kalau anak tengah leka main atau tengok TV, anda kena ingatkan anak untuk kencing.

5) Untuk toilet training waktu malam..saya akan gerak Ali pada jarak masa tertentu. Contohnya setiap 4 jam. Kalau kali pertama gerak dia untuk kencing pada pukul 12.00 tengah malam...seterusnya saya akan gerak dia pukul 4.00 pagi pulak. Tapi lama-lama dia sendiri yang akan bangun untuk kencing.

Itu saja rasanya tips yang saya boleh bagi. Walaupun penat sikit sebab selalu kena teman Ali pergi toilet...tapi rasa berbaloi. Seronok tengok Ali dah makin besar. Cuma yang merisaukan saya lepas ni..kalau hantar Ali ke taska...rajin tak cikgu nak teman Ali yang kerap pegi toilet ?!!!!


02 February 2015

Kisah Mama : Dipo Provera

Dah agak lama blog ni sunyi sepi. Tak ada idea nak berblogging. Mungkin separuh dari jiwa saya dah dibawa pergi. Huhuhu..En Amri dah sebulan lebih tak balik. So..setiap malam saya cuba tido awal untuk elakkan dari menangis teringat dekat dia. Semoga doa kami untuk tinggal serumah akan Allah makbulkan. Bersabar lah wahai hati.

Tajuk entry kali ni canggih sikit "DIPO PROVERA". Mungkin ramai yang tak fimiliar dengan istilah ni...tapi kalau saya cakap injection untuk cegah hamil...mesti ramai yang tau kan. Dipo provera adalah salah satu cara family planing dimana sedikit hormon progestrone disuntik masuk ke dalam otot badan (biasanya di punggung). Hormon ni akan menghalangovari daripada menghasilkan telur. Bila dah tak ada telur..kemungkinan untuk pregnant pun almost tak ada. Injection ni biasanya kena ambil setiap 12 minggu. Kalau nak tau lebih lanjut...boleh tanya doktor or Mr Google sebab dalam entry ni saya nak cerita pengalaman saya ambil injection ni.

Injection pertama saya ialah 1 month lepas lahirkan Adik. Jadi dah almost 1 tahun 2 bulan. Masa 1st injection, nurse pesan supaya tak bersama suami selama seminggu. Tapi untuk injection seterusnya....dah tak apa. Setiap kali nak ambil injection, nurse akan check tekanan darah dan urine test. Kalau OK....baru boleh. Biasanya result saya OK. Lepas kena injection tu..saya akan rasa sakit sikit. Kalau nak duduk pun kena hati-hati takut tertekan bahagian yang kena inject. Biasanya 2 hari je. Lepas tu dah OK. Cuma badan je rasa penat dan longlai. 

6 bulan pertama ambil injection...period saya tak teratur. Ikut suka dia nak datang bila dan berapa lama. Pernah saya period lebih dari 14 hari. Darah yang turun pulak sikit-sikit. Sometime darah dah berenti turun...tapi esoknya ada balik. Time ni memang saya pening sikit. Tapi masuk bulan ke-7, saya dah tak datang period. Saya buat PT...dan result negative. So saya tanya nurse. Nurse explain...apa yang saya alami itu normal. Means  hormon tu dah sebati dengan badan. Ada orang datang period dan period tu teratur dan ada jugak yang macam saya tak period terus. Jadi...tak perlu risau.

Antara kesan lain yang saya alami sejak ambil injection ni :
1) sakit pinggang dan tulang belakang. Mungkin ada kaitan dengan kerapuhan tulang. So saya start ambil tablet kalsium dan kurang dukung anak-anak.
2) rasa penat dan longlai. Ada hari (terutama lepas injection), saya cuma nak baring dan pejam mata. Satu rumah ni dah faham.
3) rambut gugur. Hurmmmm....yang ni still tak dapat cari solution. Tengah cuba serum yang bagi kuat dan suburkan rambut...tapi sama je.
5) kembung perut. Tiap malam kena sapu minyak telon. Mama ganti Adik..jadi baby..kena pakai minyak telon malam-malam.



Kesan macam pening kepala or berat badan naik..saya tak alami. Tapi biasanya itu rungutan yang saya selalu dengar dari kawan-kawan yang sekapal dengan saya. Rasanya lain orang, lain kesannya. Dari nasihat nurse yang handle saya, injection ni cuma bleh diambil selama 2 tahun. Kalau lebih..takut ada kesan lain yang lebih kronik. So saya cuma tinggal lagi 8 bulan. Lepas ni saya pun tak tahu nak guna kaedah apa pulak.

Ada jugak yang pandang negative bila tau saya ambil injection ni. Tapi tak apa lah...saya anggap mereka tak memahami. Jarak kelahiran Adik dan Ali cuma setahun 2 bulan. Setiap kali pregnant saya ada masalah HB low dan kencing manis. Jadi saya rasa untuk sementara waktu ada baiknya saya rehatkan badan saya sekejap. InsyaAllah bila tiba masanya...Ali dan Adik akan terima adik baru lagi. 

11 January 2015

Kisah Mama : Yeaaaaaa !!!!! Mama Menang Cabutan Bertuah

Pembukaan tahun 2015 yang manis. Dapat cabutan bertuah di supermarket Minat. Tak sangka bertuah pulak kali ni. Sebelum ni dah macam-macam contest saya masuk, tak pernah bertuah. Kali ni alhamdulillah...ada rezeki.

Hadiah yang saya terima ialah steamer Elba. Memang dah lama ngidam nak benda ni. Dekat rumah cuma ada pengukus yang guna dapur. Bila nak beli steamer elektrik, Opah cakap tak perlu. Buat nyemak je. Tapi bila dapat percuma...kami terima saja. Huhuhu...


Masa submit borang, saya angan-angan nak dapat hadiah utama..motosikal sebijik (walaupun saya tak ada lesen motor). Tapi...dapat stepamer pun jadi lah. Bukan senang nak dapat barang free nowdays.

So...petang tadi saya pergi ambil hadiah saya. Dah godek-godek sikit...but still tak tahu nak masak apa pakai steamer ni. Saya kalau bab masak yang kukus-kukus ni failed sikit. Sebab merenyah nak pakai pengukus. But after this...dah ada steamer ni harus lah rajin sikit cuba resipi baru.


Ok la...thats all story untuk entry kali ni. Semoga tuah diawal tahun akan berpanjangan hingga ke akhir tahun. Aminnnnn......

01 January 2015

Kisah Mama : Azam Tahun 2015

Salam 2015

Hari ni new year..so saya cuti. Hahaha....statement yang semua orang pun tau. Pagi tadi Opah dan Atok dah bawa 2 orang buah hati saya pergi kenduri. Jadi lepas settle mendobi baju dan kemas rumah....ada sikit masa untuk update blog yang dah macam chipsmore ni. Kejap tenggelam dan kejap timbul.

Semua orang dah ada azam ke? Actually saya bukan jenis yang buat azam tiap tahun. Time sekolah dulu selalu la buat azam bila tiba tahun baru. But bila dah kerja dan jadi ibu....saya dah jarang nak buat azam. Rasa semua dah tercapai....so...nak apa lagi. Tapi sempena tahun 2015 ni saya dah ada azam baru. Kalau tahun 2014 saya kuat shopping baju, beg dan kasut secara online dan offline...tahun 2015 ni saya nak slow down sikit (actually banyak) my shopping habit. Start hari ni no more First Lady, no more Groupon, no more Tesco setiap hari. 

Untuk tahun 2015 saya berazam untuk lebih banyakkan saving dan beli barang emas. Sebagai permulaan bulan lepas saya dah tambah loan ASB dan start main kutu emas dengan orang yang boleh dipercayai. Dah masuk 3 series ni kena la lebih menghargai duit. Daripada dilaburkan untuk something yang tak perlu...lebih baik kita simpan dan beli something yang beharga rite.

Semoga saya cukup kuat untuk capai azam saya tahun ni. Tak sabar nak tunggu akhir tahun..nak tengok hasil investment saya. 

22 December 2014

Kisah Mama : Hasil BerChurpChurp

Ingat lagi tak dalam entry yang lepas-lepas saya story pasal saya terima cek pertama dari ChurpChurp. Last week saya beli hadiah untuk diri saya dengan menggunakan duit ChurpChurp. Mula-mula tu pening jugak fikir nak beli apa sebab duit yang saya terima pun tak la banyak mana. Akhirnya...saya terasa nak beli kasut. So last weekend sambil bawa Ali dan Adik jalan-jalan di Kinta City, saya sempat grab kasut ni.


Masa nak beli tu..ingat nak cari flat shoes je..senang nak kejar budak bedua ni. Tapi jenuh mencari...tak jumpa jugak saiz 4. Maklum lah kaki saiz Cindralela. Penat si promoter check kan saiz kasut yang available untuk saya. Tiba-tiba terpandang kasut ni. Tinggi....tapi nampak selesa. Saiz pun ada..so saya pun grab saja lah. Malas nak fikir lama lagi. Dengan Ali yang sebok try kasut-kasut yang dia bekenan. Dia ambik, dia pakai then dia letak tempat lain. Adoiii la anak oiiii....nasib promoter tak marah. Huhuhu...

Lepas pakai kasut ni....sedap dan sangat selesa. Walaupun tinggi saya tak rasa sakit kaki pun pakai. Kasut melekat cantik kat kaki. Puas hati sangat-sangat. Bukan senang orang yang berkaki kecik macam saya nak jumpa kasut yang selesa. Tapi kali ni alhamdulillah...pilihan yang tepat untuk kaki saya. Paling saya suka warna dia. Nampak comey jerrr.

Ok end of story. Semoga rezeki saya lebih murah lagi lepas ni. Thank.You ChurpChurp !!!!