17 October 2013

Hadiah Birthday Babah : Nur Addeena Safiyya Bt Amri

ALHAMDULILLAH
Saya selamat bersalinkan anak ke-2 pada Jumaat lepas (11 Oct 2013) jam 23:06 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak. Kisah saya bersalin nanti saya update kemudian ya. Apa yang buat kelahiran adik paling istimewa ialah : ADIK SHARE TARIKH BIRTHDAY DENGAN BABAH !!!! Saya sendiri tak sangka walaupun waktu on da way nak serah diri ke HRPB, En Amri ada cakap "Harap-harap adik sama birthday dengan Babah". Masin mulut dia... Apapun ini hadiah birthday yang paling terbesar yang pernah saya bagi pada En Amri. Hadiah yang menuntut banyak pengorbanan dan kesakitan. Saya harap dia akan hargainya sampai ke akhir hayat.

Introducing our little princess : NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI


Semoga kehadiran Addeena akan menambah dan mengeratkan kasih sayang dalam keluarga kami.

07 October 2013

Hadiah Birthday Babah !!!!

Mesti ramai yang ingat puan tanah dah bersalin kan?!!!! Huhuhu..belum lagi la. Cuma sejak akhir-akhir ni, badan agak lemau sikit. Contraction dah makin kerap..and everytime kena contraction sakit sangat pinggang sampai tak boleh bangun. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum ada lagi. Entah-entah  adik nak tunggu Babah balik Selasa or Rabu depan baru nak keluar. Harap-harap macam tu la...ada peneman saya dalam labour room nanti.

Masih ingat tak dengan rebate RM 200 untuk smartphone yang SKMM offer dalam bajet 2013. Saya antara belia (terasa muda la pulak) yang layak memohon. Mula-mula tak terfikir pun nak guna sebab ingat semua smartphone mahal. Tapi sejak baca tentang hp keluaran NINETECHNOLOGY yang harganya mampu dimiliki, saya akhirnya berjaya menyambar BLACK PEARL II

Kalau ikutkan, saya dan En Amri bukan peminat gadget. Kami tak kesah pun pakai hp jenis biasa or smart phone. Asal boleh hantar SMS dan call sudah. Tapi sejak ada Ali, terpaksa la kami berteknologi sikit. Ali peminat tegar iklan Ali Cafe yang Fahrin Ahmad terjoget-joget tu. Tiap hari mesti nak tengok berkali-kali. Jadi terpaksa la mamanya pun beli satu smartphone supaya Ali boleh layan iklan Ali Cafe dekat Youtube seberapa banyak kali dia nak.Bila mama dah pakai smartphone, babah mula la jealous. So sebagai hadiah birthday En Amri yang ke 29, saya dah belikan ...
jeng...
jeng...



Hp Ninetechnology Black Pearl II

Sebijik macam saya punya (jangan lepas ni ada kes laki bini gaduh sebab tertukar Hp sudah). Nak beli hp mahai-mahai tak mampu. Saya bukannya bekerja. Ini pun nasib baik dapat guna rebate RM 200 SKMM si Nana (my lil' sis).

Since saya dah gunakan Ninetechnology Black Pearl II selama 2 bulan, saya review sikit. Bagi saya harga agak reasonable (RM 399). Hp ni boleh guna dual SIM kad. Tapi buat  sementara ni saya cuma guna satu SIM saja. Bagi pengguna Samsung, maybe tak ada masalah sebab manual lebih kurang macam hp Samsung jugak. Tapi bagi pengguna Nokia macam saya, kena usaha lebih sikit untuk faham cara guna hp ni. Masalah hp hang?!!!! Setakat ni belum pernah alami lagi coz saya dah tua tak banyak application yang saya download. Saya cuma download setakat WhatsApp, Line dan game Candy Crush je. Satu masalah besar yang saya hadapi dengan hp ni : CEPAT HABIS BATERI. Boleh dikatakan tiap hari jugak saya kena charge hp. Agak leceh sikit...especially bila travel. Tapi itu la pengorbanan bila nak pakai smartphone.  

Ok la enough bebelan pasal hp. Saya harap En Amri suka hadiah birthday dia tahun ni walaupun tak setanding dan sebesar hadiah birthday yang dia berikan pada saya.  

29 September 2013

Kisah Adik : Dapat Surat Cinta Dari Doktor

Selasa (37 weeks +++) lepas saya pergi jumpa doktor pakar. Masuk kali ni dah 3 kali ulang-alik Klinik O&G Hospital Raja Permaisuri Bainun. Saya tiba around 9.30 pagi (agak lewat). Penat jugak lah menunggu giliran. Tapi tak boleh nak merungut sebab rawatan percuma. Akhirnya around pukul 11.00 pagi, baru dapat jumpa doktor.Check up kali ni doktor tak scan pun. Dia cuma pegang-pegang perut.. Doktor anggarkan berat adik 2.4 ke 2.6 kg. Doktor cakap "Baby kecik !!!!!".Tak apa lah.... Ali lahir dulu pun cuma 2.4 kg. Tapi Alhamdulillah sekarang ni dia membesar dengan jayanya. Sebelum keluar dari ilik doktor, saya dihadiahkan sekeping surat cinta :


Surat Cinta dari Doktor
Huaaaaaaaaaaaaa !!!! Doktor pesan kalau 11/10/2012 belum bersalin lagi, sila datang serah diri di wad bersalin HRPB. Saya baru ingat nak bersalin kat Kampar je..boleh jumpa Ali waktu melawat. Tapi nampak gayanya kali ni terpaksa bersalin kat HRPB jugak. Dan yang paling menakutkan..kalau sebelum 11/10/2012 saya belum bersalin lagi, saya akan di"induce". Ramai yang cakap induce tu sakit. Mampu ke saya tahan? Saya delivered Ali secara normal. Itupun saya rasa sakit macam nak separuh mati. Ini kan pulak kena induce. Boleh ke saya tanggung?!!!!

Sejak dapat surat cinta dari doktor..tidur malam saya tak lena. Banyak benda yang saya fikirkan. Semakin dekat dengan due date saya jadi makin kecut perut. To all readers, please doakan semoga Allah permudahkan proses bersalin adik. Semoga kami berdua selamat.

25 September 2013

WW : Aktiviti Harian Ali Amrsyar

Riadah Pagi : Bekebun bersama kucing
Breakfast
Aktiviti Tengahari : Duit Den Botengkek-tengkek
Aktiviti Petang : Main dengan Atokkkkkk 

21 September 2013

Oh No ..... Stretch Marks !!!!!


Bagi mummy-mummy yang baru bersalin mesti runsing dengan kesan-kesan parut kat bahagian perut. Ye la..kalau dulu perut licin gebu je. Lepas ada baby, terus ada parut-parut yang tak berapa cantik bila dipandang. Kalau boleh nak letak concealar kat situ kan?!!!

Relaks la.... bagi saya stretch marks tu tanda kenangan yang paling indah. Tapi, kalau teruk sangat sampai si suami pun tegur..hurmmmm harus lah do something kan. Rasanya ramai yang dah tau cara nak atasi stretch marks iaitu dengan menggunakan lotion/cream ataupun minyak. Actually, untuk atasi stertch marks baik dimulakan sejak preggy lagi. Biasanya bila perut kita  makin membesar, kulit perut akan makin menegang. Akibatnya kita akan rasa itchy/gatal kat bahagian perut. Kalau boleh nak garu je. Tapi daripada digaru, lebih baik sapukan cream atau minyak supaya rasa gatal tu hilang sikit. Beside hilangkan rasa gatal, cream atau minyak tadi akan halang stertch marks daripada terjadi.

Waktu preggykan Ali Amrsyar, saya tak gunakan spesifik produk untuk atasi stretch marks. Saya guna je mana-mana lotion atau minyak yang sempat saya rembat. Kadang-kadang saya guna lotion Johnson, olive oil Ginvera, baby oil Johnson. Ada masa saya sapu olive oil yang guna untuk masak (ini kes malas nak naik tangga untuk ambik lotion kat bilik. So rembat je la minyak zaiton kat dapur). Hasilnya..... lepas lahirkan Ali Amrsyar, stretch marks tak berapa ada sangat. Bukan nak puji perut sendiri...tapi Alhamdulillah tanda kenangan yang tinggal cuma satu garis nipis yang samar-samar di tengah-tengah perut. Saya sengaja tak nak hilangkan garis tu. Biar la ia jadi tanda kenangan manis my 1st prenancy. Everytime saya dan En Amri terpandang garis tu..kami senyum.


Untuk 2nd pregnancy, saya guna Palmer's Cocoa Butter  : Skin Therapy Oil. Saya beli botol kecik (60 ml). Harga tak sampai RM 10. Saya start guna masa pregnant 6 bulan (sebab masa ni saya dah start itchy), sampai sekarang (9 bulan ++++) ...minyak ni belum habis pakai lagi. Setiap hari lepas mandi saya guna dalam 3 ke 4 titik saja. Berminyak ke tak?!!! Dah nama pun oil...mestilah berminyak sikit (kalau tak nak berminyak guna je la air). Alhamdulillah, rasa itchy hilang dan setakat ni yang ada di perut saya cuma satu garis hitam. Harap-harap lepas bersalin dan kulit perut dah kendur..tak timbul stretch marks yang teruk sangat. 

Ok la...since kandungan dah massuk 36 weeks, doakan semoga Allah permudahkan proses kelahiran anak ke-2 saya. Semoga semuanya selamat...insyaAllah.

p/s : entry ni tak ada kaitan dengan syarikat Palmer's Cocoa Butter.

16 September 2013

Kisah Amrsyar : Besarkan Anak Tanpa Buaian

Selalu kita dengar "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia". Entry kali ni tak ada kena mengena pun dengan pepatah tu. Cuma saya nak berkongsi tips bagi mummy-mummy yang memilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Ali Amrsyar dah setahun sebulan. Alhamdulillah setakat ni (mungkin juga sampai bila-bila) dia belum pernah dimasukkan dalam buaian. Sejak dari lahir sampai sekarang, saya tekad tak nak guna buaian. Masa dalam pantang, saya tidurkan dia disebelah saya supaya senang nak menyusu. Bila masuk 3 bulan, saya tidurkan dia dalam playpen. Tapi tak bertahan lama, sebab malam-malam lepas susukan dia, saya malas nak masukkan dia dalam playpen balik. Sampai sekarang, dia tidur dengan saya atas katil. Kalau Babah dia ada, terpaksa lah kami share 1/2 katil berdua..sebab lagi 1/2 katil dah di"conquer" oleh budak kecik ni. Derita jugak lah.. Sekarang ni saya tengah kumpul duit nak beli katil king size (sila beri sumbangan anda dengan klik pada churp churp dan nuff saya).

Kenapa saya besarkan dia tanpa buaian?

Saya bukan doktor dan tak pandai nak cakap pasal gegaran otak bla bla bla. Actually itu bukan main reason kenapa saya besarkan dia tanpa buaian. Saya tekad tak nak guna buaian sebab saya seorang yang cuai. Sepanjang hidup saya, saya tak pernah ada pengalaman buaikan baby. Jadi bagi saya cara paling selamat untuk tidurkan dia ialah dengan letak dia kat sebelah saya. Puas hati...dapat cium dia banyak kali waktu tidur. Lagipun, hidup saya banyak travel antara Kota Kinabalu - Perak. Bila dalam flight atau dalam bas, Ali Amrsyar tak banyak ragam untuk tidur. 

2 bulan - tidur atas tilam

3 bulan - tidur dalam playpen

1 tahun - tidur kat mana-mana dia nak


Cara untuk tidurkan anak tanpa buaian

Cara saya tidurkan Ali Amrsyar berubah ikut umur dan perkembangan dia.Waktu awal-awal lahir, memang payah sikit. Ada hari berjam-jam jugak la Opah dia menyanyi untuk tidurkan dia. Tapi bila masuk umur 2 bulan, saya cuma perlu dukung dia dibahu sambil goyangkan badan dan nyanyi sikit. Dalam 15 ke 20 minit dia akan tidur. Masuk 4 bulan, lagi senang nak tidurkan dia. Letak je atas tilam...biar dia bergolek-golek (waktu ni Ali Amrsyar dah  boleh menerap dan mengesot).  Bila dah penat dia tidur sendiri.  Sekarang ni (dah setahun sebulan dan boleh jalan), saya bawa dia atas katil....main-main sekejap. Bila dia mengantuk, dia akan baring celah ketiak saya dan saya nyanyi sikit sambil usap kepala dia...then around 15 minit dia akan tertidur. Actually tak susah pun nak tidurkan anak tanpa buaian (kecuali waktu awal-awal lahir). Yang paling penting kita kena faham pola tidur anak kita.

Cabaran besarkan anak tanpa buaian

Banyak jugak la cabaran. Yang paling hebat, cabaran daripada orang sekeliling. Sakit telinga ni dengar orang memerli. Ada yang kata saya nak suruh anak jadi angkasawan la, nak bagi anak genius la, dan yanng paling teruk..ada yang cakap nanti suami saya cari isteri baru sebab saya tak ada masa nak masak dan layan suami (tolong la jangan doakan yang bukan-bukan). Haiiihhh... payah !!!! Saya diam je. Tapi dalam hati menjawab jugak "Anak aku, laki aku..suka hati aku". Pernah jugak saya bertegas dengan mak cik saya bila dia nak masukkan Ali Amrsyar dalam buaian. Bagi saya, bila dah jadi mak orang, ada masanya kita kena berani lawan cakap orang tua (sorry bukan nak jadi derhaka).

Cabaran lain...hurmmmm penat lebih sikit. Yang saya dengar, baby kalau ditidurkan dalam buaian, dia akan tidur cepat dan lebih lama. So, mummy-mummy akan ada lebih masa untuk berehat atau buat kerja lain. Tapi, saya tak macam tu. Ali Amrsyar tidur siang sekejap je. Dalam sejam atau dua jam. Yang selebihnya, dia nak bermain. Penat jugak saya melayan kerenah dia. Tapi bila masuk pukul 8 malam, dia akan tidur sampai esok pagi (antara tu dia cuma bangun 2 kali mintak susu).

Itu saja ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Samada kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian atau dengan buaian, itu terletak pada cara kehidupan kita. Bagi mummy-mummy yang housewife macam saya, banyak masa yang terluang dengan anak-anak. Jadi boleh la kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Tapi bagi mummy-mummy yang bekerja, keadaan mungkin berbeza dan buaian merupakan satu alternatif terbaik. Tak kesah cara apa pun kita pilih, asalkan anak kita dapat tidur dan membesar dengan sihat.