14 October 2015

Happy Birthday Babah !!!!! Happy Birthday Adik !!!!!

Salam Maal Hijrah
Bulan 7 dan 8 yang lepas kita celebrated Birthday Ali dan Mama..now..turn Adik dan Babah pulak. Bagi yang belum tahu...Adik dan Babah share hari lahir yang sama iaitu 11 Oktober. Agak kelakar jugak bila ingat balik detik kelahiran Adik. Time tu En Amri sangat mengharap Adik lahir pada hari jadi dia walaupun date saya akan di'induce'kan ialah pada 12 Oktober. Akhirnya Adik pilih untuk keluar cara normal pada 11 malam 11 Oktober. Suka sangat Babah time tu..ada kawan untuk celebrate birthday setiap tahun. 


As usual..Babah tak ada dengan kami untuk celebrate birthday. Jadi..kami cuma buat small celebration untuk Adik. Beli sebiji kek saja. Bagi sepotong untuk Adik dan Ali hancurkan (actually Mama bagi suruh makan..tapi budak berdua ni kurang gemar kek). Hadiah birthday pun Mama tak beli. Saja tak nak biasakan dari kecik. Takut anak-anak jadi macam cousin Harry Potter si Dudley Dursley...tiap tahun hadiah birthday mesti lebih dari tahun sebelumnya. So..no hadiah birthday for my children. Saya nak mereka membesar dengan set dalam otak kalau ada hadiah birthday..itu satu bonus. Kalau tak ada pun....tak apa.


Ok..enough membebel (Mama ni kalau tak membebel memang tak sah. Dekat rumah membebel..dalam alam maya pun nak membebel jugak). Kita cerita pasal perkembangan Adik 2 tahun. Well...saya rasa Adik sama macam budak 2 tahun yang lain. Suka main, tengok Upin Ipin, manja...overall Adik normal. Cuma Adik masih belum boleh cakap dengan lancar. Mostly she still using baby language. Saya tak bimbang sangat since Ali dulu pun lambat jugak bercakap. Tapi sekarang...huhuhuhu..menangis Mama nak layan. Adik suka ais krim. Ini kena salahkan Babah sebab Babah yang start ajar Adik makan aiskrim. Setiap hari mesti Adik mintak 1 kon aiskrim mini Cornetto. Nasib 1 box (12 kon) baru RM10. Kalau Adik suka Magnum...pokai Mama. Huhuhu...apa-apa saja untuk anak-anak. Saya kerja keras pun untuk mereka. Bab nakal...yes...she a little bit naughty macam Ali. Apa yang Ali buat, Adik akan ikut. Sometime saya dengar Opah membebel dekat Adik sebab Adik tak macam perempuan. Doll tak nak main..Adik lagi suka Ultraman. Masak-masak pun tak layan...Adik lagi suka memanjat. 1 more thing saya perasan Adik suka kucing. Berbeza sikit dengan Ali (yang suka buli kucing), Adik lebih lemah lembut dengan kucing. Adik suka belai, cium dan tido peluk kucing especially si Mot. And for my surprise...kucing pun suka dekat Adik. Mungkin Adik serasi dengan binatang. Tak apa lah...besar nanti boleh jadi veteriner. Mulia kerja tu..

Itu saja cerita pasal tuan puteri kesayangan Mama ni. Mama doakan Adik membesar jadi muslimah sejati. Semoga Allah sentiasa lindungi dan rahmati anak manja Mama. InsyaAllah Mama akan cuba tunjuk tauladan yang baik untuk Adik ikuti. 

For Babah : Happy 31th Birthday By. Semoga Allah makbulkan doa kita untuk jalani kehidupan macam pasangan suami isteri yang lain. I will always right here waiting for you.

6 comments:

  1. Happy birthday adik..salam maal hijrah 1437..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillh
    happy belated besday adik n babah
    bestnya dpt anak sama besday kan..

    mcm saya last year, pon doa2 mana tau rania nak kluaq sama besday dgn ayah dia.. tapi allah maha mengetahui mna yg terbaik

    in shaa allah. akak pasti lps ni dpt duduuk sebumbung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la jugak..tapi bt masa ni sayu jugak lah sebab bila celebrate birthday adik..tapi babah x ada.rasa tak complete
      insyaAllah..kami dlm proses nk tinggal serumah.semoga Allah permudahkan dan percepatkan niat kami

      Delete
  3. Hepi besday both of you.....semoga lebih maju da berjaya....amnnnn

    ReplyDelete