15 November 2016
Kisah Amrsyar : Abam Bomba Kesayangan Mama
01 November 2016
Happy Birthday Adik !!!! Happy Birthday Babah !!!
09 October 2016
Kisah Amrsyar : Promosi Personal Pizza Domino's
Mula-mula tu rasa tak caya. Sebab kat iklan TV tu ada tanda *. Biasanya iklan yang bertanda * ni ada syarat-syarat tersembunyi. Untuk kesahihan iklan tu Mama pun ke Domino's terdekat. Kebetulan Abang Ali memang perut western. Kalau bagi pizza or spaghetti...laju jer. Tapi kalau bagi nasi...aduhai buka mulut macam mulut ikan...kecik je. Masa pergi tu..saya order chicken peperoni pizza. Cashier cuma tanya nak tambah cheese ke tak. Tak da tanya nak pizza jenis apa...so tak yah la nak ngada-ngada nak pizza nipis ikut tekak korang. Huhuhu...RM 5.90 je kot...tak payah demand lebih-lebih. Lepas order...memang saya cuma perlu bayar RM 5.90 sahaja. So memang betul lah iklan tu.
Balik rumah...makan...ok lah. Rasa pizza masih sama..tak ada jadi kurang sedap sebab harga dah jadi lagi murah. Topping pun OK... Tapi personal pizza ni saiznya memang kecik....cukup lah untuk dinner Ali dan Adik. Kalau Mama dan Babah nak tumpang sama maybe kena order lagi 2 pizza....baru kenyang.
So bagi yang berminat nak order...boleh lah ke Domino's yang terdekat. Saya pun ingat esok time lunch nak ke Domino's lagi. Sekali sekala ubah selera...tengahari kita makan pizza pulak.
29 September 2016
Kisah Mama : Produk Review - Garnier Micellar Cleansing Water
Kisah Mama lagi. Lately angin nak mengupdate pasal anak-anak dah berkurang. Banyak citer pasal Mama je kan. Entry kali ni nak share pengalaman saya guna produk pulak. Saja je dah tak tau nak update apa kat blog.
Kalau cerita pasal make up remover, saya dah pernah guna macam-macam jenis. Dari yang wet tisu, oil, lotion sampai yang tengah hot sekarang ni...water base. Actually saya bukan jenis yang heavy make up..cuma tempek lotion, compact powder, eye brow dan lipstick. Kalau rajin sikit...letak la blusher. Orang kata make up sekadar yang perlu saja sebab saya kerja hadap public jadi kureng seswai kalau muka nampak pucat sangat. Biasanya saya guna wet tisu brand Daiso untuk cuci make up. Tapi baru-baru ni saya tersambar make up remover water base jenama Garnier (mintak ampun suamiku...saya tak sengaja).
Setakat yang saya guna ni....ok saya suka dan saya syorkan. Saya tuang make up remover pada kapas dan lap kat muka. Tak payah nak tonyoh bagai... Make up senang je tanggal. Lepas cuci kulit rasa tak berminyak atau kering. Rasa macam baru lepas cuci muka dengan air. Hebat betul teknologi sekarang..make up remover pun dah berinovasi.
Actually ada jugak brand lain yang keluarkan make up remover jenis macam ni. Tapi setakat ni..ini lah yang paling murah. Kalau beli time offer 1 botol kecik (125 ml) ni RM 9.90. Time saya beli RM 14++..beli kat Watson. Minggu seterusnya saya pegi Watson lagi...dah turun harga jadi RM 9.90. Aiyaaaaa !!!! Manyak rugi lorrrr...
26 September 2016
Kisah Mama : Classix 253 Cafe
Classix 253...pernah try makan kat sini tak? Cafe ni salah satu cafe hipster yang agak popular kat Ipoh. Saya dan En Amr dah lama tau pasal cafe ni tapi tak jumpa lokasinya. Ahad lepas kebutulan lalu depan Stadium Hoki...tiba-tiba ternampak cafe ni. Laaaaa......senang je pun nak cari. Rasanya cafe ni ada cawangan yang lain. Tapi yang paling senang nak cari kat sini lah...berdekatan stadium hoki..shop lot kat sebelah Petronas.
Deko dalam cafe memang ala hipster...ada mesin jahit, tv, almari lama.. Tapi saya dan En Amr pilih untuk makan kat luar kedai....saja nak makan sambil ambik angin luar. Masa dapat menu tu..baru lah saya tau kenapa Classix 253 ni special berbanding cafe hipster yang lain. Sebabnya kat sini ada Happy Hour. Happy Hour start dari pukul 5 pm hingga 7 pm setiap hari. Time happy hour ni ada set kombo yang harganya boleh tahan. Antara set yang saya ingat burger bakar -RM 5.50, Chicken Chop - RM 5.50, Spaghetti Bolognese - RM 5.50 dan nasi ayam - RM 5.50. Murahkan....banyak pilihan pulak tu. En Amr order set burger bakar dan saya order set mix platter (ada lamb + fish + chicken ) -RM 15.00 ++. Air boleh refill. So..memang berbaloi sangat.
Kedua-dua set yang kami order tu not bad. Patty burger memang home made...tak terlalu kering..saiz pun sedang-sedang je. Rasa pun tak de liat or keras sangat. Kalau nak compare dengan harga RM 5.50 tu...rasanya memang berbaloi sangat. Mix platter pun ok..saya makan lamb dan fish yang ayam nya big boss makan. Daging lamb tak liat..gravy sos pun pekat. Cuma ikan tu saya rasa masin sikit. Huhuhuhu....but small matter.
Overall kami puas hati dengan harga dan rasa makanan di Classix 253 dan comfirm datang lagi. Bagi yang tengah poket bocor tapi teringin nak makan menu yang sedap-sedap...saya syorkan anda ke sini time happy hour. Rasa sedap...poket selamat.
22 September 2016
Kisah Mama : Aeon Midtown Falim
09 September 2016
Kisah Amrsyar : Hari Sukan
28 August 2016
Padang Polo Ipoh Perak
11 August 2016
Happy Birthday Ali !! Happy Birthday Mama !!!
Malam sebelum birthday Ali, saya buatkan dia kek. Sepatutnya kek ni jadi Red Valvet Cake..tapi tah kat mana silapnya...walaupun dah letak red coloring..kek ni still tak nak jadi merah..dia nak jadi coklat. Huhuhuhu....boleh lah...asalkan kek jadi kek. Kek ni saya bawa ke PASTI, laku jugak lah...budak-budak...bagi lah kek apapun...semuanya sedap. Untuk sambutan birthday Ali, opah Tipah sediakan "bantuan"/goodies bag...opah Dah pulak sediakan mee goreng. Jamuan kat PASTI memang meriah. Rasa macam makanan yang kami sediakan tak banyak dan budak-budak ramai...tapi entah lah...makanan cukup. Betul lah kata Muallimah...alhamdulillah rezeki anak-anak PASTI ni sentiasa cukup.
17 July 2016
Kisah Mama : Selamat Hari Raya 2016
12 June 2016
Kisah Mama : Raya Preparation - Baju Raya Family
13 May 2016
Kisah Mama : Raya Preparation - Jahit Baju Kurung Adik
So..dengan semangat bekobar-kobarnya saya beli kain di Kamdar. Saya minta mak cik potongkan kain. Kalau saya yang potong agaknya baju Adik jadi lebar sebelah. Setakat ni saya baru cantumkan bahagian pesak dengan baju. Itupun dah salah..kena tetas balik. Huhuhu.... Nasib kat ofis ada kawan yang berilmu sikit bab jahit baju ni. So ada lah tempat merujuk.
Doakan semoga baju kurung Adik menjadi. Kalau tak jadi...nampak gayanyer Adik beraya pakai baju ready made jer lah. Huhuhu...InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan saya cadang nak belajar jahit baju. Setakat pandai jahit baju dan langsir untuk diri sendiri dan family pun dah cukup. Huhuhu...doakan yer...
04 May 2016
Kisah Mama : Cuti Oh Cuti
26 April 2016
Kisah Amrsyar : Moody Week
Hari Sabtu, saya bawa Ali dan Adik ke playground. Kami pergi time pagi-pagi...tak panas sangat. Seronok bila tengok Ali berlari kejar burung. Rasa macam..this is my Ali...Ali yang ceria dan cergas. Sebagai Mama Ali, saya kenal dia. Kalau dia duduk senyap diam je....saya tau...mesti ada yang tak kena dengan Ali. Ingatkan kita jer stress dengan ofis..rupanya budak-budak pun boleh stress dengan sekolah. Sabar jela yer Ali...kita doakan budak yang suka kacau Ali tu jadi baik.
Itu saja story weekend ni. Harap-harap Ali dah tak moody lagi lepas ni dah ye...
21 April 2016
Kisah Mama : Chocolate Cupcake With Nutella Topping
30 March 2016
Kisah Amrsyar dan Adik : Tengok BoiBoiBoi
After almost 1 month BoiBoiBoi The Movie ditayangkan, baru saya bawa Ali dan Adik tengok. Actually bukan tak nak bawa masa awal-awal ditayangkan, tapi malas nak berebut. Lagipun saya tak pernah bawa Ali dan Adik tengok wayang. Ini first time.. So memang comfirm akan banyak kerenah.
Saya pilih hari Ahad untuk bawa anak-anak. Alhamdulillah panggung tak berapa penuh. Kami masuk lewat sikit. Masa tu movie dah start. Mula-mula Ali dan Adik tak nak masuk..mungkin takut sebab gelap. Jenuh Mama pujuk..budak berdua ni tetap tak nak. Tapi bila saya buka pintu dan budak-budak ni dengar suara PapaZola dan Boiboiboi...pelan-pelan Ali dan Adik masuk. Dah masuk..terus duduk. Ali tengok penuh khusyuk..sampai popcorn pun Mama kena suapkan. Adik pulak excited sampai terjerit..especially bila tiba part yang mendebarkan. Ada sekali tu part yang Gopal terjatuh dari tempat tinggi, Adik jerit panggi "Palllllllll" . Alahai Adik....tengok dengan penuh perasaan. Bila tiba part yang Ochobot almost mati dan Boiboiboi dah nak kalah, Ali ajak saya balik. Huhuhu...tak boleh terima le tu superhero dia kalah. Saya suruh Ali tunggu sekejap. Then bila Boiboiboi dah jadi kuasa 5, sengaja saya ajak dia balik. Dia just geleng sambil mata tak lari dari skrin. Macam-macam gelagat anak-anak Mama.
Overall, movie Boiboiboi ni memang tak boring. Ada part sedih yang boleh buat kita sebak and bila tiba part lawan tu...memang syok tengok. Dari awal sampai habis memang best...dijamin tak kan tertido. Tapi sebab saya kena suap popcorn ke mulut Ali dan Adik...so saya cuma dapat bagi 80% jer perhatian. Ok lah tu...
So misi kali ini berjaya. Next time Mama bawa Ali dan Adik tengok movie Ironman v/s Captain America ( tah apa nama movie dia ).
27 February 2016
Kisah Mama : Hasil Setia Bersama Drypers
Bagi mummy-mummy yang guna Drypers untuk anak dan belum join Drypers Club..cepat join sebelum terlambat. Memang berbaloi-baloiii..
18 February 2016
Kisah Amrsyar Dan Adik : Short Escape Kota Kinabalu
Perdana Park, Tanjung Aru
Since Ali dan Adik sangat suka playground, jadi MamaBabah bawa budak berdua ni ke Perdana Park di Tanjung Aru. Sebelum jadi MamaBabah, kami pernah ke sini sekali. Masa tu tak ada feel pun dengan tempat ni (since kami berdua bukan kaki jogging..kami lagi suka buat taik mata kat rumah). Tapi time tu dah pasang angan-angan, one day bila ada anak..insyaAllah tempat ni akan jadi tempat pilihan untuk bagi anak kami main time petang. Alhamdulillah...dapat jugak realisasikan angan-angan tu. Ali dan Adik pun suka sangat....boleh lari bebas.
Lok Kawi Wild Life Park
Lok Kawi Wild Life Park ni macam zoo sebenarnya. Nak masuk kena bayaran.. Rm 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Zoo ni agak luas tapi jangan risau sebab perkhidmatan tren disediakan. Jadi kalau rasa malas nak berjalan boleh ambik tren..cuma kena bayar. Kami pilih untuk jalan kaki saja sebab nak bagi Ali dan Adik betul-betul enjoy tengok binatang kat sini. Banyakjuga binatang yang ada macam bear, harimau, gajah, monyet pelbagai spesis, rusa dan of course lah...orang hutan. Tempat yang bagus untuk anak-anak belajar kenal binatang
Aquarium & Marine Museum, UMS
Tempat ni kat dalam UMS, jadi kalau nak pergi kena tinggalkan lesen memandu di pintu masuk UMS. Nanti polis bantuan kat sana akan bagi pas masuk. Kawasan dalam UMS ni luas, jadi kena drive slow-slow supaya boleh tengok sign board. Since MamaBabah cuma pernah ke sini sekali saja, jadi MamaBabah pun ingat-ingat lupa. Masa kami pergi parking tak ada masalah..cuma kena jalan jauh sikit. Entry fee cuma RM 5 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Keadaan kat dalam agak gelap dan hurmmmm....kecik. Tak banyak sangat aquarium yang ada. Kami tak ambik masa lama pun untuk explore tempat ni..tak sampai setengah jam..dah habis jalan. Ali dan Adik excited tengok ikan besar dan penyu. Barang pameran yang lain tu budak bedua ni tak hirau sangat. Budak-budak....
Itu saja tempat yang MamaBabah bawak Ali dan Adik jalan sepanjang 4 hari 3 malam di KK. InsyaAllah next time kalau ada rezeki kita datang Sabah lagi MamaBabah bawa Ali dan Adik jalan jauh sikit. Apapun saya dan hubbie puas hati dengan holiday kami kali ni. Matlamat kami nak spend quality times dengan anak-anak tercapai jugak. Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah untuk moment-moment indah ni.
31 January 2016
Kisah Amrsyar Dan Adik : Tips Bawa Anak-Anak Naik Flight
Mula-mula saya plan nak bawa Adik saja. Rasa tak mampu nak handle dua orang anak dalam flight. Tapi bila tengok Ali, kesian la pulak. Tak apa lah....penat sikit asalkan Ali dan Adik happy. Perjalanan dari KLIA2 ke KK ambik masa 2 jam 30 min. Memang agak challenging. Kalau saya travel sorang...memang saya jenis yang suka tido..sedar-sedar dah nak touch down. Sometime cabin crew yang kejut suruh saya betulkan seat. Dah jadi habbit suka tido dalam flight. Tapi bila travel dengan anak-anak....hurmmmmm...nak lelap mata seminit pun tak dapat. Kalau dua beradik ni tido pun saya tak boleh lelap. Takut orang curi anak. Terbayang cerita Flight Plan. Huhuhuhu...haru sungguh la Mama korang ni.
Sampai KK, Babah dah tunggu kami di airport terminal 1. Lega rasanya bila dah jumpa Babah. Malam tu memang saya tido tak sedar diri. Tugas buat susu Ali dan Adik saya serah bulat-bulat pada En Amri. Mama nak kena recharge balik tenaga.
Sebagai penutup entry, saya share tips untuk bawa anak-anak peringkat toddler travel by flight.
1. Bawa air/gula-gula or anything yang anak-anak boleh hisap time flight nak take off dan touch down. Since Ali dan Adik tak suka lollipop dan segala jenis gula-gula yang lain, so Mama bagi budak bedua ni minum Ribena dan Milo kotak. Time ni jer boleh minum...itu pun sebab Mama desperate nak suruh Ali dan Adik minum untuk hilangkan degung kat dalam telinga. Tapi saya lebih tumpukan pada Adik...since ini first time Adik naik flight. Ali dah pandai telan air liur sendiri bila rasa telinga dia berdengung.
2. Bawa anak-anak pergi toilet sebelum masuk flight. Suruh anak-anak buang apa yang mereka nak buang sebab toilet dalam flight agak sempit. Sebelum naik flight dari KKIA ke KLIA2, Ali dah "membuang" di toilet airport. Tapi tak tau la kenapa bila dalam flight, perut dia memulas lagi. So, saya pun terpaksa bawa Ali dan Adik masuk toilet sekali. Bayangkan la dalam toilet yang sempit dengan kami 3 beranak. Adik peluk kaki saya while tangan saya pegang Ali. Tunggu punya tunggu...Ali tak nak jugak membuang. Saya ignore ketukkan dari penumpang lain yang nak guna toilet. Terpaksa jadi selfish sekejap. At last, Ali tak nak membuang..mungkin toilet flight sangat tak selesa. Masa keluar dari toilet, cabin crew tegur sepatutnya dalam toilet maksimum boleh masuk cuma 2 orang saja sebab incase jadi emergency..cuma ada 2 oxygen mask dalam toilet tu. Ok lah...Mama take note. But next time kalau travel bertiga saja..memang tak kan pergi toilet.
3. Bawa toys atau apa-apa bahan entertainment untuk anak-anak. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang rasa boring..bayangkan anak-anak kita yang masih kecik. So, bawa la apa saja bahan entertainment. Since saya tak berapa expose Ali dan Adik pada any gadget, so saya lebih suka bawa play-doh, buku cerita, buku warna dan pensil warna.
4. Pakaikan anak-anak dengan baju yang paling selesa. Biar tak berapa nak bergaya asalkan anak-anak kita tak terseksa. Keadaan dalam flight memang tak selesa..kerusi agak sempit dan kawasan pergerakkan agak terhad. Jadi pastikan anak-anak berada dalam keadaan seselesa yang mungkin.
5. Sebelum travel, timba sikit ilmu pasal kapal terbang. Budak seusia Ali memang sangat suka bertanya. Bila kapal terbang nak take off banyak soalan dia. Nasib baik Mama ada belajar ilmu fizik sikit-sikit...boleh la jugak Mama terangkan. Bila dia tanya lebih-lebih, saya suruh tanya pada Babah dia sebab Babah dia lagi expert bab fizik.
Itu saja tips yang saya boleh kongsikan. Lain orang, lain pengalaman. Anyways paling penting kita kena alert keadaan anak-anak.
21 January 2016
Kisah Amrsyar : Masuk Sekolah
So start 4hb Jan 2016, Ali dah bergelar anak PASTI. First day hantar Ali ke PASTI, saya ambil cuti. Dah tau mesti budak ni meragam. Saya cuba tinggal dia di PASTI bersama muallimah-muallimah. Tapi tak berjaya. Ali tak mau langsung berenggang dengan saya. Sudahnya saya tipu dia cakap nak pergi ambil buku dia tertinggal di office. Dia termakan la jugak...saya tinggal dia dalam 45 minit sebab ada urusan di bank. Bila saya return ke PASTI, saya tengok Ali menangis di pintu. Siap pegang beg lagi. Saya keraskan hati suruh dia tunggu sampai waktu balik baru saya datang ambik.
2nd day - saya hantar Ali...lagi teruk dia buat perangai. Dari rumah dia cakap tak nak pergi PASTI. Pujuk punya pujuk...alhamdulillah...dia nak jugak ke PASTI. Sampai di sana, Ali menangis sambil peluk saya. 2 orang muallimah terpaksa tarik dia. Muallimah tarik tangan..Ali peluk saya dengan kaki. Dramatik sungguh. Macam hari pertama, saya keraskan hati tinggalkan dia disitu. Dari gambar-gambar yang muallimah hantar digroup wassap, saya nampak Ali duduk di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Muallimah cakap pada Opah yang Ali siap minta kerusi sebab kaki dia dah lengguh berdiri tunggu Mama ditingkap. Huhuhuhu...adoi la hero Mama ni....banyak sungguh kerenah dia.
3rd day - sama macam 2nd day Ali still menangis. Berlaku jugak drama muallimah kena tarik dia dari saya. Dan dia still tunggu saya di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Ali masih lagi menangis especially bila tiba time nak balik.
Hari ke-4 dan ke-5 - Ali still menangis bila saya hantar ke PASTI.. tapi muallimah cakap dia nangis sekejap saja. Bila dah lama, dia stop nangis. Tapi Ali still duduk di tingkap tunggu saya. Masih belum berminat untuk belajar atau bergaul dengan kawan.
Masuk minggu ke-2, Ali dah OK bila saya hantar dia ke PASTI. Dia dah tak menangis. Cuma lepas masuk dalam sekolah, dia minta pada muallimah nak tengok kereta Mama keluar. Time sekolah pun dia dah stop menangis. Ali dah mula nak bergaul dengan budak lain especially gegirl. Tapi dia masih belum minat nak belajar. Tak apalah...En Amri nasihatkan saya supaya jangan paksa dia dan bagi dia masa. InsyaAllah lama-lama dia akan berminat nak belajar.
Minggu ni ialah munggu ke-3 Ali ke PASTI. Walaupun Ali tak menunjukkam minat nak belajar, tapi sebenarnya dia belajar. Saya sedar bila Ali ajak Adik main solat. Terkejut saya bila dia dah mula pandai angkat takbir, rukuk dan sujud. Hurmmmm...sebelum ni dia ada jugak ikut saya solat...tapi selalunya tak betul. Hari ni time nak mandikan dia, saya ternampak dia berwudhu'. SubhanAllah....sejuk sungguh hati saya. Alhamdulillah...
Bila saya cerita pada ofismate pasal kesukaran nak hantar Ali ke PASTI, ada yang suruh saya minta Atok yang hantarkan Ali. Well hurmmmmm....saya kurang setuju. Bagi saya Ali anak saya. Ini saat-saat sukar untuk Ali dan saya nak berada disisi dia. Saya nak dia ingat memori ni. Saya nak dia ingat yang saya ada dengan dia masa 1st day dia ke sekolah. Honestly saya sendiri ingat sampai sekarang memori hari pertama saya di sekolah.Huhuhuhu...saya ingat saya selalu tengok tingkap takut Atok tinggalkan saya.
Dan ada jugak ofismate yang suggest saya paksa dan berkeras dengan Ali. Adoi la....memang suara saya selalu lantang dengan anak-anak..tapi saya tak suka paksa dan berkeras dengan Ali. Bagi saya, budak-budak ni lagi kita berkeras..lagi keras dia jadi. Selagi boleh pujuk Ali, saya akan pujuk biarpun air liur dah kering.Setakat ni Alhamdulillah..Ali nak dengar cakap saya bila dipujuk.
Dah panjang saya menaip..next entry kita cerita pasal tips untuk first time hantar anak ke sekolah. Alhamdulillah...after 3 weeks amalkan tips-tips tersebut, saya nampak perubahan Ali. Ali lebih berminat nak ke sekolah. Doakan semoga imam kecik Mama ni akan terang hatimya untuk terima ilmu. InsyaAllah bila besar nanti dapat tolong ramai makhluk-makhluk Allah....Aminnnnn...
Sebagai penutup entry, saya belanja gambar Ali menangis dekat tingkap dan gambar Ali tunggu Mama di tingkap. Bila Ali besar nanti, mesti dia ketawa besar tengok gambar ni kan...
01 January 2016
Selamat Datang 2016
Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita untuk bertemu dengan tahun 2016. Terasa bersyukur sangat kerana Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk harungi 2015 yang penuh cabaran dan dugaan. Rasanya sepanjang kehidupan ini, tahun 2015 saya diduga dengan begitu berat, baik dari segi kesihatan mahupun kekeluargaan. Sungguh...ada masa saya rasa macam dah tak mampu nak teruskan hidup...tapi saya tetap bersyukur kerana Allah amanahkan saya 2 anugerah yang jadi sumber kekuatan saya. Bila tengok muka Ali dan Adik....dugaan besar mana pun...insyaAllah saya akan hadapi. Walaupun sedih, saya cuba fikir positif...Allah Maha Mengtahui. Saya yakin perancangan Allah itu yang terbaik dan insyaAllah ada Nur dihujung dugaan ini.