29 October 2013

Kisah Adik : Adik Dah Botak

Tepat umur adik 10 hari, tali pusat adik dah jatuh.Alhamdulillah...senang sikit mama nak dukung dan uruskan adik. Kebetulan masa tali pusat adik jatuh, MIL datang rumah 3 hari untuk urut saya...jadi MIL pun cukur sekali rambut adik. Senang....sekali harung !!!!

Actually En Amri tak berapa nak benarkan rambut adik dicukur, tapi setelah kena berleter dengan mak sendiri...dia redha je. Sayang jugak bila tengok rambut lebat adik kena cukur. Tapi tak pe la..harap-harap lepas cukur, rambut adik akan bertambah lebat lagi.


So, sekarang adik dah tak secomel dulu sebab ADIK DAH BOTAK. Mak su Nana cakap adik macam alien dalam movie Alien Vs Predator. Si abang Ali pulak, asyik usap kepala adik. Dia suka kot bila rasa rambut adik yang tajam-tajam tu. Tapi tak ape la..tunggu la dua tiga minggu lagi, bila rambut adik dah tumbuh..confirm adik jadi secomel dulu. Lepas ni boleh la mama pakaikan adik hair band. Tak sabar nak tunggu adik besor dan ikat rambut adik dengan macam-macam jenis reben. Harap-harap adik ikut perangai saya masa kecik-kecik dulu suka bergaya. Hihihi..kesian ko nak... dapat mak cenggini. 

24 October 2013

Kisah Adik : Cerita Kelahiran Adik

Lamanya tak berblogging. Sejak ada baby, payah sikit nak mencari masa nak update blog. Entry ni pun ambik masa berhari-hari untuk di"publish"kan. Kali ni saya nak penuhi janji yang lepas..nak share cerita pasal proses kelahiran adik.  

Since saya pregnantkan adik dengan GDM (senang cakap kencing manis), sehari sebelum due date (12 Oct 2013), saya dengan segala hormatnya pergi menyerah diri ke HRPB

11 Oct 2013 - Jumaat

10:00 - Bertolak ke HRPB. Sedey sangat nak tinggalkan Ali Amrsyar kat rumah. Sepanjang perjalanan saya asyik mengadu kat En Amri takut kena induce masa nak bersalin. En Amri suruh relaks (macam la dia pernah kena induce bersalin).

11:30 - Singgah Restoran Fauziah..isi perut dengan nasi ayam sebelum serah diri.

13:00 - Serah diri di wad bersalin HRPB.

14:00 - Doktor datang ambik darah dan interview sikit.

14:30 - Doktor datang lagi. Doktor mintak saya tandatangan borang kebenaran untuk bersalin secara induce/czer. Sebelum tandatangan, berkali-kali saya baca prosedur dan risiko induce. Rasa macam tak nak tandatangan pun ada. Saya mintak penerangan doktor pasal prosedur yang akan dijalankan. Dari penerangan doktor, saya faham yang ada 4 cara yang mereka akan cuba.

Cara pertama - Doktor akan check bukaan serviks. If bukaan serviks dah capai 3 cm, doktor akan tolong besarkan bukaan secara manual. Then, kena tunggu sekiranya ada contraction dan baby nak keluar secara normal.

Cara ke-2 -  Kalau cara pertama tak berjaya (baby sttill tak nak keluar cara normal), esoknya (12 oct 2013), doktor akan mulakan prosedur induce. Doktor akan pecahkan air ketuban dan masukkan hormon oxytocin melalui tangan. Hormon ni akan buat rahim menbesar dan pintu serviks akan terbuka. Dari penerangan doktor, bila rahim membesar, patient akan alami sakit contraction. Berapa lama sakit? Ada yang sekejap dan ada yang lama. Tapi doktor akan pantau. Kalau patient sakit sangat, ubat akan dihentikan.

Cara ke-3 - Kalau dah lalui cara ke-2 pun pintu serviks tak mau buka jugak. Doktor akan induce dengan cara prostaglandin iaitu ubat akan dimasukkan ke dalam faraj untuk membantu pintu serviks terbuka. Kalau ubat pertama tak berjaya, doktor akan masukkan ubat ke-2 dan kalau ubat ke-2 pun tak jalan..doktor akan masukkan ubat ke-3. Kalau ubat ke-3 pun tak jalan.....doktor akan pergi ke cara ke-4.

Cara ke-4 - Tolak masuk ke bilik bedah. Dah masuk bilik bedah..faham-faham sendiri la apa doktor akan buat. Kena Czer la jawabnya.

Lepas doktor terangkan, terbayang-bayang kesakitan yang saya akan rasai. Agaknya adik nak keluar cara mana satu la yer. Doktor pesan untuk mintak suami tandatangan borang yang sama bila masa melawat nanti. Lepas doktor blah, saya call En Amri...menangis tak mau kena induce. Siap buat plan nak lari dari wad lagi. En Amri macam biasa la..suruh relaks dan tawakkal. Dia cakap kalau lari pun..saya tetap kena bersalinkan adik...tetap akan sakit jugak.

15:00 - Doktor check bukaan serviks. Alhamdulillah...dah buka 3 cm. Doktor tolong besarkan bukaaan secara manual (hazab gila waktu ni).

18:00 - En Amri datang melawat. Saya dah mula rasa contraction yang manja-manja. Saya suruh En Amri balik Kampar tengok Ali Amrsyar and then datang balik teman saya kat hospital sebab saya rasa macam akan bersalin malam tu jugak.

20:00 - En Amri datang balik ke hospital. Contraction makin kuat. Nurse check CTG...dalam 10 minit ada la 2 kali contraction. Nurse suruh sabar dulu.

22:15 - Contraction makin kuat. Darah dah turun sikit. Nurse check CTG kali ke-2..dalam 10 minit ada 3 ke 4 contraction. Doktor check bukaan serviks..dah 4 cm. Doktor mintak nurse call labour room untuk preparation, TAPI.........LABOUR ROOM PENUH. Ya Allah !!! Boleh la pulak hospital tak cukup labour room. Sister yang cuba tenangkan saya cakap, they will keep calling labour room, tapi kalau terpaksa...saya kena bersalin di wad. Dalam hati geram jugak..tapi dah sakit sangat..tak kesah la bersalin kat mana pun. Asalkan selamat.

22:30 : Alhamdulillah..akhirnya ada bilik kosong di labour room. Nurse tolak saya ke labour room. Waktu ni dah rasa nak meneran. Nurse suruh saya tahan dulu..tapi ada aku kesah. Saya jamin kalau nurse tu ada kat tempat saya pun dia tak akan tahan. Saya minta nurse panggilkan En Amri yang ada kat ruang menunggu.

22.45: Doktor pecahkan air ketuban. Saya mula meneran. Rasanya lepas 3 kali teran, terasa kepala adik keluar. Saya teran sekali lagi untuk keluarkan seluruh kepala adik. Then, saya teran untuk kali yang terakhir untuk keluarkan badan adik.

23:06 : Adik selamat dilahirkan. Doktor letak adik atas dada saya. Rasa hilang sakit tadi. Kemudian, nurse datang ambik adik dan doktor keluarkan uri dan jahit luka. Kaki dah mula terketar-ketar. Lepas habis jahit, saya dibiarkan sorang diri di labour room. Tertunggu-tunggu juga kalau ada nurse offer air or milo macam waktu bersalinkan Ali Amrsyar dulu. Tapi hampeh tak ada...tekak dah perit sangat masa ni. Saya call En Amri cakap dah selamat bersalin. Dia ada kat ruang menunggu. En Amri terkejut sangat sebab dia tertunggu-tunggu nurse panggil dia untuk temankan saya dalam labour room. Tapi dah ditakdirkan tak ada rezeki dia untuk tengok adik keluar. Sabar je la...

00:36 : Nurse tolak saya dan adik masuk ke wad. Kami jumpa En Amri kat ruang menunggu. Sampai di wad, En Amri azan dan iqamatkan adik. Nurse suruh En Amri belikan saya makanan sebab tenaga saya dah hilang banyak waktu meneran adik. Disebabkan saya masih rasa loya, saya suruh En Amri belikan milo sekotak dan roti. Tak lalu nak telan nasi.

Rasanya cukup kot kronologi saya bersalinkan adik. Esoknya 12 Oct 2013 pukul 6 petang saya dan adik dah keluar wad. Kenapa lewat?!!! Sebab adik muntah cecair warna coklat. Doktor syak mungkin adik tertelan sedikit air ketuban sebab kes labour room penuh. Walaupun pengalaman lahirkan anak ke 2 di HRPB tak seindah pengalaman lahirkan anak pertama, saya tetap bersyukur sebab semuanya selamat dan saya dapat lahirkan adik secara normal. Alhamdulillah ....


NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI

11 OCT 2013 - 23:06

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

2.9 KG

17 October 2013

Hadiah Birthday Babah : Nur Addeena Safiyya Bt Amri

ALHAMDULILLAH
Saya selamat bersalinkan anak ke-2 pada Jumaat lepas (11 Oct 2013) jam 23:06 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak. Kisah saya bersalin nanti saya update kemudian ya. Apa yang buat kelahiran adik paling istimewa ialah : ADIK SHARE TARIKH BIRTHDAY DENGAN BABAH !!!! Saya sendiri tak sangka walaupun waktu on da way nak serah diri ke HRPB, En Amri ada cakap "Harap-harap adik sama birthday dengan Babah". Masin mulut dia... Apapun ini hadiah birthday yang paling terbesar yang pernah saya bagi pada En Amri. Hadiah yang menuntut banyak pengorbanan dan kesakitan. Saya harap dia akan hargainya sampai ke akhir hayat.

Introducing our little princess : NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI


Semoga kehadiran Addeena akan menambah dan mengeratkan kasih sayang dalam keluarga kami.

07 October 2013

Hadiah Birthday Babah !!!!

Mesti ramai yang ingat puan tanah dah bersalin kan?!!!! Huhuhu..belum lagi la. Cuma sejak akhir-akhir ni, badan agak lemau sikit. Contraction dah makin kerap..and everytime kena contraction sakit sangat pinggang sampai tak boleh bangun. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum ada lagi. Entah-entah  adik nak tunggu Babah balik Selasa or Rabu depan baru nak keluar. Harap-harap macam tu la...ada peneman saya dalam labour room nanti.

Masih ingat tak dengan rebate RM 200 untuk smartphone yang SKMM offer dalam bajet 2013. Saya antara belia (terasa muda la pulak) yang layak memohon. Mula-mula tak terfikir pun nak guna sebab ingat semua smartphone mahal. Tapi sejak baca tentang hp keluaran NINETECHNOLOGY yang harganya mampu dimiliki, saya akhirnya berjaya menyambar BLACK PEARL II

Kalau ikutkan, saya dan En Amri bukan peminat gadget. Kami tak kesah pun pakai hp jenis biasa or smart phone. Asal boleh hantar SMS dan call sudah. Tapi sejak ada Ali, terpaksa la kami berteknologi sikit. Ali peminat tegar iklan Ali Cafe yang Fahrin Ahmad terjoget-joget tu. Tiap hari mesti nak tengok berkali-kali. Jadi terpaksa la mamanya pun beli satu smartphone supaya Ali boleh layan iklan Ali Cafe dekat Youtube seberapa banyak kali dia nak.Bila mama dah pakai smartphone, babah mula la jealous. So sebagai hadiah birthday En Amri yang ke 29, saya dah belikan ...
jeng...
jeng...



Hp Ninetechnology Black Pearl II

Sebijik macam saya punya (jangan lepas ni ada kes laki bini gaduh sebab tertukar Hp sudah). Nak beli hp mahai-mahai tak mampu. Saya bukannya bekerja. Ini pun nasib baik dapat guna rebate RM 200 SKMM si Nana (my lil' sis).

Since saya dah gunakan Ninetechnology Black Pearl II selama 2 bulan, saya review sikit. Bagi saya harga agak reasonable (RM 399). Hp ni boleh guna dual SIM kad. Tapi buat  sementara ni saya cuma guna satu SIM saja. Bagi pengguna Samsung, maybe tak ada masalah sebab manual lebih kurang macam hp Samsung jugak. Tapi bagi pengguna Nokia macam saya, kena usaha lebih sikit untuk faham cara guna hp ni. Masalah hp hang?!!!! Setakat ni belum pernah alami lagi coz saya dah tua tak banyak application yang saya download. Saya cuma download setakat WhatsApp, Line dan game Candy Crush je. Satu masalah besar yang saya hadapi dengan hp ni : CEPAT HABIS BATERI. Boleh dikatakan tiap hari jugak saya kena charge hp. Agak leceh sikit...especially bila travel. Tapi itu la pengorbanan bila nak pakai smartphone.  

Ok la enough bebelan pasal hp. Saya harap En Amri suka hadiah birthday dia tahun ni walaupun tak setanding dan sebesar hadiah birthday yang dia berikan pada saya.