16 April 2013

PRU13 : Hanya Kerana Saya Isteri Tentera

Demam PRU 13 dah terasa. Esok BN akan umumkan senarai nama calon. But apa kena dengan saya. Macam la nama saya yang tersenarai. Actually insyaAllah this year saya TAK MENGUNDI lagi. Terkejut?!!! Jangan marah ye rakyat Malaysia. Saya pun ada semangat macam anda. Sejak dari awal tahun  lagi bila orang dok sibuk cakap pasal PRU13, saya dah berkobar-kobar nak mengundi. PRU yang sebelum-sebelum ni saya tak berkesempatan sebab masih belajar di Jepun. Tiket nak ke Tokyo bukan murah. Jadi bila dah bermastautin di Malaysia, memang bersemangat nak mengundi. TAPI ............


SPR NI SPOIL BETUL LAH !!!!!!!!!!!! Saya masih ingat saya daftar mengundi di Ipoh, Perak. Alamat IC pun di Kampar, Perak. Tapi...tiba-tiba je saya kena mengundi di Sabah. Why SPR? Why? Mama Amrsyar tension sekejap. I called En. Amri asking him about his lokasi mengundi. Dia pun sama macam saya..kena mengundi di Sabah. Lepas tanya pada wife-wife army yang lain...baru la tau kenapa saya kena mengundi di Sabah. SEBAB SAYA ISTERI TENTERA.

Well, maybe niat SPR baik nak memudahkan kami @ wife-wife tentera mengundi. Tapi jangan la sesuka hati mengubah kawasan yang kami kena undi. Macam saya kena undi DUN : Petagas Parlimen : Putatan. Tapi saya orang Perak. Dibesarkan di Kampar. Saya cuma menumpang tinggal di Sabah itupun untuk tempoh masa yang singkat. Saya tak kenal pun wakil rakyat di Sabah. Macamana kemajuan yang wakil rakyat sekarang bawa di Putatan pun saya tak tahu. Lagipun kalau saya mengundi di Putatan, boleh ke wakil rakyat tu selesaikan masalah air dan elektrik yang macam chipsmore kat dalam kem? Tapi saya kenal setiap inci Kampar. Saya nampak Kampar dari sebuah pekan koboi (cuma ada KFC) dah membangun jadi sebuah bandar yang maju (dah ada Domino, McD, Tutti Fruti). Jadi, bila saya berpeluang untuk mengundi, saya harap saya dapat mengundi tempat yang saya kenal. Saya tak mintak tiket flight balik ke Semenanjung. Cukup lah sekadar diberikan peluang untuk mengundi secara pos. 

Bila dah jadi macam ni...jawapannya SAYA TAK MENGUNDI TAHUN INI. Bukan sebab geram dengan SPR (walaupun ada jugak sikit), tapi sebab "tak kuasa nak beli tiket flight balik ke KK". Kalau balik KK pun, sapa yang ada kat sana. En Amri pun tengah berkhursus di PD. Jadi sorry ya Malaysia sebab saya tak dapat tunakan tanggungjawa saya untuk PRU13.

4 comments:

  1. jauh tu dari perak ke sabah.. takkan nak ke sana semata-mata untuk mengundi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..i dun know apa yg SPR fikirkan masa buat macam ni.bayangkan ada isteri askar yg duduk dan bekerja di semenanjung tp kena mengundi di Sabah

      Delete
  2. ea ke gtu... sy isteri askar tak ubah pun.. kna balik kg gak... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg x ubah..but mostly ramai yg kene mcm ni
      dan tarikh kami mengundi pun sama mcm tentera 30hb..
      teruk la spr..saya still awam..ic pun biru bukan grey

      Delete